Laman

Setahun Sudah Berlalu

Gambar bertarikh 23 July 2008
23 Ogos 2009. Setahun sebulan sudah berlalu. banyak sudah perkara yang sudah ku hadapi. Adakalanya membikin aku semakin kuat dan adakalanya membikin aku sedikit lemah. Bagaimanapun turun naik graf kehidupan menjadikan kehidupan penuh dengan warnanya. Pastinya hadapi aku hadapi dengan senyuman, dengan tangisan dan dengan gembira, dengan sedih...
Sebulan yang lalu. Aku cuba untuk mengubah graf hidup. Mahu lebih mencabar kononnya. Ternyata graf tidak berubah. Kehidupan masih pada level yang purata saja. Naik pun sedikit, turun pun sedikit. Diri mula rasa bosan.
Hidup perlu perubahan. Itu katanya. Dan aku cuba untuk merubah corak kehidupan. Cuma aku tidak seberani org lain... Apakah anjakan yang lebih berani dan mencabar aku perlu lakukan? Tidak mahu untuk terus hidup ditakuk lama. Namun di mana keberanian itu aku perlu dapatkan.
Tidak mahu kebosanan timbul dalam diri. Tidak mahu motivasi diri menjadi semakin rundum. Namun kurang pasti adakah aku kuat untuk keluar dari zon selesa ini. Khuatir akan tersungkur kerana selesanya aku ketika ini.
Kekadang rasa ingin berada saja di dalam tempurung...gelap..sendirian...tanpa dugaan... Kekadang rasa ingin berada saja di dalam balang kaca...cerah..di luar nampak meriah n gembira..cuma mahukan privasi disudut kemeriahan itu..
Lelah...penat.....untuk membahagiakan hati SEMUA org.. hati sendiri..sendiri saja yang tahu...
Aku tidak pernah menipu mu...kalian.... cuma kekuatan ku utk menyatakan semuanya tidak ada...
" Kita tidak akan berjaya untuk
mengambil hati semua orang,
Apa yang lebih penting ialah kita perlu
belajar untuk mengambil hati kita sendiri"
Bagaimana mahu ambil hati sendiri? Menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri? Bagaimana pula mahu menjadi org yang pentingkan diri sendiri? Sukar rasanya...dunia ini bukan aku yang punya..bukan kau yang punya..bukan mereka yang punya...
****Belum cuba belum tahu......
Biar aku beri peluang untuk diri sendiri dulu yer...
bukan untuk menghukum diri...**********

Salam Ramadhan.

Salam Ramadhan.
Dengan rendah hati Aku memohon kemaafan andai ada bicara mengguris hati.Andai mulut terlanjur bicara, andai mulut terkasar bahasa, andai hati tersalah duga.

Sepi: Bila kata tak terucap.

“Orang yang berakal hanyalah merindui akan tiga perkara: Pertama, menyediakan bekal untuk pulang. Kedua, mencari kelazatan buat jiwa. Ketiga, menyelidiki erti hidup. Orang yang berakal tahu membedakan manusia, tiada canggungnya ke manapun dia bergaul. Manusia dibaginya dua. Pertama orang awam, perkataannya di sana dijaganya, tiap kalimat dibatasnya. Kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kedua ialah orang khawas, di sanalah dia merasa lazat ilmu, kepada yang lebih darinya, dia menyauk. Kepada yang sama dengannya, dia membanding. Tempoh tidak ada yang terbuang…”

-Prof. Hamka-

****"Kerana hanya jauhari jua yang mengenal manikan" Ertinya: Jika hendak bicara atau bertindak mesti pandai membaca dan melihat situasi, perkataan dan tindakannya dibatasinya.

Hari ini peluang untuk banyak bicara / banyak bercakap semakin kurang. Apakan tidak teknologi chatting online / smsing semakin mudah dan murah. Untuk mereka yang sememangnya pendiam tidak menjadi masalah dan mungkin akan menjadikan mereka lebih pendiam atau juga lebih yakin diri kerana terasa semakin ramai manusia yg lebih suka untuk tidak banyak berbicara.
Untuk mereka yang suka berbicara mungkin ini satu cabaran kerana mereka mungkin kehilangan teman bicara. Dan mungkin sebaliknya, teknologi bercakap 'senyap' ini boleh membantu kepada mereka yang mahu kurangkan habit banyak bercakapnya itu.
Mana yang lebih menikam kalbu, kata2 tanpa suara atau kata2 dengan suara? Yang pastinya kata2 yg sangatlah "slowmotion" sangatlah merimaskan, bukan apa risiko untuk ianya disalah dengar dan kemudiannya disalahtafsirkan adalah lebih tinggi... Adakah dia sememangnya pemalu? Atau Adakah dia sememangnya memiliki tong suara yang kecil? Atau adakah dia adakah dia sememangnya begitu....
Berbual secara SMS adalah lebih mengusik jiwa berbanding berbual secara lisan. Percaya atau tidak, anda harus percaya. Cuba bayangkan anda berbicara dengan seorang lelaki yg kurang yakin diri (mungkin juga dia nervouse). Dia menjawab setiap soalan dengan suara 'sepoi2 bahasa' sambil memandang bukan kearah anda. Cuba pula bayangkan anda berbicara dgn lelaki yg sama melalui SMS. Mana satu 'bahasanya' yang anda faham. (hihiihihihihihihih)
Bercakap sambil mengeja, menghantar mesej kemudian menati jawapan lebih thrill berbanding bercakap dengan suara dan terus mendapat jawapannya (Dr. HM Tuah). Bayangkan.... anda menerima sepucuk surat atau kad cinta yang di dalamnya penuh dengan kata2 puitis cinta, motivasi, nasihat dll...anda akan mendakap kad/surat tersebut dan membacanya berulang2 kali, disimpan dibawa bantal dan mungkin boleh sampai menghafal setiap bait2 kata. Walllllau!
Walauapapun di mana letaknya anda (byk cakap/byk diam), anda berhak menentukan anda mahu di mana utk hari ini dan hari2 seterusnya. Begitu juga aku, aku ada hak utk meletakkan diri ku namun, aku tidak akan lupa hak2 org lain utk memberi panduan utk aku meletakkan di aras mana aku sepatutnya berada. Menjadi org yg byk cakap berbanding org2 sekeliling adakalanya aku menjadikan diri aku lebih dari mereka dan juga sebaliknya. Adakalanya menjadikan rasa diri ini penting atau rasa diri ini diambil kepentingan utk mereka.
Apapun, hakikatnya aku harus terima, suka atau tidak, tunggu yg suka dan terima saja....( :-) ). Kerana percaya bahawa, ada kajian mengatakan bahawa sikap 'peramah' bukanlah satu masalah. Sebab itu adalah sudah lahir untuk aku, kalau pun dihalang / disekat boleh menyebabkan aku beralih kepada berkomunikasi cara lain - SMS,MMS, internet, e-mel, surat dlll yang lebih berbahaya...yg lagi thrill...(kikikikikiki)....
Kalau nak bercakap pun...
Sabda Rasulullah, " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dialah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan salah satu daripada empat perkata itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hinggah dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) Apabila dia dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji dia ingkar, apabila bertengkar dia mengetepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad).
Kalau dilihat daripada keempat2 perkara diatas, semuanya berkaitan denga bercakap dan kata2. Bercakap itu ada baiknya dan ada buruknya. Bergantunglah kepada aku, kau, dia dan kita.
"Kerana lidah....
memperlihatkan ketidak sempurnaan iman.....
Kerana jemari....
juga memperlihatkan ketidaksempurnaan iman"
*************************************************************************************
Aku nak semak diri dulu yer.....
Di mana aku berada berpaksikan ungkapan2 :-
1. Wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dari kecantikan hati yang ada dibaliknya.
2. Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yg mempersona, tetapi dilihat dari sejauhmana dia menutupi tubuhnya.
3. Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyak kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
4. Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah bunyi suaranya, tetapi dari apa yang mulutnya sering bicarakan.
5. Wanita sejati bukan dilihat dari keahliaannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara.
6. Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi sejauhmana dia memperteguh kehormatannya.
7. Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia alami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan syukur.
8. Wanita sejati bukan dilihat dari sifat mudahnya bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul.
9. Wanita sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat dari dari kekhuatiran orang jadi tergoda
SUMBER: Dr. HM Tuah; WANITA APABILA KETAGIHAN BERCAKAP- Majalah Nur-
************* Ada teman2 kata aku ni lawak...lawak ker????
Ada kawan2 kata aku ni berani...berani ker?
Ada member kata aku byk mulut...alamak..kena kontrol ler...
Yg penting DIA pernah berkata awak peramah tapi kena kontrol nanti I jeles...
kakakkakakakakakka...itu kisah lalu....**********

Dedah sana sini...Terlebih dedah...

Hari ini siapa tak tahu tentang internet, tak punya internet, tak mahu tahu ttg internet... entahlah istilah apa yang sesuai untuk mereka.... Mereka punya pilihan untuk itu semua.. Mahu ambil tahu atau statik di kedudukan yang sama saban tahun. Kata internet satu keperluaan.. aku punya rasa kata belum sampai ke tahap itu...bagaimanapun, kini internet bukan lagi satu benda/perkara yang mahal untuk dimiliki..
Saya hairan mengapa masih ada yg bergaji mampu utk memiliki semurah2 modem celcom broadband masih TIDAK MALU meminjam org lain punya...(yah...mungkin bukan bagi mereka bukan satu keperluan...). Jimat utk tidak perlu membayar bil bulanan..
Namun...MURAHNYA berokban ni memberi kesan yg lain... Saya heran dan tertanya apa perasaan mereka BEROKBAN semasa waktu kerja... Sangat sibukkah mereka di MALAM HARI melayan suami/isteri/anak2, sangat sibukkah mereka melayan suami/isteri/anak/kekasih/berbisniz selepas waktu kerja? (Tepuk kepala sendiri......). Entahlah.....klu guna untuk P&P ok gak......tapi rasanya mereka cari bahan P&P la tu...(PLZ think +).

Apapun saya minta maaf klu ada yang terasa...Saya ini insan LEMAH..boleh jadi KAMU, KAMU, KAMU ternampak saya pakai BEROKBAN di tempat kerja..(palis2)..

Apa kaitan tajuk entri dan berokban ni.... Bukan apa..saya nak kaitkan dengan apa yg saya baca dlm kosmo Online! hari ni... Ya la...sekarang ni tak kira anak2 muda.. mak / bapa anak2 muda, (bini2 org lagilah )pun dah GHAIRAH dengan internet...facebook, blogspot, wordpress, YM, dlll...
Jangan ghairah dedah maklumat peribadi

KUALA LUMPUR - Para pekerja kerajaan dan swasta dinasihat agar tidak terlalu ghairah mendedahkan maklumat peribadi mereka di laman-laman sesawang rangkaian sosial Internet kerana bimbang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohamed Shafie BP Mammal berkata, maklumat yang tidak sesuai terutama yang menjurus ke arah perbuatan negatif dikhuatiri menjadi rujukan kepada majikan atau ketua jabatan dalam menilai seseorang pekerja.
Menurutnya, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan kebanyakan masyarakat di negara ini menganggap fungsi laman sesawang rangkaian sosial sebagai hiburan semata-mata sehingga sanggup memuat turun apa sahaja ke dalamnya.
Saya terfikir juga dengan KEGHAIRAHAN bini2 org ni...sampai ada yg bertudung litup ble buka tudung dlm blog semata2 nak DEDAHKAN cerita hariannya yg tenga makan nasi di rumah, tengah mandi di kolam, tengah bersihkan sofa baru dll...itu bini org tu... yg bukan bini org mcm saya pun apa kurang... konon2 nak DEDAHKAN yg dia sambut befday dlm bilik...dalam bilik manada org pakai tudung litup...so kuar blog pun tak payalah berlitup....ganjil bin ajaib...(saya hanya mampu berdoa harap2 tak ada scene kuang asam saya kuar dlm blog kengkawang coz setakat ini saya CUKUP berfikir sebelum MENDEDAHKAN gambar peribadi/bersama kalian)
PENDEDAHAN DARIPADA SAYA....USAHLAH SAMAN SAYA..SAYA ORG MISKIN BA...

ANAK2 COMOT INI SEDANG MENUNGGU IBU/BAPANYA...KASIHAN MACAM TAK DIMANDIKAN TAPI BOLEH SAMPAI D CENTER POINT..

YANG INI SUDAH SAH @ BELUM.. IKUT UMUR, MACAM SUSAH AKU NAK KATA SAH.. TAPI BILA IKUTKAN KEMESRAAN YG DIERATKAN, AKU BERDOA SEMOGA IANYA SAH.

YANG INI PENDEDAHAN BERBAYAR DAN BOLEH DIJUMPAI DI MANA2 SUPERMARKET. TAPI PASTIKAN CARI DI BAHAGIAN PENGURUSAN DIRI.

INI SCENE KUANG ASAM SKIT...ORG MEETING AKU DATING...........KAKAKAKAKKAKA... TU YANG HIDUNG TAK MANCUNG TAK DIDEDAHKAN.



INI SCENE BEREBUTKAN CIKGU HELIZA...ALAAA YG BERLAKON DLM SYURGA CINTA TU.....KAN HELIZA PRAKTIKAL KAT SINI..DAH CIKGU ARTIS YG MENGAJAR...
HIHIHIHI...GURAULAH CIKGU, INI SCENE BUDAK POMPUAN VS BUDAK POMPUAN DAN BUDAK LELAKI BERSORAK.



OKLAH UNTUK PENDEDAHAN UNTUK MALAM INI..
MARILAH DIRI AKU SENDIRI YG SERBA KURANG INI MENGAMBIL IKHTIBAR DRPD APA YG TELAH TERDEDAH, DIDEDAHKAN, MENDEDAHKAN..



Erti Sahabat.




Pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin – Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand ( Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam, dan Thanat Khoman) – duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN

Tetiba rasa diri ini serba serbi.........nak goal dah ke?


Aku yang kecil, serba kurang dan banyak silap ini memohon maaf atas apa yang pernah aku lakukan, cakapkan, bisikkan, fikirkan, teriakkan, taipkan atau apa2 yg membikin hati kalian terguris, terasa, tersinggung, terfikir, terdendam, terumpat dan seumpamanya....
Aku yang kerdil...
Tidak pernah merasakan diri ini baik serba serbi apa lagi sempurna.. cuma sekali - sekala aku TERASA, PERASAN SENDIRI yang aku LEBIH SEDIKIT daripada kalian...tapi itu dalam satu sudut...
Aku pasti dan percaya kalian ADA LEBIHNYA dari sudut lain... Dengan itu, ALLAH menjadikan kita utk saling berteman, berkawan, berkasih mahupun bekerjasama utk saling melengkapi, memerlukan, membantu, memudahcara....
Aku yang serba kurang...
Namun aku percaya aku ada lebihnya dan pastinya kalian juga. Mengapa tidak kita bina JAMBATAN satu HUBUNGAN YG BAIK. Jambatan atas dasar KEMANUSIAAN, atas dasar RAKAN/SAHABAT, atas dasar SALING MELENGKAPI..
Aku yang pernah salah dan silap..
Dan tidak mahu untuk terus salah dan silap kerana itu adalah KEBODOHAN lalu. Aku mohon bantuan kalian utk kalau tidak pun utk MENGHAPUSKAN kebodohan lalu, cukup untuk MENGHILANGKAN rasa itu sedikit..
Marilah kita bina JAMBATAN bukannya bina TEMBOK antara kita. Hubungan yang berpaksikan bahawa kita adalah MANUSIA dan KITA adalah MANUSIA. MANUSIA untuk MANUSIA dan SAHABATNYA adalah MANUSIA... KEMANUSIAAN...
********* Orang yang tidak bahagia atau diragut sepi adalah org yang suka merobohkan jambatan dan titian serta membina sekukuh - kukuhnya benteng dan tembok org lain.
Dan mereka ini akan sentiasa bersendirian.**********

Kokatsu ... Sankatsu

KONKATSU dilihat sebagai inisiatif terbaik buat warga
Jepun mencari jodoh sekali gus meningkatkan
kadar kelahiran yang semakin menurun.
Sila Klik di sini: Kosmo online!

***** Rasanya fenomena di Malaysia belum sampai ke tahap ini....

B.E.L.I.E.V.E IN YOURSELF.... aribiy09


August..... Month changed again..
There are many friends around me have changed their jobs, and some even became a "changed" person. Change from single to married; students to working adult; has 1 child to more than 1 child's etc.. They changed for better, and it's never easy to make a decision to just change into a new environment when we are all get use to the usual stuffs; in the comfort zone. How dare you out of comfort zone? How dare me will cope every KEBARANGKALIAN?

In order for a change to take place, it is painful, is a tough decision to make.. and i need faith. No doubt i can't be 100% percent sure that is Allah's will for me but i'm sure Allah always know what I need and suppose to need. Yah....I need to change, change my habits, change my mind. Not be somebody else. Be somebody new n better.Only God can make all these changes possible!!

"Watch your thought, they become Words, watch your words, they become Action, watch your action, they become Habits, watch your habits, they become Character, watch your character, they become DESTINY. "

Babi itu membalas dendam?

Eh...makin menjadi - jadi pulak dah BABI ni.. ini kes balas dendam kah? Entah2 si BABI2 ini mahu balas dendam coz manusia sibuk2 nak robohkan kandang2nya.

Di sekeliling tempat kerja aku.. banyak bangunan dah tutup kecuali masjid, kuil dan gereja dan juga hospital mesra.. kami bila lagi?

Mungkin berkat daripada ahli2 syurga yang ada di dalamnya.... al maklumlah ada anak2 khas. Dapatlah kami merasa tempias keberkatan mereka sedikit.

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>

  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

  • Langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERAmendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Penjodoh Bilangan....


Hati Kau da Aku......
Hari - hari berbicara tentang hati..
Hari - hari berbicara dalam hati...
Hari - hari berbicara dari hati...
Hari - hari berbicara dengan hati...
Hari - hari berbicara rasa hati..
Akibat hati kau & aku..
Hari - hari berbicara suka hati..
Hari - hari berbicara ikut hati..
Hari - hari berbicara sakit hati..
Hari - hari berbicara pilihan hati...
Apakah hati bisa berkata...
Hati tidak bisa berkata...
hati cuma berbisik dan mulut yang berkata..
kalau pun mulut tidak bisa berkata badan bisa memberitahu melalui bahasanya...
Apa bisik hati..
Hati berbisik...
Jika itu jalanya, ikut jalan itu
Jika itu caranya, ikut cara itu
Kerana itu takdir yang ditulis bukan tertakdir.
Apa lagi bisik hati..
Berhati - hati apabila berkata.
Takut orang salah tafsir kerana
Bukan semua org hatinya sama
Bukan semua org bisa memahami hati org lain
Bukan semua org bijak memahami hati org lain
Bukan semua org tahu menafsir apa kata bahasa badan
Ada cinta dalam hati?
Cinta dalam hati pasti ada.
Cinta pada SIAPA, APA dan KENAPA.
Bukan hanya hati yang tahu.
Mulut sudah menyampai..
Badan sudah memperilaku..
Hati tiada rahsiah lagi..
Ada apa dengan hati...
H =
A =
T =
I =
>>>>>>>>>>>>>>>> Geylang Si Paku Geylang......
**************************************************************************
Hari itu...berbicara tentang perkhawinan...Mula - mula itu memikirkan aku bukannya manusia yang selayaknya untuk berbicara tentang isu2 perkhawinan atas alasan aku belum berkahwin. Bagaimanapaun itu hanya pemikiran aku. Hakikatnya aku juga layak dan berhak untuk berbicara tentang itu. Kerana aku yakin dengan siapa aku berbicara. Mereka yang cukup matang dalam kehidupan. Sudah cukup dewasa dalam menjalani kehidupan apatah lagi kehidupan sebelum mereka dialam perkahwinan.
Membicarakan isu memilih jodoh, menjodoh2kan, kesepadanan jodoh sehinggahlah pertanggungjawaban dalam perkhawinan. Zaman sudah merubah dan pastinya fiil manusia juga merubah..perspektif terhadap sebuah institusi sebuah perkhawinan juga berubah. Berubah dek kerana tuntutan zaman atau tuntutan diri manusia itu. Ada manusia menganggap perkahwinan itu sebuah lagi kitaran hidup manusia, ada manusia yang merasakan perkahwinan itu sebagai pelengkap sebuah status kehidupan dirinya sendiri (individu), ada yang menganggap perkahwinan itu satu satu tanggungjawab dan ada yang.............
Walaupapun tanggapan, pemikiran atau rasakan tentang perkahwinan, yang pastinya ia membawa perubahan dalam sebuah CORAK kehidupan manusia.
Lelaki zaman sekarang kurang rasa tanggungjawab dalam perkhawinan. Satu kenyataan bukan atas rasa busuk hati atau rasa prejudis kerana cintanya juga lahir untuk lelaki. Cuma sedikit pengasahan minda dengan melihat apa yang banyaknya berlaku kini. Dan lelaki isunya kerana lelaki adalah ketua sebuah perkahwinan.
Isunya Lelaki kini kurang bertanggungjawab. "Lelaki kini" kurang jelas maksudnya.. adakah lelaki yang lahir zaman2 aku atau lelaki2 "lama"yang baru berpeluang berkahwin kini. Namun isunya masih lelaki kini dan cuba membuat perbandingan dengan wanita kini (subjeknya adalah lelaki & wanita yang sama kerja dan pendapatannya).
Katanya lelaki/suami kini hanya merasakan tanggungjawabnya sudah cukup dengan memberi nafkah RM (tolak yg itu yer......). Urusan lain adalah urusan isteri seperti membayar bil2, menghantar - mengambil anak ke sekolah/tuition, memantau anak, memasak-membasuh-mengemas dll. Akhirnya orang gaji jadi satu keperluan zaman kini kerana isteri juga tidak atau kurang dibantu oleh suami.
Aku cuba berkongsi buah fikiran. Lelaki2 seperti itu banyak difaktorkan oleh latar belakangnya. Mungkin faktor latar belakang hubungan kekeluargaannya, bilangan adik beradik, anak ke berapa dll. Latar belakang ini boleh memberi faktor kepada siapa dia hari ini. Kalau dia dibangunkan daripada keluarga yang mementingkan sebuah institusi kekeluarga maka dia berpotensi tinggi untuk menjadi si suami yang mementingkan keluarga. Benar atau tidak...terpulang kepada pengalaman hidup masing2...
Apapun...
Berbalik kepada JODOH & PERTEMUAN KETENTUAN ALLAH
Andai kata sudah dijodohkan dgn mereka yg kurang bertanggunjawab, maka itu petandanya kita adalah org yg cukup bertanggungjawab. Jodoh bukannya untuk kesempurnaan... ianya untuk saling melengkapi..
********************Isu hari itu tidak panjang....masa perlu untuk yang lain.. rasa seronok berbicara ttg sesuatu yang selayaknya dibicarakan oleh org dewasa...

Ada mata tapi tak ada hati..

How hard being single........ #1


Being single in this age......


Memalukan? tau ianya sangat memalukan? Tepuk dada tanya diri.... kalau rasa malu cepat2 hilangkan kemaluan itu...dengan cara apa? terpulang kepada keimanan, kematangan, keperluan dan tahap kesabaran...apa u pilihannya terpulang kerana situasi ini berlaku kepada yang sudah cukup usia untuk dikatakan dewasa pemikirannya.


Sangat memalukan? Mengapa? tak tahulah mengapa ianya menjadi sangat memalukan.....telanjang ka dia? tak berbaju kah dia hanya kerana tiada yang melindungi? tiada yang menemani? tiada yang sudi di sisinya....


Sensitif...

Setakat mana ianya menjadi satu yang sensitif adalah berdasarkan kematangan dan keterbukaan bukannya apa yang sukahati rasakan. Bagaimana cara org lain bertanyakan, mencadangkan, menasihatkan, menyindirkan, membicarakan....


Bukan semua org layak berkahwin..

Lelaki....

Kenapa lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga... Dialah kapten sebuah kapal...

Lelaki yang sunat berkahwin: mereka yg mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin...Mereka ini tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.

Lelaki yang haram berkhawin: tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga lelaki berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.

Lelaki yang makhruh berkahwin: lelaki yang tidak mampu memberi nafkah namun berkemahuan untuk berkahwin.

Lelaki yang harus berkahwin: Lelaki yang tidak mempunyai sebab mendesak untuk berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
Di mana letaknya? Lelaki itu sudah yakin serba serbih... itu apa yang dilihatnya pada dirinya sendiri...itu apa yang dia rasakan pada dirinya sendiri...yakinnya sehingga boleh menolak kata org lain...sehingah menyanggah apa yang dilihat oleh org lain... Pelik! tetapi itulah ada yg wujud begitu...walau bukan semuanya begitu...

Rasa ini

Memilih apa yang kita rasa?
Aku memilih untuk apa yang aku perlu rasa atau ingin rasakan? Atau rasa itu datang dengan sendirinya. Datang seiring dengan apa yang ada jauh disudut hati.
Untuk beberapa hari ini aku cuba untuk kuat. Lagak ku sepertinya aku sihat. Sihat emosi dan fizikal. Namun aku tidak mampu. Seharusnya menerima hakikat bahawa aku bukannya sekuat mana pun.
Awalnya bersikap untuk bertanggungjawab tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan. Berjaya. Seterusnya... berjaya. Lagi...berjaya... Sehinggahlah aku lupa untuk bertanggungjawab untuk diri aku sendiri. Perlukah aku menyatakan bahawa aku bukannya orang pentingkan diri sendiri? Apa perlu aku melaksanakan tanggungjawab terhadap diri aku?
Rasa kasihan....
Aku mula rasa kasihan pada Aku. Jiwanya sahaja perlu dijaga. Sakitnya saja perlu org tahu. Tak tidur malamnya saja org kena tahu. Aku? Aku senyum hambar....senyum kasihan....
Rasa sakit..
Panggilan seorg drpd seorang Ibu. Sedikit mengingatkan aku. Ibu itu sedih..Anak2nya sakit..yang paling dia terkilan...Doktor kata tak pa...kita tgk lagi rawatan seterusnya... Ini sudah rawatan ke 3! Hati Ibu mana tidak sedih pabila melihat anaknya yg sebelum ini aktif jadi lemah? Aku? mengapa aku tidak mencari selama si anak ini tiada? Maafkan Ckgu....kerana dek melayan hati perasaan org2 dewasa ini aku jadi sibuk mengalahkan KM. Dan asal kau tahu...aku juga sebenarnya lemah...dan hampir longlai apabila usaha tidak disyukuri oleh org dewasa itu...
Butakah gaji ku?
Luarannya nampak mudah. Perspektif memandang senang. Streotaip sukar diubah..... Atau inikah dunia sebenar bidang ini? Kalau inilah dunia sebenarnya...patutlah dari duuuuuulu...tarafnya masih begitu. Salah org dlm bidang ini sendiri. Tidak mampu membuat perubahan sebaliknya hanya mampu mewarisi tabiat lama...mudah katanya....
Aku merasakan gaji ku buta bila mana hari2 jam kerja ku bukan mengajar....YMP
Kelompok manusia....
Manusia....Katanya hati bersatu. Katanya bukan pentingkan diri sendiri. Katanya setuju. Katanya berani. Katanya harus berjaga-jaga. Walau manusia itu ada kesamaan namun, manusia datang dari l/b berbeza, kekuatannya berbeza, tahap akalnya berbeza, tahap emosinya berbeza, tahap EQnya juga berbeza, keperluannya berbeza.
Ada yg suka berkata2, itu sebenarnya hanya kata2. Ada yang kata setuju, itu rupanya dia takut utk berkata tidak setuju. Ada yg lagaknya berani itu rupanya lagak sahaja. Ada yang suruh berjaga2 itu rupanya dia ada prejudis dgn org lain.
Apapun...
Satu jari telunjuk kita yg menuding kearah org lain sebenarnya
menunjukkan kpd kita,, ada empat jari lagi menuding kepada diri kita sendiri.

Apa lagi aku mahu...

Aku pernah kata...
Hidup ini tidak indah tanpa dugaan..
Hidup ini tidak meriah tanpa perubahan..
Hidup ini bosan tanpa kesempatan untuk memilih..
Hidup ini hambar tanpa perlu melepaskan yg pernah jd kesayangan..yg pernah jd milik..

Apa lagi aku mahu...
Allah telah memberi selayaknya aku miliki buat masa ini...
Dan aku pasti aku akan memilik itu bila tiba tikanya...

Namun...
Bila peluang itu datang...
Mengapa aku jadi rasa tidak yakin...
Tidak yakin pada peluang itu..
Tidak yakin peluang itu adalah untuk ku...
Apa aku tidak tahu apa lagi yang ku mahu...
Apa rasa diri ini tidak layak untuk peluang itu...

Apa lagi yang aku mahu...
Sebenarnya aku tidak boleh lari..
Sebesar mana perubahan yang aku ingin lakukan..
Sejauhmana aku nak ditempatkan..
Sepenting mana pilihan yang perlu aku pilih...
Sesibuk mana aku sibukkan diri ini...

Apa lagi yang aku mahu...
Saat ini aku merasakan hari2 begitu cepat berlalu
Semuanya datang dengan serentak
Sedikit membikin aku lupa aku perlu tunaikan apa yang aku mahu...
Andai mereka tahu...
Seego mana kata2 ku tidak sama serendah2nya hatiku....

PPSMI..Skema jawapan temuduga




Hari ini sudah diumumkan bahawa PPSMI dimansuhkan. Beberapa perkara yang yang sempat bertaut di sarang neoron terus berkembang ke dendrit dan semoga ia lama di long term memori ku sebagai persediaan temuduga... :-)..
1. PPSMI dimansuhkan.
2. Murid / pelajar era PPSMI kini akan terus melaksanakan sistem PPSMI tanpa gangguan.
3. Dengan itu PPSMI berlansung sehinggah 20012.
4. Dan masih ada elaunlah guru2 math ...tahniah yg manfaatkan elaun..dan rugilah bagi mereka yg tidak mahu berubah...
5. MEMARTABATKAN Bahasa Malaysia...(tetapi kenapa masih ada menggunakan Bahasa Cina / Tamil? mereka bukan "Malaysia?" ...KataMemartabatkan Bahasa Malaysia....mungkin yg itu2 berada di negara BUKAN Malaysia...mungkinlah...)
6. MEMPERKASAKAN Bahasa Inggeris...BI sudah cukup perkasa.. cuma kita aja yg menganggap BI itu satu jln utk org "pandai" dan "gaji besar"..
7. Sains ...Malaysia turun tangga...Matematik...lagi tergolek....(lupa dah fakta)
8. Yg paling aku ingat...PPSMI TIDAK DILAKSANAKAN SEPERTI YANG DIHARAPKAN... siapa pelaksana? Tepuk kepala ingatla sendiri...suruh belajar BI...dok duduk2 di pondok. kuarkan asap kepul2.... aku cuba berfikiran positif saja mengatakan aku saja yg tak pandai BI.
9. Pertambahan guru BI...guru pembantu DG41..
10.................................

Apappun kisah selanjutnya sudah dirancang... tentunya apa yang telah dirancang adalah yang terbaik kerana hasil daripada perancangan org yg terbaik... TIADA KAITAN DENGAN POLITIK...

Satu kali cuba mahu lagi.... SEKS dengan Kambing!

Satu kali cuba mahu lagi....lama - lama jadi ketagih..

Seram sejuk dengan kisah keberanian manusia generasi lahiran 90 an, 2000 an.....bukan bermakna lahiran thn sebelumnya tiada yang berani....

Baca akhbar The Sun....kata kebanyakkan anak gadis yang lari dari rumah adalah hasil daripada pujukan boyfriend...(boy frog)...kononya menjanjikan kehidupan yg lebih baik setelah keluar drpd kepompong ibubapa....Amboi....gadis! umurnya sudah tentu 17 tahun & kebawah... lelaki yg kononnya boleh memberikan kebahagian sudah tentu umurnya lebih 19 thn....kerja da konon....

Lagi...baca Daily Express.....seorg bapa buat laporan polis anak gadisnya dirogol dan dicabul...anak gadis 13 tahun...BUDAK2 lelaki yg masih pakai seluar hijau itu umur 17-19 thn... mereka berganti merasman nenen dan ........................................ yg satu ini merakam aksi berani itu... nasib baik 13 tahun..jd bapa ble buat laporan merogol.....

Lagi2 baca kosmo online....ketagih seks! sanggup buat dengan kambing!...eh ....sanggup buat seks dikandang kambing!!!!!! Lerr........murahnya kemaluan...

Hari tu....pergi watson CP, alalalla terbahak2 sepasang budak muda ini pilih2 kondom....cuba berfikiran positif dgn mengatakan mereka adalah suami isteri cuma rezeki mereka awet muda dan saiz badan kecil.... tapi tgk perangai....palis2...

******* Hari ini aku mengeluarkan perkataan yg sudah lama aku mansuhkan dlm mulut ku.....aku betul2 marah....aku marah bila org lain terutama org yg aku tdk RAPAT cuba bermain, bergurau dgn harga diri aku ....aku punya mak, aku punya bapak, aku keluarga, aku punya kawan2 dan aku punya bangsa yang semuanya org baik2 serta bangsa yg berpegang pada siri' ....... Senyum...cara lain mengawal marah ku... Aku bersikap terbuka namun terbatas....**********


MJ in memories..... Live on TV

"You Are Not Alone"
Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone'Lone, 'lone
Why, 'loneJust the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin
Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be thereYou are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone...
-MJ-
***Aku hanya melihatnya dari sudut sejarah, psikologi, tekanan, semangatnya, keinginan, karisma, impiannya....aku bukan memujanya...

Who will win?


Bijak VS Pandai

Emosi VS Akal

1. Urus makan2 org... sedikit membebankan ...dengar sombong..lihat macam sombong..cakap tak mesra.. BUT its OK!

2. Wakil org... belum beban... kini dia senang2 aku terpaksa teruskan...dah nasib..terima.

3. Sambung kerja org... sudah nasib.. memang nasib??? Mungkin kerna aku boleh..jadi aku pilihanNya..Its OK!

3. Lagi2 alasan..hanya kerna aku bujang...kui..kui..kui... hati redha cuma usah main ugut..usah main nama BESAR.. bikin hati ku JELAK...

4. Meeting...satu tugas..org lain percaya..aku harus percaya..PERCAYA PADA DIRI SENDIRI...

6. Yg pertama di mata..lain sifatnya..lain fizikalnya.. hati jadi piluh...mulut bertanya...kasihan anak ini..kuat ibunya..tegar bapanya...naluri bertanya..kuatkah aku jika punya si kecil seperti ini...ALLAH Maha Tahu..

7. Mata hampir hilang bertongkat...esok date line!!! mcam mana ni.?????...tidolah!

Kembara Silang Budaya...Satukan Hati Kami..

Terima Kasih..
Walau bukan kesempurnaan yang ENGKAU beri..
Hati kami gembira...
Hati kami ceria...
Hati kami tenang...

Terima Kasih...
Walau bukan kesempurnaan yang ENGKAU pilih untuk kami..
Hati kami masih bahagia..
Hati kami masih tetap...
Hati kami masih bersatu...

Terima kasih...
Walau bukan kesempurnaan yang ENGKAU takdirkan untuk kami...
Hati kami masih tahu tauhid..
Hati kami masih berusaha mendekati Mu...
Hati kami masih bersemangat untuk lebih baik dari kemarin...

Terima kasih...
Atas apa yang pernah ENGKAU kurniakan..
Atas apa yang ENGKAU telah jadikan...
Atas apa yang ENGKAU takdirkan..
Kami redha...
Kerana kami tahu ada HIKMAH disebaliknya...

Terimah kasih..
Atas segalanya..
Apa yang kami pohon teguhkanlah iman kami..
Apa yang kami minta jitukanlah hati kami..
Apa yang kami minta jauhkanlah kami drpd anasir jahat..
Kerana kami juga manusia lemah...yang BELUM cukup KUAT imannya...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Makan Hati Berulamkan Jantung


Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati..

Guru Lepasan KPLI Tidak Berkualiti!


Nasib baiklah aku ni keluaran KPLI - LPBS yang telah belajar menjadi pengajar selama 18 bulan.. hiihihihi ... Apapun... saya berpaut pada ini aja...
BENAR @ TIDAK BERKUALITI,
BUKTINYA ADA PADA DIRI SENDIRI.
coz nak kata saya ini berkualti, jauh sekali.. banyak perkara perlu dipelajari..perkara berubah dari hari ke hari..macam nak bubut TRANSFORMASI ICT, Handpone, Laptop dan Tekno. lainya... kalau ketinggalan habislah...
kita takkan rasa pelik bila kita KETINGGALAN..tapi org lain akan rasa pelik.."zaman sekarang masih ada lagi tak tahu nak buka website!!? masih ada lagi buka website di satu tab aja! haluuu awak boleh buka beberapa website dlm satu masa..."....Pelik...tapi itulah...pelik tapi benar..
KPLI 18 bulan ; Berita Harian Online
Oleh Azrul Affandi Sobryazr@bharian.com.my

Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum membentangkannya bagi tindakan kementerian.
"Paling awal pelaksanaan lanjutan tempoh pengajian itu adalah bagi pengambilan Januari 2010. Memang jika boleh nak dilaksanakan segera, tetapi untuk tahun ini amat mustahil kerana pengambilan akan datang adalah pada Julai tahun ini. "Namun, berdasarkan penelitian serta mengambil kira pandangan semua pihak, BPG positif lanjutan tempoh itu perlu dilaksanakan dan mempunyai rasional kukuh. Cuma ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Berita Minggu. Mengenai desakan beberapa pihak supaya tempoh pengajian itu dipanjangkan kepada dua tahun, Misrah berkata, ia tidak relevan kerana terlalu mengambil masa bakal guru.

Katanya, jika tempoh KPLI terlalu lama, mungkin graduan tidak berminat dengan kerjaya perguruan kerana jangka masa sama sebenarnya mencukupi untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas dakwaan bahawa bidang perguruan menjadi tempat longgokan graduan menganggur, berkata sistem tapisan bakal guru bagi mengikuti KPLI cukup ketat. Katanya, semua pemohon KPLI perlu lulus dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda sebelum dipanggil mengikuti ujian khas pemilihan guru. "CGPA itu bukan kecil. Ini bermakna pemohon untuk KPLI terdiri di kalangan antara yang terbaik di universiti. Apabila menduduki ujian pula, banyak perkara boleh dinilai bagi melihat kesungguhan pemohon untuk menjadi guru.

"Jika melepasi ujian, ada pula peringkat ketiga iaitu temu duga yang membolehkan penemuduga menilai secara terperinci sahsiah dan karakter pemohon," katanya. Katanya, dakwaan itu mungkin berlaku satu ketika dulu kerana tapisan mengikuti KPLI tidak sebegitu ketat, namun dengan 80,000 permohonan tahun ini dan hanya 5,132 pengambilan, persaingan itu pasti sengit dan calon terpilih pastinya antara terbaik. Pada masa sama, katanya, kementerian kini memperbanyakkan pengambilan guru untuk Program Sarjana Muda Perguruan yang bakal mengisi sehingga 6,200 tempat.
***** Pemandangan awal pagi dari IP Kent.. Tak dapat lagi melihat pemandangan sebegini dari IP Kent apabila kampus ini berpindah kelak.

Choose What U needs NOT what U wants


Since I’ll be spending next days..or may be next 1 months or more with No camera beside me...(huhuhu), I've doing some online servay bout DSLR.

I have this Olympus U1040 compact digital that takes decent pictures. I bought it a last year for less than RM899.00. I used to have Richo (manual????) camera but then, I spoiled it...took it in to wrong convo. paper bag during my friends convocation, 2003. Thats mean, this is my first digital camera. Love in red. 2 days back, I bring it to 'clinic' coz its the flash won't work. Nasib bek still in warantty.. But the hensem ah chai said " if the camera need to reset, may be take a few days but, if it need to change component inside, may be U need to wait bout 1 month.."

Align Center
I love photography; looking and snapping great pictures (for me lah), to show my expression or subject expression/emotion that time i was snap. Even though I've no intention to get serious or to be professional photograper, I always want to get a Digital SLR. The price! Make me say..."nanti2lah...beli mana yang penting dulu.. bayar mana yang patut dulu...


SeMpaDAn cINta yg TerBUKA

"Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin)
suami isteri agar kekal abadi,
aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat,
dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan
mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat
daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw".

~ Amin ya Yabbal Alamin ~



Pernah suatu ketika dahulu aku membenci, geram dan rasa jengkel terhadap org dewasa. Lelaki dewasa. Orang dewasa yang aku anggap boleh mencari pilihan lain selain aku2, kami2 yang bukan dewasa (suatu ketika dahulu) ini.

Pernah suatu ketika dahulu..... Aku membantu dara manis itu lari desakan org dewasa... lari paksaan org dewasa...BENCI! Hanya kerana dia org dewasa. Dia punya kuasa untuk memilih, memilih utk memiliki dara yang masih ingin mempertingkatkan ilmunya. CIS! Ketika itu, org dewasa jugalah mengkhianati janji membantu aku dan rakan. Akhirnya KAMI tewas dek org dewasa... Kuasa tanpa kasihan akhirnya DIA milik org dewasa. (Semoga kekal & bahagia...semoga ALLAH melindungi mu teman. Kini kau sudah dewasa.)

Pernah suatu ketika juga... Dalam utk aku memenuhi permintaan sahabat utk lepas dari desakan dan paksaan org dewasa. Ada org dewasa juga cuba mengubah jalan hidup aku. Peristiwa berlaku tanpa aku sedar dek kesibukan aku "melarikan" sahabat ini... Syukur nasib aku tidak seperti DIA. Walau ada org dewasa dekat dgn ku mahu cerita hidup ku seperti DIA. Mujur ada dewasa yang cetek ilmu sekolahnya namun sangat sayang dan hormatkan impian dan cita2 ku. (terima kasih ma').

...............................................************************..................................................................

Pernah suatu ketika... AKU memikirkan ada JODOH antara kita setelah beberapa kali terpisah dek waktu dan cita2 dan kita bertemu dan bertemu lagi secara kebetulan. Namun...hanya kerana KAU menyatakan HASRAT dikala aku dalam ZON KURANG SELESA... Akhirnya....BUKAN JODOH KITA.. (Andai kau tahu, u're the right person but in a wrong time. Hopefuly will find person like U.......waaaaaaaa....Amin..)

........................................................*******************...................................................................

Pernah suatu ketika.... Sepertinya satu gelombang kuat menghentak diriku. Kau datang terlalu cepat. Dikala aku lalai dengan ZON SELESA ku (wargh!!!!!!!!!!). Manis mulut bila bicara. Meruntum hati keras ku..(hohohoohohohohoh...iyolah...). Gagah perkasa persis putera impian (hihihiihihih). Gayanya banyak $$$$$$$$$$ (boleh tahan)... NAMUN, HASRAT mu, impian mu, bukan HASRAT ku, bukan impian ku. Gaya mu menggoda aku sepertinya aku wanita materialistik. Kawalan mu sepertinya aku milik mu 100%, tiada ruang untuk aku...

Pengantin P : Ko ingat duuulu.
AKU: Apa?
Pengantin P : Duulu tu ba... ada org kata kita dua ni akan kawin lambat.
Aku : Yg di rumah *** tu kan... Ya aku ingat.
Pengantin Perempuan : Nah...sekarang aku dah kawin. Endak lama lagi ko la....Mungkin2 tahun ni juga...
Aku : Hahhahahah....... (senyum2 kerbau)... Ish...lama lagi aku ni...aku baru posting...(padahal!)
Pengantin P : Aku ni...aku tak sangka juga...macam tak percaya aku kawin..
Aku : Ya...mungkin prosesnya terlalu cepat.
Pengantin P : ya..aku baru jak kenal...dah jodoh...
Aku : Yah...dah jodoh...licin jak kerja..
Pengatin P: Tapi ko tau...hehehhehe
Aku : Apa?
Pengantin P : ko ingat ka...kita pernah crita2...yg aku tak mau laki yg anak mak...
Aku : Hahahahhaha... Laki ko ni ada mak kan...tapi dah tua...
Pengantin P : Hhihiihihihi...yah
Aku : hihiihi...oklah tu..
Pengantin P : Dua mak....

Itu borak2 aku dgn kazen aku...beza umur kami 3 thn...adik dia yg baya aku dah 3 anak yg bertemu jodohnya dengan pegawai bank dlm usahanya mengejar cita2nya nak jadi pegawai bank terbantut dek banyak halangan (huhuhuhuuh...Sykurlah). AKu dan PP punya alasan dan sebab musabab mengapa kami berfikiran 'LAIN" tentang BEBERAPA PERKARA duuuulu. (hihiihihi itu duuuuuulu...).


Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang shaleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

******************Untuk sahabat ku Z...Usahlah gundah apalagi gulanah hanya kerana aku belum berkahwin. Andai tiba masanya akan ku kabarkan kepada mu...Usah lah lagi aku berfikir dan menasihati aku seolah2 aku tidak lagi ada rasa sama yg bernama LELAKI. ..Palis2....fuh! fuh ! fuh!...Andai aku ada kuasa, kan ku pinang lelaki idaman ku...hihihiihi...usah kau risau kerana aku takkan pinang ko! Pa lagi ko yg dah punya isteri dan anak........***************************************