Laman

Redefine Your Life..

"Orang yang sentiasa ceria mempunyai semangat yang kuat dan sihat.
Kesihatan minda dan tubuhnya tidak mudah mengalami gangguan.
Sebaliknya, mereka yang suka bersendiri, penyedih, sugul, pemarah,
berprasangka atau sering rasa terpinggir dan tidak disayangi,
akan berhadapan dengan masalah.
Ketika itulah, entiti akan cuba
mempengaruhi minda bawah sedar".
Memetik kata - kata pengamal Terapi Aura Syifa'

Entiti? Siapa entiti itu?
Siapa lagi kalau bukan yang bertanduk.. dia akan sentiasa setia kawan untuk mengisi kekosongan minda. selalu akan membuatkan anda rasa was - was, buruk sangka, tidak percaya dll....
Suami yang bertanyakan khabar rakan lamanya yg cantik dan lagi bujang dikatakan cuba mengorat kekasih lama...
Tunang yang senyum dengan kenalan baru yang cantik lagi bujang, dikatakan petanda awal curangnya kasih dan cinta sang suami.
Kekasih yang bertepuk gumbira bertemu rakan se"bas" yang cantik lagi bujang, dikatakan berani mati!
Hahahhahahah....manusia dan akalnya yang pendek...
*** lebih selesa berbual dengan mereka yang matang lagi terbuka.
Mereka bertanya, mengapa suka BERKAWAN dengan suami org ?
HANYA KAWAN. Kenapa harus dipertanyakan?
TAKUT timbul rasa lain.
RASA CINTA & KASIH maksudnya?
Ermmm...yah..
Kalau TAKUT usah didekati, Kalau ADA pun rasa itu setelah anda yakin rasa itu benar,
kenapa tidak teruskan....hahahaha....
Berani banar anak ani!!!!!
Peace!!!****

UMNO, MERAH, ROS

Sekitar Majlis Perasmian Perhimpunan Pemuda, Wanita, Puteri Umno...
Dipenuhi dengan warna merah. Walau ada pelbagai warna lain MERAH paling menonjol..
Semangat Merah Berani Membara.
Pemilihan penentu survival UMNO
Umno nahkoda zaman
UMNO peneraju kemerdekaan
Hapus politik wang
Kaji sistem kuota dan perlembagaan UMNO
UMNO untuk semua
Orang Melayu terus dibela
Terima kasih PAK LAH
SAYAP2 UMNO PERLU BERUBAH KALAU TIDAK, UMNO AKAN TINGGAL SEJARAH.

Masing - masing MENGELUARKAN suara... Menyuarakan amanah..
UMNO TERUS HIDUP!
.
.
.
.
Cerita KAMI malam ini meleret kepada cerita tentang bunga dan warna MERAH. Sesuailah dengan tema2 yang ada di kaca tv...Perasmian Perhimpunan UMNO dan Akademi Fantasia.
Aku dan MERAH bukan sukar untuk dipisahkan.
Namun keajaiban pada MERAH membuat aku teruja.
Memilih MERAH walau ada HITAM, PUTIH, KUNING, HIJAU..

Bersempena dengan perbincagan KAMI, aku pun cuba mencari sesuatu yang sudah hampir hilang daripada kotak ilmu ku... Jom sama2 kita kongsi ilmu tentang warna sebagai perlambangan karakter seseorang itu. Mungkin ilmu ini betul mungkin tidak betul. Aku pun tak boleh sahkan 100% kebenarannya. Kita gunakanlah AKAL yang dianugerahkan ALLAH dan ILMU yang kita timba serta PENGALAMAN yang meladani kita. Jadikanlah ilmu ini sebagai panduan bukan ikutan yang perlu ditaksubkan. Kerana apa yang kita percaya itulah yang disetkan dalam minda. Bila minda sudah menerima, hati jadi yakin dan InsyaALLAH jasmani akan bertindak.
Watak dan Karakter Berdasarkan Warna
Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai daripada pelbagai banyak warna yang kita kenal dalam dimensi kita. Banyak yang kurang menyedari, sebenarnya daripada warna kegemaran kita dapat melihat watak seseorang.
Warna Biru
Warna kesukaan kamu Biru, biasanya termasuk jenis pendiam, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Kamu memiliki kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta karena kamu sering sekali menyembunyikan perasaan.
Warna Hitam
Kamu termasuk jenis orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan jenis berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.
Warna Merah
Kamu sangat berwibawa dan juga senang melindungi orang yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bergurau namun kamu boleh mengawal diri. Banyak orang mengatakan cinta, tapi kamu selalu berpikir dan berpikir lagi. Kamu termasuk jenis yang sulit jatuh cinta.
Warna Hijau
Jika warna kegemaran kamu hijau, maka kamu adalah jenis yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.
Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahwa kamu memiliki sifat optimis. Kamu jenis periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang selekeh. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, karena menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun juga, walaupun seseorang itu dungu atau blur2.
Warna Putih
Kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, jika menyukai warna putih, banyak orang mengagumi kamu karena sifat angun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.
Warna Ungu
Warna Ungu adalah pribadi dengan jenis yang benar-benar luar biasa. Selalu optimis, dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai benar dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang bisa mendekati dan menjadi kekasih kamu.Watak dan
***** Maklumat diatas boleh menjadi benar sekiranya kita menerima dan percaya. Percaya bahawa itulah kita. Percayalah inilah kita. Minda akan menjadikan ITU dan INI lah kita..dan INI n ITU lah kita jadinya....... Maklumat diatas mungkin juga benar...kerana adakalanya kita TIDAK TAHU, TIDAK PASTI, TIDAK SEDAR siapa kita sebenarnya...Walau sering bertanyakan diri KENAPA dia LAIN aku LAIN......hehhehehe...HIDUP red_biy!!!!!!

Sakit Jiwa dikalangan guru....

Membaca artikel kosmo hari ini membuatkan saya teringat semasa belajar dulu. Jika dahulu bebanan hanya kepada tugasan akademik yang sememangnya wajib untuk disempurnakan pada dateline yang ditetapkan. Tekanan hanya wujud apabila tugasan tersebut hampir pada date linenya dan aku masih dengan tugas - tugas lain.
Dalam menyiapkan tugasan. Berurusan dengan manusia adalah perkara yang menambahkan lagi tekanan apa lagi bila tidak dapat seperti mana yang dibayangkan atau manusia itu tidak setaraf sepertimana "nama" yang dibawanya. Kalau bekerja dengan mesin mudah saja aku melepaskan tekanan. Komputer hang aku restart tak pun aku ketuk - ketuk. Printer buat hal, tunggang tebalikkan sehingah ia berfungsi semula. Kalau manusia? Baik buat kerja sendiri.... Tak pun telan liur ja dan aku berdoa andai aku di status mereka suatu hari nanti aku tidak akan menyusahkan hidup orang lain. Kalau manusia ? Argh....biarkan dia dengan labi - labinya... kerana bukan semua yang "sukar" seperti mereka. Kerja kumpulan, pelbagai fiil pelbagai emosi, pelbagai kemahuan...semuanya mematangkan.
Dulu... Time study bolehlah lepaskan tension belajar dengan join aktiviti kampus yang lainnya. Tak dapat jadi pemain bola jadi tukang pungut bola pun jadi. Tak dapat join band group jadi tukang kasi sedia pentas pun tak pa. Tak dapat jadi pembaca sajak Hari Merdeka jadi tukang kasi sedia mikrofon pun jadilah.... Semuanya seronok dilakukan walaupun adakalanya perlu "diperintah - perintah" oleh junior...yang penting kita tahu di kita sedang bertugas dan masing - masing faham akan spek tugas masing2.
Duuuuuulu...seronok sangat..
Itu duuuuuulu.. Apabila di alam kerja. Pernah berada dibawa dua bos sebelum ini. Satunya menyakitkan dan hati tidak gembira. Sakit kerana dituduh walaupun bukan aku tetapi rakan lain namun org kata cubit paha kiri, paha kanan terasa. Tidak gembira kerana mengharapkan sesuatu sikap yg profesional ekoran drpd jawatan dan akademik yang dipegangnya... Marah tak tentu pasal. Tak malu kah marah2 org tanpa berfikir? Ish222... Aku dan teman2 berdoa andai kami sudah ada jawatan sprtnya takpun jwtn setaraf degree ni, jauh2kanlah sikap macam tu memalukan diri sendiri tanpa sedar.
Itu duuulu.. Kerja dengan Mr. C ni membuatkan aku seditkit yakin pada diri walaupun gaji setaraf dengan gaji lulusan SPM. Confident to speak in Inglish. Yang bestnya confident to be myself.... Yah..terima kasih apek.. Keyakinan aku wujud kerana kau memberi aku kepercayaan memberi aku peluang untuk menyatakan keperluan kerja, menyatakan perkara - perkara yg boleh menganggu tugas aku.. Walau kerja - kerja aku banyak tekanan kau tidak menambahkan tekanan lagi.
Bukan aku nak berkata apa... ini pengalaman. pengalaman ini juga disahkan oleh beberapa rakan aku yg pernah bekerja dengan dua kaum yg berbeza. Amat berbeza bekerja dengan dua kaum yg berbeza ini. Walaupun mereka agak kedekut untuk memberi gaji yg banyak, namun mereka tidak kedekut ilmu dan yang penting kepercayaan yang diberi.

Kini...mungkin ini bukan yang dihajati namun ini sudah takdir pilihan yang dipilih untuk aku. Perkara dalam artikel kosmo hari ini pernah kami bincangkan semasa belajar duuuuuulu. Burnout in teachers profession kalau tidak silaplah tajuknya. Burnout = tekanan yang melampau - lampau. Kenapa guru? Kerana guru adalah multifunction!!!! Cuba renungkan. Tolaklah tanggungjawab guru sebagai isteri, ibu, adik atau kakak dlll kerana pekerjaan lain pun punya keluarga. Renungkan. Di sekolah guru bukan cuma pengajar. Dialah tukang cat, dialah setiausaha, dialah pendaftar, dia tukang bagi markah, dia tukang jaga bunga/kebun, dialah YANG MENURUT PERINTAH. Bagaimanapun HIDUP HARUS DI TERUSKAN...
Harap2 artikel ini boleh membuka mata dan minda kita. Usah terperangkap dengan tekanan ciptaan manusia.......Kalau tak mampu kata tak mampu bukan tolak mentah2 nanti org cop tukang bagi alasan. Yang suka bagi label2 tu, kita tidak tahu penghujung hidup kita, di mana kita akan berada di suatu masa nanti so, berpada ketika mencop / melabel . Yang suka memilih suka - suka tu, kurang2kanlah...nanti org takut nak bertembung nanti kena pilih pulak...

Untuk aku yang lemah dan masih muda mentah ini. Tarik nafas dalam2..kira sampai tiga....hembus..... Hadapi dengan senyuman apa yang terjadi biar terjadi....hehehheheheheheheheh..

Yg diatas tu cuma rasa hati berdasarkan pengalaman... JOM RUJUK di SINI untuk keterangan yang lebih FAKTA. Semoga membantu diri kita untuk membantu orang lain.
***aku kalau bekerja dalam tekanan yang "tidak sepatutnya" membuat kerja tu serba tak jadi...***

New day has come....

Picture taken from here...

Last nite she smsed me.....

"Salam. aku da deliver hr isnin maghrib. bb boy 3.6 kg"

simple but compact... Syukurlah Ieya melahirkan dengan selamat.... rasanya macam baru semalam aku menemani dia membeli barang2 persiapan perkhawinan... Begitu cepat masa berputar....

"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau."
~Saidina Umar Al-Khattab~

Hipertensi... Killing me softly..

Bawalah aku terbang ke mana yang kau mahu...
Bawalah aku terbang ke mana yang kau suka...
Bawalah aku pergi di mana yang kau inginkan..
Bawahlah aku kembarad mana yang kau impikan...
Bawalah aku...bawalah aku...
Ada satu hari Dia rasa Dia mahu pergi...
Dia mahu hilang...
Dia mahu ghaib..

Mahu sahaja dia pergi jauh..
Mahu sahaja dia jauh pergi..
Dari realiti...
Namun dia sedar..
Dia bukan puteri dari kayangan...
Dia manusia yg berakal..
Perlu tahu, rasa, bikin....

Wargh!!!!!! HiperTENSI.....
JUST WANNA TO SHARE................

Pernah dengar tak orang mati mengejut?
Samada dia mati kerana terkejut atau matinya membikin orang terkejut?
Entahlah.....Apapun daripada aku TERmati TERkejut mahupun mati aku bikin org TERkejut... Atau Aku sendiri TERKEJUT.... Terkejut.....pahala belum cukup menutup dosa.

Dulu - dulu orang bilang ini penyakit orang tua - tua. Kita orang muda takkan dapat punya.. Itu duuuuulu.. sekarang muda2 dah kena serang oleh multisakit. Semua bermula dengan HIPERTENSI. Hipertensi Huh! Puncannya ? Puncanya diri sendiri lah... cara hidup, cara makan dan cara kerja yang membawa kepada STRESS dan seterusnya membawa kepada 'jangkitan' pelbagai penyakit.

GEJALA HIPERTENSI
>>>> Sakit kepala/pening kepala yg selalunya berlaku berlaku pada waktu pagi di mana bahagian kepala rasa berdenyut (bergantung kpd tahap hipertensi).


KOMPLIKASI

Tekanan darah yg tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ - organ dalam badan dan menyebabkan kerosakan. Antara komplisi:-

1. Otak; Serangan strok / angin ahmar atau strok ringan dan sementara

2. Penyakit Jantung; seperti coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure dan Left Ventricular Hypertrophy.

3. Komplikasi Pada Mata; Pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata. Keadaan ini dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy.

4. Kompilasi pada Buah Pinggang; Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbumin-uria, Proteinuria)

5. Peripheral Vascular Disease; seperti aneurysm atau kehilangan satu atau lebih denyut nadi.


RAWATAN (Tanpa menggunakan ubat)

1. Ubah amalan gaya hidup

2. Pemakanan sihat

3. Kurangkan garam dan kolestrol

4. Lakukan senaman berkala

5. Kurangkan berat badan jika berlebihan

6. Atasi tekanan dengan berkesan

7. Berhenti merokok

Sumber: Majalah NUR keluaran Mac 2009

******The silent killer.. dalam diam membunuh..

The 9 Face of Leadership...Renung2kan di mana dirimu...


FedEx uses these criteria to identify potential leaders.
by Heath Row

According to FedEx, its best leaders share nine personal attributes - which the company defines with remarkable specificity. FedEx also has a system for rating aspiring leaders on whether they possess these attributes. How do you rate? Judge yourself against these edited descriptions of the nine faces of leadership at FedEx.

Charisma Instills faith, respect, and trust. Has a special gift of seeing what others need to consider. Conveys a strong sense of mission.

Individual consideration Coaches, advises, and teaches people who need it. Actively listens and gives indications of listening. Gives newcomers a lot of help.

Intellectual stimulation Gets others to use reasoning and evidence, rather than unsupported opinion. Enables others to think about old problems in new ways. Communicates in a way that forces others to rethink ideas that they had never questioned before.

Courage Willing to stand up for ideas even if they are unpopular. Does not give in to pressure or to others’ opinions in order to avoid confrontation. Will do what’s right for the company and for employees even if it causes personal hardship.

Dependability Follows through and keeps commitments. Takes responsibility for actions and accepts responsibility for mistakes. Works well independently of the boss.

Flexibility Functions effectively in changing environments. When a lot of issues hit at once, handles more than one problem at a time. Changes course when the situation warrants it.

Integrity Does what is morally and ethically right. Does not abuse management privileges. Is a consistent role model.

Judgment Reaches sound and objective evaluations of alternative courses of action through logic, analysis, and comparison. Puts facts together rationally and realistically. Uses past experience and information to bring perspective to present decisions.

Respect for others Honors and does not belittle the opinions or work of other people, regardless of their status or position

sources:http://tmgcanada.wordpress.com/2006/10/03/the-9-faces-of-leadership/
***** Usah marah - marah duhai si Hai, nanti orang hilang respek. Usah marah - marah duhai si Riah, nanti orang hilang keyakinan. Usah marah - marah duhai si Rie, nanti orang hilang motivasi. Usah marah - marah duhai si Ari, nanti orang benci. Usah marah - marah duhai si Hai, Riah, Rie, Ari DLL nanti orang jadi TAKUT BUKANNYA HORMAT. *********

Seks; Dialah yang paling hebat.

Artikel penuh: BAHANA SEKS BEBAS ( Bahana untuk siapa ?_ Aku bertanya..)
Di sini

Beberapa tahun lalu aku pernah bersembang dengan seorang rakan siber yang aku kenal dari sebuah forum yang aku rasa bersifat bersifat intelektual. Dan dengan atas dasar itu jglah aku mengharapkan sesuatu yang ada ilmu dalam perbualan kami tambahan pula dia lulusan universitas dan seorang seagama dengan ku (katanya ).

Mulanya perbualan dalam konteks "bermakna" bagi aku (rasanya). Berlanjutan kepada isu umur...OK. Aku perempuan yang tak risau ttg soalan berapa umur ku kerana aku yakin umur, akal, ilmu dan kematangan ku walau mungkin tidak seiring namun lebih baik atau lebih daripada sesetengah orang.

Bila berbicara tentang umur, dia kaitkan dengan seks. Wah! berani juga budak ni...kata ku dalam hati.. Dia tanya aku; dah pernah or tak..? Gila! Aku jawab dengan tenang.. Aku bukannya terkejut dengan soalan2 begini pun... Aku kata aku belum berkahwin dan adalah mustahil untuk aku melakukan itu. Dia cuba memprovok aku atau juga cuba untuk merendahkan aku hanya aku tidak pernah melakukan itu.
Aku jenis yang terbuka tetapi tidak TERlampau terbuka. Aku boleh menerima apa yang mereka - mereka katakan. Apa yang mereka - mereka cadangkan. TAPI! Untuk aku IKUT kata - kata dan cadangan - cadangan mereka, TIDAK! InsyaAllah dengan beklaan IMAN, AKAL, MALU dan ILMU yang aku ada ini aku AKAN PERTAHANKAN hadiah ini. Dia dan dunia nafsunya... itu antara dia dan nafsunya.. kerana aku tahu setakat itu sahaja pemikirannnya.. Walau dia kata dia telah "mengaplikasikan" atau "menikmati" apa yang sepatutnya dia nikmati dalam dunia MODEN dan TERBUKA ini. - ORANG INI ORANG DEWASA - (yg single)

Beberapa tahun lalu, juga aku tidak terkejut kerana banyak sudah berita yang sama di sana sini. Adik itu melenyapkan kandungannya dengan bantuan orang dewasa yang dekat dengan dia. Apa aku nak kata? Apa aku nak buat? Aku hanya mampu kasihan dan beri respon kepada mereka yang bercerita perihal adik itu. Hanya untuk menutup aib dan kononya demi masa depan adik itu...dia "membantu.".. Aku hanya beristigfar dan berkata - INI PERBUATAN ORANG DEWASA- (yg bukan single)
Beberapa tahun dulu, isu kami tentang lelaki itu. Walau tidak semua tentang dia.. tapi kebanyakkan tentang dia.. Ia hanya kerana kami marah, muak dan mual tentang dia. Last2 aku mula terketuk hati.. apa pahalanya aku bercerita tentang lelaki itu.. apa puasnya aku join the forum yang ahlinya memang niatnya mahu mengumpat... Astagfirullahalazim.... Aku juga mula tersedar dgn dosa itu bila si ahli kata..."dia tak pernah rasa ba tu itu yang dia macam tu..... kesian gersang".. Oh tuhan...rupanya dia pernah....

Nauzubillahminzalib....palis - palis ...Eh...ini tak ble ni...aku mesti kuar dari forum.. Ini bukan forum bermakna buat ku...Ini bukan forum orang berilmu! Dia bangga dengan SEKS ... Huh! - INI KATA - KATA ORANG DEWASA - (yg single)

Beberapa bulan yang lalu... "CARTA ORGANISASI SEKS" menjadi kebanggaannya. Tiada segan apa lagi silu.. Bangga denga SEKS BEBASNYA. Itu rutin bulanannya (katanya)... Telinga mendengar dan biarkan ia berlalu... Nak kata apa? MENJIJIKAN!!! Mulanya aku pikir dia hanya membuka pekung di dada... rupa2nya tidak! Dia lebih bangga... Huhhhh!!! - INI KEBANGGAAN ORANG DEWASA - (yg single)

Flash back; Masa itu aku muda tapi cukup dewasa (riak sikit ler yerrrrrr). Aku sebagai pengerusi forum wakil sekolah ku masa itu. Aku bertanya kepada ahli panel....(lebih kuranglah) " Dr. kata tadi, punca masalah sosial remaja itu berpunca daripada rakan sebaya mereka... (si panel pun angguk2)...bukankah rakan sebaya itu juga remaja?...(panel mula senyum2).. Jadi apa pandangan doktor mengenai isu ini...apa yang boleh kita bantu kerana kedua - dua pihak ini adalah remaja...kita tidak boleh juga salahkan rakan 'rakan sebaya' yang remaja ini kan.." (hehhehehe jawapan dah dibincangkan sebelum forum bermula...kikikikik)... Apapu... yang saya mau sampaikan di sini ialah...-APA KATA ORG DEWASA?-

Aku walau ADA YAKIN dalam diri namun ada kalanya KHUATIR juga...
Iman kalau tidak DITEGUHKAN boleh RUNTUH juga...
Akal kalau tidak DIASAHKAN boleh TUMPUL juga...
Ilmu kalau tidak DITOKOKKAN boleh KETINGGALAN ..
Malu kalau sudah HILANG....HILANGLAH SEGALA - GALANYA..
Syukur. Segala pancarobah halilintar zaman remaja sudah aku lalui dengan jayanya...
Kini yang aku khuatiri generasi remaja dalam keluarga ku..dengan pancarobah dan halilintar yang lebih kuat dan lebih laju ini menuntut mereka perlu lebih KUAT IMAN, AKAL, ILMU, MALU dan MATANG daripada aku dulu - duuuulu..

Doa mustajab ibubapa aku harapkan agar tiada perkara DURJANA ini dalam keluarga KAMI. InsyaALLAH dengan didikan, nasihat dan teladan yang ada membantu mereka generasi muda KAMI ini berfikir. Dan begitu juga dengan adik2 yang berada diluar sana. - ORANG DEWASA LAGI..... -

"Alaaaaa... biasala tu..... zaman sekarang...mainan budak2 sekarang..." -ORANG DEWASA-
"Mengandung??? Kasi kawin cepat! Nanti jadi anak luar nikah plak!" -ORANG DEWASA-

Aku bukannya nak salahkan ORANG DEWASA 100%. Aku pernah remaja dan aku mengharungi zaman remaja bersama rakan remaja ku. Aku mencari dan mendalami ilmu hidup bersama rakan remaja ku. Ibubapa ku memberi aku 100% kepercayaan untuk menjalani kehidupan remaja dengan berbekalkan ilmu AGAMA dan MALU sebagai BATAS apa yang aku ingin lakukan atau putuskan. -PANDUAN ORG DEWASA-

Rasa memberontak, mengasihi dan dikasih, disisih dan menyisihkan, membuli dan bukan dibuli, menjawab bukan melawan, melanggar dan bukan dilanggar... Itulah aku di masa remaja ku. Sedar atau tidak.. dalam kenakalan aku dan rakan, kami jugalah yang mengaji, bernasyid, ajk pend. agama dll.. Nampaknya kami seimbang... (bukan gila kuasa..hihihihi...) (Terima kasih kepada Ustazah yg membimbing kami...). -BIMBINGAN ORG DEWASA-

Sebenarnya entri kali ini rentetan daripada CUBAAN aku MELIHAT dan MERENUNG apa yang berlaku serta KEKHUATIRAN aku apa yang AKAN BERLAKU dan ANDAI KATA IA BERLAKU dalam HIDUP KELUARGA, KAWAN dan JIRAN aku. Terlalu banyak perkara ini berlingkar dalam hidup kita. Surat khabar? Blog? Berita TV? Apa lagi dalam bahan2 umpatan dan bualan masyarakat...

Ada kata berpunca drpd movie, intertet, dlll.... Menutupnya bukan satu penyelesaian? So nak buat apa lagi? Jom thinking...sampai parah...

Antara kes pembuangan bayi dilaporkan media
4 Mac 2009
BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.
17 Februari 2009
KANGAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyorok bayinya dalam laci almari bilik tidur di rumah majikannya yang juga pegawai kanan polis, di sini, sejak tiga hari lalu.
Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.
4 Februari 2009
NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan.Bayi yang dipercayai berusia sebulan itu ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.
7 Januari 2009
PETALING JAYA: Polis menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini.Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.
21 Disember 2008
SUNGAI PETANI: Seorang remaja berusia 17 tahun disiasat polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di belakang rumahnya di Kampung Bujang, Merbok, dekat sini, semalam.Remaja terbabit yang dikatakan mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada keluarga meninggalkan mayat bayi berkenaan di kawasan belakang rumahnya, tetapi ditemui oleh bapanya sekitar jam 5 petang.
15 Oktober 2008
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Jertih, Besut, dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam.Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan.Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.
29 September 2008
MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini.Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru lahir, ditinggalkan di kawasan itu tanpa pakaian atau alas.
8 September 2008
KUALA LUMPUR: Seorang bayi sempat diselamatkan walaupun dibuang ke dalam tong sampah oleh seorang gadis yang melahirkannya di dalam tandas Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurut sumber polis, seorang pekerja pembersihan hospital yang masuk ke dalam tandas terbabit terserempak bayi lelaki berkenaan yang masih bertali pusat.“Dia segera memaklumkan kakitangan hospital dan polis sebelum bayi itu diberi rawatan segera,” katanya.
13 Ogos 2008
PETALING JAYA: Tindakan tidak berhati perut apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir sengaja dicampakkan ibunya dalam lubang pembetung air sedalam hampir dua meter.Bagaimanapun, bayi itu yang dipercayai cuba dibunuh diselamatkan seorang buruh binaan yang kebetulan mendengar tangisan mangsa ketika melalui lokasi kejadian.

Sumber: Harian Metro
Ertinya : Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu berkuasa (berkemampuan) menyediakan nafkah zahir batin maka hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya perkahwinan itu dapat memejamkan mata (mengelak dari melakukan maksiat) dan memelihara kehormatan dan mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi perisai baginya.

Iman, Ujian, Pahala dan Dosa

Ingin mengetahui status sebenar...


Sedikit makluman berkenaan proses dan prosedur
Pelantikan dan Pengesahan Pegawai.

1. Penempatan Pertama:
a. Surat Tawaran diterima. (10 November 2008...too late itu setelah turun naik..... )
b. Melapor diri ke sekolah yang ditetapkan.
( 17 September 2008... datang awal coz tak sure tarikh surat suruh lapor diri sampai ... g ja sekolah...bukannya bayar pun..pahala redeem kat akhirat kata guru senior...)
c. Bagi guru: Gred DB27 (Diploma) dan DC41 (Siswazah) (Entahlah... Still GSTT? Enda apalah...kurang beban ku...tapi dulu time aku byk asgmnt belajar kenapa tak tanya....)
d. Jawatan: Sandaran Terlatih (STL) ( Kena jadi mak turut ja....kalau nak selamat lahhhhh...huhuhu)
e. Taraf: Sementaraf. Buat Medical Checkup

Follow up:2. Proses Pelantikan:
a. Tunggu Konvokesyen ( Aku Konvo 12 Mac 2009 tapi tak dpt p coz gaji lum kuar.. bukan gaji ujung bulan...gaji dari 25 sept. 2008...hah kiralah! )
b. Mohon ke SPP secara Online ( dah 6 Feb. 2009...kwn2 yg dah isi bulan 12 2008 intw 28 Mac ni...Tahniah! Jgn lokek pengalaman plak nanti...hehhehe )
c. Tunggu Panggilan Temuduga.
d. Temuduga Pelantikan, lulus.
e. Dapat Surat Tawaran Pelantikan.
f. Balas Surat Tawaran Pelantikan.
g. Dapat Surat Pengesahan Pelantikan. (Lantikan Pertama)
h. Selepas dilantik: Gred DGA29 (Diploma) dan DG41 (Siswazah)
i. Skim DGA29: PPPLD dan Skim DG41: PPPS
j. Taraf Jawatan: Tetap dalam tempoh percubaan (CBA).
k. Pengisian Jawatan: Hakiki

3. Proses Pengesahan:
a. Sekolah menguruskan Permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
b. Dapat Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan. (Tarikh Sah Pertama)
c. Buat Pilihan KWSP atau Pencen.
d. Dapat Surat KWSP atau Pencen. (Tarikh masuk skim pencen)
e. Selepas sah: Gred DGA29 atau DG41.
f. Taraf Jawatan: Tetap dan KWSP atau Tetap dan Berpencen.
g. Pengisian Jawatan: Hakiki

4. Jika Melanjutkan Pelajaran (DGA29 ke DG41):
a. Tamat Pengajian.
b. Konvokesyen.
c. Buat Permohonan Pelantikan ke DG41.
d. Temuduga.
e. Tawaran Pelantikan.
f. Pelantikan. (Tarikh Lantik Semasa)
g. Skim: PPPS (Tarikh Perubahan Skim - BUKAN NAIK PANGKAT!)

5. Kenaikan Pangkat 1 (Khas Untuk Penyandang - Time Based):
a. DGA29 dan DG41 (Lepasan KPLI, JQAF)
b. Berkhidmat selepas Lantikan selama 10 tahun.
c. Markah Prestasi Cemerlang bagi 3 tahun akhir.
d. Aras III minima dalam PTK.
e. Dicalonkan oleh pihak sekolah.
f. Ditawarkan ke Gred DGA32 KUP (DGA29) dan DG44 KUP (DG41) : (Tarikh Naik Pangkat)
g. Skim: Tiada Perubahan.
h. Taraf Jawatan: Tiada Perubahani. Pengisian Jawatan: Khas Untuk Penyandang.

6. Kenaikan Pangkat 2 (Hakiki):
a. DGA29 dan DG41 (Lepasan KPLI, JQAF)
b. Berkhidmat selepas Lantikan selama 10 tahun.
c. Markah Prestasi Cemerlang bagi 3 tahun akhir.
d. Aras III minima dalam PTK.
e. Dipilih atas keperluan perkhidmatan.
f. Ditawarkan ke Gred DGA32 (DGA29) dan DG44 (DG41) : (Tarikh Naik Pangkat)
g. Skim: Tiada Perubahan.
h. Taraf Jawatan: Tiada Perubahani. Pengisian Jawatan: Hakiki

7. Kenaikan Pangkat 3 (Khas Untuk Penyandang - Time Based):
a. DG41 (Perubahan Skim - Lanjut Pelajaran)
b. Pengalaman Mengajar dalam Skim lama diambil kira dengan Formula 3 Tahun = 1 Tahun dan maksimum 3 tahunContoh: Jika telah berkhidmat dalam DGA29 selama 10 tahun maka, perkhidmatandalam DG41 hanya perlu 7 tahun sahaja.
c. Markah Prestasi Cemerlang bagi 3 tahun akhir.
d. Aras III minima dalam PTK.
e. Dicalonkan oleh pihak sekolah.
f. Ditawarkan ke Gred DG44 KUP (DG41) : (Tarikh Naik Pangkat)
g. Skim: Tiada Perubahan.
h. Taraf Jawatan: Tiada Perubahan. Pengisian Jawatan: Khas Untuk Penyandang.

Sumber:
http://www.swakarya.com/blogs/index.php/panduan-pelantikan-pengesahan-dan-naik-p?blog=6

La tah zan, Usah Bersedih Lagi, Don't be sad

La tah zan…
la takhaf wa la tahzan innallaha ma 'ana

jangan takut dan jangan sedih serahkan segalanya pada Allah
Usah kau bersedih duhai hati…

Hati merasakan saat inilah penghujung cerita ini. Cerita yang pernah membuatnya rasa kecewa, hampir putus harapan dan jemu dengan apa adanya… Hati hampir lelah saat itu.. Hati mencari kekuatan untuk tidak terus melayani nafsu dan hanyut pada nafsu..

Akal cuba memujuk Hati… usah kau bersedih duhai Hati..

Usah kau menangis lagi duhai Hati. Kisah itu bukan penghujung segalanya.. Kisah itu permulaan kehebatan mu. Kau duhai Hati sekuat apa adanya dan kini Tuhan ingin berikan kau kekuatan lagi dalam ketabahan mu.

Hati masih bersedih dan ingin menangis sekuat Hatinya.. Ingin menangis depan semua orang.. Namun Hati terasa seperti meminta simpati… Hati hanya menangis di depan Nya bersaksikan KAMU. Sampai hati mereka membuatkan Hati begini. Tahukah mereka bahawa betapa sedihnya Hati… Fahamkah mereka jika mereka dihati Hati?

La tah zan…. Usah bersedih duhai Hati..
Iman cuba memujuk Hati.
Allah memberikan apa yang Kau perlu bukan apa yang kau mahu. Ingat duhai Hati, mungkin Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang Hati inginkan dan harapkan. Ketahuilah Hati, sesuatu itu bukannya daripada MEREKA atau KAMI, semua itu daripadaNYA.

La tah zan…Usah bersedih duhai hati..
Hati cuba untuk tidak bersedih lagi…
Namun Hati ingin menangis…menangis semahu hati Hati..
Semoga tangisan ini bukan tangisan kelemahan tetapi kekuatan..
Hati cukup terganggu apa adanya…
Hati cukup kesal apa dilihatnya..
Hati cukup terguris apa didengarnya..
Hati cukup……………….
Biarlah Hati menangis untuk semua itu.

Terima Kasih Iman, Akal…Kerana KAMU aku masih BAIK HATINYA walau bukan SUCI HATINYA. Hati cuba melihat keindahan hidup ini…

Hati tidak mahu seperti manusia itu yang tidak mampu melihat keindahan hidup mereka dengan baik kerana sibuk menghitung harta, wang ringgit dan segala bentuk kemewahan duniawi. Hati tidak mahu menjadi manusia yang suka memutar belitkan keadaan dan menjual harga kehidupan dan sanggup melupakan mereka yang pernah membantu Hati

Duhai Hati kecil ku. Kau bertanya apakah sesungguhnya keutamaan Hati dalam kehidupan? Apa perlunya Hati membanding – bandingkan diri Hati dengan orang lain?. Wargh!!! Sakitnya jiwa jika Hati cuba membandingkan diri Hati dengan orang lain. Banyak sekali demand yang perlu Hati tuntuti… Kerana nafsu akan bertanyakan Ya ALLAH kenapa aku tak seperti dia? Kenapa nasib ku tidak sebaik dia? Kenapa takdir ku begini? Banyakkah dosa ku berbanding dia sehinggah nasib ku begini? Dunia seperti roda mungkin hari ini Hati di bawah dan siapa tahu masa depan Hati?.. Tiada siapa tahu di mana penghujung hidup kita melainkan Allah.
Allah mengurniakan setiap mahluknya potensi untuk menjadi orang berjaya dan kesempatan itu terbentang luas untuk mereka yang mahu melihatnya kalau bukan dengan mata kasar, dengan mata hati. Usaha tangga kejayaan. Sudah berusaha dan berdoa…bertawakal…kalau itu juga jadinya, itulah dinamakan takdir.. Takdir Hati untuk menghadapi semua ini..
Hati cuba menjadi orang yang jiwanya sentiasa tersenyum melihat segala kesulitan melanda dan cuba melanda lagi. Kerana Hati tahu jiwa yang tersenyum melihat kesulitan InsyaAllah tenang hatinya mengatasinya. Pernah mereka berkata, Hati, kau nampak gembira sahaja. Mereka tidak tahu bahawa kemuncak kesedihan ialah ketawa dan kemuncak kegembiraan adalah menangis. Mungkin kesedihan Hati tidak sampai kemuncak dengan itu Hati menyambutnya dengan senyuman. Hati sedaya upaya tidak mahu menghadapi kesulitan dengan kesuraman yang boleh menimbulkan kemarahan. Semoga Hati masih mampu tersenyum… dan biarkanlah Hati senyum dan senyum lagi… Dan semyuman itu biarlah terbit dari hati yang tulus…
“Sesungguhnya kita manusia selalu memikirkan apa yang tidak kita miliki dan tidak berterima kasih pada Tuhan atas apa yang kita miliki… kita melihat penderitaan hanya pada sudut negetifnya tanpa mahu melihat dari sudut positifnya dan selalu merasa ragu terhadap kekurangan yang kita miliki.” William James – Bapa Psikologi.

Sumber Inspirasi: Catatan dari Kota London oleh DSR Erom

Salam Maulidur Rasul 1430H

Peserta dan Pemenang Pertandingan Mewarna Kategori Pendidikan Khas,
Berma.salah Pembelajaran (PKBP)
Peserta dari SK Bukit Padang, SK Kolombong, SK Kibabaig dan SK Kg. Contoh.


Wakil Guru Kategori Pendidikan Khas


Sekitar Pelancaran Program "Kami Cinta Rasul" sempenan Sambutan Maulidur Rasul 1430H. Dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Induk, Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Tahun 1430H/2009M Peringkat Negeri Sabah.

Terima Kasih Kepada ibubapa yang memberi kerjasama,

Kad OKU


Send a Dozen Roses at BlingPixie.com



Visit BlingPixie.com

BATU

BATU / ROCK

Batu Api = Tukang provok.
Batu Nisan = Tanda nama pada kuburan
Batu Sapi = Salah satu pulau di Sandakan
Batu 32 = Check Point, KK - Tawau / Semporna / Lahad Datu - Sandakan
Batu Tuluk = Gua Batu Tuluk, Kinabatangan
Batu - bata = Banyak batu
Lesung Batu = Lesung batu
Hati Batu = Hati yang keras
Gigi Batu = Gigi keras (adakah?)
Hujan Batu = Hujan macam batu
Kepala Batu = Degil / keras kepala
Makan Batu = (kesian) Tak da duit nak beli beras
Adalagi tak?

KATA ITU DOA


Hari lalu berkata tentang dia
Hari itu berkata tentang dia
Hari ini berkata tentang dia
Hari esok masih berkata tentang dia
Hari lusa juga masih berkata tentang dia
Hari seterusnya mungkin akan berkata tentang dia...
Kata - kata itu adalah DOA
Kata - kata itu adalah RASAHATI
Kata - kata itu adalah LUAHAN RASA
Kata - kata itu adalah GAMBARAN HATI
Kata - kata itu adalah LUKISAN IMAN
Kata - kata itu PERMINTAAN HATI
AH!!!!!!!
Kata - kata itu boleh MENGGURIS HATI
Kata - kata itu BOLEH MEMBUAK BENCI
Kata - kata itu BOLEH MENGHILANGKAN HORMAT
Kata - kata ITU......
Ya ALLAH...
Ikut KATA HATI mahu sahaja aku BERKATA
Ikut KATA HATI mahu sahaja aku MENANGIS
Ikut KATA HATI mahu sahaja aku BERTAYA
Ikut KATA HATI mahu sahaja aku MENGATAKAN
tidak takut kah KAMU AKAN DOA2.........

Jalan Lain Ke Sana..

"Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar,
DIA bagi saya Kaktus berduri.
Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu.
Saya sedih & kecewa.
Namun kemudiannya, Kaktus itu berbunga, indah sekali.
dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Allah.
Indah pada masanya.
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan.
kadang2 kita sedih, kecewa, terluka....
tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..."


Sumber: http://www.kasihsufi-idany.blogspot.com/