Laman

Suicide @ Bunuh Diri

Bunuh diri (itu bukan aku)
Pemikiran bunuh diri dan tindakan bunuh diri bukan satu perkara yang 'ajaib' atau 'luar biasa lagi untuk aku memikirkannya dan berbual mengenainya. Bukan bermakna aku sudah biasa mendengarnya atau menganggapnya perkara biasa yang boleh aku pandang enteng. Aku manusia yang punya Agama dan akal fikiran berlandaskan Iman. Syukur kepada Mu ya Allah kerana mengurniakan ku kekuatan untuk berdiri sehinggah kini.
Aku pernah mengalami saat2 yang aku fikirkan mengapalah aku jadi begini menjadi manusia walaupun tidak bertuah tetapi berikanlah aku sedikit kebahagiaan dan jalan mudah. Saat itu aku tidak menyesali kehidupan aku cuma aku merasakan mengapa terlalu lewat untuk aku merasakan sesuatu yang aku mahu dan impikan. Aku salah memilih pintu jalan hidup ku atau aku diberi liku2 hidup untuk menjadi lebih kuat? Aku memilih untuk memikirkannya ianya untuk aku. Untuk aku lebih kuat. Lebih kuat dari segi mental. Dan kini aku terus kuat untuk menghadapi apa yang akan datang. Aku yakin Allah akan memberikan ku sesuatu yang Teristimewa bila sampai waktunya. Amin...

Bunuh Diri (ini cerita lain ttp ada kena mengena)
Aku bukannlah fasih pun dalam BI. Cuma aku ada asas BI (hehheheh) dan Psikologi dan yang paling penting aku punya minat. So, aku bantulah Ustz utk translate tugasannya. Ini bukan kali pertama atau kali ketiga aku tolong translate. Aku suka bantu mereka yang meminta bantuan mencari bahan tugasan. Bukannya apa..saja menjana otak yg semakin hari semakin beku...Kali ini aku tlg translate ttg suicide . Sikit ja pun. Cuma aku saja mencari bahan yang lebih daripada apa yang dikehendaki dan antara yang aku perolehi ialah.....
#1
Ada dua orang sahabat sedang berbual.Bachik dan Amirul Aiman.Mereka ini sudah lama berkawan.Suatu hari mereka berjumpa semasa memancing kat sungai..
Bachik: Kau nak tau,dulu masa aku kecil aku pernah tengok orang bunuh diri.
Amirul: eeii...ngerinya...
Bachik: Dia gantung diri kat pokok.
Amirul: Habis tu sekarang hidup lagi ker....
Bachik: Iskkk kau ni....gila ker apa? dah tentulah orang tu mati.( sambil menunding jari di dahi Amirul)
Amirul: tak, maksud aku pokok tu la.....kuang...kuang.....kuang
Bachik: $#$&%%^*&

#2
ANTARA FAKTOR PENYEBAB BUNUH DIRI DI KALANGAN REMAJA.
1.Kemurungan
2.Pengasingan.
3.Alkohol atau dadah
4.Tarikan untuk mati daripada sumber seperti rakan atau Internet.
5.Tekanan seperti perpisahan ibu bapa atau gagal dalam peperiksaan.
6.Penderaan silam.
7.Kecelaruan personaliti.
8.Sejarah silam keluarga pernah membunuh diri.

ANTARA SIMPTOM YANG MENJURUS KEPADA TINDAKAN BUNUH DIRI
1.Bertukar perwatakan daripada periang kepada pendiam atau sugul.
2.Mengasingkan diri daripada keluarga, rakan sebaya atau masyarakat.
3.Berkelakuan pelik seperti mendengar suara atau halusinasi.
4.Gemar bercakap atau memberitahu niat untuk mati.
5.Perubahan rutin kehidupan .
6.Sering membahayakan nyawa dengan pelbagai aksi menakutkan

#3

Ini sahaja untuk kali ini...

Tanda-tanda tekanan

Salam.
Sebelum ini aku tidaklah tertekan pasal tidak membuat sebarang persediaan untuk praktikum sehinggahlah Acai dari nun jauh d SDK menelefon memberitahu ku yang PP akan datang memantau. Wahahahhaha padan muka aku... dah namanya tertekan..stress orang puti bilang.. apa pun yang aku cari tak jumpa.. Aku nak perbaiki RPH ku yang sepatutnya dihantar 2 minggu yang lalu (dah kena pen merah pung!) dan juga copy paste untuk minggu ni (hehheheheheh). Tapi malangnya RPH tu tak jumpa2 juga. "Duduk diam2 dan baca Selawat 3 kali!" kata adik ku yang bengang tengok aku pusing2 dan bising2. Tak jumpa juga.. Maknanya ia tertinggal di sekolahla tu. dah 3 hari org cuti baru aku nak cari!
Tak palahh tarik nafas dalam2 hembus.. mari kita makan sanggara pappe' sambil tengok AF kejap...saja nak tengok AC!
Fail yang ku pegang dan kujaga selama tiga bulan 17 mac till 20 Jun 2008. Tak sabar ku melepaskan tittle GDL ku.. Aku nak gaji.. gaji untuk bantu keluarga ku dan diri ku...








SALAM SMS?



Assalamu'alaiukum dan Salam Sejahtera.

Mungkin anda sudah tahu akan maklumat ketidak bolehan penggunaan "Akum" sebagai singkatan Assalamualakum yang selalunya kita gunakan dalam 'bahasa' sms. Saya juga tahu, cuma tidak pasti sebabnya. Pada petang Jumaat ini, dalam kebosanan lepak2 di rumah, saya menemui sebabnya dan saya ingin berkongsi dengan anda.


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamu'alaikum" dengan"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataanAssalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti denganperkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lahkita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortformA'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untukorang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani..Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yangbermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkandia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKADIAMALKAN.

Latihan d Stadium Penampang

26 Feb 2008
Pemanasan sambil menunggu bas.
Hari ini kami bala - bala PKSKBP membuat latihan dan catatan masa di Stadium Penampang. Latihan dan catatan masa ini dibuat sebagai persediaan bala-bala PKSKBP untuk 'Special Olympics'. Atlit2 PKSKBP hanya sebilangan daripada jumlah keseluruhan murid kami.. Mereka semuanya kelihatan gembira.. ya la.. hari ni mereka keluar daripada rutin biasa mereka... Kegembiraan dan keterujaan mereka terserlah apabila diberitahu bahawa 'bas kita dah sampai' dan... mereka terus berlari menyerbu bas tanpa kawalan. Habis! Salah seorang drpd mereka tu melanggar tiang dan betul2 dekat dgn GB bediri... Kuang kuang kuang apa lagi "kena" la kami (memang patut pun). Dengan keadaan 'luar kawalan' juga aku pun menjawab "bukan kami sengaja" apa lagi....... :-# ! Semalaman aku memikirkan keterlanjuran mulut ku..al maklumla aku ni kan masih GDL sedangkan yg senior diam2 ja...
Aku dan 3 senior yg lain ditugaskan sbg 'time keeper'. Nasib baik aku ni jenis kulit kereta kebal ble berdiri ditengah2 panas.

Selepas catatan masa untuk acara lari 100 dan 4 x 100 Meter, acara rehat! Sambil2 tu, dijalankan jg pemilihan atau catatn jarak untuk acara softball. Aku pun tak berapa tahu tentang acara ni. Kiranya ala2 lontar peluru tetapi bola yang digunakan ringan dan lembut saiz macam bola lontar peluru la jg. Kami bersurai kira-kira jam 10 a.m. Kali ini murid lebih terkawal berbanding sebelumnya..
Refleksi / Pengajaran Hari Ini!!!!
1. Jaga mulut jangan main jawab ja' apabila org lain tengah marah (Communication skill) apalagi berdepan dgn org yang lebih berkuasa.....
2. Bersedia untuk mengawal murid. Bila bas dah sampai, jgn beritahu mereka yg bas dah sampai. Sebaliknya, suruh mereka berbaris, beritahu peraturan2 yg mereka perlu lakukan sebelum, semasa naik bas dan juga semasa mereka d stadium. Guru perlu terlebih dahulu berada d pagar sekolah dan juga d dlm bas.

Fingers Sign!



Satu.. Dua .. Tiga .. Empat... Lima

One.. Two ... Three .... Five

Antara pendekatan alternatif aku untuk mudah mereka mengingat nombor asas. Aku juga menulis nombor pada setiap jari contohnya jari telunjuk untuk nombor 1.

Harap - harap percubaan ini membuahkan hasil.

Makan gaji atau memberi gaji ?

Amat tertarik dengan petikan dari blog seorang penulis bebas;

Orang makan gaji jadi hamba orang lain dan diikat selamanya

Saya kasihankan sebilangan peniaga atau usahawan yang ada semangat sukses diri tetapi miskin rasa insan.
Apa maksud miskin rasa insan.
Pernahkah saudara mendengar ayat berikut?
“Aku hendak meniaga, tidak mahu makan gaji,” katanya.
Maka kata saya, “Bagus!”
“Makan gaji hidup tidak senang,” katanya lagi.
Jawab saya, “Oh begitu.”
“Orang makan gaji jadi hamba orang lain. Tidak ada kebebasan, terikat sampai bila-bila,” katanya bangga dengan pilihan menjadi peniaga.
“Hmm,” respon saya.
Kami diam.
“Boleh saya bertanya?”
“Silakan.”
“Rasa-rasanya, jika tidak ada orang yang makan gaji di Malaysia ini, perniagaan saudara boleh hidupkah?”

P/S: Sinis
Sumber: http://motivasiminda.wordpress.com