“Orang yang berakal hanyalah merindui akan tiga perkara: Pertama, menyediakan bekal untuk pulang. Kedua, mencari kelazatan buat jiwa. Ketiga, menyelidiki erti hidup. Orang yang berakal tahu membedakan manusia, tiada canggungnya ke manapun dia bergaul. Manusia dibaginya dua. Pertama orang awam, perkataannya di sana dijaganya, tiap kalimat dibatasnya. Kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kedua ialah orang khawas, di sanalah dia merasa lazat ilmu, kepada yang lebih darinya, dia menyauk. Kepada yang sama dengannya, dia membanding. Tempoh tidak ada yang terbuang…”
-Prof. Hamka-
****"Kerana hanya jauhari jua yang mengenal manikan" Ertinya: Jika hendak bicara atau bertindak mesti pandai membaca dan melihat situasi, perkataan dan tindakannya dibatasinya.
Hari ini peluang untuk banyak bicara / banyak bercakap semakin kurang. Apakan tidak teknologi chatting online / smsing semakin mudah dan murah. Untuk mereka yang sememangnya pendiam tidak menjadi masalah dan mungkin akan menjadikan mereka lebih pendiam atau juga lebih yakin diri kerana terasa semakin ramai manusia yg lebih suka untuk tidak banyak berbicara.
Untuk mereka yang suka berbicara mungkin ini satu cabaran kerana mereka mungkin kehilangan teman bicara. Dan mungkin sebaliknya, teknologi bercakap 'senyap' ini boleh membantu kepada mereka yang mahu kurangkan habit banyak bercakapnya itu.
Mana yang lebih menikam kalbu, kata2 tanpa suara atau kata2 dengan suara? Yang pastinya kata2 yg sangatlah "slowmotion" sangatlah merimaskan, bukan apa risiko untuk ianya disalah dengar dan kemudiannya disalahtafsirkan adalah lebih tinggi... Adakah dia sememangnya pemalu? Atau Adakah dia sememangnya memiliki tong suara yang kecil? Atau adakah dia adakah dia sememangnya begitu....
Berbual secara SMS adalah lebih mengusik jiwa berbanding berbual secara lisan. Percaya atau tidak, anda harus percaya. Cuba bayangkan anda berbicara dengan seorang lelaki yg kurang yakin diri (mungkin juga dia nervouse). Dia menjawab setiap soalan dengan suara 'sepoi2 bahasa' sambil memandang bukan kearah anda. Cuba pula bayangkan anda berbicara dgn lelaki yg sama melalui SMS. Mana satu 'bahasanya' yang anda faham. (hihiihihihihihihih)
Bercakap sambil mengeja, menghantar mesej kemudian menati jawapan lebih thrill berbanding bercakap dengan suara dan terus mendapat jawapannya (Dr. HM Tuah). Bayangkan.... anda menerima sepucuk surat atau kad cinta yang di dalamnya penuh dengan kata2 puitis cinta, motivasi, nasihat dll...anda akan mendakap kad/surat tersebut dan membacanya berulang2 kali, disimpan dibawa bantal dan mungkin boleh sampai menghafal setiap bait2 kata. Walllllau!
Walauapapun di mana letaknya anda (byk cakap/byk diam), anda berhak menentukan anda mahu di mana utk hari ini dan hari2 seterusnya. Begitu juga aku, aku ada hak utk meletakkan diri ku namun, aku tidak akan lupa hak2 org lain utk memberi panduan utk aku meletakkan di aras mana aku sepatutnya berada. Menjadi org yg byk cakap berbanding org2 sekeliling adakalanya aku menjadikan diri aku lebih dari mereka dan juga sebaliknya. Adakalanya menjadikan rasa diri ini penting atau rasa diri ini diambil kepentingan utk mereka.
Apapun, hakikatnya aku harus terima, suka atau tidak, tunggu yg suka dan terima saja....( :-) ). Kerana percaya bahawa, ada kajian mengatakan bahawa sikap 'peramah' bukanlah satu masalah. Sebab itu adalah sudah lahir untuk aku, kalau pun dihalang / disekat boleh menyebabkan aku beralih kepada berkomunikasi cara lain - SMS,MMS, internet, e-mel, surat dlll yang lebih berbahaya...yg lagi thrill...(kikikikikiki)....
Kalau nak bercakap pun...
Sabda Rasulullah, " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dialah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan salah satu daripada empat perkata itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hinggah dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) Apabila dia dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji dia ingkar, apabila bertengkar dia mengetepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad).
Kalau dilihat daripada keempat2 perkara diatas, semuanya berkaitan denga bercakap dan kata2. Bercakap itu ada baiknya dan ada buruknya. Bergantunglah kepada aku, kau, dia dan kita.
"Kerana lidah....
memperlihatkan ketidak sempurnaan iman.....
Kerana jemari....
juga memperlihatkan ketidaksempurnaan iman"
*************************************************************************************
Aku nak semak diri dulu yer.....
Di mana aku berada berpaksikan ungkapan2 :-
1. Wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dari kecantikan hati yang ada dibaliknya.
2. Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yg mempersona, tetapi dilihat dari sejauhmana dia menutupi tubuhnya.
3. Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyak kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
4. Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah bunyi suaranya, tetapi dari apa yang mulutnya sering bicarakan.
5. Wanita sejati bukan dilihat dari keahliaannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara.
6. Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi sejauhmana dia memperteguh kehormatannya.
7. Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia alami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan syukur.
8. Wanita sejati bukan dilihat dari sifat mudahnya bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul.
9. Wanita sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat dari dari kekhuatiran orang jadi tergoda
SUMBER: Dr. HM Tuah; WANITA APABILA KETAGIHAN BERCAKAP- Majalah Nur-
************* Ada teman2 kata aku ni lawak...lawak ker????
Ada kawan2 kata aku ni berani...berani ker?
Ada member kata aku byk mulut...alamak..kena kontrol ler...
Yg penting DIA pernah berkata awak peramah tapi kena kontrol nanti I jeles...
kakakkakakakakakka...itu kisah lalu....**********
Tiada ulasan:
Catat Ulasan