Being single in this age......
Memalukan? tau ianya sangat memalukan? Tepuk dada tanya diri.... kalau rasa malu cepat2 hilangkan kemaluan itu...dengan cara apa? terpulang kepada keimanan, kematangan, keperluan dan tahap kesabaran...apa u pilihannya terpulang kerana situasi ini berlaku kepada yang sudah cukup usia untuk dikatakan dewasa pemikirannya.
Sangat memalukan? Mengapa? tak tahulah mengapa ianya menjadi sangat memalukan.....telanjang ka dia? tak berbaju kah dia hanya kerana tiada yang melindungi? tiada yang menemani? tiada yang sudi di sisinya....
Sensitif...
Setakat mana ianya menjadi satu yang sensitif adalah berdasarkan kematangan dan keterbukaan bukannya apa yang sukahati rasakan. Bagaimana cara org lain bertanyakan, mencadangkan, menasihatkan, menyindirkan, membicarakan....
Bukan semua org layak berkahwin..
Lelaki....
Kenapa lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga... Dialah kapten sebuah kapal...
Lelaki yang sunat berkahwin: mereka yg mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin...Mereka ini tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.
Lelaki yang haram berkhawin: tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga lelaki berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.
Lelaki yang makhruh berkahwin: lelaki yang tidak mampu memberi nafkah namun berkemahuan untuk berkahwin.
Lelaki yang harus berkahwin: Lelaki yang tidak mempunyai sebab mendesak untuk berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
Di mana letaknya? Lelaki itu sudah yakin serba serbih... itu apa yang dilihatnya pada dirinya sendiri...itu apa yang dia rasakan pada dirinya sendiri...yakinnya sehingga boleh menolak kata org lain...sehingah menyanggah apa yang dilihat oleh org lain... Pelik! tetapi itulah ada yg wujud begitu...walau bukan semuanya begitu...
1 ulasan:
ada seorang kawan saya tu mcm tu juga..payah mo kawin..tp byk perempuan mo dia..jd apa maksudnya tu??
Catat Ulasan