Laman

Nota Kecil Ku: Kelas Tassawuf: BAB ADAB2 BERGAUL & BERMASYARAKAT

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan apa yang ada dalam "Nota Kecil Ku".
**AMARAN: ini hanyalah nota kecil ku.... catatan ringkas dan ulangkaji mengikut apa yang ku fahami. sila rujuk buku Bimbingan untuk Mencapai Tingkat Mukmin karangan Imam Al-Ghazali. 

Bab Adab-Adab Bergaul dan Bermasyarakat.
Bersaudara.
- Setiap orang Islam adalah bersaudara dan ini merupakan nikmat yang dikurnikan oleh Allah Subahana wataalaa kepada hamba-Nya. 
- Orang mukmin, rang yang dapat menyesuaikan dirinya dengan orang lain dan mudah disesuaikan (diikuti) oleh orang lain.
- Sahabat adalah rezeki Allah Subahanallahwataalah.
- Sahabat adalah orang yang mencintai kerana Allah Taala.

Bercinta.
- Kerana Allah. Natijah akhirat.
- Ini kerana dengan sahabat yang kita cintai kerana Allah, kita hasil manfaatnya di akhirat.
- Kita mencintai saudara kita kerana Allah kerana.....

1. Menjadi guru.- Kita boleh/berpeluang menjadi guru atau sebagai penasihat kepada sahabat, saudara kita samada melalui ilmu yang kita sampaikan atau melalu amalan yang kita lakukan,

2. Sebagai Murid - saudara kita tempat kita mencari ilmu.

3. Tempat kita bersedekah. - ada tempat untuk membuat kebajikan.

4. Tukang masak yang teliti - kita mencintai seorang tukang masak yang teliti. Ini kerana, tukang masak yang teliti adalah orang yang menitik beratkan halal-haram, kesegaran dan seumpamanya.

5. Pembantu yang teliti - mencintai pembantu kita keranya kita ada masa untuk membuat perkara lain. umpamanya ke majlis ilmu.

6. Orang yang memberinya nafkah- Kerana dia, diri berpeluang belajar.

- Kesan kecintaan kerana Alla boleh dilihat melalui sifat menghargai. Menolong dan dermawan.
- Tahap kecintaan bergantung kepada tahap kesedaraan.

Sifat yang diperlukan untuk Memilih Sahabat.
1. Akal yang baik. - Akal sebagai asas kehidupan.
2. Baik budi pekerti - dapat mengalahkan nafsu, tidak bakhil dan tidak pengecut.
3. Bukan Fasik - tidak layak dijadikan sahabat
4. Tidak tamak dunia - kita akan terikut tamaknya.

Apakah yang dimaksudkan mencintai kerana Allah?
Mencintai kerana Allah kita lihat melalui tujuannya iaitu demi mengharapkan Rahmat dan keredhan-Nya.

Mencintai kerana Allah adalah mencintai dengan cara Allah redha. Mencintai sahabat untuk saling mengingat di jalan Allah,mencintai pasangan yang halalkan Allah. 

to cont....end 12.14 am 9/12

Penasihat Yang Salah. ( Masalah rumah tangga).

Hari ini fenomena Facebook bukan main lagi hebatnya. Apatah lagi bayaran untuk mendapat internet bukan lagi sesuatu yang mahal. Murid sekolah pun sudah mampu melayari internet di mana-mana sahaja tanpa ke siber kafe. Harga internet kini semudah bagaimana kita di era telefon bimbit bukan lagi barang mewah.

Saya teringat kata - kata seorang rakan sejawat saya..
"luculah pulak aku nampak orang pakai menelefon begitu besar saiznya telefon.."
(merujuk kpd tap 7.0 saya).

rakan yang seorang lagi menjawab...
"begitulah peredaran zaman. yang mula-mula kita nampak ganjil akan jadi kebiasaan juga.."

Saya akui, pada mula munculnya I Pad, saya pun salah seorang yang berasa kelucuan melihat gelagat pemuda pemudi yang membawa I Pad ditangan apa lagi jika meletakkannya ditelinga. Habis muka ditutupnya...

Harus diakui itulah peredaran zaman.

Dan dengan itu Facebook pun semakin kerap diamati berbanding wajah rakan dihadapannya. Komunikasi secara live semakin hari semakin nipis.

Teman saya meluahkan perasaannya. Bahawa bila keluar dengan kawan-kawan, kawan-kawan lebih banyak berbicara dengan rakan facebook berbanding dengan rakan 'face to face'. Dengan itu katanya apa perlunya berjanji temu di satu tempat jika masih berhubungan dengan rakan fb yang mungkin juga rakan itu yang baru kita kenal di laman sesawang.

Seakrab bagaimanapun kita dengan rakan FB adalah tidak sama dengan empatinya rakan yang sentiasa berada dihadapan mata kita.

Untuk Entry tertangguh ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat daripada nikmat pendengaran saya. Saya mendengarnya di Radio IKIM FM. Segmen Pesona D'Zahra yang bertajuk PENASIHAT YANG SALAH.

Untuk enrty ini terlebih dahalu saya memohon maaf sekiranya catitan saya ini ada silapnya memandangkan saya menulis berdasarkan pemahaman dan pendengaran saya. Semoga Allah membimbing kita untuk memahaminya dengan mudah.

PENASIHAT YANG SALAH.
Yang Berbahagia (YBhg) Ustad menyatakan bahawa semua manusia diuji dengan berbagai masalah. Maksud yang saya fahami kita mahluk Allah yang bergelar manusia ini masing-masing ada ujiannya tidak kiralah ujian itu besar atau kecil. Masing - masing punya bahagian. Ustad juga menyatakan "Dunia ini memang negeri bala dan ujian".

Yah, setiap daripada kita ada ujiannya dan masing mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ada persamaannya iaitu "ujian itu menyempitkan hati". Bagaimana ? perkara paling mudah, cuba kita bayangkan jika kita ditimpa sakit misalnya, apa yang kita rasakan....ingin ketawa atau ingin sekali menangis.....

Ujian kita mungkin berbeza. Kadang kita cemburu dengan sebuah keluarga itu, suami kacak isteri cantik anak-anak comel. Namun ada sesuatu yang kita tidak tahu, bahawa mereka mungkin diuji dengan anaknya menghidap penyakit yang menuntut kesabaran mereka. Atau mereka diuji dengan hubungan dengan mak mentua yang kurang baik. Ada orang diberi Allah peluang kekayaan boleh menghantar anak belajar sampai ke luar negara,berjawatan tinggi, bergaji besar namun, sampai satu masa dia kesepian di hari tuanya kerana anak-anaknya lebih memilih tinggal berjauhan drpdnya.

Kita dinasihatkan untuk tidak membandingkan kebahagiaan kita dengan kebahagiaan orang lain. Takut nanti kita tidak mendapat apa - apa kebahagiaan apapun.

Oleh itu, apabila kita diuji dengan sesuatu yang permasalahan sunnatullahnya ada dua perkara :-
1. Mengadulah kepada Allah Subahana Wataala.
2. Bertemu dnegan manusia.

BERTEMU DENGAN MANUSIA.
Fitrah manusia untuk meluahkan permasalahannya dengan manusia lain walaupun kita tahu ada Allah untuk kita mengadu. Kita bertemu rakan kita setelah berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.

Dalam kita ingin meluahkan permasalahan kita kepada rakan kita, harus memilih penasihat yang betul terutamanya dalam permasalahan rumah tangga. Berhati - hati dengan PENASIHAT YANG SALAH.

SIAPA PENASIHAT YANG SALAH ?
1. Orang yang latarbelakangnya  bermasalah rumah tangga
- Jika latarbelakangnya suka bergaduh dengan suami misalnya. Dia akan menasihati kita berdasarkan apa yang dibuatnya. Dia akan mencadangkan kepada kita untuk terus bergaduh atau memukul isteri.

2. Ahli keluarga yang emosi.
- Ahli keluarga yang emosi akan mendengar separuh sahaja kata - kata dan terus kepada keputusan.  Apa lagi kita, jika meluahkan perasaan cenderung kepada menceritakan apa yang kita rasakan, apa yang kita nak katakan bukan berdasarkan apa yang sebenarnya yang berlaku.

3. Kawan-kawan sekeliling yang tiada kemahiran menasihat atau mendamai.

4. Orang yang berkepentingan.
Seperti kekasih lama, orang yang menyimpan perasaan terhadap kita misalnya.

5. Pengamal undang-undang yang tidak bertauliah dan tidak beretika.









Jadi Bagaimana

Assalamualaikum, kehadapan kamu.
Sebentar lagi hari ke empat dalam bulan Disember akan muncul untuk tahun ke 31 bagi diri ku. Yah 31 tahun sudah saya hidup. Alhamdulillah begitu panjang usia ku dan begitu banyak nikmat Tuhan ku yang aku perolehi.

Alhamdulillah.

Kehadapan kamu,
Hari ini saya ingin bicara tentang perubahan bicara hidup ku.
Aku ingat lagi di masa aku begitu rajin bicara tentang kehidupan ku di tempat aku belajar, isu ujian dan status ku. Aku tertawa pulak saat mengingatnya..

Isu beralih kepada kerjaya ku... bukan main rajin aku menterjemah bahan dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia mengikut pemahaman ku sendiri. yah.. aku sangat rajin membaca dan mengkaji ilmu tentang yang akan aku hadapi ketika itu, ilmu kerjaya ku. Sehinggahlah blog aku menjadi antara 'top 3' ketika ini. Mungkin kerana belum ramai lagi blog dalam Bahasa Malaysia untuk 'subjek' PK ketika itu. Dalam pada masa yang sama, isu peribadi ku tetap sama walau jalan cerita berbeza.

Isu pun beralih lagi setelah lebih 5 tahun keutamaan isu ku beralih kepada peribadi ku. Pembaikan ilmu akhirat InsyaAllah. Semoga sahaja aku istiqamah dengan apa yang aku sedang usahakan.

Aku ingat, aku pernah lelah dengan kecemburuan ku sendiri. Yah, cemburu melihat mereka yang ditarbiah drpd kalangan keluarga agaman/educated, memiliki banyak peluang dan ruang dalam memiliki apa yang mereka mahu, menjadi pilihan utama orang dan yang paling ku cemburui mereka adalah muslimah dan muslimat yang dekat Allah. Ilmunya ada dan boleh berkongsi dengan yang lain.

Aku pernah lelah kerana cemburu ku.....
Aku menangis depan Allah. Aku tahu Allah Maha Mengetahui isi hati ku. Di saat aku semakin berusaha ingin mendekat dengan Allah, mempelajari ilmu yang mendekati ku dengan - Nya semakin kuat pulak dugaan perasaan, emosi dan was2 syaitan yang datang.

Alhamdulillah. Dalam pertarungan itu ada 1001 soalan, kekeliruan dijawab-Nya. Dan semua itu diacarakan dengan ikhtiar dan dipermudahkan oleh Allah.

Belum bisa dengan ibadah, kita usahakan dulu dengan akhlak...



Siti Hajar : Citra Cinta dan Pengorbanan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi... hari ini saya dikurniakan kesempatan untuk mengahadapi dunia... hari ini dan hari-hari yang lalu juga saya dikurniakan kesempatan dan kelapangan hati... kelapangan hati menghadapi apa yang telah akan dan InsyaAllah yang akan berlaku.

Antara kesempatan dan jalan yang dibukakan kepada saya ialah kelapangan hati untuk membaca buku Siti Hajar ini... sudah sering saya 'melimpasi' buku ini jika saya memilih - milih buku di kedai.... Mungkin saya merasakan saya sudah tahu kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dlm sejarah Aidil Adha.... 

Alhamdulillah.. akhirnya dibukakan hati utk mengenal Siti Hajar wanita hebat ini... 

"Siti Hajar : Citra Cinta dan Pengorbanan.
3 Manusia mulia yang dipertemukan atas nama Cinta kpd Allah....
Terlalu banyak pengajaran dlm cerita cinta ini..... 
(Mode: touching me.... semoga Allah mempertemukan kita di jalan - Nya... )"

Kesimpulan awal saya setelah siap membaca.... 

Siti Hajar:
Ibu kepada Nabi Ismail a.s dan juga merupakan isteri kedua kepada Nabi Ibrahim.
Lahir daripada keluarga di raja yang dididik dengan adab yang baik namun hidup dalam kejahilan pada zaman itu... 

Pada zaman mudanya sudah memikir-mikirkan ada yang tidak betul dalam masyarakat di zamannya... menyembah dewa yang tidak pun memberi manfaat kepada manusia. 
Ditimpahkan musibah oleh Allah SWT. Kerajaan di bawa pemerintahan ayahnya diguling Firaun dan keluarganya dijadikan hamba di istana Firaun. Satu persatu keluarganya dihadiahkan oleh Firaun kpd org lain... Siti Hajar sentiasa bermohon agar dia dilindungi... Allah SWT menjaga Siti Hajar dengan mentakdirkan dia menjadi Ketua Hamba di Istana Firaun. Sehingahlah Siti Hajar dihadiahkan kepada Sarah oleh Firaun bagi menutup malunya...

Jadilah Siti Hajar sebagai hamba kepada keluarga Nabi Ibrahim. Seorang hambah yang patuh dan juga sangat baik budinya... mensyukuri berada dalam keluarga yang mengamalkan apa yang dicarinya...

Sehinggalah Siti Hajar minta dijadikan Isteri kepada Nabi Ibrahim oleh Sarah.


Sarah :
Isteri pertama Nabi Ibrahim. Juga lahir daripada keluarga berkedudukan dan dididik dengan baik namun juga hidupa dalam persekitaran yang jahil.. Menyembah dewa dan berhala... Sarah juga mempunyai fikiran sepertimana Nabi Ibrahim dan Siti Hajar yang 'mempertanyakan' amalan serta sembahan keluarganya serta masyarakatnya. 

Sarah diuji dengan kecantikan serta kemandulannya. Seorang yang setia, tabah bersama dalam perjuangan suaminya. Sehinggahlah Sarah meminta Nabi Ibrahim mengawini Siti Hajar kerana memahami bahawa Nabi Ibrahim perlukan zuriat untuk meneruskan perjuangannya sedangkan sarah tidak boleh mengandung. 

Sifat wanita. Sabar dengan tohmahan masyarakat. Namun cemburu. Cemburunya terhadap Siti Hajar tidak terbendung lagi sehinggahlah dia meminta Nabi Ibrahim membawa keluar Siti Hajar. 

Moral yang saya dapat lihat secara peribadi:
1. Jodoh kita tidak akan lari jauh drpd siapa diri kita. Jika kita seorang yang mahu belajar, kita akan dipertemukan dgn org yang mahu belajar juga.
2. Allah SWT mengabulkan setiap doa kita. Ia terpuang samaada doa itu dikabulkan dengan kadar segera atau sebaliknya. Allah Maha Mengetahui bila mana yang terbaik buat kita.
3. Dibalik suami yang hebat ada isteri yang hebat dan juga sebaliknya. Suami Isteri harus saling menyokong dalam kehidupan dan perjuangan. Imbalan drp Allah SWT sangat besar kelak.
4. Peribadi yang baik terbentuk daripada rumah. Persekitaran dan sekolah adalah agent pembantu dan penguat.
5. Ujian yang lalu memperkukuhkan keredahan kita menghadapi ujian akan datang.


Aku Buku dan Dia



"Sungguh merupakan suatu penyakit ketika kita sedang merasa jahil namun masih juga tidak mahu mengubati penyakit tersebut dengan membaca. "

Salah satu kata-kata mutiara dalam buku ABC ini. Melalui kata-kata ini sudah cukup untuk kita memahami maksud sebenar keseluruhan 'suruhan' penulis buku ini. Jadilah orang yang berilmu dengan membaca. Orang yang berahlak pun harus berilmu. Dari mana ilmu itu? Dari apa yang kita baca. Bacaan itu juga harus bijak untuk dipilih. 


Membaca buku "Aku, Buku dan Cinta" membuat aku semakin cinta dengan buku. Suatu yang tidak bisa tertanggal daripada kocek keinginan ialah membeli buku. 

Teringat. Di zaman remaja ku, aku tidak memenuhi otak ku dengan membaca novel yang digilai seusia ku ketika itu. Oleh itu, aku agak terkebelakang mengenal filem Ombak Rindu itu dijadikan filem. 

Entah mungkin atau... namun saya yakin antara alasan saya ketika itu, kebanyakkan novel remaja bacaan rakan2 saya ketika itu saya anggap kehidupan yg terlalu sempurna. Di mana kebanyakkan wataknya seorang yang 'sempurna' fizikal dan materialnya. Ini mungkin terkait dengan dilatarkan diri saya yg lebih 'memerlukan' fizikal dan material maka saya tidak dapat melihat apa yg disampaikan dalam novel2 cuma rekaan dan kegembiraan bukan pada hakikat semata.

Seorang Tua di Kaki Gunung... Novel yang paling saya ingat.

"Aku, Buku dan Cinta." 
Jika manusia, buku inilah jodoh ku. Membaca buku ini sepertinya aku deejavu. Seperti aku sudah membaca buku ini dulu. Lembar demi lembar.... yah! 

Yah! Mengingatkan aku tentang seseorang. Seseorang yang aku hampir kenali. Semoga Allah sentiasa mengurniakan dia ketabahan dan kesabaran yang berpanjangan. 

Meneruskan pembacaan.... sepertinya aku semakin mengenali dia... Dia diberi ujian. Seorang yang tidak diberi 'nasib' melanjutkan pelajaran seperti muda-mudi yang lain namun dia seorang yang mencintai ilmu. 

"Aku, Buku dan Cinta." 
Sudah ditakdirkan aku jatuh cinta dengan buku ini. Menjadi motivasi untuk belajar. Tabah untuk belajar. Kehidupan yang lebih sabar dan tenang. Walau sekali - sekali diusik kenangan aku harus menerima buku ABC ini sudah ada dan sentiasa ada dipandangan mata. Kredit juga harus aku berikan pada dia kerana menjadi ujian ketenangan ku, ku kenal aku yang semakin berbaik sangka... InsyaAllah. 











15 Mei

Nota...

Di mana penghujung sebuah nota...
Kan ku jalani sehinggah hujungnya..
Terkadang mencari, membilang, merenung...
Terkadang mencemburui.....
Sangat mencemburui...

Oh Tuhan ku....
Anda terlalu banyak dosa2 ku....
Ku pasrah jika ini cara menghapusnya...
Ku reda andai ini cara meringankan siksaan ku kelak..

Ya Allah...
Engkau Maha Tahu di mana kuat ku...
Engkau Maha Mengetahui di mana lemah ku...
Engkau Maha Tahu segala rahsia ku...

Siang ku aku umpama gagahnya burung helang...
Malam ku akulah si pungguk rindukan bulan...
Sayang Mu Ya Rahim jangan hilang...
Kasih Mu Ya Rahim rintiskan jalan...

Tidak bisa lagi membicarakan hati...
Sudah malu pada yang membaca..
Seperti tiada kekuatan diri...
Untuk dikongsi pada sesiapa...

Hanya pada Mu Ya Rabbi...
Rayuan daripada sekeping hati hamba..
Taubat atas segala dosa berdiri..
Agar berkat Mu sentiasa ada..

Di kala aku bertanya berdosa sangat aku...
Jangan Engkau tarik Kasih Mu pada Ku Ya Allah..
Aku yang kuat dipandang mata...
Engkau Maha Tahu disarat diri ku Ya Allah...


Di saat terdetik cemburu membungkus diri...
Ku Mohon agar leraikan ia lekas..
Jentikkan aku dengan Istighfar pada hati..
Agar cemburu tidak berbekas..

~~~~ Ya Allah Ampunilah dosa - dosa ku......
~ 15/5/2012

Will Happen To You



"Just because something isn't happening for you right now doesn't mean that will never happen."

    Pernah anda berada dalam satu situasi di mana rakan anda begitu membantah tindakan rakan anda yang lain. Misalnya, rakan anda ingin berkahwin dengan suami orang dan dibantah oleh seorang rakan anda yang lain. 

Atau situasi di mana, anda dikatakan terlalu memilih soal pasangan hidup hinggah menolak cinta yang datang dan dikatakan itulah punca anda belum berkahwin.

Atau situasi di mana, anda perlu mempertahankan bahawa walaupun anak anda Autisma / ADHD misalnya anda tetap berkeras untuk mahu anak duduk belajar di kelas perdana. 

Nak berteriak sahaja "nanti kamu di tempat saya baru kamu tahu, baru kamu rasa!!!"

Dalam apa jua situasi yang terjadi terhadap orang lain mahupun teman kita, usahlah kita terlalu 'mendesaknya' mengikut apa yang kita rasa atau fikirkan betul. Itukan persepsi kita sahaja ianya mungkin di didasari oleh emosi atau pengalaman buruk kita.

Selami dia. Kalau pun ingin menasihati dan membantu rakan kita itu keluar daripada kepompong kehendak emosinya, lakukan secara lembut. Bermula dengan empati. Kita bersimpati kerana dia telah memilih kesilapan misalnya, jadi usah sergah dia untuk terus membetulkan keadaan. 

Orang yang tengah dalam bunga-bunga cinta akan membau setiap bauan bungan itu wangi walau ada di dalam taman itu bunga rafflesia. Begitu juga dengan orang yang tengah marah.... Cuba try test beri nasihat dalam durasi marahnya sedang berapi. Malah disergahnya kita.

Hey, 
Jika kita ada kawan yang sedang dilamun cinta pada kiraan kita dia telah melakukan sesuatu pilihan yang silap, bantulah dia namun jangan terus menghukum dia salah. Dia silap bukan salah. Kelak dia sedar nanti dia akan malu dengan kesilapannya. Jadi, usahakan untuk tidak mengakibatkan dia terpaksa menanggung malu yang lebih dalam bila dia tersedar nanti dek kerana berbalah besar dengan kita dalam mempertahankan cinta terlarangnya itu. 

Cuba berada di sepatunya, semua orang berpeluang untuk jadi orang baik-baik. Potensi untuk menjadi tidak baik juga tetap ada baik baik dipandanga manusia atau pada Allah. Dalam isu ini, memandangkan kita ini orang baik, jadi kita harus yakin rakan kita juga yang baik-baik cuma kali ini dia tersilap menyatakan pilihan iaitu berhubungan dengan suami orang (misalnya). 

Dalam 'kebaikan' dalam dirinya dia juga sebenarnya tidak mahu untuk memilih kesilapan itu cuma perkara itu datang kepada dirinya. Mungkin mudah bagi kita berkata 'lepaskan sahaja perasaan itu'... namun kita tidak terfikir how hard she start that feeling  . Bagaimana dia nak lepaskan dengan mudah ?

Berikan dia peluang dan masa. Biasanya orang baik - baik tidak terlalu lama kecewa jika putus cinta. Yang menjadi 'asam' selepas itu ialah hubungan kita dengan rakan kita itu. Jika prosesnya kita lakukan dengan baik, tidak menjeliknya maka hubungan kita selepas itu adalah baik. Jika sebaliknya maka sebaliknya. 


Hey,
Ermm... kita memang suka menyalahkan si pelaku tanpa mahu memahami si pelaku. Kadang kita berlagak lebih memahami si pelaku berbanding diri si pelaku sendiri. Mulalah membina sebuah manual untuk si pelaku kenapa dan mengapa sertaapa yang perlu dilakukan tanpa bertanya.... 

Perkara ini tidak berlaku dengan kita, bagaimana kita kata kita cukup mengetahui keperluannya. Mungkin dia tidak silap memilih jalan bersendiri untuk satu tempoh yang dia rancang kerana dia perlu ke simpang-simpang yang lain sebelum pada destinasinya. Alih-alih dalam menselusuri jalan di setiap simpang dia terlepas simpang perkahwinan dan terlalai yang tempoh yg dia tetapkan telah melebihi sepatutnya. 

Mengapa dalam perjalanan itu dia tidak singgah dulu ? Kan dia punya pilihan untuk singgah... Untuk kita sebagai rakan, memanggil dia singgah harus dengan lembut. Ke mari kau sebentar, tahukah kau, kau sudah hampir melupakan perumah satu ini. Tidak mengapa jika kau mahu terus berjalan, namun alangkah baiknya jika kau berjalan berdua...bertiga dan seterusnya beramai-ramai serancangan kamu....  

Perghhh... cair aku eh.... kan best kalau gitu.. ini tak, kau ni hah,, memilih sangat tu laa tak kahwin-kahwin lagi.... kui kui kui...... malas eh...

Tanggungjawab kita sebagai rakan memperingatinya dan membantunya... bukan menghukum. Dia punya sebab... dan ALLAH punya sebab untuk memperlamakan perjalanannya. Tidak semua orang dilahirkan mudah dalam mencapai cita - citanya. Jangan hanya kerana kita berjodohan awal kita pun 'memaksa' orang lain mengikut jejak kita tanpa memperdulikan masing - masing ada 'halnya' yang berbeza.

Apapun, kita dalam membantu rakan-rakan kita jangan kita pula MELAMPAU-LAMPAU.  Nanti kita berada disituasinya baru kita tahu apa yang dia rasa dan mengapa ia berlaku demikian dan melakukan demikian. Mungkin apa yag berlaku terhadap kita bukan situasi yang sama namun boleh jadi perkara yang sama. ;-)