Laman

Tetiba rasa diri ini serba serbi.........nak goal dah ke?


Aku yang kecil, serba kurang dan banyak silap ini memohon maaf atas apa yang pernah aku lakukan, cakapkan, bisikkan, fikirkan, teriakkan, taipkan atau apa2 yg membikin hati kalian terguris, terasa, tersinggung, terfikir, terdendam, terumpat dan seumpamanya....
Aku yang kerdil...
Tidak pernah merasakan diri ini baik serba serbi apa lagi sempurna.. cuma sekali - sekala aku TERASA, PERASAN SENDIRI yang aku LEBIH SEDIKIT daripada kalian...tapi itu dalam satu sudut...
Aku pasti dan percaya kalian ADA LEBIHNYA dari sudut lain... Dengan itu, ALLAH menjadikan kita utk saling berteman, berkawan, berkasih mahupun bekerjasama utk saling melengkapi, memerlukan, membantu, memudahcara....
Aku yang serba kurang...
Namun aku percaya aku ada lebihnya dan pastinya kalian juga. Mengapa tidak kita bina JAMBATAN satu HUBUNGAN YG BAIK. Jambatan atas dasar KEMANUSIAAN, atas dasar RAKAN/SAHABAT, atas dasar SALING MELENGKAPI..
Aku yang pernah salah dan silap..
Dan tidak mahu untuk terus salah dan silap kerana itu adalah KEBODOHAN lalu. Aku mohon bantuan kalian utk kalau tidak pun utk MENGHAPUSKAN kebodohan lalu, cukup untuk MENGHILANGKAN rasa itu sedikit..
Marilah kita bina JAMBATAN bukannya bina TEMBOK antara kita. Hubungan yang berpaksikan bahawa kita adalah MANUSIA dan KITA adalah MANUSIA. MANUSIA untuk MANUSIA dan SAHABATNYA adalah MANUSIA... KEMANUSIAAN...
********* Orang yang tidak bahagia atau diragut sepi adalah org yang suka merobohkan jambatan dan titian serta membina sekukuh - kukuhnya benteng dan tembok org lain.
Dan mereka ini akan sentiasa bersendirian.**********

Tiada ulasan: