Laman

Anak Luar Nikah

TAHUKAH KITA?

sumber Berita Harian Online

17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Motivasi Diri - Fall in........ Dalja Spring.

Melihat apa yang berlaku hari ini..... itulah yang telah TERrancang hari lalu. Jika hari lalu dapat membayangkan apa yang berlaku hari ini, betapa tidak seronoknya hidup.
Hari-hari memikirkan kebarangkalian yang kabur bukan satu jalan untuk menjelaskan hati yang gundah.

Jalani kehidupan apa adanya. Seadanya. Kalau pun cerita itu sedih, membikin amarah, membikin kacau, itulah pelajaran. Pelajaran. Try n error.

Hati lebih tenang menjalani hari - hari ini. InsyaAllah hari - hari depan. Kata2 org usah dipertikaikan kerana adakalanya betul. Orang lain melihat kita dari sudut dia... dari sudut pemikirannya. Boleh betul beoleh tidak betul. Yang betul kita manfaatkan....kerana mungkin dia lebih berilmu dan berpengalaman daripada kita. Yang tidak betul. Biarkan dia. Dia bangga apa adanya dia. Tapi sebenarnya dia dalam balang kasihan. Balang syok sendiri. Kita bantu dia pula. Bukan sergah dia. Kalau kita sergah...apa bezanya kita dan dia... jadinya kita sama2 cetek...cetek ilmu n pengalaman......

Being single in this age......
Satu pengakuan. Berani atau tidak.... saya lebih kepada menerima apa adanya. Satu pengaturan yang bukan saya aturkan di atas kertas. Tidak! membelek diari2 lama. Being single in this age...bukan dalam senarai aturan saya. Sudah lebih... jauh terlimpas.

Being single in this age...membuat saya kembali kepada.... "Allah memberi apa yag kita perlukan, bukan mahukan semata." Alhamdulillah. Dan itu yang ada.... dan sedang saya hadapi. Sedikit pun tidak menimbulkan kegusaran hati...keberatan hati untuk terus jalani hari2 ini. Syukur...... susunan rangka hidup ku bukan semacam namun sudah memperlihatkan apa yang sebenarnya saya perlu dan mendepani apa yang saya mahu.

Apa yang saya MAHU hampir tiba. Kesakitan mendapatkan apa yang sy mahu hilang begitu saja... Kerana NIKMAT yg diberikan-Nya terhadap apa yang saya PERLU makin saya rasai.

Kalaulah saya ditakdirkan menerima apa yang sy MAHU terlebih dahulu... tertanggungkah saya menggendongnya? Mampukah saya memeluknya agar tidak lepas dari genggaman keyakinan yang masih rapuh. Mungkin tidak.........

Dan Allah menangguhkan apa yang saya MAHU dan mendahulukan apa yang saya PERLU. Untuk saya lebih mudah dan terbuka melihat, menilai, menerima hari ini, esok dan seterusnya.......

Membandingkan diri dengan orang lain..................... pilihlah yang baik untuk diri sendiri bukan yg akan menghancurkan diri sendiri..... :-)

************ tiba-tiba terasa "i'm fall in love"...... ceh!!!! *****

Bahagia

Berjalanlah dengan penuh harapan walau dunia ini tidak selalu bahagia...
Sedekahkanlah senyuman walau hatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menegakkan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dengan dugaan
dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan....

Berhati-hati mengatakan TIDAK!

Teringat pesan mamaku semasa usia remaja ku dulu.....

"kalau ada lelaki suka kau, dan kau tidak suka lelaki tu...jangan kau meludah depannya, atau menunjukkan kau benci atau menyampah (sgt2) sama dia. nanti diorang apa2kan ko......."
Berhemah tolak cintanya......

RENCANA UTAMA kosmo online

Dendam lelaki kecewa

Lelaki sanggup bertindak ganas ke atas wanita yang menolak cinta mereka akibat kecelaruan mental ekstrem.

SESETENGAH lelaki cenderung melakukan keganasan selepas cinta ditolak. - Gambar hiasan.

DISEPAK dan ditumbuk malah disimbah asid adalah antara padah yang diterima si gadis kerana menolak cinta si jejaka.

Dalam keadaan yang lebih ekstrem, adakalanya tindakan agresif lelaki kecewa itu membawa kepada jenayah berat seperti rogol dan bunuh.

Namun jumlah sebenar kes serangan dan penderaan fizikal akibat cinta tidak berbalas tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana kebanyakan mangsa memilih untuk menderita dalam senyap.

Bagaimanapun, kes-kes seumpama ini dilihat semakin kerap berlaku seperti yang didedahkan media.

Terbaru, tindakan seorang wanita menolak cinta ‘peminat rahsia’ membawa padah apabila dia mendakwa ditumbuk bertubi-tubi sebelum diculik selama 11 jam oleh lelaki tersebut.

Culik kekasih

Kejadian itu mengejutkan Nor kerana ia dilakukan teman sepejabatnya sendiri.

“Belum sempat saya bertanyakan apa-apa, dia terus menumbuk muka saya menyebabkan saya terjatuh.

“Saya menangis dan bertanya mengapa dia bertindak demikian,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 21.

Katanya, dalam keadaan mukanya berlumuran darah suspek kemudian menarik dan menolaknya masuk ke dalam kereta sebelum memecut ke lokasi yang tidak diketahuinya.

“Ketika di dalam kereta baru saya tahu dia mengamuk kerana saya menolak cintanya,” dakwa Nor.

Selain itu, ada juga yang menggunakan laman web sosial untuk mengaibkan individu yang enggan membalas cinta mereka.

Shan, 29, terkejut apabila menyedari satu profil tidak senonoh mengenainya diwujudkan dalam laman web sosial, Friendster yang dipercayai dilakukan seorang rakan lelakinya.

Kejadian pada tahun 2008 itu mendedahkan latar belakang mangsa termasuk gambar-gambar peribadi, alamat, nombor telefon dan lebih malang turut diselitkan dengan ayat lucah yang menggambarkan mangsa seolah-olah wanita tidak bermoral.

Shan mendakwa sebelum kejadian, lelaki tersebut pernah mengugut mahu menyimbah asid ke mukanya dan pernah menjatuhkan air mukanya ketika menemui ibu bapanya di Negeri Sembilan.

“Akibatnya saya menerima banyak panggilan dan SMS daripada orang yang tidak dikenali,” ujar Shan.

Ganas

Menurut Pensyarah Psikologi Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya. Dr. Samsilah Ruslan, insiden yang melibatkan keganasan akibat cinta ditolak berkait rapat dengan personaliti atau kecelaruan mental ekstrem.

“Tidak mustahil individu tersebut mempunyai personaliti ganas sejak kecil.

“Suspek mungkin tertekan akibat pengaruh dadah atau menerima kesan akibat sejarah kehidupan dan pendedahan kepada cara hidup. Gemar menonton filem aksi ganas juga turut menyumbang.

“Elakkan daripada melihat aksi-aksi ganas yang keterlaluan supaya tidak terpengaruh.

“Jika terlalu terdedah kepada genre sedemikian, input yang ada di dalam otak akan tersimpan dan boleh menyebabkan fikiran dipengaruhi sehingga melakukan keganasan,” jelas Samsilah.

Kata Samsilah, kemahiran mengawal emosi yang betul penting bagi mengelakkan perkara negatif berlaku.

Bersemuka

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan keganasan ialah berbincang secara baik dan matang iaitu dengan bersemuka.

“Sekiranya kemahiran mengawal emosi tidak diurus dengan baik, ia boleh diterjemahkan sebagai tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh norma masyarakat.

“Kalau boleh, selesaikan secara berdepan kerana medium Internet dan telefon mudah alih hanya akan menimbulkan perselisihan faham antara kedua belah pihak.

“Ia boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati dan peluang untuk berkomunikasi juga menjadi sangat terhad,” katanya kepada Jurnal.

Selain itu, cara terbaik untuk menghadapi situasi cinta ditolak ialah dengan mengamalkan fikiran positif dan menganggap ia sebagai pembuka jalan kepada sesuatu yang lebih baik.

“(Apa) yang penting kita kena percaya kepada ketentuan Tuhan. Tidak semestinya dunia sudah berakhir kalau cinta ditolak.

“Jalan terbaik ialah cuba berjumpa kaunselor dan dapatkan input yang membina.

“Ketika dalam keadaan tertekan, kembalilah kepada cara yang telah disyorkan iaitu bertenang dan berbincang secara baik.

“Jika perlu, dapatkan orang tengah yang dapat mengawal situasi dan bukannya (penasihat) yang mengapi-apikan lagi keadaan,” nasihat beliau.

Maruah

Sementara itu, Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia, Prof. Dr. Suradi Salim berkata, senario cinta ganas sering berlaku akibat suspek tercabar apabila tidak dapat berfikir secara rasional.

“Setiap orang berbeza dari segi kaedah mereka mengendalikan kemarahan.

“Apabila mereka kecewa kerana cinta tak diterima, maruah mereka akan tercabar lalu mereka melakukan kekerasan.

“Tapi ada juga orang yang lebih rasional ketika berhadapan dengan situasi seperti itu.

“Dahulu kebanyakan masyarakat Timur akan menangani kemarahan dalam bentuk fizikal.

“Pendekatan budaya dan tamadun di dalam sesebuah masyarakat juga tidak sama.

“Sebelum wujudnya masyarakat bertamadun, ada yang sanggup membunuh untuk memusnahkan pasangan sekiranya cinta mereka ditolak.

“Pendidikan juga penting kerana semakin berilmu seseorang itu maka semakin bijaklah dia menanganinya.

“Disiplin turut memupuk seseorang itu menerima penolakan secara positif tanpa melakukan sebarang kekerasan,” ungkap Suradi.