Laman

Friends....the place where love grows...

To Azza.....yang xtve

coz bagi ni.....

dan.... untuk mu...


Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan.

ABCD....of Friendship








Aku merindui Kalian... semoga kalian gembira dan sentiasa dibawah lindungan dan keberkatan Allah ..

DI DALAM BERSAHABAT.. .

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyaitanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1.. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinyabagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Tag Pertama from Azza.

Aku sebenarnya tak fimiliar dgn benda2 tagging ni.. Apapun pelajaran baru bagi ku ttg dunia bloggers ni. Trima Kasih Azza! K, inilah jawapan daripada soalan2 ini.........
1. When you buy greeting cards, are the words or the picture more, important to you?
Yah, sudah tentu. Kerana huruf dan gambar itu melambangkan Aku dan sikap Ku terhadap si penerima kad itu.
2. What's your favorite kind of cake?
Choclate!
3. Do you ever make gifts for people, if so what, or do you buy them?Ya. Saya lebih suka memberi hadiah yang saya buat sendiri. Cuma bila tak cantik .....lebih baik beri yang dibeli..Suka beri buku..
4. What your favorite holidays? Thinking.......
5. Are you going on holiday this year? If so, where? No.
6. What was the best party you've ever been to? Calebrate Hari Raya with my PK students.
7. If you are married, describe your wedding. If not, what should your ideal wedding be like? Not married yet. Simple yang penting Berkat.
8. What's the most romantic thing that's ever happened to you? Dunno the meaning of romantics.
9. What's your favorite girl's name? Siti Khadijah, Fatimah, Aisah dan Aminah.
10. What's your favorite boy's name? Luqman Hakim, Ahmad Fakhrul...
11. Which celebrity would you like a dream date with? Pengarah Yun dalam All about Eve. 12. Which female celebrity do you find beautiful? Dari dulu dan kini.... Maya Karin.
13. Which male celebrity do you think is attractive? Ari wibowo...
14. What is your best character trait? moderate ekstrovet. Open-minded.
15. What is your worst habit? Thinking all people kind as me!

Hidup Ini yang Penting adalah BERKAT



Petikan ini bukan Aku buat. Aku cuma menyalin semula ke dalam blog ini. Artikel ini bukan untuk siapa2. Untuk Aku, kawan-kawan Ku, Keluarga Ku dan juga Anda yang sudi mampir dalam blog ini. sebagai panduan dan peringatan bagi KAMI dan mungkin KITA yang sering alpa, lalai, lupa dan buat2 tak tahu...


Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!

Hidup ini yang Penting adalah BERKAT
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat . Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

MIMPI dan TAFSIRANNYA 2

MIMPI DAN INTERPRETASI: DALAM AGAMA ISLAM

Tafsiran mimpi dalam masyarakat Melayu adalah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Di mana Islam meidentifasikan tafsiran mimpi kepada tiga sumber:-

  • Datang daripda Allah: Mimpi Benar
    • Mimipi Rasul merupakan satu bentuk wahyu Allah dan disebarkan kepada umatnya. Ia melalui tiga cara :
      • wahyu (inspirasi)
      • berbicara secara-lansung dengan Allah tanpa bersua
      • melalui perantara (Malaikat Jibril)
  • Datang daipada Allah: Mimpi Baik
    • Merujuk kepda mimpi yang mengembirakan yang datangnya daripada Allah.
  • Datang dari Syaitan: Mimpi Buruk
    • Mimpi buruk ekoran gangguan Jinns yang boleh menimbulkan pemikiran buruk / jahat dalam minda manusia.
    • Bedasarkan sains mimpi, mimpi buruk merujuk kepada mimpi buruk (nightmare) yang berpunca selain daripada tidur REM yang normal. Ini bermaksud ia berlaku secara spontan yang tidak diketahui puncanya.
    • Kebanyakkan mimpi akibat gangguan syaitan ialah yang berkaitan kesedihan, pergaduhan atau ketakutan.
    • Dari segi penafsiran ia tiada tafsiran dalam Islam kerana ia bukan datang dari Allah.
  • Datang dari Manusia: Refleksi Mental
    • Kategori mimpi ini bedasarkan minda manusia yang biasanya imej tidak bersambung atau teratur dan tidak berkaitan dengan masa jaganya. Ia tidak memberi maksud samada berpunca daripada Allah atau Syaitan.
    • Refleksi mental ini hanya merupakan salah satu fungsi biological otak manusia dan ia tidak perlu untuk ditafsirkan. Sains membuktikan yang menunjukkan bahawa tidur yang bermimpi (REM sleep) lebih baik daripada tidur tanpa mimpi. Oleh itu, hormon memainkan peranan untuk pembesaran dan perkembangan manusia.

    Dalam Islam terdapat lima keutamaan dalam mentafsirkan sesuatu mimpi iaitu:-

    • Pihak yang mendapat keizinaan selain daripada Allah untuk menafsirkan mimpi tersebut.
    • Mimpi yang baik sahaja yang ditafsirkan.
    • Setiap mimpi baik mestilah ditafsirkan secara positif.
    • Hanya Rasul sebagai penafsir mimpi yang 100% tepat. Interpretasi mimpi oleh orang biasa adalah berdasarkan ikutan, panduan atau gambaran symbol yang boleh betul dan tidak betul.
    • Satu perlaksanaan apa yang dilihat dalam mimpi. Ini menunjukkan sekiranya seseorang itu melihat dirinya melakukan sesuatu yang patut dipuji dalam mimpi, ini merupakan keizinan untuk individu itu untuk melaksanakan tindakan dalam masa jaganya.


Tafsiran Mimpi Beradasarkan Simbol

Pengasasan pengetahuan Islam merupakan pendedahan yang terkandung dalam Al-Quran danSunnah. Sejak mimpi baik yang juga merupakan pendedahan daripada Allah, setiap yang berhak dalam menginterpretasi mimpi simbol dalam mimpi perlu bergantung kepada apa yang terdapat dalam Al-Quran dan sunnah Nabi. Ilmuan Islam berdasarkan kajian secara menyeluruh menyimpulkan bahawa metodologi Nabi dalam menafsirkan simbolik mimpi berdasarkan tiga cabang utama penafsiran iaitu penafsiran berdasarkan Al-Qur'anic, Sunnah dan menggunakan Perkataan.

Seperti yang dimaklumi, Al-Quran dan mimpi yang baik-baik datang daripda Allah. Oleh itu, imej atau simbol yang digunakan dalam Al-Quran sesuai digunakan untuk menginterpretasi mimpi. Dengan itu, dalam memastikan kebenaran tafsiran mimpi tersebut tafsiran mimpi perlu bergantung kepada apa yang ada dalam Al-Quran yang tulen dan elakkan pandangan berdasarkan mazhab. Manakala tafsiran berdasarkan Sunnah Nabi ini berbentuk kiasan. Contohnya Tulang rusuk yang mengambarkan wanita kerana wanita diciptakan berdasarkan tulang rusuk lelaki. Sementara itu, interpretasi mimpi berdasarkan perkataan merujuk kepada maksud yang optimis yang mungkin berasal daripada nama orang dan sesuatu benda.

Namun terdapat juga mimpi yang tidak boleh ditafsir atau ditadbir iaitu:-

  1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat

  2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya
  3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim

Mimpi dan Tafsiran

Bab 1. Perkara-Perkara Yang Di Langit

Bil

Mimpi

Tafsiran

1

Jika bermimpi melihat Allah Swt.

Terlalu baik, barang kehendaknya diperoleh dan kebesarannya dan dialah wali Allah dan beroleh kebesaran dunia dan akhirat.

2

Jika bermimpi melihat Rasulullah saw.

Orang itu alamat masuk syurga, dan jika kafir nescaya dia masuk Islam

3

Jika bermimpi dimurkai Allah Swt atau orang lain pun.

Alamat ada bala, seteru dan lapar

4

Jika bermimpi Jibarail AS datang kepadanya terlalu baik sekali

Beroleh pahalanya di dunia dan akhirat. Beroleh rahmat Allah swt, setiap kerjanya menjadi, maka hendaklah diketahuinya mimpi itu adalah yang dita'birnya yang dikata oleh segala Ulama' itu disempurnakan oleh Allah Taala kepadanya ilmu, rahmat Allah, berkat dan kekayaan.

5

Jika bermimpi melihat malaikat.

Alamat beroleh kemuliaan, ketinggian, berbuat ia amal yang saleh.

6

Jika bermimpi melihat Arasy dan Kursyi atau masuk Syurga atau melihat anak Bidadari.

Jika bermimpi melihat Arasy dan Kursyi atau masuk Syurga atau melihat anak Bidadari.

7

Jika bermimpi melihat Titian Sirat.

Alamat setiap kerjanya dan pencariannya selamat lagi berkat.

8

Jika bermimpi meniti Titian Sirat.

Alamat lepaslah daripadanya, alamat luput mara bahaya dunia dan akhirat.

9

Jika bermimpi tiada lepas meniti Titian Sirat.

Alamat beroleh kesukaran dan kesakitannya.

10

Jika bermimpi melihat Luh Mahfuz.

Alamat jadi hafiz Quran, menjadi sangat faham dan kuat ingatan dan lepas dari bahaya dan fitnah, serta hilang penyakit

Bab 2. Tentang Manusia.

Bil

Mimpi

Tafsiran

1

Jika bermimpi melihat Rasulullah saw atau segala Nabi dan Rasul.

Orang itu alamat masuk syurga, dan jika kafir nescaya dia masuk Islam. Lagi ialah beroleh pahalanya di dunia dan akhirat.

2

Jika bermimpi melihat Khadi yang adil atau zahid yang pertepatan.

serasa ia bermimpi melihat Jibrail a.s

3

Jika bermimpi melihat pendita atau fakir.

Alamatnya dikurnia Allah Taala.

4

Jika bermimpi melihat Abu Bakar atau Usman atau Umar atau Ali r.a.

Alamat menjadi orang besar-besar atau menjadi zahid atau pendita atau fakiah, alamat banyak segala hamba Allah berbuat ibadat dan amal akan Allah Taala dan raja pun adil di dalam negeri itu.

5

Jika bermimpi melihat pendita atau ulamak dan hukamah dan fukaha'-fukaha' banyak mati.

Alamat binasa di dalam negeri itu agama Nabi Muhamad saw.

6

Jika bermimpi melihat laki-laki banyak dari perempuan.

Alamat kebajikan dalam negeri itu.

7

Jika bermimpi melihat banyak kanak-kanak daripada orang tua atau orang tua menjadi kanak-kanak.

Alamat beroleh sukacita.

8

Jika bermimpi melihat kubur orang banyak.

Alamat huru-hara dalam negeri itu.

9

Jika bermimpi dirinya baik dari demamnya.

Alamat barang dicitanya diperoleh.

10

Jika bermimpi ia beristeri.

Alamat beroleh sangat pekerjaannya.

Bab 3. Segala Bagi Manusia

Bil

Mimpi

Tafsiran

1

Jika bermimpi membantan bulu ketiaknya atau mencukur.

Alamat lepas daripada hutangnya.

2

Jika bermimpi air liur bercampur dengan kerahaknya.

Alamat hartanya akan hilang dan berkata-kata dengan dusta atau dengan orang dusta.

3

Jika bemimpi mukanya bergerak.

Alamat rezekinya mahal.

4

Jika bermimpi dirinya mengurut orang atau orang mengurut dia.

Alamat lepas daripada dukacita.

5

Jika bermimpi dirinya berilmu atau berjumpanya dengan orang yang berilmu.

Alamat menjadi penghulu besar.

6

Jika bermimpi dirinya membuat berhala atau menyembah dia.

Alamat pekerjaannya derhaka kepada Allah Taala.

7

Jika bermimpi dirinya menjadi binatang.

Alamat akan sakit atau kebinasaan atau pun kehilangan.

8

Jika bermimpi rambutnya panjang.

Alamat beroleh sahabat atau isteri.

9

Jika bermimpi dirinya terbang tinggi.

Alamat beroleh laba atau rugi.

10

Bermimpi dirinya kidal atau perempuan atau berdarah.

Alamat beroleh harta atau isteri atau beroleh anak.

Bab 4. Segala Binatang Yang Empat Kaki

Bil

Mimpi

Tafsiran

1

Kambing banyak dilihatnya

Alamat sempurna pekerjaan atau atau beroleh sahayanya atau sukar rakyat atau ianya beroleh rezeki yang halal

2

Makan daging kambing.

Alamat beroleh rezeki yang halal

3

Kelihatan urat pada pipi kambing atau pada bibirnya.

Alamat hujan banyak tahun itu

4

Kelihatan urat bercampur merah pada pipi kambing atau pada bibirnya.

Alamat beroleh kekayaan dan

Bab 5. Pohon Kayu, Bukit Dan Rumah

Bil

Mimpi

Tafsiran

1

Rumahnya runtuh.

Alamat kejahatan atau kekurangan harta atau difitnah oleh orang kepada raja-raja

2

Bukit atau tanah tinggi

Alamat beroleh sentosa dan dilepas ia daripada dukacita.

3

Alamat beroleh sentosa dan dilepas ia daripada dukacita

Alamat jadi kekayaan dan barang kerjanya selamat.

4

Tangganya patah.

Alamatnya orang dengki akan dia hendaknya dikhiananatkan.

MIMPI DAN INTERPRETASI: DALAM KEPERCAYAAN BUDDHA

Mengikut Buddhis, secara psikologi mimpi merupakan satu proses idea yang berlaku sebagai aktiviti minda. apabila mempertimbangkan kejadian mimpi, kita perlu memahami bahawa proses tidur terbahagi kepada lima tahap iaitu:

1. mengantuk

2. tidur kurang nyenyak

3. tidur nyenyak

4. tidur kurang nyenyak

5. sedar

Makna di sebalik mimpi dan puncanya merupakan topik perbincangan dalam buku terkenal "Milinda Panha" atau "Soalan Raja Millinda". Dalam buku ini Yang Dihormati Nagasena menyatakan enam punca mimpi. Tiga daripadanya berciri organik iaitu angin, kahak dan hempedu. Punca keempat ialah pengaruh kuasa ghaib, punca kelima ialah singkapan pengalaman yang lepas dan yang terakhir ialah pengaruh kejadian yang akan datang. Dinyatakan bahawa mimpi hanya berlaku di tahap tidur kurang nyenyak iaitu tidurtidur ayam. Di antara enam jenis mimpi yang diberikan, Yang Dihormati Nagasena berkata bahawa hanya mimpi jenis terakhir iaitu mimpi ramalan berkepentingan. Mimpimimpi lain adalah kurang penting secara relatifnya.

Mimpi merupakan fenomena yang diwujudkan oleh minda iaitu aktiviti minda. Semua orang bermimpi, walaupun ada yang tidak dapat mengingatinya. Buddhisme mengajar bahawa setengahsetengah mimpi mempunyai makna psikologi. Enam punca yang telah disebutkan tadi juga dapat dikelaskan seperti berikut :

I. Setiap fikiran yang diwujudkan disimpan di dalam minda separa sedar. Keamatan ianya mempengaruhi minda tertakluk kepada darjah kekhuatiran kita. Apabila kita tidur, sebahagian daripada fikiran ini diaktifkan dan muncul sebagai gambargambar bergerak di hadapan kita. Ini berlaku semasa tidur kerana pancaindera kita yang berhubung dengan luar, "ditahan" buat sementara waktu. Minda separa sedar menjadi dominan dan menyingkap fikiran yang tersimpan. Mimpi begini mungkin bermakna bagi bidang psikiatri tetapi tidak boleh dikelaskan sebagai mimpi ramalan. Mimpi seperti ini hanyalah bayangan minda yang sedang berehat.

II. Jenis mimpi yang kedua juga tidak bermakna. Mimpi seperti ini disebabkan oleh rangsangan dalaman dan luaran yang mencetuskan satu siri "fikiran visual" yang dilihat oleh minda yang sedang berehat. Faktor dalaman adalah yang mengganggu badan (misalnya makan keterlaluan yang menghalang seseorang daripada tidur dengan selesa atau ketidakseimbangan dan geseran di antara elemenelemen yang membentuk badan). Rangsangan luaran berlaku semasa minda terganggu (walaupun si tidur tidak menyedarinya) oleh fenomena semulajadi seperti cuaca, angin, kesejukan, hujan, desiran daun, gesekan tingkap dan sebagainya. Minda separa sedar bertindak terhadap gangguan ini dengan mewujudkan gambargambar untuk menerangkannya. Minda cuba menerima gangguan ini dalam satu cara yang seolaholah rasional supaya si mimpi dapat terus tidur tanpa terganggu. Mimpi seperti ini juga tidak penting dan tidak perlu ditafsirkan.

III. Mimpi ramalan adalah penting. Mimpi seperti ini jarang dialami dan hanya timbul apabila suatu peristiwa yang sangat penting dan berkaitan dengan si mimpi akan berlaku. Buddhisme mengajar bahawa selain daripada dunia sahih yang dapat dialami, terdapat juga dewa yang wujud di alam lain dan terdapat semangat yang berada di bumi ini yang tidak terlihat oleh mata kasar. Mereka mungkin merupakan saudaramara atau sahabat handai yang telah meninggal dunia dan lahir semula. Mereka masih mengekalkan perhubungan mental dan ikatan dengan kita. Apabila seseorang Buddhis berdana pahala kepada dewa dan sanaksaudara yang telah meninggal dunia, kita sebenarnya mengingati mereka dan menjemput mereka untuk turut bergembira di atas pahala yang diperolehi. Dengan cara ini, kita menjalin perhubungan mental dengan mereka yang telah meninggal. Dewa pula akan berasa gembira dan berbalas dengan menjaga kita. Mereka akan memberi petanda melalui mimpi jika kita akan menghadapi sesuatu masalah yang besar dan cuba melindungi kita.

Jadi, apabila terdapat sesuatu peristiwa penting yang akan berlaku di dalam hidup kita, mereka akan mencetuskan satu tenaga mental di dalam minda kita yang kelihatan sebagai mimpi. Mimpi seperti ini boleh memberi amaran tentang bahaya yang mendatang atau menyediakan kita untuk menerima berita baik yang sungguh menakjubkan. Utusan seperti ini disampaikan secara simbolik dan perlu ditafsirkan dengan cekap dan bijak. Malangnya terlalu ramai orang yang terkeliru dengan dua jenis mimpi tersebut dahulu dengan mimpi jenis ini. Akibatnya mereka membazirkan banyak wang dan masa untuk penemuan dengan medium dan pentafsir mimpi yang penipu. Buddha menyedari bahawa mentafsir mimpi mungkin dieksploitasikan untuk mengaut keuntungan. Oleh sebab ini, Buddha telah melarang para bhikkhu daripada menjadi penilik, ahli astrologi atau mentafsir mimpi di atas nama Buddhisme.

IV. Minda merupakan stor bagi semua tenaga kamma yang terkumpul pada masa lepas. Kadangkala, apabila sesuatu kamma akan berbuah (yakni, perbuatan penganut semasa hidup yang lepas atau di awal hayat ini mangalami balasannya), minda yang berehat semasa tidur akan mencetuskan gambargambar mengenai kejadian yang bakal berlaku. Dalam kes ini juga, peristiwa yang akan berlaku mestilah amat penting dan sungguh berpengaruh sehingga minda "membebaskan" tenaga tambahan dalam bentuk mimpi yang jelas. Mimpi seumpama ini jarang berlaku dan hanya terjadi pada mereka yang mempunyai corak mental yang istimewa. Petanda tentang kesan kamma tertentu juga akan tertimbul di minda pada saat terakhir sebelum kita meninggal.
Mimpi juga boleh berlaku apabila dua orang menghantar utusan mental yang telepati kepada satu sama lain. Apabila seseorang mempunyai keinginan yang kuat untuk berhubung dengan seorang lain, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada utusan yang ingin disampaikan serta orang yang ingin dihubunginya. Minda yang berehat, berada dalam keadaan ideal untuk menerima utusan tersebut yang akan terlihat sebagai mimpi. Biasanya mimpi ini wujud pada satu ketika yang giat sahaja kerana minda manusia tidak cukup kuat untuk menerima utusan seperti ini buat jangkamasa yang panjang.

Para Buddha dan arahant tidak pernah bermimpi. Tiga jenis mimpi yang pertama tidak boleh berlaku di dalam minda mereka kerana minda mereka telah ditenangkan buat selamalamanya dan tidak mungkin terangsang untuk bermimpi. Jenis mimpi yang terakhir tidak akan dialami kerana nafsu mereka telah dihapuskan dengan sepenuhnya. Tiada sakibaki tenaga kerana kekhuatiran atau keinginan yang tidak dipenuhi untuk mengaktifkan minda bagi menghasilkan mimpi. Pelukis dan ahli fikir yang masyhur seperti German Goethe kerapkali menyatakan mereka mendapat inspirasi daripada mimpi. Ini mungkin kerana semasa tidur minda mereka diputuskan hubungan dengan pancaindera dan ini menghasilkan fikiran yang jelas dan kreatif. Wordsworth juga berpendapat sama bila dia menyatakan bahawa puisi yang bermutu terhasil daripada emosi yang kuat yang dikenang kembali bila dalam ketenangan.

****Segala Copy dan Paste tanpa izin Ku adalah tidak dibenarkan****

MIMPI dan TAFSIRANNYA

PENGENALAN: DEFINISI MIMPI

Mimpi merupakan aktiviti minda pada malam hari. Walaupun pada sebenarnya dalam keadaan tidak sedar, mimpi menyelami minda kita seolah-olah kita berada dalam dunia sebenar. Imiginasi tidak sedar ini telah menarik ramai ahli falsafah dan penyelidik terkenal pada masa lalu untuk mengkaji berkenaan fenomena mimpi. Berdasarkan sejarah, kajian sains dan teori interpretasi mimpi dalam pelbagai budaya, kebanyakan mereka telah membangunkan beberapa idea terhadap maksud dan interpretasi sesuatu mimpi. Konsep interpretasi mimpi ini juga terdapat dalam pelbagai agama dan kepercayaan. Contohnya dalam Agama Islam, Islam menyatakan bahawa mimpi merupakan satu mesej atau gambaran yang diutuskan oleh Allah kepada hamba-Nya dan tafsiran mimpi adalah berdasarkan beberapa perkara. Dalam Agama Kristian, konsep interpretasi mimpi juga dinyatakan dalam Holy Bible. Mengikut Buddhis, secara psikologi mimpi merupakan satu proses idea yang berlaku sebagai aktiviti minda. apabila mempertimbangkan kejadian mimpi, kita perlu memahami bahawa proses tidur terbahagi kepada lima tahap iaitu mengantuk, tidur kurang nyenyak,tidur nyenyak, tidur kurang nyenyak dan sedar. Oleh yang demikian kajian berkenaan mimpi telah berlaku pada Zaman Greek lagi di mana Aristotle telah mencadangkan bahawa keputusan sesuatu mimpi adalah hasil daripada perubahan pemikiran dan aktiviti otak. Manakala menurut Sigmund Frued, beliau menyatakan bahawa mimpi merupakan satu amaran terhadap pemikiran yang tidak pasti dan impian yang tidak kesampaian oleh individu itu semasa dalam keadaan sedar. Mimpi membenarkan minda kita untuk bekerja diluar waktu jaga berkenaan konflik keinginan dalaman dan kawalan rasional diri. Alfred Ader, ahli Psikologi Australia mempercayai bahawa "perasaan kerendahan diri dalam interpersonal digambarkan dalam mimpi". Hipotesis ini teah menjadi perintis kepada sesetengah pemikiran yang merujuk kepada mimpi merupakan tingkap kepada dalaman individu dan memahami mimpi merupakan kunci untuk memahami diri sendiri.

Sungguhpun kebanyakkan orang mengalami mimpi pada malam hari, namun nilai mimpi yang dialami atau perhatian terhadap mimpi tersebut adalah pelbagai dan berbeza diantara budaya yang berlainan. Budaya di Barat misalnya, mereka amat menghargai mimpi. Mereka akan menulis mimpi yang dialami ke dalam diari khas untuk mimpi dan digunakan untuk sesi psikoterapi untuk dianalisis. Masyarakat Asli Amerika meletakkan mimpi pada status istimewa kerana interpretasi mimpi digunakan untuk membangkitkan sesebuah institusi yang berkaitan dengan keagamaan atau politik, pendedahan alam ghaib dan sebagai peramal nasib buruk atau baik. Sementara masyarakat dalam budaya Haiti, mereka percaya bahawa mimpi merupakan mesej daripada roh atau nenek moyang. Mesej tersebut memeberi gambaran bahawa individu tersebut akan kehilangan pekerjaan, menghidap penyakit atau mengalami keadaan yang menyedihkan. Manakala dalam masyarakat Asia seperti Indonesia berpendapat perkongsian mimpi adalah sesuatu yang paling penting. Tuan rumah akan bagun beberapa kali pada waktu malam apabila ahli keluarga mereka mahu berkongsi dan membincangkan berkenaan mimpi yang dialami pada malam tersebut. Bagi mereka mimpi merupakan satu idea atau nasihat dalam menghadapi situasi individu pada siang hari atau masa jaganya. Kepelbagaian berkenaan dengan penafsiran mimpi ini jugalah mendorong para penyelidik untuk mengkaji interpretasi mimpi dalam silang-budaya. Dalam hal ini kami hanya mengkhususkan dalam interpretasi mimpi dalam budaya Melayu Malaysia dan budaya Jawa Primbon Indonesia. Di mana kedua-dua budaya ini terdapat persamaan dan perbezaan dalam interpretasi mimpi.

TIDUR SATU PROSES MIMPI

Setelah penemuan terhadap gelombang otak pada tahu 1928 yang dilakukan oleh Hans Berger, penyelidikan makmal terhadap otak semasa tidur telah dilakukan oleh Eugene Aserinsky dan Nathaniel Kleitman (1953) membahagikan tidur kepada dua jenis iaitu tidur NREM (tiada pergerakan pantas mata) dan tidur REM (terdapat pergerakan pantas mata) dimana aktiviti mimpi berlaku. Menurut ahli psikologi, tahap kesedaran manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Saranan Kesedaran dan penggiliran Saranan Kesedaran (ASC). Saranan kesedaran merupakan pemikiran, perasaan serta persepsi yang terhasil sewaktu individu peka dengan persekitarannya. Contohnya menyanyi, makan, berlari dan bercakap. Penggiliran saranan kesedaran atau ASC pula ialah keadaan manusia berada di tahap separuh sedar dan berubah-ubah di antara sedar dan tidak sedar. Ketika ASC inilah manusia berkeadaan berangan-angan, tidur dan seterusnya bermimpi.
Malahan semasa proses kita hendak tidur, terdapat beberapa aktiviti yang berlaku. Aktiviti ini boleh di kesan melalui dua cara iaitui Aktiviti alpha dan Aktiviti beta.
Aktiviti alpaha wujud apabila individu berkeadaan rehat dan tidak terangsang denagn keadaan sekeliling untuk berjaga. Manakala aktiviti beta pula terjadi apabila individu dalam keadaan terangsang dengan persekitaran dan berjaga-jaga.

Terdapat dua tahap tidur yang di kenali sebagai tidur gelombang perlahan (SWS) dan gerakan mata cepat (REM). Semua individu yang tidur akan melalui proses SWS sebelum bermimpi. SWS ini berlaku dalam empat peringkat. Peringkat pertama di kenali sebagai proses bersedia untuk tidur. Individu akan berbaring dan memastikan keselesaan. Langkah kedua ialah lebih kurang 15 hingga 20 minit pertama. Ketika ini tidur aktiviti delta (tidur nyenyak) bertukar-tukar dengan tidur yang kurang nyenyak. Individu yang digerakkan pada waktu ini pasti akan mengatakan diri sedang tidur. Tahap ke tiga ialah lebih kurang 15 hingga 20minit tahap kedua. Pada tahap ini tidur yang kurang nyenyak bertukar sepenuhnya kepada getaran delta. Tahap terakhir ialah selepas 15 hingga 2 minit tahap ke tiga. Getaran delta semakin tetap dan tidur semakin nyenyak. Adalah sukar untuk individu digerakkan pada waktu ini. Keadaan in berlaku pada jam 3 atau 4 pagi. Kitaran ini berlangsung dalam masa 90 minit.

Gerakan mata cepat (REM) berlaku 90 minit selepas tidur. Terdapat perubahan secara mengejut dalam fisiologi manusia yang menyebabkan REM berlaku. Perubahan direkod dengan alat alat saintifik. Alat yang mengesan aktiviti bola mata katif sewaktu tidur ialah ini EOG, oleh itu tidur ini dikenali sebagai REM. Ketika dalam keadaan REM, individu pasti mengatakan dirinya bermimpi sekiranya di gerakkan. Sewaktu REM juga individu dalam keadaan kaku/paralise, pergerakan darah dan oksigen meningkat menunjukkan terdapat aktiviti yang berlangsung di bahagian otak.

TEORI MIMPI

Teori Memenuhi Kehendak (Wish Fulfillment Theory).
Merupakan teori Freud yang tertua dan paling santifik dalam menjelaskan mimpi. Teori ini menyatakan apa yang muncul dalam mimpi merupakan simbol bagi nafsu yang dipendamkan. Dalam bukunya bernama 'the interpretation of dream (1900)', Freud mempertahankan bahawa mimpi adalah " the royal roal to the unconsciuos" kerana mimpi adalah salah satu jangka di mana halangan-halangan dan nafsu personal yang tidak diterima masyarakat timbul ke permukaan peringkat keadaan sedar. Dengan berlandaskan alasan ini, mungkin dapat dijelaskan kenapa kita sering mimpikan makanan apabila kita lapar.
Mengikut Freud dalam psikoanalisis, mimpi memberi arah jalan ke alam tidak sedar. Tetapi biasanya, kandungan mimpi yang mengancam dan menimbulkan anxiety biasanya dilafaskan dalam bentuk simbol. Freud merujuk simbol ini sebagai manifest content mimpi.

Hipotesis Sintesis Aktivasi (Activation-Synthesis Hypotthesis).

Hipotesis ini berbeza dengan model Freudrian, ia dikembangkan oleh J.Alan, hobson dan Robert W. McGarleg (1977) dan Harvard Medical school. Dalam pandangan mereka, mimpi tidak mempunyai kebenaran yang signifikan. Hasil daripada kajian mereka ke atas aktiviti otak kucing semasa tidur REM, mereka telah mencadangkan bahawa mimpi adalah ringkas dan tidak penting. Ia dihasilkan daripada rangsangan random yang dikenakan ke atas sel otak. Mengikut teori ini, sel-sel tertentu dalam pusat tidur REM. Otak bergelut untuk 'sintesis' atau dengan rangsangan random itu untuk memeriksaan simpanan ingatan kita dan menghasilkan mimpi.

TUJUAN MIMPI.

Mengapa orang bermimpi? Para ahli psikologi cuba menjawab pertanyaan ini dengan meninjaunya dari beberapa sudut. Sigmund Freud mengatakan bahawa mimpi mencerminkan terdapat impuls/dorongan tidak sedar seseorang untuk memuaskan atau memenuhi harapan yang belum/tidak dapat diwujudkan dalam kenyataan.

Menurut Freud, manifest content menyembunyikan keinginan yang terpendam serta motivasi yang memberikan bentuk sebenarnya, yang disebut kenyataan dari mimpi tersebut. Bukti-bukti dari pendapat Freud ini diperolehi daripada psikotrapi, di mana sewaktu subjeknya mengutarakan mimpinya dan menghubungkannya kepada elemen mimpi itu, mereka seringkali mendapati bahawa terdapat impuls/dorongan dan kebuntuhan yang sebelumnya tidak pernah disedarinya. Apakah dengan bahan yang demikian sudah boleh dijadikan sebagai bukti? Mungkin saja tidak. Seperti kritikan yang selalu dilontarkan kepada Frued; mimpi merupakan sesuatu yang samar-samar, mudah menjadi tidak tetap dan mudah untuk diinterprestasikan berbagai makna. Akibatnya, seseorang itu dapat memperolehi apa saja yang selama ini diinginkan dalam mimpinya.

Apa yang kita mimpikan, tidak selalu sama dengan mengapa kita bermimpi. Ingatan, motivasi, fikiran dan perasaan kita mungkin merupakan subjek pembahasan dari mimpi. Mimpi merupakan satu petanda di mana otak tetap berkerja selama kita tidur. Walaubagaimanapun, pemikiran Frued bahawa mimpi membantu memberikan kepuasan pada dorongan tertentu telah memperolehi sokongan, seperti tanpa memerhatikan apakah teori Frued betul atau salah, dia benar dalam keyakinannya bahawa mimpi memberikan pemahaman terhadap dorongan dan motivasi-motivasi yang sebelumnya tidak pernah disedari oleh orang lain.

J. Alan, Hobson dan Robert W.McGarley (1977) dari Harvard Medical School, pernah mengajukan teori fisiologis yang mengesan tentang proses mimpi yang disebut sebagai Hipotesis Sintesis Aktivasi (Activation Synthesis
hypothesis). Hipotesis mereka mengatakan bahawa ketika haiwan tidur terdapat cara kerja seperti clock trigger di dalam sirkit saraf otak yang berfungsi secara teratur (lebih kurang 90 minit pada manusia), dan mengaktifkan kegiatan listrik secara cepat. Kegiatan ini merupakan pencerminan dari kegiatan indra, motor dan perasaan yang sebelumnya telah diproses ketika ia sedar/jaga. Pada waktu yang sama, mekanisme yang mengaktifkan mimpi akan merangsang pusat otak yang lebih tinggi tetapi menutupi jalan pengeluaran motor dan dapat memperolehi suatu informasi yang baru.

TAFSIRAN MIMPI

Tidur melengkapi nikmat yang dianugerahkan dalam kehidupan insan. Minda menjadi tenang dan jasmani menjadi segar setelah menghirup kedamaian istirehat yang paling berharga. Dalam kelenaannya tersimpan mimpi-mimpi indah dan ngeri yang menyenangkan serta merungsingkan perasaan. Bagi melerai kemusykilan mimpi, maka ianya memerlukan terjemahan dan penafsiran.
Erti sesebuah mimpi bukan bermakna menzahirkan perkara yang ghaib, tetapi keberkatan rahmat Allah sebagai khabar gembira dan peringatan agar terhindar dari segala perbuatan syaitan. Mimpi yang dapat ditafsirkan adalah mimpi ketika ingin tidur disertai dengan doa dan melaksanakan amalan sunnah, sehingga terkandung makna serta khabar yang menyenangkan.

Simbol atau objek yang wujud dalam mimpi merupakan element penting dalam menafsirkan satu-satu mimpi. Berdasarkan tafsiran mimpin Barat misalnya, haiwan merupakan symbol atau gambaran terhadap baik-buruk trait atau tingkah-laku manusia, kanak-kanak menggambarkan sesuatu yang baru berbeza dan menyeronokkan dan pakaian mengambarkan mood kita tahap minda kita. Sementara dalam Agama Islam juga menafsirkan mimpi berdasarkan symbol atau gambaran dalam mimpi. Contohnya tulang rusuk digambarkan sebagai wanita kerana wanita asal kejadiannya daripada tulang rusuk lelaki.


MIMPI DALAM BUDAYA
Dalam kertas kajian ini, mimpi dilihat pada dua budaya iaitu dalam budaya Melayu dan Indonesia (Primbon Jawa). Walaupun kedua-dua negara ini adalah di bawah satu rumpun Melayu, namun masih terdapat persamaan dan juga perbezaan dalam ilmu dan kepercayaan tafsiran mimpi.

Tafsiran Mimpi: Budaya Melayu Malaysia
Bagi masyarakat Melayu, mimpi dikatakan sebagai permainan tidur disebabkan kerja harian dan juga kesan pengaruh harian. Bagi yang kuat pegangan agamanya, biasanya mimpi yang menggerunkan atau menakutkan pasti tidak akan mengganggu tidur. Bagi orang Melayu, ilmu tafsiran mimpi tidak boleh dianggap karut, ini kerana pada dasarnya ia terdapat di dalam ajaran agama Islam itu sendiri.

Sebagai contohnya, mimpi Nabi YUsuf a.s melihat matahari, bulan dan bintang sujud kepadanya. Mimpi beliau itu telah ditafsirkan pada suatu ketika apabila sampai masanya, beliau akan menjadi seorang pemimpin yang agung. Mimpi tersebut akhirnya menjadi kenyataan dan Nabi Yusuf diangkat menjadi seorang nabi.

Masyarakat Melayu juga percaya untuk mendapatkan mimpi yang baik dan benar, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebellum tidur. Seelok-eloknya sebelum tidur perbanyakkan amalan membaca al-Quran, berzikir serta berdoa sebagai amalan harian. Apabila hendak tidur hendaklah membaca doa dan tidur di atas lambung kanan (rusuk kanak).

Sekiranya dikejutkan oleh mimpi yang tidak baik ketika tidur, hendaklah membuat isyarat meludah ke arah kiri bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini atau menggelakkan gangguan syaitan. Perbuatan ini bersesuaian dengan syariat Islam.(al Imam Ibnu Sirin, 1998)

Tafsiran Mimpi: Budaya Jawa Primbon Indonesia
Bagi masyarakat di Indonesia pula, mereka mempercayai mimpi sebagai membawa satu makna atau peanda sesuatu akan terjadi. Masyarakat Primbon Jawa khususnya percaya, mimpi akan menjadi kenyataan atau tidak bergantung pada jumlah neptu bermula dari hari pertama bermimpi.
Mimpi-mimpi tersebut dikelaskan kepada beberapa kategori. Masyarakat Primbon Jawa ini percaya sekiranya jumlah neptu mencapai kiraan 7, 10, 13 dan 16 dari hari pertama mimpi berlaku, maka mimpi tersebut akan menjadi kenyataan. Sekiranya mimpi ini berlaku maka ia dikategorikan sebagai sasmitaningroh. Mimpi pada kiraan 8, 11, 14 dan 17 dari hari bermimpi juga dikata akan menjadi kenyataan. Ia dikenali sebagai daradasih .

Manakala mimpi dipercayai tidak akan menjadi kenyataan sekiranya berlaku pada kiraan 9, 11, 15 dan 18 dari hari pertama bermimpi. Ianya dikategorikan sebagai cakrabawa. Walaubagaimanapun, mimpi dipercayai akan menjadi kenyataan jika kena pada hari, bulan dan tahun tertentu. (http://www.satulelaki.com, 22 Jan 2003)


PERSAMAAN TAFSIRAN MIMPI ANTARA BUDAYA MELAYU DAN INDONESIA (PRIMBON JAWA)

BUDAYA MELAYU

BUDAYA INDONESIA (PRIMBON JAWA)

Mimpi bertemu haiwan

  • Mimpi menunggang kuda atau unta akan memperolehi kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita akan dimakbulkan.

Mimpi bertemu haiwan

Mimpi mengalami luka-luka di badan akan mendapat rezeki

Mimpi berkaitan peristiwa

  • Mimpi dipukul orang atau mengalami pendarahan akan kehilangan harta

Mimpi berkaitan peristiwa

  • Mimpi mengalami luka-luka dibadan akan mendapat rezeki.

Mimpi berkaitan makanan

  • Mimpi makan daging bermaksud akan kehilangan seseorang

    (al Imam Ibnu Sirin, 1998)

Mimpi berkaitan makanan

  • Mimpi makan daging akan mendapat kebaikan.

(http://www.satulelaki.com, 22 Jan 03)

Dalam penemuan kajian ini, terdapat persamaan dalam beberapa mimpi yang dikategorikan kepada mimpi bertemu haiwan, mimpi berkaitan peristiwa dan juga mimpi berkaitan makanan.

PERBEZAAN TAFSIRAN MIMPI ANTARA BUDAYA MELAYU DAN INDONESIA (PRIMBON JAWA)


KESIMPULAN
Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam menginterpretasi sesebuah mimpi yang dialami berdasarkan budaya masing-masing. Interprestasi mimpi tersebut adakalanya benar dan adakalanya tidak benar. Kebenaran boleh dilihat berdasarkan apa yang ditafsirkan adalah setara dengan apa yang berlaku dan sebaliknya. Namun harus diingat bahawa kebenaran interpretasi mimpi tersebut mungkin juga satu kebetulan atau sebaliknya. Ia satu kebetulan apabila tafsiran tersebut benar berlaku hanya pada satu atau dua kali mimpi. Ia merupakan tafsiran mimpi yang benar apabila tafsiran adalah satu dalam mimpi yang sama secara pada masa berlainan. Biasanya tafsiran mimpi yang benar hanya boleh dilakukan oleh manusia yang terpilih seperti ahli agama atau para ilmuan yang cenderung kepada tafsiran mimpi.

Sungguhpun begitu, Kita tidak boleh menolak wujudnya mimpi dalam tahap tidur seseorang. Manakala semua agama atau kepercayaan serta budaya percaya akan wujudnya mimpi dalam tidur individu. Interpretasi mimpi adalah berbeza mengikut budaya tersebut serta kepercayaan individu terhadap agama yang dianutinya. Oleh itu, ilmu tafsiran mimpi mimpi bukanlah sesuatu perkara yang baru dan ada pada kebanyakan budaya. Percaya atau tidak itu adalah terpulang kepada individu itu sendiri serta kepercayaan yang dipegang. Namun apa yang pasti, kajian terperinci perlu dilakukan bagi melihat kebenaran tafsiran sesuatu mimpi yang ditafsirkan dalam pelbagai budaaya. Kajian ini perlulah merangkumi aspek seperti bagaimana mimpi itu ditafsirkan? Mengapa tafsiran sesuatu mimpi itu adakalanya berbeza dan adakalanya sama antara pelbagai budaya? Apakah faktor mimpi itu ditafsirkan sedemikian?


BIBLIOGRAFI

Abu Ameena Bilal Philips., ( , Dream Interpretation According to The Quran and Sunnah, Shaarjah: Dar Al Fatah Printing, Publishing & Distrubition.
Altman, Leon L. (1969). The Dream in Psychoanalysis. New York: International Universities Press, Inc.
Barbara, Tedlock (1991), The New Anthropology of Dreaming, Journal of Dreaming, vol 1, No.2.

Freud Sigmund., (1900/1953). _The Interpretation of Dreams Standard Edition, 4&5. London: Hogarth Press.

Ma`rof Redzuan & Haslinda Adullah.,(2002). Psikologi. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Ma`rof Redzuan & Siti Hawa Munji., (1990). Pengantar Psikologi. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Matsumoto.,(2000), culture and Psychology people around the world, Belmont: Wadsworth/Thompson Learning.

Miriam Spering.,(2001), Current Issue in Cross-Cultural psychology: Research topics, application and perspecties, Heidelberg: University of Heidelberg

http://www.satulelaki.com

***Sebarang copy paste adalah dilarang sama sekali sekiranya dilakukakan tanpa izin penulis.**