Laman

Membunuh Diri.

Bun

uh Diri. 

Pertama Kali

Assalamualaikum.

Pertama kali. 
Pertama kali.
Pertama kali.
Pertama kali aku terbang merentas sempadan negara sendirian. Satu tindakan yang aku sendiri pun tidak pernah memikirkan untuk melakukan. 
Pertama kali hanya kerana 'apa yang membikin perempuan nekad'. 
Disetiap keputusan itu ada sebab yang musabab. 
Pertama kali.

Keputusan saat akhir ke Kemboja.
 

'Guru Aini' karya Andrea Hirata.







Assalamualaikum WBT. 

Saban kali ingin menulis semula dalam blog. Semoga permulaan ini permulaan untuk akhir yang panjang.  

Guru Aini,

Salah sebuah karya Andrea Hirata yang baru saya habiskan bacaan. Tidak sukar untuk memahami patah bahasa penulisan buku ini. Malah terasa lebih lemah lembut. 

Satu karya pengkisahan seorang guru, murid dan persekitaran di perkampungan yang sangat jauh. Jauh daripada tempat asal. 

Guru Aini seorang guru Matematik. Guru muda yang begitu terinspirasi oleh guru matematiknya sendiri untuk mengajar matematik kepada anak bangsa. Guru Aini yang mewarisi keteguhan hati bapanya nekad dan memilih ditempatkan di kawasan yang pada kebanyakkan guru muda mengelakkan untuk ke sana. Guru Aini hanya ingin mengajar Matematik kepada anak bangsanya. Guru Aini yakin dengan ilmu matematik, kemiskinan yang membelenggu masyarakat pendalaman boleh berubah. Matematik adalah kemahiran menyelesaikan masalah dan releven dengan kesuksesan. 

Desi Istiqomah, nama sebenar Guru Aini. Sesuai dengan nama diberi, istiqamah dengan impiannya menjadi guru matematik di pendalaman. Permulaan perjalanan yang tidak mudah. Cabaran dihadapi oleh Bu Desi dalam perjalanan ke tempat bertugas mudah tergambar dalam minda ketika membaca novel ini. Tidak mudah namun, berpatah balik itu tidak sama sekali. 

Seperti perjalanan kehidupan kerjaya guru-guru di seantero, Bu Desi juga perlu berhadapan dengan kepelbagaian isu dalam mencapai matlamatnya menjadi Guru Matematik. Satu mata pelajaran yang bukan semua orang atau sangat sedikit orang untuk mahu hatta kental untuk menguasainya. Dalam banyak perkara yang menarik perhatian saya dalam karya ini, suka saya kepada kepelbagaian pendekatan yang digunakan Bu Desi dalam memastikan anak-anak didiknya menguasai kemahiran matematik. Bu Bu Desi percaya Matematik boleh dikuasai dengan syarat hati kena kuat untuk mahu belajar Matematik. 

Petikan perbualan rakan sekerja mengambarkan Bu Desi itu guru yang bagaimana;
    "kecerdasan itu misterius, laila."
    "Ai, bukankah kecerdasan kasat mata saja? Dengan gampang bisa dilihat murid yang cerdas dan yang tidak ?"
  "Belum tentu, Lai, setiap murid mengerti dengan cara yang berbeda, setiap ilmu memancing                 pengertian murid dengan cara berbeda pula...
Guru yang baik adalah guru yang dapat memacu kecerdasan muridnya. 
Guru yang lebih baik adalah guru yang dapat menemukan kecerdasan muridnya. 
Guru terbaik adalah guru yang tak kenal lelah mencari cara agar muridnya mengerti!".
            

Mengapa 'Guru Aini' ?. 
Saya memikirkan watak utama adalah yang bernama Aini yakni, nama guru itu adalah Aini. Ternyata fikiran saya meleset. Aini adalah salah satu watak dalam banyak watak anak murid di sekolah di mana Ibu Desi bertugas. 

Setiap tindakan kita punya pencetus.
Ibu Desi, cita-citanya menjadi Guru Matematik ekoran terinspirasi dengan guru matematiknya di sekolah. Kekuatan dalamannya didorong oleh sang ayah.  Begitu juga dengan Aini, melihat ayahnya yang sakit, mencetuskan kekuatan dalaman Aini untuk belajar Matematik. Yah, dengan kepintaran Matematik, syarat memasuki Fakulti Perubatan dan seterusnya menjadi Doktor. 

Bertekad.
Satu jalan menjadi doktor adalah dengan memasuki Fakluti Perubatan dan syarat perlu lulus Matematik. Pada tahun Aini tidak dapat 'naik kelas', Aini nekad pindah kelas ke kelas Bu Desi untuk pandai Matematik. Semua orang terkejut dengan keputusan Aini apatah lagi Bu Desi. Aini bertekad.

Pencarian Genius Matematik.
Bu Desi pernah hampir menemui genius matematik seperti yang dia impikan. Sekerat. Kecewa. Passion Aini belajar matematik juga passion Bu Desi mengajar Aini yang sangat lemah matematik itu. Yah, sangat lemah. Matlamat jelas + hati kental = berjaya. Formula kejayaan yang ringkas. 


Semangat Guru yang bertanggungjawab memandaikan anak bangsa. 
Bertanggungjawab atas biasiswa/ gaji/ pembiayaan yang diterima daripada pihak berkuasa.
Kemahiran penyelesaian masalah ( problem solving ) tinggi ketika berhadapan dengan murid berbeza penerimaan kognitif. Setiap murid mampu pandai cuma pendekatan yang berbeza. Inspirasi yang baik-baik adalah cetusan kekuatan dalaman seseorang terutama anak murid. 


HRiah D
5 Ogos 2020