Laman

10 tafsiran gambar rasa...




Sesekali terasa ingin di"pampered"kan...

Tidak mahu menzahir.....mahu "bermalas - malasan dlm selubungnya...

ditatang selaput ikhlas..

.

.

.

Dalam menzahirkan butir - butir...... Dalam tersentuhnya fikiran..

Setiap butir itu jernih di mata, sejuk di hati..

Bukan membakar rasahati dan membikin mula rasa hambar....

.

.

.

Permohonan bukan tidak dipinta..... cuma mungkin JARANG.... dan tiada PENEKANAN
.
.
.
.
Akhirnya... ini sahaja mahu terluah... sindir diri sendiri atas apa yg pernah di'BINA'..

.
.
.
Dan PATAH...dan patah lagi... bukan dipenghujung cerita...dipermulaan cerita..
.
.
.
.

.

.

.

Patah tumbuh ....tumbuh tidak sama walau tujuannya sama.... tumbuhnya tidak sama walaupun yg tumbuh lebih serba serbi... Jadinya hilang bukan tidak tapi belum berganti...

.

.

Lebih serba serbi.... namun masih menyimpan "cogan hati"!

.

.

.

Cuba membina kekuatan... Mahu sendirian tidak LARAT...takut terus MELARAT.

SEPAKAT membawa BERKAT.

Dalam melawan arus yg ada kalanya LUAR DARI KEBIASAAN. Dalam bertungkus "YMP"

Agar tidak terus rasa PEDAS dalam menjadikan hidangan yg lazat. Setiap BUTIR PENGUCAPAN, PERTAIPAN, PENULISAN.....ada makna... Makna yg mungkin membikin TERGURIS, KECEWA, TIDAK YAKIN...... Menimbulkan..."betulkah?......atau perasaan ku sahaja..." TAWAR SUDAH!!!! :-p

Ermmmmmm..... lets my mind freee.... just focus on what I WANT not what I NEED.... (ya ka? ble..ble ba klu aku jak....)

Dan..... biar KESIBUKAN melambatkan jawapan... dan mungkin juga ada jawapan di dalam kesibukan itu... Yeaahhh! CAIYOK!!!

Semuanya berlaku seperti yg telah, sedang dan akan disetkan dalam minda bukan apa yg ada dia atas kertas... CINTA KU BUKAN DIATAS KERTAS>>> CINTA KU DI ATAS ANGIN>>>RINGAN>>>>

PICTURES SOURCES: INTERNET...

******* adakalanya apa yg dirasa tidak dapat dizahirkan pada butiran kata.. Adakalanya butiran kata tidak menggambarkan apa yg dirasa... kepingan gambar BOLEH menyatakan sesuatu yg tersirat...kerana di sana wujud bahasa badan wpun dlm keadaan pegun... hehehehehe percaya atau tidak...aku pun tak percaya 80%... takut tafsiran byk dipengaruhi oleh hasutan emosi, menafsir yg bukan pada erti sebenarnya....*****

cINTa lAgI...

-KETIKA CINTA BERTASBIH-


CINTA adalah KEKUATAN yg mampu
Mengubah duri jadi mawar..
Mungubah cuka jadi anggur..
Mengubah sedih jadi riang..
Mengubah amarah jadi ramah..
Mengubah musibah jadi muhibbah..
Itulah CINTA






Sekali pun CINTA dapat ku uraikan
dan Ku jelaskan panjang lebar,
Namun CINTA Ku datangi,
Aku jadi malu pada keterangan Ku sendiri....


Meskipun lidah Ku mampu menguraikan,
Namun TANPA LIDAH, CINTA lebih terang..
Sementara PENA begitu tergesah - gesah menuliskannya..


KATA-KATA pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada CINTA...
Dalam menguraikan CINTA,
Akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...,


CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan PERCINTAAN

Mencari Cinta by Krisdayanti

OST Ketika Cinta Bertasbih

Sejak lama aku berdiri dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung mampu menjawab
Hanya padaMu ku bertanya lewat setiap sujudku ini
Siapa kah nanti cinta untuk ku
Wahai penilai hati lihat batin Ku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu

Nostalgia...

Nostalgia..sedap jak bila sebut "nostalgia"... rasa macam klasik..sangat bernilai..terlalu berharga utk dikekalkan lama dalam ingatan...

Dan musim perayaan ini lah kesempatan utk BERNOSTALGIK...

Nostalgia kerinduan atau berasa rindu akan sesuatu yg pernah dialami (dinikmati dsb) pd masa lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah berlalu.

Nostalgik sesuatu yg menimbulkan nostalgia: banyak peristiwa yg ~ masih segar dlm ingatanku.

Retrospeksi (rétrospéksi) tinjauan kembali pengalaman atau peristiwa yg lalu: golongan pertama menyelongkar semula nostalgia serta ~ lama.

Memori (mémori) kenangan, ingatan.

Memoir (mémoir) biografi (karya) berasaskan kenang-kenangan seseorang (tentang pengalaman dan peristiwa dlm hidupnya dsb): kebelakangan ini, beberapa buah buku kenang-kenangan wartawan sasterawan veteran, dlm bentuk ~ telah juga diterbitkan.

Kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya;

Kenangan 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi;


Kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg dikenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja;

Kenang - kenagan 2. (menjadi) sesuatu yg dapat mengingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (misalnya peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~.

Kita Mulakan dengan Senyuman..

Foto: koleksi senyuman peribadi dan org sekeliling ku - inspirasi
Senyum...senyum...senyum...1..2...3.... klik!
Tak semua org lahir dgn kekacakan, kecantikan, kecutetan, ketampanan, kemachoan,...Namun yang pasti, bila dia tersenyum anugerah MANISnya terpancar diwajah.. Jadi usahlah risau kalau tidak cantik, usahlah gundah kalau tak kacak yg ptg manis itu ada..senyumlah..senyuman adalah perhiasan dunia..senyum adalah bahasa dunia..seluruh dunia tahu senyum itu gembira, ceria, suka, lapang...
Dengan senyuman juga kita MENYEMPURNAKAN keindahan batin...
Senyum itu JAMBATAN persahabatan,
Senyum JALAN PINTAS mengatakan AWAK SUKA DIA,
Senyum itu SEDEKAH, semudah2 sedekah,
Senyum itu AWET muda...
Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..BAYANGKANLAH!!
Jadi bila saudara mara, kengkawan, jiran2 atau orang2 beraya ke rumah dengan SATU SOALAN yg membikin kita MERAH... Bila kita berkunjung ke rumah mereka2 ini dengan SOALAN & AYAT NYATA yg membikin rasa mau saja pulang umah... Hadapi dengan SENYUMAN...SENYUM saja ba...hati lebih tenang...dada semakin lapang...yg penting kita dah buat SENAM MUKA..
Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan. Bila kita SENYUM ngan orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita. Kalau dia tak senyum balik, mungkin dia ada penyakit MOEBIUS SYNDROME, sejenis KECELARUAN GENATIK. Kalau tidak pun, bagus senyum ngan ORANG UTAN. Orang Utan pun pandai senyum....Kalau ORG BUKAN UTAN pun tak tau nak senyum... nda tau la aku tu....

Orang akan merasai DIHARGAI apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita. Senyumlah walau dengan MAKCIK CLEANER pun, PAK JAGA PINTU PAGAR.. Sekali kita senyum, berkali2 dia mau senyum ngan kita walau kita berpura2 bersms, bertelefon.... Senyum MULIA. Lantas, mengapa kita tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita.

SENYUMlah dengan orang yang kita TIDAK KENALI HARI INI, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan kita itu. Kalau tidak pun membalasnya ketika kita senyum padanya, dia akan akan membalas bila dia duduk diam, bila dia atas katil, ketika dia memandu dan DIA MULA TERKENANGKAN kita... he he he he.... :-)

Alangkah MUDAHnya membina rangkaian persahabatan. William Shakespear ada menyatakan.. Apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan..
Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita.
Bila berhadapan dengan keadaan susah,SENYUMlah..
Bukankah KETAWA YG SOPAN itu sihat?
Pujangga menyebut..
SENYUMan itu kelopak - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..
So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura – pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..
Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMan..BAHAYA tau! Takut ORG PUNYA yg TERGODA he he he.... OK JAK BA KLU KAU !...



LIMA FAKTA MENGENAI SENYUM :-)
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.
SUMBER ARTIKEL; INTERNET
********Senyum.... bagaimana pulak dlm konteks RAKAN MAYA..membina perhubungan dalam FB dll? Macam mana nak tau yg SENYUM teman di sana itu SENYUM IKHLAS, SENYUM INGIN BERKAWAN, SENYUM INGIN MEMANJANGKAN PERHUBUNGAN atau sekadar SENYUM KAMBING...SENYUM SINIS...SENYUM PUAS HATI?... APA MAKNA SENYUMAN ITU DUHAI........
Apapun aku berbalik kepada KEIKHLASAN MEMBINA SEBUAH PERHUBUNGAN..
BUKAN sekadar BERLUMBA NETRWORKING SIAPA YG PALING RAMAI...
Aku sedikit SELEKTIF bukan pengamal DASAR PINTU TERTUTUP ttg ADD2 mengADD ni (maafkan aku..)
YAKIN kalian juga IKHLAS BERTEMAN dengan aku... Semoga hubungan ini HUBUNGAN BERKUALITI dan MEMBERI MAKNA kepada KITA dan juga ORG LAIN....AMIN....

H1 N1 ' Sabar sajalah aku..



sabar sajalah aku....

Kita Mulakan Dengan Salam...

Sebahagian daripada meraeka....









Tiada kata terkata...
Cuma..
Maaf Zahir Batin.
Andai kata perkenalan di alam maya ini pernah
mengudang rasa resah, sedih, bimbang dan kecewa..
Ya Allah berkatilah perkenalan ini....
Agar perkenalan ini memberikan ceria dalam
hari2 kehidupan sahabat2 maya ku.
Amin...Ya Rabbal ALamin..

Menjejak Kasih..

Kasih yang dijejak.. Kedatangan ku ke KL memanglah telah dirancang sebulan yg lalu cuma aku tidak ada tujuan khusus untuk shoping raya sepertimana org lain fikirkan. Aku hanya ingin bertemu SEBAHAGIAN insan2 istimewa yg pernah menjadi sebahagian penguat semangat ku..yg telah menjadi penasihat, pemotivasi, penenang diri ku... Mereka diantara insan2 istimewa pernah sejalan dan sejuang dan aku tahu mereka tahu SEBAHAGIAN drpd aku dan jalan hidupku. Cukup memahami.
Cuma dikesempatan yang SANGAT singkat ini tidak memberi peluang yg lebih untuk kita saling menatap. Melihat perubahan. Melihat perkembangan. Aku terkilan...masa cukup singkat utk aku....InsyaAllah lain kali..
Aku tahu, seribu kali satu soalan...dan soalan utama kedatangan aku ke ke sini membikin kalian ingin tahu.. dan berharap satu perubahan dalam cerita hidup aku. My dearest friends..tiada yg jawapan yg jelas utk soalan itu. Dan tiada yang berubah kalau itu yg kalian amat harapkan. Apatah lagi untuk masa terdekat ini. Bukan diri tidak menerima nasihat. Bukan diri tidak mahu mendengar pesanan kalian.....Hati sudah begini....Cuma aku harap harapan kalian itu diiringi dengan doa....Doa..

Aku berdoa n berharap kalian wahai sahabat2 istimewa ku sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah. Untuk Sabahat2 yg tidak sempat aku temui dan khabarkan kedatangan ku ke Tanah Semenanjung...Aku minta maaf..bukan tak ingat, tetapi saja buat tak ingat kerana aku tak mahu menyusahkan kamu...
******Nun, maafkan aku tak bgtau ko. Aku tau Bentong - KL tak jauh..
tapi aku tak sangka plak ko xcdent...really2 sowri my dear...
Kak B, Ari sangat2 minta maaf...aku tau kak B selalu tanya bila nak g Johor...InsyaAllah...
Aku akan melawat kalian...Aku nak g Perak Juga...apa dah crita Abg Nuaq tue....
Achik...achik senyap jer...Achik kat Ganu or Pahang?
Masni....anak dah ramai erk...Still di Jengka kah?
Oh ya...Along Basri nak g KK cuti Disember ni.....sila2..

Harus untuk memilih



“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”


-dipetik drpd saifulislam.com



Menjadi sebahagian daripada ahli masyarakat menuntut kita untuk belajar banyak perkara, perlu peduli tentang apa yang berlaku, perlu ambil kisah perubahan saban hari.
Belajar banyak perkara. Kalau mahu belajar daripada yang telah berlaku maka, itulah sebaik daripada kisah kehidupan. Kalau tidak mahu belajar drpd apa yang berlaku maka, bukankah bodoh jawabnya...
Kisah1;- Kisah teman yang tidak mahu untuk belajar drpd apa yang telah berlaku. Dasyat-dia terus mengikut rentak muzik yang sudah diketahuinya rentak itu pada akhirnya akan membuatkan dirinya sakit!. Bila dah jadi begini baru nak menilai...baru nak menghitung..baru nak kata menyesaknya aku...Bukan niat dihati untuk menambah sakit. Cuma untuk mengajar diri untuk terima bahawa kita tidak sama walaupun serasi. Dan serasi itu penting..membikin hayat hubungan ini panjang walau tidak lagi ceria.
Kisah2;- Kisah teman yang tidak tahu dan lagi teruk tidak sedar utk belajar. Lagi dasyat - EGO!Tidak mahu mencelik melihat kesan tabiat buruknya itu. Hanya perasan dia sahaja yang TERBAIK. Memang dia BAIK tapi tidak TERbaik. Telah menjatuhkan penemannya gedebukkkk!!! Kasihan...Aku nak kata apa? Aku tidak mampu lagi membantu-semua sudah dewasa utk berfikir. Bukan utk lari-cuma cuak sudah. Keduanya KECEWA diantara masing2. Aku? Mendengar luah hati, memahami rasa hati, empati apa dialami, nasihat diberi semoga meringankan beban dihati.. Keputusan ditangan kalian. Dan biarlah keputusan itu berlandaskan akal, nilai, kenangan bersama, pengorbanan lalu serta rasa tanggungjawab. Bukan atas dasar HANYA KERANA KECEWA.
Kisah3;- Kisah teman yang KECEWA. Kasihan dia. Kecewanya tidak menyebabkan dia menyesal. Kecewanya tidak membikin semangatnya luntur. Kecewanya sama sekali menurunkan motivasi kerjanya. Semuanya kerana aku tahu dia IKHLAS. Dia cuma KECIL HATI. Dia melakukan semua itu dengan harapan membantu, memudahkan, mempercepatkan kerja org lain namun di balas dengan sikap MALAS MANUSIA itu.
Kisah4; Kisah teman...sabar menanti. Menanti bulan mencahaya dikala gelapnya pemahaman..Menanti suria menceriakan kisah awal harinya....Menanti Matahari menerangkan ketidakpastian hati dan fikirannya...Menanti keemasan cahaja senja menenangkan hari2 geloranya.. - TEMAN SABAR MENANTI DENGAN SENYUMAN -
******berjumpa, berkenalan, berborak, berbicara, berbincang,
antara rangka proses dalam mencapai satu hubungan yang mahu dipilih.
Pilihan atas diri ;- mahu sebagai kenalan/kawan/teman/sahabat/kekasih/pasangan hidup....
terpulang macam mana kita mengadunkannya...

Macam mana nak terangkan??




Letih!
Apa perlu ubah sikap?
Erghhh....
Meriah bukan menggoda..
Jual mahal bukan tak suka...
Diam bukannya malas..
Angguk bukannya setuju...
Letih!
Penat!
Cape'!
Tired!
***************
Esok masih ada..
Aku belum tentu ada..
Yg ada...
Tugas lain..
Jurukamera; Cara berwuduk @ Surau BERNAS
Meeting: PPD @ Bangunan KWSP
Lain2..
Kelas Pra-Sekolah-kena pinjam - buat bengkel.
Aku kena datang awal. - memangpun selalu dtg awal.
Lain2..
Tak tahu lagi..
Peace!
Love my friend's.
Semoga Allah melindungi kalian dan keluarga kalian.
Tabah menghadapi dugaan.
Cekal mencapai matlamat.
Aku yakin .. Kau pasti berjaya!

Bimbang Parutnya tetap Kelihatan....






Aku tidak tahu pasti aku mahu melihat situasi ini dari sudut mana. Aku tidak berani mahu membuat sebarang ulusaan. Bukan hanya kerana aku takut untuk menyatakan apa dlm fikiran cuma, aku belum cukup berani ekoran aku belum cukup ilmu, maklumat dan perkongsian untuk apa yang sedang dan telah berlaku dan mungkin juga akan berlaku di generasi akan datang.

Saya yakin bukan hanya segelintir saudara kita yang berfikiran seperti apa yg telah berlaku. Saya pernah "menjoinkan" diri satu forum yg dibangunkan oleh saudara kita itu. Tujuan sebenar untuk mengenal asal usul adat sendiri selain untuk melihat pandangan mereka ttg kita. Nyata saudara kita punya kejituan yg terhadap bangsa dan adat budaya mereka. Menganggap bahawa adat budaya itu hak terpelihara mereka. Melayu kita cuma penciplak.

Satu yang positif ada kejituan terhadap bangsa, etnik dan kaum sendiri. Cuma dari mana datangnya perspektif mengatakan Melayu kita cuma penciplak. Adalah amat mengecewakan sekiranya pemikiran itu datangnya dari golongan bijak pandai. Yg saya yakin mereka mampu memikir kenapa-mengapa itu berlaku. Saya yakin...mereka faham apa itu diaspora dan asimilasi.









Berita Harian Online
Minda Pengarang: Isu remeh tak wajar cetus pergeseran Malaysia-Indonesia

PERGESERAN antara dua negara berjiran bukanlah sesuatu yang aneh. Hubungan yang terjalin, tidak sentiasa indah. Walaupun hubungan rakyat dan rakyat di dua negara berjiran adalah baik, ada ketikanya mereka menari mengikut irama dan rentak yang berbeza.
Begitulah juga terjadi antara segelintir rakyat Indonesia yang menimbulkan kegawatan yang cuba mengeruhkan hubungan Malaysia-Indonesia. Apabila bahan promosi pelancongan Malaysia yang disiarkan saluran The Discovery Channel mengandungi klip video Tarian Pendet, ada pihak di Indonesia yang menyingsing lengan dan sedia bertegang leher.
Seperti lazimnya, bila saja ada isu berbangkit antara Kuala Lumpur-Jakarta, segelintir rakyat di sana pantas mahu menjadi wira. Tanpa mengira isu pertikaian sempadan, nasib pembantu rumah asing, lagu kebangsaan atau kisah cinta model jelita dengan putera raja, semuanya mahu dijadikan alasan memprotes. Maka, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sekali lagi menjadi mangsa tunjuk perasaan, poster, sepanduk, slogan anti-Malaysia malah Jalur Gemilang dipijak serta dibakar.
Keadaan bertambah rumit apabila Menteri Pelancongan Indonesia turut menari rentak sama mengecam promosi pelancongan Malaysia itu. Kuala Lumpur didakwa cuba mengambil Tarian Pendet yang disifatkan sebagai produk kesenian dan kebudayaan Indonesia dengan memberi gambaran seolah-olah ia milik Malaysia. Sebenarnya, pihak berkuasa Malaysia tiada kena-mengena dengan promosi itu kerana ia dibuat oleh Discovery Channel.
Kerajaan juga membuat bantahan kepada saluran televisyen itu kerana menyiarkan promosi yang tidak betul sehingga mencetus kekeliruan. Sebagai jiran paling akrab, Malaysia-Indonesia mempunyai hubungan yang cukup unik. Di sebalik tema 'negara serumpun' yang sering kedengaran, realitinya mungkin amat berbeza kerana sekecil-kecil perkara pun boleh menjadi modal pergeseran.
Khabar angin yang belum tentu benar-salahnya pun boleh mencetuskan ketegangan. Reaksi keterlaluan yang sering diterima dari seberang Selat Melaka amat dikesali. Ia menggambarkan dalam keakraban dua jiran ini, masih ada rasa prejudis yang menebal. Sejarah hubungan panjang membabitkan perkongsian budaya, etnik, agama, tamadun malah keluarga erat antara Malaysia-Indonesia seolah-olah di permukaan saja.
Kerjasama dan inisiatif menyuburkan kefahaman yang lebih mendalam dalam konteks hubungan dua hala juga mungkin masih belum membuahkan hasil diharapkan. Kita bersyukur kerana sehingga ini, apa saja isu yang timbul di antara kedua-duanya dapat ditangani dengan baik dan berkesan, menerusi semangat setia kawan dan kekeluargaan sejati. Namun, biarpun wujud sebarang rasa tidak puas hati antara rakyat kedua-dua negara, akhirnya ia berjaya didamaikan. Cuma, kita bimbang parutnya tetap kelihatan dan menyemai bibit perpecahan kemudian hari. Jika selama ini Kuala Lumpur dilihat boleh memahami dan memberi toleransi yang baik dalam pelbagai isu dua hala, kita harap Jakarta juga dapat belajar untuk lebih menghormati sentimen rakyat negara ini.


****************************************************************************


Malaysia, Indonesia perlu ikhlas ketepi sentimen jejas semangat setia kawan


SEORANG diplomat Malaysia di Indonesia pernah mengeluh kenapa rakyat Malaysia tidak ambil tahu mengenai perkara yang harus dilaluinya di Jakarta. Hampir setiap hari dia terpaksa melalui penunjuk perasaan yang berkumpul dengan sepanduk dan jeritan memarahi Malaysia. Isunya pelbagai dan seakan-akan tiada apa yang kena mengenai Malaysia. Kalau tidak kisah kawasan yang sama-sama dituntut, seperti Sipadan, Ligitan dan Ambalat; ada protes konon rakyat Indonesia dianiaya, lagu mereka dicuri, dan kebelakangan ini pula dikatakan kita memberitahu dunia tarian mereka itu kita yang punya. Maka bendera kita dibakar, laman web kita dicemar, dan telur tembelang dibaling ke kedutaan kita. Negara dan pemimpin kita dimaki hamun.

Kita dikenali sebagai lanun budaya, muka tidak malu mengaku hak orang hak kita. Masih ada yang marahkan lagu kebangsaan kita, Negaraku. Kita tidak pernah menafikan melodinya diilhamkan oleh lagu Terang Bulan, dan jika sudah lebih 50 tahun diguna kenapa tiba-tiba banyak betul yang marah? Saya amat bersimpati kepada diplomat berkenaan. Memang sedikit orang Malaysia yang tahu marah orang Indonesia yang berkumpul di luar kedutaan, kerana media kita jarang melaporkan perkara seperti itu.

Maka saya cadangkan beliau mengadu nasib kepada kementeriannya sendiri atau pun Kementerian Dalam Negeri, kerana pengamal media kerap diingati melalui teguran atau surat pekeliling supaya jangan melaporkan apa-apa yang negatif mengenai Indonesia, ataupun masalah hubungan Malaysia-Indonesia, kerana kita tidak mahu menjejas perhubungan dua hala.

Tetapi jelas tiada sebarang arahan wujud untuk media Indonesia, jika dilihat daripada laporan-laporan mereka. Saya tidak tahu sudah berapa lama arahan kepada media kita supaya jangan buat Indonesia marah, tetapi setahu saya, sejak lebih dua dekad bekerja di surat khabar, arahan ini sudah wujud.

Agaknya, sejak lepas tamat Konfrontasi pada 1960-an. Apakah rakyat Malaysia tidak perlu tahu bagaimana negara dan mereka dilihat oleh jiran kita. Adakah mereka tidak perlu tahu Jalur Gemilang kita sengaja dijadikan abu? Perlukah hanya kita saja yang cuba menjaga hati orang lain?

Letih juga dibuatnya melihat tindakan sesetengah rakyat Indonesia menghentam negara kita, tidak habis-habis, rasanya. Sejak penubuhan Malaysia pada 1963 di mana hubungan diplomatik putus dan kedutaan kita dihujani batu, Presiden Sukarno dengan konfrontasinya, hingga ke sate dan batik, semuanya menjadi punca kemarahan. Bukankah kita serumpun, maka banyaklah kesamaan antara kita? Bahasa kita pun hampir sama. Seluruh Malaysia juga dimarahi bila ada pembantu rumah berbangsa Indonesia yang didera, atau pendatang tanpa izin dihukum, atau bila artis kesayangan mereka berkahwin rakyat negara ini.

Terdengar-dengar kata Sukarno 'Ganyang Malaysia' menyemarakkan kemarahan rakyat Indonesia. Kita semua tahu tindakan dan kemarahan ini bukan dasar Jakarta, atau yang disokong seluruh rakyat Indonesia. Tetapi tindakan segelintir mampu menabur pasir yang boleh mempengaruhi kelancaran hubungan.

Di manakah mulanya kemarahan mereka kepada kita? Adakah sebab Malaysia ditubuhkan walaupun ditentang Indonesia? Adakah sebab kita lawan utama badminton Piala Thomas puluhan tahun dulu, walaupun kini kedua-dua negara tidak lagi sehandal dulu? Adakah kerana kita yang sepatutnya menjadi adik kecil tiba-tiba menjadi lebih maju dan agaknya nampak seperti mengepak dan mendabik dada dengan kejayaan kita?

Adakah kita yang sepatutnya merendah diri dan berjalan selangkah di belakang, tiba-tiba ingin menjadi penggerak utama suara dunia ketiga? Atau adakah kerana Indonesia terkilan kerana lebih sejuta rakyatnya merantau mencari kerja di Malaysia, membuat kerja yang tidak mahu dibuat oleh orang tempatan? Di tapak bangunan, ladang, kilang, restoran dan rumah-rumah, orang Indonesia tahu tiada banyak yang boleh berfungsi baik tanpa rakan senegaranya menjadi penggerak.

Adakah ini punca kemarahan mereka, yang mereka menganggap negara kita dibina dengan titik peluh rakan senegaranya, namun kita tidak menghargai pengorbanan ini? Ataupun mereka marah kepada diri sendiri atau pemerintah mereka kerana keadaan yang memerlukan jutaan rakyat negara mereka merantau, termasuk ke Malaysia, secara haram atau halal, untuk mencari rezeki dan menyara keluarga di kampung. Mereka harus faham bahawa datangnya rakyat Indonesia ke Malaysia ialah melalui perjanjian ekonomi berasaskan kelaziman permintaan dan penawaran. Mungkin gaji kecil tetapi ia dipersetujui, seperti juga keadaan rakyat Malaysia yang mencari makan di negara lain. Tiada paksaan dan tiada apa yang Malaysia boleh lakukan jika rakyat Indonesia hendak ke negara lain.

Apakah yang boleh kita buat, atau adakah perkara yang boleh kita lakukan kalau orang hendak marah dengan kita? Rasanya tidak banyak yang boleh kita lakukan, kecuali cuba memahami punca kemarahan mereka dan terus sentiasa cuba menerangkan kedudukan sebenar kita. Namun kita tidak bolehlah berdiam jika simbol kedaulatan kita dicemar, atau kita sentiasa dicemuh dan dikecam.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

****************N3 untuk rekod dan rujukan serta peringatan diri

agar lebih alert dgn dunia semass...***

Bila kaki tangan menguasai akal fikiran


Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com



Yah...bukan namanya manusia kalau tiada masalah atau kononnya cuba "lari" daripada masalah. Manusia kah itu dalam erti kata manusia. Hadirnya disekitar manusia lain hanya mementingkan diri sendiri. Kononnya "buat apa aku nak susahkan diri buat kerja ni???" yang membikin hatinya happy hanya duduk..duduk...duduk..dan duduk..dan mungkin memikirkan kebahagian, kesenangan jiwanya sendiri sahaja...yg lain biar org lain lakukan..masalahnya bukan masalanya apa lagi masalah org lain.....


Geram juga aku manusia begini...asyik kita aja yg bertolak ansur...dia? jgn haraplah kecuali apa kepentingannya di situ....tidak tahu kah dia, dia akan belajar akan sesuatu dari masalah itu? Pelajarannya bukan pada zahir......pada batin..ada dalam diri...dalam jiwa....... pelajaran hidup >>>>>>hubungan sosial..... pembangunan kendiri... personalti....berdikari..ikan kariii :-p


Aku heran? Aku cuba tidak utk memikirkan..namun hati ku kuat bertanya ... Apa dalam fikirin mereka2 ini? Diberi amanah tak mahu, diberi peluang terlebih kuah pulak dia, ditegur sikit mula baran, ditugaskan di luar tak mahu katanya tiada teman...Haluuuu..jadi apa yg dia mahu? Dalam kubur tu tak berteman juga... PELIK TAPI BENAR... TAK BOSAN KA???




BUKAN MASALAH YG MENJADI MASALAH.


APA YANG MENJADI MASALAH SEBENARNYA IALAH


BAGAIMANA KITA MENGHADAPI MASALAH ITU.




*********************************************************************


MASALAH >>>>> TEKANAN>>>>>>PELAJARAN>>>>>>HIKMAH


Berbalik kepada cerita MASALAH (Sesuatu yg memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yg menimbulkan kesukaran (kesulitan) )


Tertarik dengan kata2 pakar.... Kesanggupan untuk menghadapi masalah sebenarnya meletakkan nilai diri individu. Keberanian individu berdepan dengan masalah membezakan tahap kejayaan yang bakal diterimanya. Sungguh! Terbukti apa yg terjadi, terlihat, terdengar, terbual dll di dalam sekitar ku dan juga diri ku sendiri. Berani ku lebih daripada ciput maka, kejayaan ku juga lebih drpd ciput..Berbanding mereka2 yg hebat...jadi bukanlah satu yang mustahil utk aku seperti mereka...hanya tinggal aku perlu lebih berani..Yah lebih berani!! Hadapi masalah mendatang lebih terbuka dan berani menghadapi sebarang kebarangkalian....Amin..
Bagi org2 yg berjaya ini.
PROJEK. Memandang masalah sebagai satu PROJEK. Mereka tahu risiko drpd masalah itu adalah petanda kepada kejayaan. Tanpa masalah tiada penyelesaian, tiadalah juga pembelajaran apa lagi kejayaan.

SETIMPAL. Allah memberi ujian setimpal dengan kemampuan kita menghadapi ujian itu. Pastinya. Tiada manusia yang mendoakan agar dirinya diberi ujian dengan masalah apalagi masalah yg besar2. Bagaimanapun kita bermohon agar Allah menurunkan kita ujian yg kita hadapi biarlah dalam kerangka kesanggupan dan keupayaan kita.
TRAUMA. Suka atau tidak dengan apa yang terjadi, ttg apa yg sedang dialami menimbulkan tekanan dan juga kebimbangan dalam diri. Apa lagi bila perlu untuk melakukan langkah seterusnya. Menyakitkan. Suka atau tidak tentunya dibatasi oleh pengalaman lepas dan minda separa sedar yang telah merakamkan peristiwa secara secara inherent ataupun pengalaman peribadi dan sewaktu dengannya. Trauma seumpama inilah yang meledakkan kebimbangan dan tekanan dalam menghadapi masalah tersebut.
LA TAHZAN. Sanggupkah aku, kau, kamu, kamuurang, diaorang dll membiarkan penyakit hati ku, kau, kamuurang, diaorang dll parah sehingga menjadi kronik dan psikotik? Kemurungan simptom penyakit hati pada level 'perlukan perhatian lebih'. Pujuklah hati "usah bersedih duhai hati, di depan pasti ada yang lebih baik." Pujuklah...kalau tidak mampu pujuk sendirian, berkongsi rasa dengan siapa di percaya, kalau tiada siapa dipercaya-luahkan kepadaNya. Yah! pastinya kepada ALLAH kerana Dia lebih tahu cerita rasa hati umatnya.
MINDA BIJAK. Kumpulkan kekuatan. Satukan ketabahan. InsyaALLAH motivasi diri, percaya diri pasti ada. Bagaimana cara minda menanggapi persekitaran kehidupan yang dihadapinya sebenarnya punca kepada tekanan/stress. Manusia saban hari dalam kehidupan hariannya perlu menghadapi pelbagai masalah. Masalah datang dari dirinya mahupun orang lain. Masalah datang dari mesin atau daripada manusia sesama spesisnya. Kalau minda di setkan inilah masalah besar! Maka besarlah masalah itu. Kalau minda menanggapi susahnya mau selesaikan masalah ini maka, pelbagai rintangan lain yg menyusahkan utk menyelesaikan masalah itu yg perlu kita tempuhi. Minda yang bijak mengurus stress menanggapi masalah itu sebagai pembelajaran hidup yang disebaliknya byk hikmah. Sakitnya tidak sampai menyesali kehidupan. Seksanya tidaklah sehinggah dia terfikirkan bahawa tidak adil dia diperlakukan begitu.
AKAL. Di mana letaknya manusia? Manusia letaknya pada akal. Kalau akal fikiran kita sentiasa menangisi kenangan masa lalu maka sedih dan gundah gulanalah hati. Sedih adalah fikiran dan perasaan masa lalu, cemas dan bimbang adalah adalah fikiran dan perasaan mengenai masa depan dan akan datang.
Hadis Nabi S.A.W;
"Allah tidak pernah menurunkan sesuatu
penyakit melainkan Dia menurunkan bersamanya ubat."

"Semua penyakit yang ada di bawah matahari ada ubatnya,
atau sama sekali tidak ada.
Jika ada, maka berusahalah untuk mendapatkannya,
jika tiada maka jangan difikirkan."
-Profesor Hawks-
"Rahsia ketidak bahagiaan itu terletak kepada anda untuk berfikir seluas-luasnya, apakah anda berada di dlm keadaan bahagia atau tidak. Oleh itu, jgn terlalu banyak berfikir tentang hal itu. Sebaliknya teruslah bekerja kerana saat itu darah anda akan mulai mengalir dan otak anda mula berfikir lagi. Kehidupan yang baru akan melenyapkan fikiran itu drpd otak anda. Bekerjalah dan jangan berhenti kerana ini merupakan resepi paling murah yang pernah ada di muka bumi dan paling mujarab."
-George Bernard Show-
Yah! Wahai hati...Duhai diriku empunya badanku...ADA AKAL PAKAI!
UJIAN. Ujian akademik boleh ponteng, boleh tak amik pun. Ujian hidup pasti ada. Sedih, kecewa, tekanan, tangis dan sekampung dengannya adalah rempah ujian. Menangis air mata darah sekali pun tidak akan mengambalikan yang yg sudah pergi. Hadapi apa yang terjadi dengan positif, yg terjadi biar terjadi kerana ia dah ditakdirkan terjadi untuk kita. TENANG. Dengan tenang, dengan positif InsyaALLAH, kita lebih bertenaga dan seimbang dari segi fikiran, emosi, tingkah laku dan rohani. UJIAN SEBAGAI INSPIRASI.
BAHAGIA. Bahagia datang ekoran daripada keterbukaan, kerelaan kita menghadapi apa yang ditakdirkan. Untuk apa membanding - bandingkan diri dengan orang lain. Allah memberi umatnya apa yang diperlukan oleh umatnya bukan apa yang dinginkan umatnya. Dengan apa2 yang TELAH, SEDANG dan AKAN berlaku....aku percaya hikmahNYA. Dengan terciptalah aribiy... Aku kini adalah apa yg aku telah katakan dulu dan aku akan datang apa yang aku katakan kini dan dulu....

***************Ini hanya untuk menimbulkan daya aku. untuk aku lebih rela dengan apa yang telah terjadi, sedang berlaku dan akan terlaksana.*********

SUMBER:


Jalan itu tidak selamat! Cari jalan lain walau jauh....Itu lebih baik..

Jalan ke rumah Cek Mek Molek (Mek Sue) dan Cik As runtuh!
So, if nak g KK kena limpas rumah aku dulu...jgn lupa hon2 ya...!!
****bila nak buko posa ngan ayam goreng budu ni????
Kota Kinabalu: A portion of the Kolam-Minintod Road, near Bukit Padang here, caved in after the hill on which the stretch stood collapsed, Thursday.
Cracks were seen at the stretch as early as 7am by a maintenance team from Globinaco Sdn Bhd and the road caved in eight hours later at about 3pm, causing a ridge stretching about 150ft long.
A Public Works Department (PWD) team had gone to the site after being alerted by Globinaco contractors and sealed the cracks with canvas, allowing only one side of the road to be used.
However, the PWD team later decided it was too risky to allow traffic to go through, as the cracks widened, and closed the road completely at about 1pm.
Motorists who normally used the stretch to reach Inanam or Penampang have been advised to use alternative routes, preferrably from Jalan Datuk Panglima Banting or Jalan Kiansom Minintod.
Those who frequent the road generally are either headed to Kg Kibabaig, Kg Kasigui and Jalan Datuk Panglima Banting in Penampang, or KK Tzer Ying Buddhist Temple, Kg Bambangan, Kg Bantayan, Kg Minotun and Country Heights Apartments in Inanam.
A PWD senior officer said they were thinking of building an access not far from the collapsed road but must consider several details first before proceeding, adding such works would take at least one or two weeks to complete.
Meanwhile, MP Dr Hiew King Cheu believes the incident could have been avoided as it could not have happened overnight.
Looking at the underground water outlet beneath the stretch, he suspected the pipe could have been damaged, causing it being unable to channel water away from the hill.
"The PWD should always check this carefully. Now, millions of Ringgit would have to be spent to fix the road, which in fact is the people's money," he said.
He also failed to understand how the mishap could not be averted, pointing out there were enough funds sourced for road maintenance in Sabah.

Sumber: Daily Express Online

Yang sepatutnya....

Duhai wanita hebat ini.....

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Kecantikan wanita ada pada sikap lembutnya, yang terpancar dari keihlasan hati dalam merawat dan menjaga keluarga “Wanita yang cantik Adalah Wanita yang bisa menjaga harga dirinya”

Sumber: Internet.

****Cuma untuk panduan dan bacaan diri sendiri serta kalian yg sudi..*****

Wanita - Lembut Hatinya.



KELUARGA BAHAGIA. Sesekali membaca, berbual, mendengar dan berchating mengenai kisah-kisah bahagia termasuklah kebahagiaan dalam berumatangga rumahtangga dan berkeluarga biasanya juga menimbulkan kebahagiaan dihati kita. Dan adakalanya boleh menimbulkan rasa cemburu sekiranya kisah kita tidak sebahagia mereka. Begitu juga dengan kita yang masih dengan dunia solo, sedikit sebanyak menimbulkan rasa ingin memiliki keluarga seumpamanya.


JIKA SEBALIKNYA...kisah-kisah keretakan rumahtangga, kisah penceraian di usia perkahwinan yang agak hijau, kisah-kisah tidak ada kenikmatan dalam berumah tangga sedikit menimbulkan rasa takut, gusar, terlebih hati-hati si solo dan mungkin menyebabkan dia bersedia untuk terus berada di dalam zon sedia ada. Bagi yang sudah berkeluarga, timbul dua situasi 1, bersyukur kerana mereka menjalani kehidupan bahagia dlm berkeluarga 2, timbul rasa hati-hati yang amat sangat yang boleh menimbulkan rasa curiga/hati2 terhadap pasangan.
TAKDIR. Mungkin dalam seribu kisah-kisah itu ada seribu sebab musabab mengapa satu mahligai yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang boleh retak. Bak kata org berpengalaman, bukan mudah untuk mendapatkan 'kesempurnaan' dalam hidup berumatangga. Tiada jalan kehidupan yang begitu lurus, mulus dan halus untuk dijalani.
TIDAK TERTEKAN. Hari ini perspektif wanita terhadap perkhawinan telah berubah. Memilih untuk berkahwin diusia lewat atau tidak berkahwin bukan lagi satu perkara yang amat memalukan. Dan wanita2 ini sudah diyakini kebolehan mereka dalam pegurusan kehidupan kerjaya mereka, pengurusan diri dan keluarga mereka.
PILIHAN. Dalam era pendidikan dan kerjaya menjadi satu keperluan, kebanyakkan wanita memilih atau diminta utk berkerja mengumpul harta atau terus menyambung pelajaran setelah tamat belajar di peringkat U. Lama kelamaan dalam kelekaan memenuhi apa yg dihajati, wanita ini lupa atau buat - buat lupa tentang mencari calon suami.

NALURI & FITRAH WANITA. Setinggi mana kedudukan wanita di kerusi empuk itu, ada saat dan letikanya wanita mengidamkan sebuah rumah tangga yang bahagia, suami teman berbicara, bergelak bersama anak2. Namun ketetentuan Illahi tiada siapa yang pasti. Org boleh berkata setiap manusia pasti ada jodohnya kerana manusia dijadikan berpasang-pasangan namun, ketibaan jodoh itu yang menjadi tanda tanya dan boleh menimbulkan pelbagai perspektif dan sangkaan dalam diri wanita itu mahupun org disekelilingya.

MENGHADAPI ORG SEKELILING. Pelbagai perspektif mungkin timbul. Pelbagai andaian yang terandai. Pelbagai hipotesis yang cuba "diselesaikan" sendiri tanpa mengira sebab musabab si empunya diri. Bertanyakan pendapat kepada mereka bukan empunya diri dan yg tidak punya pengalaman serta bukan dia berada di dalam 'kasut' empunya diri, akan mengatakan wanita ini pincang emosinya. Bertanyakan kepada si empunya diri..pasti lain jawapannya......
HIKMAH. Intai-intai kata2 wanita hebat ini. Sentiasa memiliki ketenangan hati dan gembira, pastinya timbul rasa syukur dengan apa adanya. Katanya, "berkahwin adalah sunnah. Jangan sesekali memegang prinsip tidak mahu berkahwin kerana perkahwinan itu menyusahkan........"(Roha).
*********dah lama N3 ni tersimpan dlm draft blog satu lagi...(patutlah cari2 kat c ni tak jumpa..). Ini cuma pengkisahan present tense org lain dan ada juga TERkena dengan kisah present tense & past tense ku...
dan MUNGKIN juga future tense ku...untuk lebih sedia... hihihihih.....The moral of the story; tepuk dada tanya EQ anda..anda mahu macam mana? Mahu terus sedih dan merasakan diri kecil? Atau mahu terus mara merasakan diri ini bertuah..bertuah diberi peluang panjang umur di status solo...(jgn marah!)******
Sumber Bacaan: Majalah Nur Nov. 2008 & Sept. 2009 (beza hampir 1 thn, suratan/kebetulan fokus isu sama).