Laman

November dan Disember... Banyak perkara telah berlaku dalam dua bulan ini. Perkara pelik? aku pun tak pasti... sekiranya diikutkan hati tak mahu aku ia berlaku. bukan apa...sangat2 memeningkan aku.. buat aku terkejut beruk la katakan (macam mana beruk terkejut pun aku tak pernah nampak). Gila apa!
Mujur aku ada pertimbangan. Bantuan dan nasihat rakan - rakan sangat kuperlukan (walaupun ku tahu kerja gila ka apa Dia tu...). Kak Rusnah n Kak CT n Litz banyak membantu, kata mereka "jgn terus terima, kenal dulu siapa dia. ambil masa dan jgan tergesa-gesa". dorang berkata atas pengalaman. Ack n Dhrm terima kasih atas bantuan dan panduan kalian. sekali lagi aku berasa lega dengan YM2 kalian... (Mengapa aku tak cari S n M?)
Berkaitan dengan cerita inilah aku paham dan mula mencari maklumat Solat Sunat Istikarah.. yang selama ini aku tak pernah pun terlalu kisah.. Ada hikmah daripada pelajaran ini. Solat Sunat Istikarah bukan hanya dilakukan dalam soal jodoh malah, dalam segala hal kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Bila mana susah sangat membuat pilihan n keputusan, lakukanlah Solat Sunat Istikarah.
Satu lagi pelajaran penting yang aku tahu tetapi leka... aku tahu aku punya kelebihan 'instinc'. dan ianya sebenarnya kelebihan semua manusia tertamanya wanita.. untuk memperolehi kata hati yang hampir bernas, hati mesti bersih dari dosa kecil n besar.
TIP MEMBUAT PILIHAN
  • Dapatkan pandangan individu yg rapat dgn kita seperti sahabat dan ahli keluarga dalam membuat keputusan. mereka mungkin lebih memahami diri kita dan kecenderungan kita.
  • Dari situ, buatlah penilaian setiap pilihan yang ada dan bandingkan kelebihan dan kekurangan masing2.
  • Setelah itu, berserahlah kepada Allah dgn melakukan Solat istikarah bagi diberi petunjuk yang lebih tepat.
  • Pada masa sama, elakkan dari melakukan dosa kecil mahupun besar agar mudah diberi petunjuk dan sentiasa bersangka baik.
  • (Nur -Dis-07)

http://nurjeehan.hadithuna.com/wanita-berhak-pilih-suami/

http://nurjeehan.hadithuna.com/category/cinta/page/15/

http://nurjeehan.hadithuna.com/kahwin-kerana-allah/#more-1758