Laman

Penjodoh Bilangan....


Hati Kau da Aku......
Hari - hari berbicara tentang hati..
Hari - hari berbicara dalam hati...
Hari - hari berbicara dari hati...
Hari - hari berbicara dengan hati...
Hari - hari berbicara rasa hati..
Akibat hati kau & aku..
Hari - hari berbicara suka hati..
Hari - hari berbicara ikut hati..
Hari - hari berbicara sakit hati..
Hari - hari berbicara pilihan hati...
Apakah hati bisa berkata...
Hati tidak bisa berkata...
hati cuma berbisik dan mulut yang berkata..
kalau pun mulut tidak bisa berkata badan bisa memberitahu melalui bahasanya...
Apa bisik hati..
Hati berbisik...
Jika itu jalanya, ikut jalan itu
Jika itu caranya, ikut cara itu
Kerana itu takdir yang ditulis bukan tertakdir.
Apa lagi bisik hati..
Berhati - hati apabila berkata.
Takut orang salah tafsir kerana
Bukan semua org hatinya sama
Bukan semua org bisa memahami hati org lain
Bukan semua org bijak memahami hati org lain
Bukan semua org tahu menafsir apa kata bahasa badan
Ada cinta dalam hati?
Cinta dalam hati pasti ada.
Cinta pada SIAPA, APA dan KENAPA.
Bukan hanya hati yang tahu.
Mulut sudah menyampai..
Badan sudah memperilaku..
Hati tiada rahsiah lagi..
Ada apa dengan hati...
H =
A =
T =
I =
>>>>>>>>>>>>>>>> Geylang Si Paku Geylang......
**************************************************************************
Hari itu...berbicara tentang perkhawinan...Mula - mula itu memikirkan aku bukannya manusia yang selayaknya untuk berbicara tentang isu2 perkhawinan atas alasan aku belum berkahwin. Bagaimanapaun itu hanya pemikiran aku. Hakikatnya aku juga layak dan berhak untuk berbicara tentang itu. Kerana aku yakin dengan siapa aku berbicara. Mereka yang cukup matang dalam kehidupan. Sudah cukup dewasa dalam menjalani kehidupan apatah lagi kehidupan sebelum mereka dialam perkahwinan.
Membicarakan isu memilih jodoh, menjodoh2kan, kesepadanan jodoh sehinggahlah pertanggungjawaban dalam perkhawinan. Zaman sudah merubah dan pastinya fiil manusia juga merubah..perspektif terhadap sebuah institusi sebuah perkhawinan juga berubah. Berubah dek kerana tuntutan zaman atau tuntutan diri manusia itu. Ada manusia menganggap perkahwinan itu sebuah lagi kitaran hidup manusia, ada manusia yang merasakan perkahwinan itu sebagai pelengkap sebuah status kehidupan dirinya sendiri (individu), ada yang menganggap perkahwinan itu satu satu tanggungjawab dan ada yang.............
Walaupapun tanggapan, pemikiran atau rasakan tentang perkahwinan, yang pastinya ia membawa perubahan dalam sebuah CORAK kehidupan manusia.
Lelaki zaman sekarang kurang rasa tanggungjawab dalam perkhawinan. Satu kenyataan bukan atas rasa busuk hati atau rasa prejudis kerana cintanya juga lahir untuk lelaki. Cuma sedikit pengasahan minda dengan melihat apa yang banyaknya berlaku kini. Dan lelaki isunya kerana lelaki adalah ketua sebuah perkahwinan.
Isunya Lelaki kini kurang bertanggungjawab. "Lelaki kini" kurang jelas maksudnya.. adakah lelaki yang lahir zaman2 aku atau lelaki2 "lama"yang baru berpeluang berkahwin kini. Namun isunya masih lelaki kini dan cuba membuat perbandingan dengan wanita kini (subjeknya adalah lelaki & wanita yang sama kerja dan pendapatannya).
Katanya lelaki/suami kini hanya merasakan tanggungjawabnya sudah cukup dengan memberi nafkah RM (tolak yg itu yer......). Urusan lain adalah urusan isteri seperti membayar bil2, menghantar - mengambil anak ke sekolah/tuition, memantau anak, memasak-membasuh-mengemas dll. Akhirnya orang gaji jadi satu keperluan zaman kini kerana isteri juga tidak atau kurang dibantu oleh suami.
Aku cuba berkongsi buah fikiran. Lelaki2 seperti itu banyak difaktorkan oleh latar belakangnya. Mungkin faktor latar belakang hubungan kekeluargaannya, bilangan adik beradik, anak ke berapa dll. Latar belakang ini boleh memberi faktor kepada siapa dia hari ini. Kalau dia dibangunkan daripada keluarga yang mementingkan sebuah institusi kekeluarga maka dia berpotensi tinggi untuk menjadi si suami yang mementingkan keluarga. Benar atau tidak...terpulang kepada pengalaman hidup masing2...
Apapun...
Berbalik kepada JODOH & PERTEMUAN KETENTUAN ALLAH
Andai kata sudah dijodohkan dgn mereka yg kurang bertanggunjawab, maka itu petandanya kita adalah org yg cukup bertanggungjawab. Jodoh bukannya untuk kesempurnaan... ianya untuk saling melengkapi..
********************Isu hari itu tidak panjang....masa perlu untuk yang lain.. rasa seronok berbicara ttg sesuatu yang selayaknya dibicarakan oleh org dewasa...

Tiada ulasan: