Gambar bertarikh 23 July 2008
23 Ogos 2009. Setahun sebulan sudah berlalu. banyak sudah perkara yang sudah ku hadapi. Adakalanya membikin aku semakin kuat dan adakalanya membikin aku sedikit lemah. Bagaimanapun turun naik graf kehidupan menjadikan kehidupan penuh dengan warnanya. Pastinya hadapi aku hadapi dengan senyuman, dengan tangisan dan dengan gembira, dengan sedih...
Sebulan yang lalu. Aku cuba untuk mengubah graf hidup. Mahu lebih mencabar kononnya. Ternyata graf tidak berubah. Kehidupan masih pada level yang purata saja. Naik pun sedikit, turun pun sedikit. Diri mula rasa bosan.
Hidup perlu perubahan. Itu katanya. Dan aku cuba untuk merubah corak kehidupan. Cuma aku tidak seberani org lain... Apakah anjakan yang lebih berani dan mencabar aku perlu lakukan? Tidak mahu untuk terus hidup ditakuk lama. Namun di mana keberanian itu aku perlu dapatkan.
Tidak mahu kebosanan timbul dalam diri. Tidak mahu motivasi diri menjadi semakin rundum. Namun kurang pasti adakah aku kuat untuk keluar dari zon selesa ini. Khuatir akan tersungkur kerana selesanya aku ketika ini.
Kekadang rasa ingin berada saja di dalam tempurung...gelap..sendirian...tanpa dugaan... Kekadang rasa ingin berada saja di dalam balang kaca...cerah..di luar nampak meriah n gembira..cuma mahukan privasi disudut kemeriahan itu..
Lelah...penat.....untuk membahagiakan hati SEMUA org.. hati sendiri..sendiri saja yang tahu...
Aku tidak pernah menipu mu...kalian.... cuma kekuatan ku utk menyatakan semuanya tidak ada...
" Kita tidak akan berjaya untuk
mengambil hati semua orang,
Apa yang lebih penting ialah kita perlu
belajar untuk mengambil hati kita sendiri"
Bagaimana mahu ambil hati sendiri? Menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri? Bagaimana pula mahu menjadi org yang pentingkan diri sendiri? Sukar rasanya...dunia ini bukan aku yang punya..bukan kau yang punya..bukan mereka yang punya...
****Belum cuba belum tahu......
Biar aku beri peluang untuk diri sendiri dulu yer...
bukan untuk menghukum diri...**********
Tiada ulasan:
Catat Ulasan