Laman

Paku Di Dinding Hati Mu..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dansentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian ."
()''''''()
(. 'o'. )
=(,,)=(,,)==
Thank you, -aRi_08-
*****p/s: email diforward drp achik****

Satu lagi email lama:.. Pilihlah keadaan yg tidak memaksa kita membuat pilihan...


Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.
"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar...umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur...Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri...Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?
"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul...nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaanrumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan. ..umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."
"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik...kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan. .. tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."
"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala.Yang dihafalnya rukun nikah saja..."
"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam. "
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga...Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya.. . Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."
"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.
"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab. "
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

Menjejak 27 thn ..... :-)

Dalam Menjejak usia 27 thn bulan Mei ni aku teringatla email yg member forward dulu2.. ingat lagi email tu tahun 2006... masih ada dalam Inbox dan mahu kongsi lah... mengimbas kisah lalu yang menyebabkan mengapa kita berbeza dengan generasi kini..

Subject: Tanda Tanda Yang Korang Lahir Pada Tahun 80-an..Bace ah..Interesting sgt...Date: Thu, 23 Feb 2006 14:30:37 +0800Mime-Version: 1.0Content-Type: text/plain; format=flowedX-OriginalArrival Time: 23 Feb 2006 06:30:41.0544 (UTC) FILETIME=[AB0DC080:01C63842] Content-Length: 2149

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, WoodyWoodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Notto forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.berus gigi time waktu rehat kat skolahrendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat biliksebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.ni sure korang igt...program minum susu di skolah.nak galakkan budak2 time tuh minum susu.sekotak 30 sen jek beb...cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jekkat kantin.Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada yang suka stoking tebal laaa...internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewinggum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlmclass.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..nipun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakannye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'UptownGirl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn BillyJoel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, danade satu jeVietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu.Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tufilem2 baru.Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utksebuah komputer.Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dandiorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam manekite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,dan korg sure tersenyum2. kebanyakan member2 skolah menengah kitedah kawin3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari 6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2dulu...7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorgsuke punye laa...heheheYaa, kite pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulu kan?

Bubbbbbb.................ble......blur... blur


MaSaM mAnIs

Masam Manis (Sweet n Sour)













CikguHai: Siapa suka makan buah?
Murid2: Saya!
CikguHai: Buah apa yang kamu suka makan?
Murid2: Mangga!...Apel!...dan bla...bla.. bla....
CikguHai: Ini gambar buah apa?
Murid2: Apple!
CikguHai: Apel warna apa?
Murid2: Merah!... Hijau!......
CikguHai: Apel rasanya apa?
Murid2: Manis!....Manis!....Manis!...Manis!....Masam!...



.....................******....................................



CikguHai: Eddy kenapa Eddy warna apel Eddy dengan warna hijau dan merah?
Eddy: Sweet and sour! Rasanya masim manis!
CikguHai: :-))


AUTISMA

Latar Belakang
Filem "Rain man" satu contoh persepsi television terhadap autisme. Dalam cerita tersebut seorang dewasa dgn autisme, pintar dlm kemahiran matematik dapat menyaingi permainan judi di Las Vegas. Tidak semua individu dgn autisme mempunyai kemahiran yang sama seperti "Rain man". Ini satu persepsi yg salah. Sebenarnya ramai individu dgn autisme sukar atau jarang menyamai "Rain Man".
Sebaliknya ada pula rancangan tv yang mempamerkan individu dgn autisme sebagai kumpulan yang sering menyendiri, terasing dalam dunia mereka sendiri, tidak berupaya berkomunikasi atau memberikan atau menerima perasaan kasih sayang.
Ada yang menganggap seandainya dapat dikeluarkan mereka dari kepompong dunia mereka, maka terserlah kepintaran yang tersembunyi di dalam diri mereka.
Individu dgn autisme juga dipaparkan sebagai agresif atau mencederakan diri sendiri.
Semua yg telah disebutkan hanyalah mitos umum, mengenai autisme.
Terdapat ramai individu dengan autisme boleh belajar bercakap dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, simbol gambar, dan bantuan teknologi, walaupun menghadapi ketidakupayaan yang mereka alami menjejaskan cara mereka menyampaikan atau menerima perasaan.

Bagaimanakah sebenarnya rupa autisme?
Terdapat ramai individu dengan autisme mempunyai ciri-ciri spt kekurangan upaya atau defisit dalam kemahiran berkomunikasi dan asas kemahiran hidup, tetapi ciri-ciri kanak-kanak autisme tidak serupa.
Juga ramai ahli profesional merujuk autisme sebagai "pelbagai masalah" (spectrum disorder).

Mendifinisikan Autisme
Autisme masih kurang difahami dan dianggap paling misteri dalam kumpulan "pervasive developmental disorders [PDD]."

Ramai pula yang tidak pernah berjumpa atau mengenali individu dgn autisme.
The National Institute of Child Health and Development (2003) menyatakan autisme ialah masalah biologikal yang kompleks dan dihadapi individu sepanjang hayatnya. Individu dengan autisme menghadapi masalah interaksi sosial dan komunikasi. Jadi mereka menghadapi masalah pertuturan atau mereka tidak dapat menumpukan atau memberikan perhatian kepada anda. Mereka berkelakuan tertentu, atau mengulang-ngulangkan [ekolalia] perbuatan tingkah laku tertentu (spt tidak mendengar arahan kecuali diletakkan pensil secara selari, atau menyatakan ayat tertentu berulang-ulang kali). Mereka mungkin bertepuk tangan menyatakan mereka gembira dan mencederakan diri sendiri untuk menyatakan sebaliknya.

1943 Leo Kanner telah mengenalpasti gejala yang menjelaskan ciri-ciri autisme. Kanner (1943/ 1983) menghuraikan istilah autistik sebagai "mengelakkan diri dari realiti/kehidupan sebenar."
Sebelum Kanner, kanak-kanak dgn masalah autisme dilabelkan sebagai "schizophrenia, febble minded, idiot, mentally retarded, mbecile, childhood schizophrenia, early infantile autism, childhood onset pervasive deveopmental disorder."
Anggapan apabila dewasa mereka menjadi schizophrenia diakui tidak benar oleh beberapa pengamal profesional.

Kanner menghuraikan kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang tinggi, lambat perolehan pertuturan dan bahasa (termasuk sebutan terbalik, ekolalia, dan masalah literasi) dan terlalu menekankan perlakuan yang sama.
Perkataan "autisme" dipinjam dari perkataan yang pernah digunakan untuk menjelaskan sifat schizophrenia yang bermaksud menarik diri daripada perhubungan dan menutup diri dari dunia luar.

Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Text Revised (DSM-IV-R) (American Psychiatric Association, 2000) kini menerima autisme sebagai berpunca dari pelbagai masalah perubatan yang kompleks, melibatkan genetik, persekitaran, dan neurologikal (Piven, 1997).
Tetapi penyelidik masih belum menjumpai "penawar"nya.

Lelaki dalam hidup wanita

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik…
~ Unknown Author
Nota: Artikel ini dihantar melalui email.

Mini Met- Speacial Olympics KK



Fuh! Sudah dua tahun rupanya aku dalam dunia ini. Banyak ragam dan pesen sudah aku alami. Tahun ini atlit kami kurang berbanding tahun sebelumnya. Yala.. yang lain sudah menjejak kaki ke Sek Men. Satu perkara yang membanggakan ialah kebanyakkan bekas2 murid SKBP tidak lupa akan guru lama mereka hatta mereka yang sudah 2/3 tahun meninggal sek men. Walaupun acara kali tidak sesempurna mana, namun ia berjaya mengeratkan hubungan sesama PK. SO merupakan satu2 NGO yang aktif melibat murid2 PK dalam aktiviti luar. Sekurang2nya murid2 PK ini tidak berada dalam ruang lingkupnya sahaja. Tahniah sekali lagi kepada SO KK. Aku tahu bukan ini sahaja aktivit yang akan dan telah dianjurkan untuk kanak2 mahupun dewasa PK. Sejak setahun aku dalam PK ini, aku belum lagi terlibat dalam aktiviti anjuran JPK atau Unit PK. Aku kah yang tidak prihatin atau sememangnya pihak jabatan kurang aktif?

Lelaki ini....Sempitkah Pemikiran Mereka?

Untuk beberapa hari dalam minggu ini aku dan rakan sekerja berbicara tentang jodoh dan perkahwinan. Alhamdulillah ianya perbincangan dalam konteks orang dewasa dan bersikap terbuka. Yang menarik perhatian aku ialah ialah lelaki yang lebih cenderung mahukan jodoh atau isteri yang tidak bekerja. Aku bukannya tidak setuju dengan pendapat lelaki ini. Cuma aku agak kurang bersetuju pendapat lelaki yang inginkan bakal isterinya berhenti kerja dan perlu menjadi suri rumah sepenuh masa. Untuk wanita yang tidak dapat melanjutkan pelajaran atau matlamat mereka hanya untuk kahwin selepas tamat sekolah bagi aku adalah sesuai untuk lelaki seperti ini. Tapi adakah lagi wanita seperti ini? Mungkin.... Antara alasan lelaki seperti ini ialah mereka tidak mahu apabila mereka pulang rumah isteri mereka tiada di rumah untuk melayan mereka, menyediakan makanan dll. (Siapa kah wanita di mata hati mereka?) Aku tidak menafikan bahawa perlunya si isteri itu melayan suami dan menyediakan keperluan suami. Cuma perkara seperti ini aku melihat bahawa lelaki ini seorang yang 'manja' dan mungkin boleh jadi king control.

Ini hanyalah pendapat peribadiku. Bagilah peluang wanita ini bekerja dan merasakan apa yang diimpikannya. Penat lelah belajar akan berbayar dengan membelanjakan wang sendiri. Akan sampai masanya wanita ini akan memilih untuk berkorban impian dirinya untuk mendapatkan kebahagian keluarganya. Bukan rasa prejudis dengan lelaki ini mahupun sejenisnya. Aku amat menghormati lelaki2 apatah lagi yang menghormati kaum wanita. Cuma sebagai wanita apatah lagi zaman kini perlu bersedia. Bukan sahaja kerana lelaki ini mungkin meninggalkan wanita dengan mencari orang lain, mungkin juga lelaki ini akan meninggalkan dunia terlebih dahulu.