Laman

Ucapan Raya

Ucapan Raya ini ditujukan kepada mereka yang tersenarai
dalam "Tentang kenalan online"
Kad Ucapan?
Bolehkah disebut kad ucapan?
Mana2 yang selesa la....
Kerana inginkan kelainan (hhuhuhuhu)...
Aku cipta sendirilah 'gambar' ucapan raya ni..
Gambar diambil dari bawah fly over dalam kereta..

Terima Kasih Banyak2 Kak Azza!

Fuh! Akhirnya Aku dapat upload juga gift dari Kak Azza..
TrimaS Banyak2 ya...
I'm also Very Happy
I can Call You;
FrIeNd!!!!!!!!!!!!!

Yah! My First Kad Raya... Blog Version ba...
Trima Kasih yah....
Semoga Allah memberkati yang kita
lakukan, lalui, fikirkan, cakapkan
tuliskan, bualkan dll...
sepanjang perkenalan ini...
Muah.. muah...muah.. :-)

Soal Hati

Aku tak tahu nak memulakan dari mana? Banyak perkara yang ingin Aku kongsikan. Tapi entah kenapa satu apa pun Aku tidak dapatkan taipkan di halaman ceritarasahati ini. Sebahagian perkara yang inigin Aku kongsikan...
1. Cerita tentang 'pertahanan' Ku terhadap bangsa dan bahasa Ku.
2. Cerita tentang 'ilmu' yang ku trima dari BTN, exam dll
3. Cerita tentang rakan ku sepanjang hampir sebulan kami bertemu untuk sekian kalinya.
4. Cerita tentang Lelaki dan wanita
5. Cerita tentang soal hati.. Aku, Dia dan Mereka sebagai wanita..
Aku mulakan dengan....
Soal Hati
Rasulullah pernah menyebut bahawa dalam diri manusia ada segumpal daging,
yang jika baik daging itu, maka baiklah manusia itu. Sebaliknya jika daging itu buruk dan busuk, maka kualiti orang itu sudah tentulah jatuh ke tahap rendah dan hina.
Hati adalah cerminan kepada perbuatan.
Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap persekitaran.
Hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup seperti firman Allah dalam Surah al-Israa: 72 yang bermaksud;
"Dan sesiapa yang di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti dia juga kan buta, dan lebih sesat lagi jalannya."
Aku?! Dimana letak hati Ku? Hanya Aku yang tahu?
Perbualan Aku dengan Lz tadi berkisar tentang HATI. Dia menyatakan apa yang ada di HATInya dan apa yang mereka2 ini telah lakukan dengan HATInya. Ternyata HATI Aku dan Lz tidak jauh berbeza. Apa yang HATInya rasa begitulah HATI Ku rasa. Perjalanan kami tidak sama dan tidak juga serupa namun pengalaman kami sama. Dan ini membuatkan sedikit sebanyak pengalaman itu berbekas di HATI Kami.
Wahai Si Pangeran CINTA. Sukarkah memahami HATI wanita? Sukarkah membaca HATI wanita bernama ini? Dia punya HATI dan perasaan. Kamu juga begitu..Tidakkah ada persamaan diantara HATI Kamu dan Dia? Kalau tiada persamaan, tidakkah kamu sedar perasaannya? Bagaimana Kamu melihat kalau tidak pun Kamu mampu untuk menilai HATI wanita itu dan ini?
Wargh....memang sukar untuk memahamkan mereka2 ini. Ilmunya sudah cukup tinggi, pengalaman sudah cukup luas, tetapi HATInya masih kecil.
Untuk mereka2 ini faham?????...Lu pikir la sendiri..sekarang ilmu di hujung jari....Aku mau kongsi sedikit aja ni.... ini yang Aku dapat dalam pencarian ku di Alam maya ini.... Berkaitan dgn topik? Ada juga tu...
1). "Wanita bisa ditaklukan, tapi pasti ada satu sisi hatinya yang tidak mungkin bisa ditaklukkan. Hati wanita ada satu jendela, dan jendela itu terkunci rapat bahkan untuk orang yang ia paling cintai sekalipun. Hati itu adalah perasaannya yang ke enam ...".....
2). Keistimewaan wanita dalam Islam
3).“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu” IMAM NAWAWI….
4).Mengenal Kelemahan Lelaki (Dr. HM Tuah)
****to be cont....

Maafkan Aku..

Sabtu lalu Aku kuar dgn kawan 'seperbesaran'...kiranya kami ni rapat la walaupun masih ada 'rahsiah' diantara kami..(atau cuma 'rahsia' itu untuk Aku sahajakerrrr). Agak lama juga kami tidak bertemu hatta bersms2 ni...Masing-masing dengan ceritanya...eh bukan...Cuma Aku aja yang sedikit keluar dari 'cerita' mereka. Aku tak kisah..kerana ku tahu tiba masanya Aku juga masuk dalam watak cerita itu.
Cerita kami tidak banyak 'update'. Aku apatah lagi...Bukan jenis suka menceritakan cerita2 ku. Apatah lagi kini 'dunia' kami berbeza dan ini sedikit sebanyak membikin 'persepsi' juga berbeza. Yah! untuk pertemuan kali ini Aku kurang berminat untuk bercerita. Aku lebih suka mendengar cerita walaupun ceritanya yang 'itu2' aja. Asal jangan meminta ulasan dari Ku apatah lagi meminta Aku mengulang cerita lama.
Maafkan Aku teman. Bukan Aku tidak gembira dengan pertemuan kita kali ini. Mungkin Aku letih....letih minda dan fizikal...(Ermmmmmm..). Atau Aku belum dapat menyimpan perkara2 'berat' yang berada dalam minda Ku ini di dalam pikiran Ku sebelum bertemu kalian.

Kisah Klasik Utk Masa Depan

Class....Exam....KISSM....Exammm....

Memori Gunung Kinabalu.....
Apa Lagi Selepas Ini?

BTN Kundasang

Apa yang saya faham ttg apa yang saya perolehi ....
Entry pertama setelah dari BTN Kundasang
( 12 Sept. hinggah 16 Sept. 2008

Gifts


Love My Blog?
Trimas!
X apa nak di kata
Selain Trimas!
X apa nak dibalas
Selain ..........
.
.
.
.
.
.
Aku pikir dulunya...
may be something diffrent...
or
May be usual....
HUHUHUHUHU
:-)

Rama @ Kupu - Kupu?

satu pagi yang sejuk...buka mata ... buka selimut...tengok jam kat hanset +-3 a.m... buka lampu...
Eh! ada rama2 la! ermmm ... Kupu2 la..
errrmmm.....entahlah...apasal atas katil aku?
Rezeki ramadhan ke 5 kot...hopefully...
dah sedia semuanya????? Jom sahur.....
wahai kupu2 kami makan dulu ya...
:-)

Selamat Pagi.. Jumaat!







Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.




Doa Antara Dua Khutbah


Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.




Sedekah Pada Hari Jumaat


Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.




Mati Pada Malam Jumaat


Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".




Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat


Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.




Selawat


Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.




Mandi dan Pakaian


Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.




Memotong Kuku


Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.