Laman

SISTEM SARAAN BARU PENJAWAT AWAM


Dear Hati, 
Hari ini cuaca cantik, hujan di pagi hari memberi kedinginan tanpa perlu penghawa dingin.

Tinggal beberapa hari lagi Tahun 2012. Saban tahun kita akan MENYIMPAN azam dan hajat baru untuk dicapai. Sungguhlah tu MENYIMPAN. yang sepatutnya MEMATLAMATKAN azam dan hajat. Jika disimpan maka terjadilah azam itu azam pada kertas bukan pada kerja. betul kan.... pada saya itu betul, dan itulah paperset yang silap yang pernah saya lakukan lalu menjadi kesalahan besar apabila ia  bertukar menjadi mindset pulak. pulak dahhhhh...... burukkan.....

Tahun 2012 apa pulak matlamat kita untuk peribadi, kerjaya dan sosial. Ramai daripada kita mendahului hal peribadi dalam segala hal matlamat berbanding yang lain. Bagi saya itulah perkara yang perlu dahulukan...memperbaiki peribadi, mematangkan peribadi untuk menjadi peribadi yang baik untuk masuk dalam kerjaya yang baik - baik dan bersama dalam sosial yang luar biasa baik. 

Baik bagaimana? Sesempurna ukuran manusia? Baik dan luar biasa baik yang tidak lari daripada norma kehidupan dan pemikiran manusia waras yang matang. Memenuhi kesemua ruang-ruang 'demanding' manusia lain diluar kapasiti kita sebagai manusia apa lagi kita hidup dalam kepelbagaian karena manusia. 

Mengapa kita diberi jawatan itu? Kenapa kita harus melaksanakan tugasan itu ? 

Adakah kita perlu MENJAWAB soalan atau terus MENYOAL soalan itu ? 

Kita cuba untuk MENYOAL -  
Kenapa harus aku yang melaksanakan tugasan ini??? Bukankah ada orang lain lagi...yang tiada kerja itu....bagilah mereka.......
Wow! Panjang pula jelanya...... begitulah kita kan...kalau mahu mengelak tugasan yang diberi seribu satu alasan diberikan  bak kata pepatah ' nak seribu daya tak nak seribu dalih' .... Jika tugasan itu ditarik balik mungkin nasib kita baik pada pandangan dan emosi kita. 

Namun tahu kita bahawa 'kepercayaan' orang lain terhadap kita mungkin sudah tiada untuk lain kali. Da tanpa kita sedari bait-bait kata kita yang panjang berjela itu juga 'bisa berbisa' dan mengguris hati orang lain samaada yang memberi kepercayaan, yang terlibat dalam 'situasi'  dan juga orang yang 'dipass'kan tugasan itu. (Urrgghhhh..... sudah berapa banyak aku lakukan begini....huhuhuh....)

Ok! Cuba kita MEJAWAB pulak..
Kenapa.....mengapa..... sebab kita berkemampuan untuk melaksanakannya... tidak perlu dibuktikan...sepertinya  sudah ada petanda yang kita mampu untuk melaksanakan tugasan tersebut tinggal kita yang menyempurnakan dan mencantikkannya lagi.  Cantikkan! .... marah-marah pun..marah - marah sayang... ;-) benci pun...benci tapi rindu.... 

Kadang kita tidak sedar pun yang kita punya bakat sebelum kita menyelesaikan satu-satu masalah / tugas. Kekadang kita tidak perlu kita war-warkan kemahiran kita namun orang lain 'nampak' dan mungkin juga ALLAH  yang 'menampakkan' kemahiran/bakat itu dengan izin - Nya. 

Wawwww! Punyalah kita beruntungkan..... bakat diasah secara tidak lansung.... kemahiran dilihat orang lain tanpa kita mempromosi diri. Dan yang paling penting semua itu adalah ANUGERAH ALLAH.... bukan semua orang dikurniakan anugerah itu dalam situasi yang sama dengan kita. Ada orang diberi tugas tulis memo kepada kawan2.... kita diberi tugas menulis surat kepada kepada Ketua Kampung.... 

Hahahaha tulis surat kepada ketua kampung??? Hei! menulis surat kepada ketua kampung memerlukan perahan otak dalam menyusun kata. Agar kata-kata kita tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah untuk dicapai akalnya..... kalau tidak mesej kita tidak akan sampai... so, di situlah kemahiran kita.... ada orang perlu belajar secara formal untuk menyusun kata... ada orang sudah bakatnya.... Kita di mana? 

Ada orang bila memberi idea dalam mesyuarat....fuh! hebat.... macam kopi kaw2... namun bila diminta untuk menyatakan idea dan usulnya dalam bentuk dokumentasi, mati kutu...... ;-)

~~~~~ TO Be Cont........





Berdamailah dengan Takdir


Assalamualaikum Dear Hati,
Hari ini aku menemukan satu tajuk buku di kedai online terbitan dari Indonesia "Berdamailah dengan Takdir". Sangat ringkas dan mudah difahami maksudnya kan. 

Bedamailah dengan takdir. Dari perspektif ku, kita perlu redha dengan ketentuan Allah SWT terhadap apa yang telah kita hadapi dan akan hadapi kelak. Umpamanya aku, aku amat cemburu melihat mereka yang punya ilmu agama yang baik, bisa mengaji Quran dengan baik, punya ahlak yang terjaga, punya perwatakan, penampilan terjaga....yeah mereka punya semua itu sedari kecil....sangat terjaga sedari kecil dan sehinggah dewasa perjalanan hidup mereka juga baik pada pandangan mata kasar ku. 

Padahal aku sebaiknya mencemburui mereka itu dengan padangan mata halus ku... yeah berdamai dengan takdir bahawa aku ditakdirkan untuk lahir daripada sebuah keluarga sederhana namun masih juga dikasihi Allah kerana kami tidak lari daripada simpang agama Allah. Malah kami diberi jalan - jalan mudah untuk mendekat pada ALLAH pada kadar kami... Dan itu suku itulah tanggungjawab kami...

Berdamai dengan takdir. Mungkin dengan apa yang berlaku dalam jalan - jalan yang dilalui itulah sebenarnya pemudah cara untuk mendekat diri dengan ALLAH. Mendekat dengan cara lain atas bahagian yang telah diberikan. Orang lain diberi kesempatan belajar sampai ke Tanah Arab.. yang lain diberi kesempatan berbakti kepada jiran sebelah... semua kita ada bahagiannya kan Hati....

Hati, 
Pernahkan kita melihat seorang pengantin wanita yang dihias, yang wajahnya di make up. Disetiap make up nya ada sahaja kita tegur.... kalau dia pakai lipstik kaler pink lagi baik...kalau dia pakai tudung kaler itam lagi matching dengan bajunya....ermmm...ada sahaja yang tidak kena kan...belum lagi masakan... sini sana komplen.... 

Cuba bayangkan di suatu pagi kalau kita duduk di balkoni Pine Resort Hotel yang menghadap Gunung Kinabalu, perlahan-lahan kelihatan puncak Gunung Kinabalu yang cantik, adakah kita akan meminta kalaulah gunung itu sebelah kiri, kalaulah awan itu warna merah.....kalaulah......... Pasti kita tidak akan menyatakan sedemikan kan! Kerana kita sudah redha dengan apa yang telah dihidangkan depan mata kita ketika itu. Kita telah berdamai denga ketentuanNYA. Jika sebaliknya, adakah kita berasa tenang pada ketika itu?

Hati, 
Hari ini aku bisa meletakkan emosi ini dalam kestabilannya. Esok lusa aku belum tahu lagi... kekadang terasa seperti letih, semakin mendekat terasakan terlalu banyak lagi yang perlu disikan dalam rongga-rongga jiwa. Kekadang terasa sangat malu untuk memohon apalagi meminta. Tapi tidak mahu pula mahu mengambil yang sewenangnya. Sampai  memarah diri sendiri. 

Hati, semoga kau ditetapkan oleh -Nya. 
Menjadi hamba - Nya yang istiqamah dalam meniti hari - hari. Berdamai dengan dengan denai - denai yang terpilihkan oleh - Nya pada ku. 

Amin Ya Rabbal Alamin.......

Potensi diri dalam cinta


Ros, bunga ros. Kita dapat membayangkan pohon bunga ros yang penuh dengan duri dan durinya bukan alang-alang hebatnya. Untuk mendapatkan sekuntum bunga ros itu kit perlu berhai -hati agar tangan tidak terluka. dan dalam kecantikan bunga ros itu kita sanggup menggunting batangnya menggunakan gunting yng besar lagi kasar. "Mensiat - siat" durinya tanpa belas...... menunjukkan kesungguhan kita untuk memiliki sang ros yang cantik itu... :-)

Satu kisah disebuah apartment sederhana. Seorang pemuda juga sederhana ketrampilan dan personaliti dirinya telah dihadiahkan satu pasu pohon bunga ros merah yangbelum pun berbunga. Dengan rasa tidak terlalu teruja namun mahu mencuba untuk  'menjaga' bunga itu sekurang-kurangnya ada juga aktiviti baru  selain aktiviti rutin yang kadang membosankan dirinya.

Saban hari dia menyiram pohon itu, sambil menyanyi ...
"ku siram pokok bunga, ku jaga......"
Kelihatan pemuda itu gembira dengan rutin barunya.... di siram pagi dan petang....

Di suatu pagi di hujung minggu dari jauh pemuda itu melihat ada seputik mula menampakkan dirinya... Dia sangat teruja dan berpatah semula kebiliknya mendapatkan kamera canggihnya. Dalam hatinya berkata dia akan mengabadikan saat ini dan akan dikongsikan kepada rakan Faceboknya serta tag kepada beberapa orang rakannya. 

Argghh! Adddduuiiiooo!

Jari pemuda itu tertusuk duri. Keterujaannya terbantut malah marahnya menguasai. 

Mengapa ada begitu banyak duri dipohon ini? Mengapa di dalam 'diri' si ros merah yang cantik ini perlu ada duri yang tumbuh dengan bayakknya dan begitu tajam ??? 

Emosinya mula terganggu dengan perkembangan itu. Lebih menekankan  bahawa sepatutnya sesuatu yang cantik itu itu perlu ada perkara yang negetif seperti duri itu. Agak tidak puas hati juga sang pemuda itu... 

Pemuda itu membuat keputusan tidak mahu merakamkan saat perubahan itu.... dan keputusannya tidak di situ sahaja... pemuda itu juga tidak mahu lagi menyiram pohon ros itu.. 

Ah! Biarkan sahaja dia mati kekeringan.. nanti dia bertumbuh akan membikin  lagi banyak hal...! 

Bentaknya sendirian...

Pemuda itu membiarkan pohon ros itu begitu sahaja...tanpa dijaga dan disiram sebelum pun putik itu sempat berkembang. Lansung tidak mahu dia memberi peluang putik itu berkembang.

Begitulah juga dalam kehidupan kita. 
Sebenarnya ada 'sekumtum ros merah' yang sangat cntik dalam diri kita. Namun kira lebih cenderung melihat duri-duri yang tumbuh dalam kehidupan kita berbanding yang cantik itu. 
Kita dilahirkan dengan sesuatu yang begitu cantik dalam diri kita namun duri itu juga yang terlihatkan. 

Kita mula berputus asa terhadap diri sendiri, tidak mahu menyirami diri dengan kebaikan-kebaikan yang disediakan atau juga kebaikan-kebaikan yang mungkin akan tiba pada waktunya. Dan akhirnya kita sendiri mematikan potensi diri kita sendiri. 

Jika kita mampu dan sedar melihat potensi diri kita, Harus ingat juga insan lain yang tidak dapat melihat potensi dirinya. Tidak dapat melihat 'ros' dalam dirinya. Yang merasakan dirinya memberi susah kepada orang sekitarnya. Hadiah terbesar untuk mereka ialah membantu mereka keluar daripada bayangan duri dalam diri mereka. Bawalah mereka bersama bebas daripada minda 'sepatutnya'. Bersama dalam kelengkapan menjalani kehidupan. Mengubah duri - duri itu menjadi platform kekuatan dalaman. 

Begitulah ciri cinta.
Dalam kita melihat seseorang, kita tahu kesilapannya lalu  kita bisa menerimanya dalam hidup kita dan dalam masa yang sama kita mengiktiraf dirinya sebagai orang yang kita cintai dan terima. Pupuk pengiktirafan itu dalam jiwanya.
Membantu dia untuk menyedari bahawa mereka boleh mengatasi dosa - dosa lalu mereka. Tunjukkan dan sematkan padanya mereka boleh menjadi peribadi yang lebih baik dan bisa menakluki duri - duri itu. 

Dan InsyaAllah....Selepas itu dia akan berbunga-bunga......
Dalam Hati ada taman...

Terlanjur Cinta di Kala Gerhana Bulan



Semalam
Bulan gerhana
Bagaimana jiwanya bisa bungkam
Bukan hatinya yang gersang berkelana

Malam kelmarin
Gerhana fasa satu
Ia bungkam sendiri
Di mana dia akan simpan cerita kemarin
Mendongak langit...gerhana fasa satu..
Kelam dilimpasi awan limpas
Menunduk ke bantal nan busuk 
Akan mati jadinya jika terusan

Gerhana bulan semalam
Sangat indah pada mata kasar
Gerhana bulan semalam
Maha Suci Allah di mata iman
Nikon, Tamron tidak bisa merakam
Hanya hati iman memuji kebesaran - Nya


Ini bukan bicara Gerhana Bulan
Ini bukan cakap-cakap datang bulan
Ini bukan cakap emosinya bak datang bulan
Ini cakap bukan bukan-bukan...

Pernah terdengar ungkapan "terlanjur cinta" ?
ermm bukan "terlanjur' tu erk..... "terlanjur cinta" Ermm, apapun sebelum itu mari kita tengok kamus dewan apakah maksud "terlanjur" dan "cinta"..

TERLANJUR
1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; ( Kamus Dewan Edisi Empat )

CINTA
1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan dll )
2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang ) antara lelaki dan perempuan.

Jadinya, bolehlah saya katakan "terlanjur cinta" adalah cinta yang melebihi batas bukannya sesuatu yang berlaku tanpa kita sedari. Sesuatu yang mustahil kita mendapat bau minyak petrol jika kita berada dalam kedai minyak wangi melainkan kita memakai minyak wangi di dalam gudang  minyak petrol. Itupun kita boleh mengetahuinya bau mana yang lebih mengusai rongga hidung.

Berlakunya 'terlanjur cinta' ini adalah disengajakan kerana yang berlaku dalam kedua-dua pihak yang terlibat sedang menyedari akan tindakan mereka. Maklum serta menyedari perkara yang akan berlaku selepas mereka 'terlanjur cinta' dan juga pihak-pihak yang mereka akan libatkan dalam cinta mereka itu.

"Saya menyesali hubungan ini dan seakan-akan tersalah langkah memilih walaupun pada mulanya saya tidak mencari lelaki untuk dijadikan teman. Semuanya datang dengan sendiri."

Siapa Aku di Hati mu


Dear Hati,
Siapa aku di hati mu? ada yang lain selain aku di hati mu? Mengapa kau cari yang lain sedangkan kita sudah menyimpul rasa sayang yang begitu lama, mengait bahagaia bersama.

Hehehe....Hati, lama sudah akutak berputis kan... mungkin tiada sebab untuk aku berpuitis... biasanya aku berpuitis bila masa emosi dirundung garuda... ;-). Untuk beberapa hari ini, Alhamdulillah hormon estrogen ku kiranya stabil.. ;-)

Seperti yang ku taipkan dalam wall fb ku, Jika kita ingin tahu, ALLAH SWT tetap mudahkan cara kita untuk tahu dengan bentuk apa sekalipun (dlm pelbagai cara)". 


Aku selalu memohon kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan ku dalam mendekatkan diri, dan Dia mengabulkan doa ku dengan membuka hati untuk belajar, memilih buku yang perlu dibaca, memberi kesihatan untuk membaca dan menemukan beberapa situasi yang membuat ku berfikir dan bermuhasabah diri.

Sebenarnya kisah rakan-rakan, perkongsia cerita daripada rakan - rakan atau situasi yang dihadapi mereka disekitar ku adalah pelajaran secara tidak lansung buat ku. Mendengarkan luahan hati kawan2, membantu dalam mencari maklumat akan tindakan kawan-kawan ada pelajaran disebaliknya.

Usah membiarkan diri cenderung cemburu negatif terhadap 'kemudahan' org lain jalan hidupnya. Cemburu positifkan... ada kebaikan yang mereka telah lakukan dengan itu Allah ganjarkan dengan 'kemudahan' dalam kehidupannya.

Usah melemparkan diri untuk terjun ke sangkaan buruk kepada pengkisahan rakan-rakan. Setiap yang berlaku ada balasannya dan balasan itu bukan sia - sia sebaliknya untuk pelajaran untuknya dan juga untuk ku. Yeah jangan sekali-kali memulakan sesuatu yang baik dengan tindakan yang tidak baik kerana karmanya ada. bukan untuk kita mungkin untuk anak-anak kita kelak.

Hei!!!!
Tiada kah manusia diluar sana yang mahu bertanya siapakah di hati mu  padanya? Aku yakin tidak terlintas disenak2 nafas mahukan suami mu ada dihatinya sebelum ini. Mahu marahkan keadaan? Kerana keadaan yang memaksa ? Mahu marahkan Tuhan ? Kerana Tuhan yang mentakdir kan begitu ? atau marahkan sahaja dirinya yang cuba2 merampas hak mu. uh.... kasihan kau ! Harus mengundur lagi tanpa perlu berjuang.

Berjuang?
Apa yang diperjuangkan kan? Emosi...perasaan atau akal mu? Atau rasa kasihan mu....

~~~~~anjing sudah mengaum ~~~~~ ZZzzzzzzz...



ok

Teori Persepsi


Hati, 
Lain orang lain ragamnya, lain padang lain lalang, Begitulah kehidupan dan inilah warna-warni kehidupan. Sangat seronok kalau kita nikmati sahaja. 

Teringat kata seorang sahabat... Bilamana saya menyatakan bahawa bukan niat saya untuk memutuskan bicara saya dan 'dia' hari itu. Sahabat itu menyatakan dengan tegas bahawa tiada siapa yang akan tahu niat kita.. Yeah ada benarnya tiada siapa yang tahu niat kita melainkan kita menzahirkannya.

Berbalik kepada persepsi. Saya selalu menanamkan dalam diri saya bahawa saya harus menerima wujudnya perbezaan persepsi antara kita dan orang sekitar kita. Dan perbezaan itu boleh terjadi ekoran darpada berbezanya kita dari segi latar belakang usia, pengalaman, pendidikan, budaya, jantina dan juga pemahaman bahasa. Biasanya yang terjadi kita cakapkan dan maksudkan lain, lebih lain yang difikirkan dan difahami oleh orang lain. Umpamanya jika kita bersedia berkongsi status facebook, maka kita juga harus bersedia menerima komen-komen daripada kawan-kawan FB yang tentunya terdiri daripada persepsi yang berbeza. Membaca kenyataan kita darimata kaca mata mereka sendiri. Mungkin bagi rakan sebaya menganggap status kita itu bukan sekadar gurauan namun bagi seseorang yang veteran ianya satu perkara serius ataupun sebaliknya.

Perilaku individu seringkali didasarkan pada persepsi mereka tentang kenyataan, bukan pada kenyataan itu sendiri.

PERSEPSI
~~~~ngantuk dahhh~~~


Aku terima kamu



"aku tak hensem pun aku sudah kahwin! ada anak... kau! muka tak cantik tu lah tak kahwin - kahwin lagi...."

Allahuakhbar. 
Bertubi-tubi aku 'diserang' dgn penuh perasaan. 
Hati, nasib baik aku bukan manusia mudah tersinggung...walau ada beberapa khalayak manusia yang ada pada masa dialog itu. Mujur Allah 'meniup'kan rasa cool ketika itu dan memberi respon lebih matang. Ini bukan kali pertama terserlah 'kekurang ajarnya' terhadap aku... dan menurut  sahabat yg mengenalinya dia juga bukan yang menghormati isterinya maka sahabat tidak hairan dia akan bertindak / berkata demikian terhadapa aku. 

Hati, sambil-sambil menjalani kehidupan, aku membuat analisis sendiri. Mungkin analisis ini benar mungkin juga tidak namun, inilah hasil analisis ku  berdasarkan ilmu psikologi yg aku ada dan juga ilmu hidup yang aku alami.

Menjolok sarang tebuan.  Begitulah gambaran yang aku boleh katakan. Pada hari itu aku telah menjolok tebuan. Dan aku di sengat bertubi-tubi walau aku jolok hanya sekali. 

Ketika itu saya sedang 'menjolok' seorang lelaki aka suami yang sedang angkuh menampakkan kehebatan dirinya sebagai lelaki yang sebenarnya-benarnya dia baru sahaja membuka pekung kelemahan dirinya. Seorang yang amat rendah yakin diri namun berselindung di sebalik egonya. Astaghfirullah... bukan saya 'menembak' peribadinya. Sebaliknya inilah peluang saya belajar tentang peribadi lelaku /manusia. Melihat bagaimana manusia itu mengangkat 'kehebatannya' yang umpama tin kosong namun yang nampak adalah dia sebenarnya kurang yakin diri. 

Tidak menghormati, suka memaki, suka menentang, bersuara besar dalam menyatakan pendapatnya (menunjukkan dia tegas dan teguh), mendapatkan orang lain sebagai back up dan berperwatakan hebat namun, satu apapun kerjanya serta katanya tanpa ada tindakan apa lagi hasil.

Itulah adalah sebahagian daripada pelajaran hidup aku hadapi tentang seorang lelaki di sekitar. 

Moralnya? moralnya adalah hasil analasis.
1. Suami yang pendidikan rendah (maksudnya lebih rendah gaji) berbanding isteri biasa lekas marah-marah. Dia marah - marah kerana dia kurang keyakinan diri namun dalam masa yag sama dia mahu juga menunjukkan dia lebih berkuasa. 

2. Cepat dan mudah melenting menunjukkan ketidak puasan hatinya. Suka menentang dan komplen bilamana orang lain mendahului melaksanakan kerja.Bila dia ditugaskan marahlah pula sebab mengapa dia sahaja yang di suruh.

3. Mudah menyalahkan orang lain atas 'kemalasan' sendiri dan mudah maradang bila ditegur. Namun tetap menunjukkan ketrampilan yang hebat. 

Hati, Apapun ini adalah analisis PERIBADI ku sahaja. dengan subjek kajian sempit. Tidak semua lelaki aka suami yang lebih rendah pendidikan, gaji daripada isterinya begitu. Cuma kebetulan itulah yang ada dalam pelajaran hidup ku. InsyaAllah semoga mereka muhasabah diri dan sedar sebab nampaknya sudah ada proses menyamaratakan 'taraf' mereka dgn isteri mereka. 

Hati, untuk saya. Saya masih berpotensi untuk mendapatkan suami yang seperti mereka. Andaikata jodoh ku begitu, maka bersykurlah aku bahawa Allah telah mengurniakan ku pelajaran yang boleh aku jadikan panduan kelak. Kebersediaan ku menghadapi keyakinan suami seperti ini.... ;-)

Dear Future Husband.. I don’t want to be your girlfriend. I just want to be the one you call your wife. Your presence will give me happiness. You’ll be my halal prince charming. Riding your horse of Taqwa. Holding onto the Quran in your right hand and the Sunnah & Hadieth of Ahlubat in your left. I hear you’re worth the wait, so Ill wait Insha’Allah. My heart belongs to no one, I just thought I should let you know. It... belongs to Allah SWT and only Him. You’ll have to get lost in Him to find me and even then you’ll still have to rightfully become apart of my heart. Only through Him. What I’m trying to say is that WE have to get lost in Him to find each other. I hope you’re up for the journey. I know I am. 




Monolog seorang wanita bujang.....



Assalamulaikum WBT.
Semoga hati tetap sihat dan walafiat.
Hati, untuk beberapa minggu ini ada terasa di fikiran apa kata saya membuat satu karya bertema MONOLOG SEORANG BUJANG TUA... cerita tentang pengalaman, perasaan, situasi, emosi dengan segala hal InsyaAllah berkenaan golongan seorang wanita bujang seperti saya.... oppsss.... adakah tajuk kenyataaan ini sangat kejam? kejam bukan sahaja kepada mereka di luar sana, malah kejam untuk diri saya sendiri.... atau perlu tukar kepada, MONOLOG SEORANG ANDARTU.... ermmm.... 

Orang kata, kata-kata2 itu doa, tulisan itu doa... untuk saya, dalam persepktif masyarakat dulu dan kini saya sudahpun dimasukkan dalam golongan ini.... justeru itu bukan satu isu.. cuma yang isunya tidak semua wanita adalah tidak sensitif.. kerana perkataan seperti andartu itu menunjukkan sesuatu yg tidak positif pada pandangan masyarakat....namun hakikatnya golongan ini ada. Bezanya bagaimana untuk yakin membawa ini bersama sesuatu yang lebih positif.

Berbalik kepada cerita Monolog seorang andartu. Apa yang ingin dikisahkan ? Setiap yang terlintas difikiran, emosi dan tindakan..? 

1. Desakan masyarakat.Umumnya kita sudah maklum siapa masyarakat itu. Mereka yang ada di sekeliling kita jauh atau dekat, yang kita sering berurusan atau akan berurursan, mereka yang ada talian darah atau bukan dan seumpamnya... 

2. Desakan diri sendiri. Fitrah ingin berpasangan. diselesakan dan menyelesakan secara privasi. 

"Aku 'tampar' kau bila kau lebih memilih suami orang daripada ustadz itu..."

"Bukan saya kata saya lebih memilih lelaki yg sudah berkhawin, yg saya maksudkan risiko untuk perempuan bujang macam saya untuk berkahwin dgn suami orang masih tetap ada....selagi saya belum berkahwin..."

Persepsi masyarakat 'mendesak' untuk menamatkan zaman bujang dalam keterbatasan yang kadang hanya bergantung kepada logik emosi. Kerana itu ramai yang cepat melatah bila kehendak persepsinya mula diusik. Its normal... sesuatu yang bukan pelik. Namun memerlukan pertarungan yang hebat bagi andartu yang sudah masuk dalam situasi emosi itu. Andartu vs Isteri. 

Terlalu banyak bahan yang membicara tentang punca-punca andartu ini dan kebanyakkan memanah kepada wanita itu dan keadaan, tindakan, pemikiran, pengalaman sebelum dia menjadi andartu. Sukar menemukan mereka yang sudi 'memimpin'  dan sudi bersama menikmati hidup berumatangga dan bersuami. Penentang kuat adalah perempuan itu sendiri.... yg terlalu bangga memegang haknya dan statusnya sebagai isteri. Dan kebanyakkan yang memahami adalah suami bukan lelaki yeah..... 

Saya yakin ada yang marah dengan saya terutamanya yang bergelar isteri terutamanya kenyataan-kenyataan provokasi saya... Maafkan saya. Saya cuma mahu anda memahami perasaan kawan-kawan saya yang sudah TERmasuk dalam situasi ini. Kerana saya juga sudah memahami situasi di pihak isteri. Saya tidak boleh menjadi penentang keras kepada kawan saya yang sudah TERmasuk itu kerana saya khuatir suatu hari bilamana saya berada 'dilevel' mereka. Risiko tetap ada. Begitu juga saya tidak boleh menjadi penyokong kuat terhadap kawan saya...sebab InsyaAllah saya juga akan menjadi seorang isteri dan risiko untuk suamin saya berkawan lain tetap ada. Cuma yang saya terkilankan bila mana kedua-dua pihak, yang andartu dan si isteri itu berlatarkan orang yang diberi peluang ALLAH banyak ilmu daripada saya boleh berfikir, beremosi dan bertindak seumpama tidak seteraf dgn ilmunya.

to be cont.......10.32 AM 29/11/2011-e66-

Disebalik Keberuntungan itu mu itu.



Assalamualaikum w.b.t.
Orang yang tidak bergantung kepada keberuntungan, justeru sering beruntung.
Orang yang mengharapkan keberuntungan, sering mengeluhkan ketidak beruntungannya.
Keberuntungan berpihak kepada yang berupaya, bukan yang hanya menunggu.

Hati, saya suka kata - kata di atas. Dan amatlah mengena dalam kehidupan seharian kita yang sering melihat pelangi itu sentiasa ada di atas kepala orang lain dan tidak pula mahu berada si atas kepala kita sendiri. Padahal pelangi itu sudah pun berada di atas kepala kita sendiri begitu lama....

Apapun sebelum itu saya suka untu kongsikan pencarian saya apa yang dimaksudkan oleh "keberuntungan" dan yang berkait dengan kata 'untung' ini. 

1. Keberuntungan : Perihal beruntung; kemunjuran; kebahagiaan: Perkahwinannya dengan Aminah membawa ~ yang tidak bernilai.

2. Untung : Keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemunjuran: tidak ada apa-apa lagi yang menggores hari mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri ;

3. Keuntungan : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~;

Satu peribahasa yang berkait :
Ular telan babi, cacing yang bengkak perut.
Bermaksud: Iri hati melihat keberuntungan orang lain.

Keberuntungan, perihal yang berkait dengan untungnya nasib seseorang itu. Untungnya dia bersuamikan orang kaya, untungnya dia lahir daripada keluarga yang bisa mengatur kehidupannya yang lebih baik, alangkah beruntungnya dia sebab cantik. 

Dalam kehidupan ini, begitu ramai juga yang beruntung kan Hati. Untuk ke sekian kali dalam usaha yang 'memperbetulkan'  perjalanan kerjaya saya sebelum ianya akan menjadi masalah pada saya di masa hadapan. Saya berfikir, betapa beruntungnya kawan-kawan yang punya ayah ibu yang berpendidikan dan ada 'kuasa'. Mudah dia mengatur perancangannya. Berbanding saya dan beberapa rakan lain yang perlu mengatur ayat terlebih dahulu selain mengatur langkah untuk berurusan. 

Jika terus berperasangka buruk, tentu sahaja minda dan kata akan teriak 'ini tidak adil!, ini tidak adil!'. 

Tiada guna untuk terus mepertikaikan ketidak adilan itu. Akhirnya sakit sendiri mereka tetap sahaja yakin dengan apa yang mereka lakukan atau mungkin juga mereka juga malu atau dalam keadaan terpaksa mengikut jalan yang telah diatur oleh mereka. 

Hati, semoga saya istiqamah dalam melihat apa yang telah berlaku dan saya lakukan serta diperlakukan ini sebagai hikmah dan sayalah orang yang beruntung atas peluang-peluang ini. Jika saya tidak terfikir dan bertindak dengan 'urusan' ini saya tidak akan berani 'naik' ke atas untuk menyerahkan dan bersemuka. Dan mungkin juga saya tidak belajar mengenai sikap manusia dan karenah dan paling perit jika saya tidak berdaya untuk berusaha dan berkata terlebih dahulu sebelum redha.

"biasalah manusia, kalau diperlukan kita dicari diambil, bila tidak diperlukan kita di buang"

Satu kenyataan yang membikin urusan hari itu setakat hari itu sahaja. Selebihnya biarlah di hari lain. kenyataan itu menunjukkan tiada keberuntungan pun jika terus menyatakan hasrat hatta denga fakta. Adalah lebih baik berundur dalam senyuman dan yakin diri bahawa sebenarnya kami berjaya 'melihat' diri sendiri dan manusia lainnya. 

Tiada yang mudah. Tiada untungya pun jika kamu sudah memberi manfaat yg banyak mereka. Kecuali kamu berfikir keberuntungan itu ketika kamu berjaya menyatakan hasrat disalurannya dan mengikut saluran. 

Hati, InsyaAllah Semoga Allah menetapkan hati ini. Untuk tidak lagi melihat keberuntungan orang lain itu sebagai halangan sebaiknya sebagai hikmah. Ini kerana mungkin keberuntungannya itu ekoran daripada dayanya atau daya generasi sebelum dia dengan izin Allah. Mungkin juga mereka terdiri daripada manusia lemah yang memerlukan sedikit keberuntungan untung memudahkan urusan mereka dengan izin Allah. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Hati,
Keberuntungan juga di sama ertikan dengan 'nasib baik. Kebiasaannya nasib baik dilihat berdasarkan sisi manusia. 
"Nasib dia baik, sebab dia anak pengarah senanglah naik pangkat..!"
"Nasib baik aku ni kenal ramai orang di pejabat tu, kalau tidak susah juga urusan ni.."
"Nasib baik aku ada, kalau tidak jalan kaki sudah kau!"

Malang tak boleh ditolak,
     mujur tak boleh diraih.

Bermaksud

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. 
(Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).
Sumber: DBP


Astaghfirullahalaziim..
Peringatan untuk diri sendiri. Tiada orang bernasib baik / mujur disebabkan orang lain melainkan bukan dengan izin Allah s.w.t. 
Teringat kata-kata seorang sahabat dalam 'urusan' kami.

" Mereka yang punya 'kabel' ini bukan untuk membantu mereka 'masuk' tetapi memudahkan mereka 'masuk'. kalau mereka tidak punya kelayakkan, sememangnya tidak boleh masuk.

Yeah begitulah gamaknya. kalau pun bukan dengan izin Allah mereka tetap juga tidak dapat 'masuk' kan hati.

Berbalik kepada nasib baik /mujur ini, untung nasib kita urusan Allah. Orang lain yang membantu dalam keberuntungan yang kita perolehi adalah perantara yang dihantar kepada kita. Begitu juga jika kita telah memberi keberuntungan dengan orang lain, kita hanya perantara yang di izinkan Allah untuk bermanfaat. 

Tak mau, nda mau, sik mau sombong. Jauhi kesombongan atau cepatlah sedar bila terasa diri mula sombong. Orang yang sombong juga dibenci oleh orang yang sombong.. eee batapa kejinya jadi orang sombong... ;-)

Hati, 
Untuk hari baru dan tahun baru ini,ada bebarapa perkara yang saya mohonkan untuk diperkenankan dan dipermudahkan. Termasuklah untuk sentiasa berperasangka baik baik tentang apa akan berlaku ke atas diri saya kelak. Sekecil mana pun kejadian yang berlaku, ia tetap akan mendekatkan diri saya kepada Allah SWT. Dan semoga menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Salam Ma'al Hijrah 1433H


Dear Hati.
Selamat tahun baru. Alhamdulillah sepanjang tahun lalu banyak perkara yang telah berlaku dan itulah semuanya saya dapat sebagai rahmat Allah. Semuanyaada rahmat Allah dan hikmah Nya. InsyaAllah menjadikan saya hamba Nya yang lebuh teguh kepada pegangan agamanya dan tetap istiqamah dalam mengait ilmu-ilmu Nya untuk menjalani dunia dan bekalan akhirat. 

Ya hati, bukan mudah untuk orang saya untuk belajar semua itu namun saya yakin bukan sukar juga bagi saya untuk mempelajarinya dan mendalaminya. Ya hati... semakin kita berusaha mendekati Nya semakin dipermudahkan urusan kita mendekati-Nya. Allah akan menghantar orang-orang baik kepada kita, persekitaran yang baik dan juga memudahkan perolehan ilmu selain pengalaman-pengalaman hidup seharian kita. Alhamdulillah..

Ya hati. ada beberapa perkara yang belum termakbul dalam tahun yang sudah. dan tidak bermakna doa saya akan putus di situ juga. InsyaAllah. apa yang kita hendakkan belum lagi jadi keperluan kita. dan mungkin juga diri sendiri yang tidak menampakkan kebersediaan kita... InsyaAllah ia datang pada masanya....

Allah has already written the names of your spouse for you. What you need to work on is your relationship

 with Allah. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time!!


:-)

Doa Awal Tahun.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Untuk tahun 1433 Hijrah ini... InsyaAllah saya menjadi muslimah yang lebih baik dari tahun lalu.. 
Lebih optimis dalam segala fikir dan segala laku. 

Kebahagiaan dan kesusahan hidup yang hakiki itu terpusat pada hati dan prasangka mu, bukan sempit/lapang rezeki mu, bukan pula pada fasiliti - fasiliti dunia mu atau apa pun yang dianggap menyenangkan keinginan mu.
Amin....

Angan ku..


Hati, kebelakangan ini aku rasa sedikit 'blurr' untuk memulakan tulisan. Blog yg satu tu dah mula banyak menyalin fakta sahaja. Untuk blog ini pun lebih kurang sahaja. 

Saban hari, aku mengait ilmu dan semain hari itu banyak perkara yang baru aku tahu dan mengingatinya semula. Ada  apa yang dibaca itu membantu dalam menguatkan jiwan dan adakalanya juga sebaliknya. 

Mengapa ianya sebaliknya? Hati lebih mengetahuinya kan.. umpama budak mengaji, baru mengenal huruf dan tentunya ada yang silap lalu di herdik bukan dibimbing dan diperbaikan walau kedua2nya berniat untuk memperbetulkan. 

Hati, bagaimanapun. dalam situasi itu, ramai juga dikalangan orang yang ada ilmu ini lebih berhemah dan lembut dalam mengajar... mereka membimbing dan membantu. banyak memberi peluang tanpa memaksa. Sykurlah, bolehlah mereka yang seperti saya ini tidak 'takut' lagi jengkel....

Hati,
apa terlalu berat untuk menjadi seorang yang baik peribadinya..? 
Sehingga terdetik ketidak layaknya diri disamping nya..
Sehingga terasa idaman ini sekadar angan yang melampau..






Doa kan Aku Istiqamah

Saban menanti gugurnya ranum di riba kerdil.
Meggapai hangatnya kulit menggawal gigil.
Bersatu hati membuah cinta berganding hati kecil
Bawalah daku di dalam hati mu...
Ke bahtera cinta Illahi..

Dear Hati,
Entah mengapa hati mudah terusik.
Terasa saban sesak nafas bagaikan tiada lagi tempoh untuk meambah ilmu... Terlalu banyak yang di temui dan di ketahui terasa Ya Allah...terlalu banyak yang aku tidak tahu, lupa dan lalaikan. Kekadang cemburu yang terlalu, mengapa bukan sedari kecil aku tahu akan ilmu dan kemahiran itu. Jika tidak, tidaklah aku hampir-hampir tewas...


Dear Hati,
Mengapa semakin usaha menjadi muslimah yang baik. semakin rancak berbalasan untuk melakukan sebaliknya.... adakah terlalu menggunung kejelekkan peribadi lalu ku atau begitu tipisnya ilmu tahu ku ? Apapun aku semakin yakin dan semakin berperasangka baik bahawa Allah sedang menguji ku.. Biar aku ikhlas menjadi lebih baik lebih tabah dan sabar... Lillahi Ta'ala....

Semakin aku menerokai semakin banyak yang ku sedari bahawa terlalu banyak ilmu Allah yang selama ini aku tidak tahu dan tidak mendedahkan diri...

Tidak mengapa kan Hati, Allah tidak merumitkan hamba Nya... Islam tidak menyulitkan ummahnya...
Walau terkadan aku merasakan betapa nasib ini tidak baik... harus bekerja kuat untuk menjadi lebih baik sedangkan ada manusia begitu mudah dilahirkan dalam keluarga dan suasana yang amat memudahkan dia menjadi muslimah dan seterusnya menjadi mukminah sejati...

Hati, aku tetap berdoa Allah mempermudahkan urusan ku mendekati Nya dan menjadi peribadi yang baik. Usaha tanggga kejayaan.. begitulah ayat yang sering dilaungkan sedari zaman sekolah lagi. Dalam memastikan satu - satu kejayaan atau matlamat yang kita inginkan kita harus dan wajib berusaha. Usaha perlu dimulakan! Bagaimanapun, apakah usaha-usaha itu? Bagaimana usaha itu dilaksanakan?

Teringat kata2:
1.  " lakukan perlahan - lahan, InsyaAllah Allah akan menghantar orang baik kepada kita"
2. Mulakan dengan yang mudah2 sahaja.. lakukan dengan Istiqamah..

Ayat2 mudah seperti ini sedikit sebanyak meringankan beban di hati. Semoga aku juga istiqamah dalam usaha ini.....

Jiwa ihklas....

Hati.
Menjadi jiwa yang ikhlas dalam semua emosi bukanlah perkara yang mudah bagi insan seperti aku. Namun bak bilang-bilang orang yag cuba tolong mengangkat hati yang gundah...ceewah... nothing is imposibble...


Hati.
Sebetulnya aku masih malu terhadapa mu. Sebegitu lama kita bersama tanpa sedikit pun kau marah, sedih dan kecewa terhadap ku... Kau maintain setia bersama ku... walau sekalipun aku pernah menyakiti mu. Terima kasih hati... Perjalanan ini kita lalui bersama. Perjalanan ini banyak yang telah pelajari dalam memberi makna dalam kehidupan.

Hati.
Mata tidak dapat menyembunyikan apa yang di rasa sepetang tadi bersama seorang sahabat. Mutiara indah itu sudah duduk di kaki tangga kelopak. Rasanya tidak sanggup lagi untuk aku membiarkan dia terus turun membilang setiap anak tangga. Sekali dalam lafaz itu,

 'Apakah salah jika berpoligami / bermadu?' .
'Apakah kamu tahu jiwa-jiwa yang sunyi dalam keramaian helai tawanya??'
'Apakah kamu sedar dalamnya hinggah ke ibu rasa dalam 1000 harapannya ?'
'Apakah kamu rasa...?

Hati.
Hal ini bukan hal aku. Bagaimanapun adalah tidak mustahil ini adalah hal aku. Jika tahap dan usia itu datang kepada ku. Aku bukan sekadar memahami bila aku di kasut ini.... di situasi..'apalagi yang kau mahu..?". Kasihan dia Hati.... aku sangat kasihan kan dia, Ti... mulanya ada menentang dalam benak ku Ti.. tapi setelah lama berpinar di otak fikiran ku....fikir menyoal ku .."salah kah?". dan ayat ini yang membuka matahati ku...

"Majoriti isteri yang tolak poligami bukanlah kerana terlalu sayangkan suami sehinggah tidak sanggup berkongsi tetapi kerana terlalu sayangkan diri sendiri! "
 (Ustad Ahmad Emran FB)

Provokasi.
Hati,aku mula memberi peluru provokasi pada pihak2 tertentu. Ternyata mereka kurang setuju dan terlalu cepat tidak setuju dengan mempersembahkan peluru-peluru yang lagi hebaq2... aku mengakui kehebatan pelurunya itu. Bagaimanapun aku cuba untuk mereka memahami sedikit paling kurang pun apa yg si teman rasakan.... Aku sekadar cuba memahamkan kerana aku tetap berisiko dalam situasi ini pada masa hadapan.
SEKADAR MEMAHAMKAN agar tidak bias atas terlalu sayangkan diri sendiri.

Hati.
Jalan apa yang aku pilih suatu masa nanti tetaplah bersama ku. Denga Izin Allah, aku belajar untuk membersihkan mu. Menyucikan mu. semoga Allah memudahkan urusan ini.  Ikhlas dengan apa yang berlaku, telah berlaku....masa hari ini harus ku nikmati dengan berpandu agar tidak tersasar pada landasan masa depan.

Amin....

Cinta Puzzle

Hati.
Hari ini sempat bersembang dengan seorang rakan. Dan bertanyakan apa khabar 'tempoh 2 minggu' yang pernah dia katakan. Pasti Hati mahu tahu apakah maksud tempoh 2 minggu itu. Begini, beberapa minggu lalu rakan ada pergi ke sekolah. Seperti biasa topik persembangan kami adalah berkenan dengan jodoh. Apa lagi yang ingin disembangkan kan...lagi-lagi kalau mahu mengupdatekan cerita dengan kawan-kawan sefikiran.
Teman menceriataka dia telah diperkenalkan dengan seorang lelaki pemalu oleh rakannya yang lain. Jadi si kawan memberi tempoh 2 minggu dalam usaha itu. Samada 'menjadi' untuk diterusan usaha atau sebaliknya.

Mengusik si kawan dalam chat tadi. Dia menyatakan begitulah cinta puzzle. serba serbi berteka teki dan menanti jawapan diakhir penantian.

Hati.
Puzzle....eeermmmm apakah yang dimaksudkan PUZZLE..?   Jom kita tengok...

puz·zle
noun /ˈpÉ™zÉ™l/ 
puzzles, plural
  1. A game, toy, or problem designed to test ingenuity or knowledge
  2. A person or thing that is difficult to understand or explain; an enigma
    • - the meaning of the poem has always been a puzzle
verb /ˈpÉ™zÉ™l/ 
puzzled, past participle; puzzled, past tense; puzzles, 3rd person singular present; puzzling, present participle
  1. Cause (someone) to feel confused because they cannot understand or make sense of something
    • - one remark he made puzzled me
  2. Think hard about something difficult to understand or explain
    • - she was still puzzling over this problem when she reached the office
  3. Solve or understand something by thinking hard


Dalam kontek bicara kami. Aku mengambil maksud kata kerja yang diwarnakan iaitu menjadi punca kekeliruan hati seseorang kerana tidak dapat memahami maksud sebenarnya.

Hati penuh dengan teka - teki. Berteka adakah sang penjantan di sana sudi atau sekadar mengisi kekosongan hati mereka. Atau orang tengah yang beriya-iya dalam menyatukan sampai terlalai bahawa orang di sana memiliki kriteria pilihanya sendiri mahupun mahu sekadar memenuhi kemahuan dan menghormati kesugguhan orang tengah ini.

Hati,
Untuk diri ku sendiri, aku sepertinya sudah hampir letih dengan mainan puzzle ini. Sudah pernah untuk aku membangkitkan, melawan untuk tidak terus dipuzzlekan. Ku segerakan mencari jawapan dan syukurlah. semakin segera semakin baik. Untuk puzzle kali ini, terlalu cepat aku diberikan jawapan. Terima Kasih. Sungguh aku tidak perlu lagi tenggelam dalam mencari lagi kepingan-kepingan yang hilang dalam melengkapi hamparan puzzle ku.

Hati,
Adakalanya aku risau. Yeah sudah sepatutnya aku risau. Aku takut ada bibit marah atas kekurangan ku dan ketidak menjadian apa yang diusahakan dan yang di tolong diusahakan.

Apapun aku tetap berdoa dan mengingat kata2 ini....

Sahabat ku yg baik hatinya dan masih 'single',
Jodoh memang perkara ghaib. Ada seseorang yang mudah sekali datangnya,
Tapi bagi yang lain teramat sulit dan susah..
Di sinilah, letak Keyakinan kita kepada ALLAH diuji.
Seberapa sabarkah kita mencari pasangan jiwa dgn cara yg halal?
Seberapa kuatkah keinginan kita dalam mencarinya ?
** Semoga tiada bibit marah atas 'kekurangan' dan kesalahan diri.

Aku takut Ti, bila ia kan menjadi terlalu panjang masa aku memikirkannya.  Ti, apapun aku tetap mempertahankan 'kekuatan' yang aku bina selama ini. Keberanian kata2 ku biar setara dengan fikir ku dan aku yakin Hati juga begitu kan...
  “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Al-Qasas, 28:24)

Siapa yang belum menikah lagi, boleh amalkan ayat ni, baca setiap hari, insyaAllah dipermudahkan jodoh. Asbabnya Nabi Musa a.s membaca doa ini lalu Allah permudahkan urusan beliau dan pertemukan jodohnya. (sumber :Syahirul.com FB)

Janganlah bermain puzzle lagi...TCH sudah mula letih...kalau padi katakan padi, tidak ku bertampi-tampi.....   

Puisi Apa Lagi

Salam... sekali lagi terlalu lama aku tidak menyapa mu.... berkongsi suka duka ku...  Ku tahu kau tetap setia melayan aku.

Sendirian diantara keramaian teman,
hilai tawa menghambur resah
kekek kan kelucuan
tiada yang kisah
hatinya lencun
basah.

Hati.
Teringat aku kata seorang yang berkaliber. Katanya kalau mahu tahu adakah hati kita ini sihat dan bahagia, rasakan ketika bangun dari tidur. Jika kita rasa kurang enak, stress pokonya tak bestlah... ini bermakna hati kita tidak sihat.

Hati, aku harap kau sihat. Aku sentiasa belajar dan mempertahankan agar kau sentiasa sihat. Aku mahu meminta maaf, sebelum ini aku banyak menyakitkan engkau dan mengakibatkan engkau sakit.

Maaf sekali lagi. Aku tetap mahu belajar menyembuhkan mu... memperbaiki mu... semoga sahaja dipermudahkan urusan.

Sebut 'dipermudahkan urusan'. Alhamdulillah, ketika aku bermuhasabah diri mengingat titian hidup ku. ternyata banyak sudah urusan yang dipermudahkan dalam urusan ku untuk aku belajar dalam memperbaiki hati. Cuma aku yang kurang menyedari.  Berkesempatan mengenali rakan - rakan yang baik dan membina membantu dalam pembaikan Hati. Alhamdulillah.

Hati,
Sebentar hati jadi tidak keruan. Kerana geramkan dan marahkan perjalanan sepanjang tiga daerah ku lalui serba tidak kena. Seberntar tadi Hati terkotor. Bibit dendam memunculkan tunasnya. Sepertinya mahu saja ku lemparkan kata maki... mahu saja ku lemparkan kasut ini.

Maaf kan aku Hati,
Betullah dikata, bermula dengan kerosakan hati, emosi jadi tidak keruan, dilunaskan kepada mulut bicara dan di habisi dengan perilaku. Tiada sedikit pun manfaatnya. Hatta pada diri dan juga orang lain.

Beristighfar.
Semoga kekejaman ku menzalimi mu bisa kau maaf kan. Bertahan dengan lapang dada. Menerima bahawa aku punya kau, Hati. Yang masih cekal dan InsyaAllah sentiasa sihat dan berusaha untuk lebih menyihatkan mu tanpa membilang buruknya orang itu membikin aku ku tersiat lagi.. :-)

Buai laju - laju, kahwinkan aku dengan anak raja.. ;-0


Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Merdeka Raya. 
                                                
Saya tahu diantara kita pasti juga diam-diam bertanya didalam hati,” Manakah jodoh yg dijanjikan Allah kepadaku. Takkan tak datang-datang juga?”. Apalagi kalau usia kita sudah mendekati angka tiga, sedangkan tanda2 akan menemukan ‘sebujur pendamping’ juga belum muncul. Boleh sahaja kegelisahan itu selalu hadir bahkan hingga mengganggu tidur. hohohohoh....

Jadi apa yg harus dilakukan bila hal itu menimpa diri kita? Apakah akan memilih menunggu dan menunggu, sambil berharap dengan rasa gundah gulana? Atau memilih untuk bertindak, agar jodoh yg dijanjikan Allah itu akan segera menyapa. 


Teringat kata-kata ini :

Ada jutaan peribadi baik yang belum menikah
dan merindukan belahan jiwa.
Jika demikian banyak yang masih sendiri,
mengapakah mereka tetap sendiri selama itu?

Banyak yang sedang menanti,
tapi sedikit sekali yang sesuai,
termasuk yang mungkin tanpa sengaja
menyebabkan dirinya sulit dipilih.

Hmm..apakah ada di antara kita
yang mendorong belahan jiwanya menjauh?
Tuhan, bantulah kami mengindahkan peribadi kami.
Aamiin
~~Mario Teguh~~

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan mempermudah pencarian jodoh kita. Kalau dalam proses menunggu dan mencari Soulmate ini kita bersabar, berusaha, dan berdoa, dan tawakal kpd Allah, tidak akan byk persoalan yg muncul. Namun, jika pilihan kita adalah mengunjungi bomoh dan paranormal dan meramal nasib utk mencarikan jodoh kita, maka hal itu melanggar syaria dan mengundang perbuatan dosa. Saudara dan saudariku fillah..satu hal yg penting saya ingatkan kepada saudariku, dengan adanya iklan2 menyesatkan yg bertebaran di tv, bahawa dgn mengikuti adanya kuiz2 atau sms ke operator di media tv yang bermaksud meramal siapa jodohmu, atau keberuntungan nasibmu, atau soal cintamu, DITEGASkAN bahawa itu adalah dosa dan sirik yg tidak kalian sadari. Jangan sekali sekali kalian mengirimkan sms seperti itu. Karena itu berarti engkau telah mempercayakan takdirmu dgn ramalan manusia. Kalau sudah begitu, lalu engkau menolak Allah dan takdirNya?!   

Kembali ke soal jodoh manusia, saya tahu bagaimana perasaan seseorang yg menantikan jodohnya datang, namun yg dinanti tidak datang juga. Ada perasaan cemas yg perlahan mengubah ritme hidup. Kecemasan akan orang2 sekitar yg kadang menyudutkan dan memprovok kita. Tak ada yg boleh kita lakukan, kecuali menutup muka di depan tangan kita. Meski terasa sangat sakit pukulan yg menerpa wajah dan tubuh, tapi kita mencuba bertahan. Hmm..,bukankah memang seperti itu rasanya dikejar-kejar menikah oleh orang2 sekitar kita?              
                                                                                                                                                                Kita bertemu bapa dan ibu di rumah, mereka bertanya sampai bila akan menjadi bujangan. Berganti hari bukannya berganti pertanyaan, seolah tiada hari tanpa pertanyaan “bila mau menikah, kamu kan sudah berumur?”. Mencuba menghindari kedua orang tua, kita bersilaturahmi ke rumah kerabat dan handai taulan. Baru berjabat tangan, mereka menyapa “apa kabar? Masih sendiri ya?”..  Toing! Muka pun memerah dan lidah terkunci, hanya mampu sengih2 utk menghibur diri. Kita beranjak, pergi kekampus, bertemu teman2 dan aktivis pengajian dan dakwah, pertanyaan serupa bak kaset usang pun berulang,   ” Kamu masih lagi bersendirian, tidak mahu nikah ya..? ”.Sakit..teramat sakit mungkin pertanyaan itu, kerana langsung menusuk kedalam hati. Menekan sensitiviti kita yg sama sekali tidak kita ingini. Tidakkah mereka tahu bahwa jauh dilubuk hati yg paling dalam, kita merindukan susuk seorang belahan jiwa yg boleh menemani hari-hari kita. Tidakkah mereka tahu, bahwa selama ini kita juga menginginkan menikah layaknya teman2 sebaya yg sudah mendahului kita. Tidakkah mereka juga tahu bahwa selama ini kita sudah berusaha mewujudkan itu? Lalu, kenapa tiba2 pertanyaan itu begitu tiba-tiba dipertanyakan dan menyentuh sensitiviti hati kita?


BILA LAGI KO MAU KAHWIN NI ? Pertanyaan ini seharusnya tidak perlu dirisaukan. Meski seringkali kita sepertinya mahu sahaja maradang dengan pertanyaan itu. Menyampahnya kita, seolah kita ingin bertanya,” kenapa juga kau bertanya-tanya, suka hati akulah bila aku mau nika. Bukan urusan korang pun..!”, Tapi karena kita adalah orang baik yg tidak ingin menyakiti orang lain, maka ada baiknya hal itu tidak kita lakukan. Kenapa tidak kita jawab dengan tersenyum dan berkata: “ Pernikahan adalah keinginan setiap orang. Dan bila kita menikah sudah ditentukan oleh Allah. Jadi kalau pertanyaanmu adalah bila, maka jawapan pastinya ada pada Allah. Kerana Allah lah yg paling tahu bila kita akan menikah. Kita boleh saja merancang, tapi Allah lah yg menentukan. Allah Maha Tahu bila aku akan mendapat jodoh dan bila aku jadi pengantin”. So, saya rasa jawapan ini begitu dewasa. Sebab sama sekali tidak menunjukkan sikap emosional kita. Mereka yg bertanya pun akan menghargai jawaban kita. Jadi, jangan bingung lagi bila seseorang bertanya,”bila nikah?” Jawab saja dengan tersenyum dgn kalimat seperti itu.Terlebih lagi, bukankah mengejar jodoh seperti mengejar rezeki. Tak perlu dikejar akan datang bila memang sudah jatahnya (bahagian). 


Namun, meskipun berupaya keras mengejarnya, ia tak akan ada ditangan bila Allah mentakdirkan memang bukan hak kita. Berusaha terus semaksima mungkin, namun bila ditolak, ya bersabar dan terus berusaha. Sehingga adanya pertanyaan ‘bila mahu menikah’ adalah bersifat tentative, maksudnya belum pasti. Orang yg sudah dilamar dan sudah jelas hari hari pernikahannya, boleh sahaja tidak jadi menikah dgn sebab tertentu kerana suatu sebab yg Allah kehendaki, apalagi kita yg baru mencari jodoh. Jadi boleh saja kita akan menikah besok, minggu depan, bulan depan, atau bahkan 5 tahun lagi. Karena peluang selalu datang secepat ia pergi. Datang dgn cepat dan hilang pun dalam sekejap. Jadi kenapa pula mesti terus bersedih dan menangis di hujung malam? Mungkin tawaran menikah datang ketika kita masih jual mahal. Disaat usia kita masih 20-an tahun keatas, maka kita merasa masih layaknya seorang gadis yg bisa memilih siapapun. Apalagi yg berpredikat sebagai mahasiswa atau mahasiswi, mentang2 seorang intelek dan terpelajar maka berfikiran:     “ yang menikahiku jg HARUS paling tidak bertittle sarjana, yg penting aku jadi sarjana, kalau sudah bertittle jadi sarjana pasti ramai yg akan melamarku.”Sehingga ketika ada lelaki yg datang melamar dgn sangat teliti kita akan memeriksanya. Bahkan, kita cenderung begitu cepat menolak begitu saja karena hanya beberapa kriteria tidak kita temukan pada diri lelaki itu. Akhirnya kesempatan itu hilang sudah. Dan waktu pun begitu cepat berlalu. Begitu habis belajar dan jadi pemegang degree, akhirnya bekerja, sedang semangat2nya bekerja mengumpulkan wang, lupa akan kudratnya sebagai wanita. Sekarang usia sudah mencapai 30 tahun, ternyata kita masih sendiri. Dan peluang menikah yg dulu pernah menyapa, kini tak pernah hadir lagi. Duh, alangkah meruginya dirimu !


SAYA MUSLIMAH YANG KUAT, TIDAK SECENGENG ITU..!Wanita memang akan selalu menjadi wanita. Sikapnya yg lembut dan mudah untuk merasa malu membuatnya tak kuasa untuk berkata “ Aku suka kamu..”, atau akan terlihat tabu manakala ada seorng akhwat dgn sangat terus terang menyatakan “ ya akhi.,aku ingin menjadi istrimu..”. kalaupun ada, memang cuma 1 diantara 1000. Padahal menurut saya itu adalah sikap mulia yg tinggi, yg mencerminkan seorang wanita solehah sejati. Memang perlu komitmen tinggi dan perjuangan luar biasa utk mengeluarkan kata itu dari bibirnya.“Saya hanyalah seorang makhluk hawa...”, itulah kata mereka. Ingin rasanya memanggil-manggil nama si ikhwan A atau B atau C agar dia menoleh ke kita, sehingga dia akan tahu bahwa kita mencintainya. Tapi hati ini tak mampu, lidah inipun terasa kelu. Justru yg datang malah perasaan malu yg datang hilir mudik tak mau berhenti. “Aku sayang dia, dan aku ingin dia tahu perasaan ini “, itulah kata2 yg selalu terbawa mimpi oleh kebanyakan akhwat sekarang ini. Kata2 yg hanya ada didasar hati tetapi tidak berani diungkapkan. Tak berani dinyatakan, cuma dipendam dalam hati. Tetapi ketika si ikhwan yg dia harapkan cintanya ternyata telah bersanding di pelaminan, diri ini hanya mendesah berat dgn mata berkaca-kaca,” kenapa tidak kau pilih aku..?!”.Nah, kalau sudah begitu mulai sekarang arhkan dan perbarui hatimu ! Cengeng ? kenapa harus menjadi cengeng. Engkau muslimah sejati, generasi dakwah yg selayaknya, tidak perlu selemah itu. Jika kau yakinkan dalam hati “Aku masih punya Allah Yang Maha Menjawab Doa”, maka cengeng itu tidak perlu kau sandang. Kalau sekarang tambatan hati dan belahan jiwa blm jg menyapa kita dgn senyum manisnya, kita yakin suatu saat nanti akan tiba. Dia akan hadir dgn segumpal cinta dan segenggam kasih sayang yg selalu kita nantikan. Menambatkan hati kepada Sang Pemegang Hidup, Allah Ta’ala, akan menentramkan hati dan melembutkan jiwa kita. Rasa gelisah, gundah gulana dan payah akan tersapu sudah oleh kuatnya keyakinan IMAN yg menancap didada.“Saya seorang muslimah, saya tegar, dan akan selalu tegar..”, katakanlah kalimat itu dgn tatapan tajam ke cermin, kepalkan tangan dan tetaplah optimis. Kita adalah muslimah sejati, bukan generasi islam yg mudah putus asa. Harapan yg kita miliki akan selalu baru dan terbarui oleh jiwa yg kita miliki. Harapan kita kepada Allah adalah bukan harapan yg main-main. Kita boleh saja berharap kepada orang2 yg kita boleh percayai, tapi harapan kepada Allah tidak boleh pupus begitu saja, justeru harus terus dipupuk. Justeru harapan kpd Allah inilah yg akan menjadi bara api dalam hati yg tidak akan pernah padam, yg akan selalu memotivasi kita. Allah tidak tidur, setiap hari DIA dalam kesibukan, maka akan selalu mendengar doa kita. Kita hanya akan menyampaikan kepada Allah dalam solat malam yg kita dirikan. Berderai airmata tercurah, harapan yg begitu besar tertambat, hanya kepada Allah sang penjawab doa. Sekali lagi, keresahan dan kegelisahan hatimu kerana menunggu sang kekasih hati belahan jantung yg belum juga datang, JANGANLAH sampai mengubah pandangan mu kepada Sang Pemilik Cinta. DIA-lah yang membolak-balikkan hati manusia. Satu saat, doamu akan terjawab, dan belahan hatimu akan datang kepada mu sambil berkata,” Yaa ukhti..maukah engkau menikah denganku..?”. Nah, pada saat itu engkau akan tahu betapa Maha Besarnya Allah karena telah mengirimkan padamu seorang Mujahid tangguh yg akan menyempurnakan separuh agamamu dan memenuhi sunah rasulNya. Amin..allahumma amin.Semoga bermanfaat, jabat erat dan salam hangat..Wassalam.wr.wb





Sumber: google search