Laman

Seindah Biasa



Jalan pernah takut ku tinggalkan


Saat bintang tak mampu lagi berdendang


Saat malam menjadi terlalu dingin


Hingga pagi tak seindah biasanya


Takkan mungkin kita bertahan


Hidup dalam bersendirian


Panas terit hujan badai


Kita lalui bersama



Saat hilang arah tujuan


Kau tahu ke mana berjalan


Meski terang meski gelap


Kita lalui bersama



Ku tak bisa menrubah yang telah terjadi


Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik


Agar kita tak pernah menjadi jadi


Meski beza dermaga untuk kita berlabuh



Pernah kita jatuh


Mencuba berdiriMenahan saki dan menangis


Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba
(SITI NURHALIZA)

Bermasalah Pembelajaran..

Dua buku yang menjadi rujukan ku.. Namun belum cukup untuk aku mendalami ilmu2 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Isi kandungannya sesuai untuk mereka yang baru memasuki dunia PKBP atau ada keinginan untuk mengetahui serba sediki PKBP. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia adalah masih muda berbandingan negara - negara Barat seperti Amerika dan Britian.
Terlalu banyak benda yang perlu aku diterokai dan pelajari dalam bidang ini. Bukan niat untuk menjadi 'pakar'. Cuma ingin mencintai bidang yang sudah ku pilih ini. Pelajar seperti aku amat memerlukan panduan untuk mencipta idea dalam melaksanakan tugasan sebagai GDL dan InsyaALLAH G. Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab ini. Dan tanpa ku sedar sudah hampir setahun aku dalam bidang ini.
Teori tidak seperti mana praktikalnya. Itulah yang berlaku. Bukan teori itu tidak penting cuma aku sebagai pelaksana teori perlu bijak. Bukan teori jadikan asas utama, sebaliknya teori dijadikan panduan. Paduan, supaya aku tidak lari dari landasan. Tidak dapat teori A, aku pakai Teori B. Hanya sebagai panduan bukannya asas. Kerana rapuhnya asas, rapuhnya perlaksanaannya. Teori dilaksanakan mengikut kesesuaian situasi, tempat, umur, tahap kesediaan dan seumpamnya.

Di mana mereka?

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.. Intake 2001/2004. Dah 3 tahun lebih aku bergelar graduan rupa - rupanya. Sampai kini aku belum bergelar PEKERJA yang setaraf dengan Sarjana Muda yang ku miliki.. Perlu mengambil berapa lama? Aku tak sabar menantinya.. Aku bukan jenis 'bizniz minded' untuk menjadi seorang usahawan seperti mana alternatif yang dicanang2 oleh pihak yang hanya pandai berkata tapi tidak tahu merasa apa yang kami rasa (bukan semua dilahirkan / boleh digilap 'keusahawanannya').

Sugguh pun begitu... aku sangat bersyukur.. Sepanjang tempoh itu banyak yang ku pelajari... mengenai perasaan.. menjaga perasaan, bertahan ... emosi? cukup cerdas rasanya.. (Sedang berusaha)

Ujub - Bahaya 'syok sendiri' Terlampau!


Salam.
Ujub? apa tu? Penyakit 'syok sendiri' yg kerterlaluan.
Seingat aku, belumpernah la pulak jumpa org yang syok sendiri keterlaluan ni... wat ever pun nak kaji juga what kind of person like this..
Menurut artikel dalam Majalah Nur keluaran January 2008, Ujub (darip perkataan 'ajaba) adalah berasa kagum terhadap kelebihan diri sendiri atau amal yang dilakukan. Ini termasuklah kagum terhadap diri sendiri, kepintaran yg dimiliki, pangkat, harta benda, kekuatan diri dll.
Ok la mari kita lihat apa bahanya Ujub ni... Sebagai panduan hidup ku... Semoga di jauhkan dari diriku, keluargu dan juga rakan2 ku...
BAHAYA UJUB
1. Penyebab sombong - lalai dan lupa pada dosa dan pahala
2. Penyebab ditipu diri sendiri - rasa diri cukup hebat
3. Penyebab lupa diri (suka cakap ttg dirinya sahaja)
4. Penyebab malas/tidak mahu bertanya/berbincang -pikir dia ja yg betul
5. Penyebab pentingkan diri - punca diktator yg zalim
6. Penyebab pelampau & sesat - tahu salah tapi kerana taksub pada diri dia buat juga
HILANGKAN RASA UJUB
1. Harus cepat2 sedar hakikat dirinya
2. Sedar bahawa segala yang dimiliki adalah sementara
3. Alihkan rasa ujub kepada kekaguman terhadap ciptaan Allah
4. Bandingkan diri dengan orang yg lebih beriman dan berilmu
5. Selalu musahabah diri
6. Hayati hakikat bahawa kita diciptakan daripada tanah dan ke tanah juga kita akan dikembalikan..
(Majalah Nur Keluaran Januari 2007 m/s 64. )
Koleksi bulan lalu, bulan ni tak beli lagi... tak da peruntukan lagi.