Laman

Apa lagi aku mahu...

Aku pernah kata...
Hidup ini tidak indah tanpa dugaan..
Hidup ini tidak meriah tanpa perubahan..
Hidup ini bosan tanpa kesempatan untuk memilih..
Hidup ini hambar tanpa perlu melepaskan yg pernah jd kesayangan..yg pernah jd milik..

Apa lagi aku mahu...
Allah telah memberi selayaknya aku miliki buat masa ini...
Dan aku pasti aku akan memilik itu bila tiba tikanya...

Namun...
Bila peluang itu datang...
Mengapa aku jadi rasa tidak yakin...
Tidak yakin pada peluang itu..
Tidak yakin peluang itu adalah untuk ku...
Apa aku tidak tahu apa lagi yang ku mahu...
Apa rasa diri ini tidak layak untuk peluang itu...

Apa lagi yang aku mahu...
Sebenarnya aku tidak boleh lari..
Sebesar mana perubahan yang aku ingin lakukan..
Sejauhmana aku nak ditempatkan..
Sepenting mana pilihan yang perlu aku pilih...
Sesibuk mana aku sibukkan diri ini...

Apa lagi yang aku mahu...
Saat ini aku merasakan hari2 begitu cepat berlalu
Semuanya datang dengan serentak
Sedikit membikin aku lupa aku perlu tunaikan apa yang aku mahu...
Andai mereka tahu...
Seego mana kata2 ku tidak sama serendah2nya hatiku....

Tiada ulasan: