Laman

Who Will Win - Juara World Cup 2010


Pertanyaan: Siapa yang akan menang?

Pengharapan: Spain menang! Belanda menang!

Berserah: Mana2 yang menang.

Perjalanan ini masih jauh. Jauh yang bagaimana? Jauhnya impian untuk dicapai.. atau impian semakin jauh halus dipandangan mata. atau semakin jauh kerana kelekaan mengejar impian...atau hanya berserah pada buaian angin lalu.

Pertanyaan : Siapakah yang akan menang?
Tidak pernah memwujudkan pertandingan dalam memiliki nilai ini. Sesungguhnya kebijaksaan mengubah rasa menjadi sesuatu yang boleh disatukan. Ia datang dengang sendirinya.... datang tanpa sedar... yang mungkin selama ini kita menafikan.. yang mungkin selama ini kita tidak terlintas utk memikirkannya.

Tiada pertandingan. Kerana penilaian bukan atas siapa yang paling hebat, serba serbi lengkap. Penilaian - di mana letaknya serasi. Saling memiliki saling memerlukan saling melengkapi. Touch my heart....hihihihhih....

Pengharapan: Spain menang! Belanda menang!
Pengharapan. Umapamanya menetapkan satu garis panduan. Yang harus begini. yang harusnya begitu. Harus bukan wajib. Bukan meletakkannya sebagai yang sepatutnya dijadikan syarat utama.

Berserah: Mana2 yang menang.
Angin bayu membawa diri ku sepintas lalu.....lalalalallalaalllalalal.. just follow the wind without regret..

Di senja ini hati pilu tahu kenapa tahu mengapa



Disenja ini
Bertemankan tarian rintik hujan
Beralunkan azan maghrib
Bermanjakan dingin angin
Aku pilu..
Jemari sejuk pulih semula
Debar dada berhenti seiring hentinya titisan air mata...

Kalau bisa diri ku cetak...
Akan ku tenung jauh ke dalam hatiku..
Akukah rapuh begitu bak kertas tidak bisa mempertahankan katrij diriku...
Detik demi detik diri mula "membesar" namun kualiti "sharp" sudah hilang...
Ya Allah..... akukah itu?

Kalau bisa susuk ini ku scan...
Aku ku scan hinggah hati ku...
Adakah sama seperti mana aku memperlihatkannya pada tampil ku..?
Semakin besar aku scan semakin kabur aku imejnya....
Ya Allah....siapakah aku?

KALAU..... mengapa suka berdamping dengan KALAU?
Bagai mimpi dalam khayal...
Bagai khayal dalam separa sedar..
Bagai tidak sedar dalam sedar...

Sedari aku belum lagi akau mengenal apa itu perkenalan dan berkenalan apatah terkenal (ceewah!). Sebanyak macam orang aku kenali. Usahlah berbicara org yg dikenali itu sejak kecil... Itu cerita lain. Aku mahu berbicara dengan ZAMAN IT....

Aku mula bermain IT sejak zaman sekolah menengah itupun mungkin dalam tingkatan dua/tiga sekitar tahun 1996/97... wah best giler ble chat kat irc- dll.... time tak leh lama2 coz RM2 sejam... belanja sekolah dahlah RM1 sehari..hihihihi.... 

Baru2 ni... terjumpa kawan  lama (maya) masa skul2 d IT ni jugak... saya jak nampak dia... dia tak nampak aku pun... wah... malu nak perkenalkan diri...... may be suatu hari nanti... Facebook sgt besar pengaruhnya.. dunia ni kecik jak... sampai tiada lagi rahsiah..

Facebook. besar pengaruhnya. Boleh kenal dgn kawan2 yg tidak pernah face to face satu perkara biasa. Yang menjadi perkara bukan biasa bila ada timbul "rasa" sesama rakan FB. Rasa apa? Rasa sayang of course, rasa hormat, rasa malu, rasa lucu, dan juga rasa sangsi, rasa prejudice, rasa benci.... adeh.... kalau boleh tak naklah ada rasa negetif... Kerana tujuan berFB bukan membina rasa negatif sebaliknya menjana minda, berkongsi kesamaan, dan juga kalau nak advance berkongsi kasih sayang... kah kah kah kalau berani.

Asam Garam. Kalau tak da asam garam rasa berFB tiada nikmatnya. Macam juga kalau berlaptop.... kalau takut kan virus..apa nikmatnya berlaptop? 

Berbalik kpd teman FB. ada beberapa kategori yg saya boleh kategorikan. Kategori berdasarkan peribadi bukan pakai instrumen khas pun apa lagi emosi. Aku kenali mereka bagaimana? Mulanya....

Kategori:-
     1. Saya kenali mereka sedari sy kecil molek lagi.
     2. Saya kenali mereka sedari saya mengenal cinta monyet.
     3. Saya kenali mereka sedari saya berhempas pulas menggalas PTPTN.
     4. Saya kenali mereka sedari saya mengenangkan inilah nasib ku....
     5. Saya kenali mereka sedari pintu hikmah dugaan semakin memancar
     6. Saya kenali mereka di alam blog...
     7. Saya kenali mereka di alam FB..
     8. Saya kenali mereka di alam melapangkan jiwa2 kusut...
     9. Saya kenali mereka atas kesamaan
   10. Saya kenali mereka di alam tanggungjawab
   11. Saya kenali mereka kerana mereka "mutual" kawan sy
     
Mereka saya kenali atas dasar kepercayaan.... Namun andai sy delete...bukan tidak percaya cuma sy perlukan privasi...

Asam garam.... Semoga perkenalan yang terjalin dan dijalinkan memberi manfaat kepada semua pihak. Walau ada kalanya hati terguris... Kita belajar daripada gurisan itu. Kerana akibat gurisan itu tidak sama sekali memberi kesan kepada percaya dan hormatnya aku sahabat2 yg lain. 

Aku tidak mahu hipokrit. Aku tidak mampu menyatakan hasrat memberi respon kata bersertakan dalil... diringi perkataan2 Arab. Aku berkongsi jawapan hanya berdasarkan pengalaman ku dan ceteknya ilmu aku. Ayat2 ku    bukan copy n paste semata.... ia lahir spontan dari jauh dari lubuk hati.....

*****************Cuma aku kecewa..... Kau mempertahankan dirimu ....kononnya mempertahankan U r the Mr. Right sanggup  berceritakan buruk tentang aku. Kita hanya kenal d blog kemudian FB. Apa jenis org dewasa kau? Sanggup! hanya kerana kau tidak berjaya menakluk aku, sahabat ku dan sekaum ku. Terkejut aku... Namun aku masih mampu menahan diriku... menutup aib mu...  Allahu Akhbar.. Allah menyanyangi kami... kami dipertemukan jalan-jalan mata hati...memberitahu kau sebenarnya siapa... Aku bangga sahabat ini.... kerana mampu menyimpan aib mu...kerana kami tahu ada insan yg akan terluka.  Semoga suatu hari kau sedar akan EGO mu kawan...