Memilih apa yang kita rasa?
Aku memilih untuk apa yang aku perlu rasa atau ingin rasakan? Atau rasa itu datang dengan sendirinya. Datang seiring dengan apa yang ada jauh disudut hati.
Untuk beberapa hari ini aku cuba untuk kuat. Lagak ku sepertinya aku sihat. Sihat emosi dan fizikal. Namun aku tidak mampu. Seharusnya menerima hakikat bahawa aku bukannya sekuat mana pun.
Awalnya bersikap untuk bertanggungjawab tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan. Berjaya. Seterusnya... berjaya. Lagi...berjaya... Sehinggahlah aku lupa untuk bertanggungjawab untuk diri aku sendiri. Perlukah aku menyatakan bahawa aku bukannya orang pentingkan diri sendiri? Apa perlu aku melaksanakan tanggungjawab terhadap diri aku?
Rasa kasihan....
Aku mula rasa kasihan pada Aku. Jiwanya sahaja perlu dijaga. Sakitnya saja perlu org tahu. Tak tidur malamnya saja org kena tahu. Aku? Aku senyum hambar....senyum kasihan....
Rasa sakit..
Panggilan seorg drpd seorang Ibu. Sedikit mengingatkan aku. Ibu itu sedih..Anak2nya sakit..yang paling dia terkilan...Doktor kata tak pa...kita tgk lagi rawatan seterusnya... Ini sudah rawatan ke 3! Hati Ibu mana tidak sedih pabila melihat anaknya yg sebelum ini aktif jadi lemah? Aku? mengapa aku tidak mencari selama si anak ini tiada? Maafkan Ckgu....kerana dek melayan hati perasaan org2 dewasa ini aku jadi sibuk mengalahkan KM. Dan asal kau tahu...aku juga sebenarnya lemah...dan hampir longlai apabila usaha tidak disyukuri oleh org dewasa itu...
Butakah gaji ku?
Luarannya nampak mudah. Perspektif memandang senang. Streotaip sukar diubah..... Atau inikah dunia sebenar bidang ini? Kalau inilah dunia sebenarnya...patutlah dari duuuuuulu...tarafnya masih begitu. Salah org dlm bidang ini sendiri. Tidak mampu membuat perubahan sebaliknya hanya mampu mewarisi tabiat lama...mudah katanya....
Aku merasakan gaji ku buta bila mana hari2 jam kerja ku bukan mengajar....YMP
Kelompok manusia....
Manusia....Katanya hati bersatu. Katanya bukan pentingkan diri sendiri. Katanya setuju. Katanya berani. Katanya harus berjaga-jaga. Walau manusia itu ada kesamaan namun, manusia datang dari l/b berbeza, kekuatannya berbeza, tahap akalnya berbeza, tahap emosinya berbeza, tahap EQnya juga berbeza, keperluannya berbeza.
Ada yg suka berkata2, itu sebenarnya hanya kata2. Ada yang kata setuju, itu rupanya dia takut utk berkata tidak setuju. Ada yg lagaknya berani itu rupanya lagak sahaja. Ada yang suruh berjaga2 itu rupanya dia ada prejudis dgn org lain.
Apapun...
Satu jari telunjuk kita yg menuding kearah org lain sebenarnya
menunjukkan kpd kita,, ada empat jari lagi menuding kepada diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan