Laman

Hujan Bagai Mengerti

Hujan bagai mengerti hati ku.
Hati ku bertarung dengan emosi ku.
Sungguh iman ku tidak bisa mbendung rasaku.
Aku terus cuba bertahan agar tidak kelihatan air mata ku.

Untuk kesekian kalinya aku ingin menjadi kuat. Keringlah duhai air mata. Tiada peri penting mu!!
Aku malu pada diri ku. Aku malu pada Tuhan ku.
Aku luluh dalam ujian ini. Tolonglah jadikan aku yang bersyukur. Jauhlah rasa lemah ku. Jauhlah rasa ingin mati.

Perjalan masih panjang buat ku. Aku ingin hidup lagi. Aku ingin hidup panjang. Sudah. Sudah jauhkan hati ku daripada bait bait ingin pentingkan diri sendiri. Jauhlah amarah. Syaitan!!!! Pergi kau.

Syaitan!!! Pergi kau.

Perjalanan aku masih panjang. Aku tidak mahu dendam ku makin dalam. Aku tidak mahu terus mengungkit dengan lambatnya masa.

Aku ingin pergi daripada fasa ini.

Aku malu. aku malu pada diri ku. Sering rasa aku hidup dengan kemalangan. Malang sekali.

Jauh!!..

Hujan. Dikatakan doa akan makbul diwaktu hujan.

Tetap sahaja aku yakin doa ku makbul. Setiap detik aku memohon. Biar aku tabah dlm ujian. Jauhkan sikap dendam. Kukuhkan sifat memamaafkan.

Maafkan atas rasa ini.
Keringlah duhai air mata.
Aku merayu...
Keringlah... cukup aku malu pada diri ku..
Keringlah... hadapi kehidupan... rezeki ada di mana mana... pasti tiba waktunya..