Laman

Sejahtera Malaysia..

Sejahtera Negara Ku Malaysia..
Sejahtera Bangsa Ku..
Sejahtera Anak Bangsa Ku..
Sejahtera Pewaris Adat..

Awas! Wanita bujang...

Keras sangatkah amaran tu? Sebenarnya bukan amaran cuma peringatan untuk kalian dan tentunya untuk aku juga...... Cinta..sangat subjektif bagi aku tafsirkan...kurang pasti apa sebenarnya definisi yg tepat.. Namun pastinya dalam cinta itu ada kasih, sayang dan kasihan.


Macam perasaan itu timbul? Saya yakin masing2 sudah tahu..ini ilmu hidup..bukan ilmu untuk lulus peperiksaan semata...Bermula dengan suka....peduli...kasih....sayang....dan kasihan..... Macam2 "kaedah" untuk seseorg itu mengekspresikan sukanya... ada yang kemaruk, angau...ada yang sanggup hilang egonya, daranya, malunya semata mahu menunjukkan konon cintanya cinta mati.. Matilah! Dan ada juga jenis manusia suka tapi malu dan semalunya...hanya mampu merasakan "aku suka dia" .. "aku jatuh cinta"..dari kejauhan walaupun dia di depan mata ..dari dalam hati walaupun hari2 berjumpa....Pendamlah! akhirnya gigit jari..... Dan juga...ada manusia jatuh cinta...rasa suka...namun dia boleh mengawal perasaannya, emosinya gelora jiwanya..kerana dia tahu..Cintanya itu adalah cinta terlarang...


Cinta Terlarang......


Cinta terlarang..dilarang..larangan...


Ini kisah si Dara di zaman batu.....


Buat Mu Wanita

Sedang.......

Ianya mungkin pengalaman kita..

Mungkin juga pengalaman org lain..

Jadikan sebagai pengalaman..

Jadikan teladan..

Jadikan panduan..

Pegangan? Tepuk dada tanya iman..

**** Adakalanya drpd kisah org, pengalaman org lain memudahkan aku memahami apa yg ada dlm kehidupan ini..lebih santai... kerna pengalaman org itu jdkan teladan...pengalaman sendiri jadikan panduan...ilmu dan akal jadikan pegangan...... Bahan bacaan dan pengalaman lalu sedikit sbyk mempengaruhi apa aku kini...

Jalan yang kau pilih...

Mau g mana selepas ni? Halatuju kehidupan seterusnya....

Teruskan apa yang sedia ada...Tingkatkan apa yang ada..

Baharui apa yang lapuk...Tepikan yang tak releven...

Hebat sangatkah nak buat semuanya?

Nak seribu daya tak nak seribu dalih...

Kalau tak mampu juga setelah sehabis daya...pa ble buat...usaha..

Kerjaya...rumahtangga...dan kehidupan...mana yang ko pilih?

Pilih ketiga2 - tiganya...kalau pun takdir tidak membenarkan aku memilih semuanya..

aku akur pada apa yang ditentukan....

Any plan?

Plan apanya..pagi2 buta...mimpi ka apa! Habis key in data bebudak sekolah kononnya nak tido... adushhh...tak dapat ler...

Jadinya...jenguk2 album gila2 sehingga ku menutup mata... :-)

Way to Sandakan...tapi masih d Ranau...dekat kaki Gunung Kinabalu...Teringat plak memori di Puncak Gunung Kinabalu....erm....dah dah..dah....biarkan kisah itu jadi kisah dalam muzium..
.
.
.
.
.
.
Ini kisah kini....wah rindunya...
sunyi menyapa..bila tgk kiri..tgk kanan...
tak da mereka...tapi ada kertas yg menimbun!
hari ni nak g tempat ni lagii...kompom sunyi lagi...tanpa pekikan..tanpa bunyi meja kerusi berlaga..tanpa bunyi air melimpah..tanpa bunyi pam tandas yg berkali2 ditarik.....pintu2 yg dihempas...
weeeiiii....mata nak tutup dah....
.
.
.
.
..
Wahai penghuni rumah..
Nasi dah ku masak....
Yang lain2 korg tinggal panaskan jerr..
.
..
.
.
Ya Allah....... Ya Rabbi... permudahkanlah urusan ku, urusan2 keluarga ku, urusan2 jiran ku, urusan2 sahabat ku, urusan2 teman ku, urusan kenalan ku di hari ini... Agar mereka mampu senyum...
SENYUM SEINDAH SURIA.

Amin Ya Rabbal Alaaminn..

Cinta Sempurna

Cerita Asal http://saifulislam.com/

ASTRO OASIS 106, Isnin - Jumaat, 3pm, 10pm, 4:30am

Cuba-cuba untuk mengikuti kisah ni.......

Pilihlah aku jadi pacar Mu.

Wanita si Pengepam Air Perigi.. Lokasi: Rumah org2 Buta Sandakan.

Pernah tak org puji2 korg... tapi korg rasa tak selesa dgn pujian tu...bukan tak suka dengan pujian tu cuma rasa pujian tu tak sepadan dengan apa yang ada pada diri. Dan juga mungkin kerana bukan sesuai dengan waktu, tempat dan situasinya.

Aku dan Si Kawan pernah membincangkan tentang perkara ini. Ternyata kami punya "padangan" yang sama. Tidak suka TERLALU dipuji (puji yg dipuji2). Bukan temberang apalagi bangga diri. Bukan tak berterima kasih apalagi tak bersyukur. Cuma kalau sesuatu tugasan itu sudah dipertanggungjawabkan maka dibuatlah sehabis baik kerana itu sudah tanggungjawab bukannya mengharapkan puji - pujian semata. Cukup dengan penghargaan. Takut pujian yg TERLALU itu boleh menjadi benteng hubungan dgn rakan lain, boleh menjadi beban diri kerana diri perlu SENTIASA berada pada graf yang TERBAIK.

Bukan bererti menolak pujian 100%. Pujian perlu untuk motivasi. Motivasi adalah kunci kepada kepuasan kerja dan kejayaan dalam hidup. Kalau tiada motivasi, bagaimana untuk berasa puas dan seronok dalam bekerja? Dan hasilnya....ala kadar sahaja...lemah longlai...bosan!

Apappun kritikan juga perlu...bukan kritikan DENGAN NIAT memalukan...kalau tiada kritikan, hasilnya jadilah manusia yang SANGAT SENSITIF bila tidak dipuji, bila org lain dipuji...SUSAH! Manusia begini...aku perlu BERHATI2 berkata dan bertindak agar tidak TERSENTUH hatinya...hhuuhuhuhuh....

Kritikan...menerima kritikan dengan hati terbuka...."Kalau sayang sy usah asyik puji saya..sekali - sekala kritik saya..." Ungkapan mungkin boleh menyejuk hati untuk sedia menerima kritikan. - KRITIK BUKAN MENGHINA-

Kita dihormati oleh orang lain

bukan kerana kita ini hebat,

tetapi kerana Allah telah

menutup kekurangan dan kejelekkan kita.

- Ustadz A'a Gym



****Aku tak makan puji punya..kalau itu sudah keupayaan ku..
tapi sekali sekala mahu juga dipuji supaya hidung kembang2 dan ble jadi tinggi....******

Setahun Sudah Berlalu

Gambar bertarikh 23 July 2008
23 Ogos 2009. Setahun sebulan sudah berlalu. banyak sudah perkara yang sudah ku hadapi. Adakalanya membikin aku semakin kuat dan adakalanya membikin aku sedikit lemah. Bagaimanapun turun naik graf kehidupan menjadikan kehidupan penuh dengan warnanya. Pastinya hadapi aku hadapi dengan senyuman, dengan tangisan dan dengan gembira, dengan sedih...
Sebulan yang lalu. Aku cuba untuk mengubah graf hidup. Mahu lebih mencabar kononnya. Ternyata graf tidak berubah. Kehidupan masih pada level yang purata saja. Naik pun sedikit, turun pun sedikit. Diri mula rasa bosan.
Hidup perlu perubahan. Itu katanya. Dan aku cuba untuk merubah corak kehidupan. Cuma aku tidak seberani org lain... Apakah anjakan yang lebih berani dan mencabar aku perlu lakukan? Tidak mahu untuk terus hidup ditakuk lama. Namun di mana keberanian itu aku perlu dapatkan.
Tidak mahu kebosanan timbul dalam diri. Tidak mahu motivasi diri menjadi semakin rundum. Namun kurang pasti adakah aku kuat untuk keluar dari zon selesa ini. Khuatir akan tersungkur kerana selesanya aku ketika ini.
Kekadang rasa ingin berada saja di dalam tempurung...gelap..sendirian...tanpa dugaan... Kekadang rasa ingin berada saja di dalam balang kaca...cerah..di luar nampak meriah n gembira..cuma mahukan privasi disudut kemeriahan itu..
Lelah...penat.....untuk membahagiakan hati SEMUA org.. hati sendiri..sendiri saja yang tahu...
Aku tidak pernah menipu mu...kalian.... cuma kekuatan ku utk menyatakan semuanya tidak ada...
" Kita tidak akan berjaya untuk
mengambil hati semua orang,
Apa yang lebih penting ialah kita perlu
belajar untuk mengambil hati kita sendiri"
Bagaimana mahu ambil hati sendiri? Menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri? Bagaimana pula mahu menjadi org yang pentingkan diri sendiri? Sukar rasanya...dunia ini bukan aku yang punya..bukan kau yang punya..bukan mereka yang punya...
****Belum cuba belum tahu......
Biar aku beri peluang untuk diri sendiri dulu yer...
bukan untuk menghukum diri...**********

Salam Ramadhan.

Salam Ramadhan.
Dengan rendah hati Aku memohon kemaafan andai ada bicara mengguris hati.Andai mulut terlanjur bicara, andai mulut terkasar bahasa, andai hati tersalah duga.

Sepi: Bila kata tak terucap.

“Orang yang berakal hanyalah merindui akan tiga perkara: Pertama, menyediakan bekal untuk pulang. Kedua, mencari kelazatan buat jiwa. Ketiga, menyelidiki erti hidup. Orang yang berakal tahu membedakan manusia, tiada canggungnya ke manapun dia bergaul. Manusia dibaginya dua. Pertama orang awam, perkataannya di sana dijaganya, tiap kalimat dibatasnya. Kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kedua ialah orang khawas, di sanalah dia merasa lazat ilmu, kepada yang lebih darinya, dia menyauk. Kepada yang sama dengannya, dia membanding. Tempoh tidak ada yang terbuang…”

-Prof. Hamka-

****"Kerana hanya jauhari jua yang mengenal manikan" Ertinya: Jika hendak bicara atau bertindak mesti pandai membaca dan melihat situasi, perkataan dan tindakannya dibatasinya.

Hari ini peluang untuk banyak bicara / banyak bercakap semakin kurang. Apakan tidak teknologi chatting online / smsing semakin mudah dan murah. Untuk mereka yang sememangnya pendiam tidak menjadi masalah dan mungkin akan menjadikan mereka lebih pendiam atau juga lebih yakin diri kerana terasa semakin ramai manusia yg lebih suka untuk tidak banyak berbicara.
Untuk mereka yang suka berbicara mungkin ini satu cabaran kerana mereka mungkin kehilangan teman bicara. Dan mungkin sebaliknya, teknologi bercakap 'senyap' ini boleh membantu kepada mereka yang mahu kurangkan habit banyak bercakapnya itu.
Mana yang lebih menikam kalbu, kata2 tanpa suara atau kata2 dengan suara? Yang pastinya kata2 yg sangatlah "slowmotion" sangatlah merimaskan, bukan apa risiko untuk ianya disalah dengar dan kemudiannya disalahtafsirkan adalah lebih tinggi... Adakah dia sememangnya pemalu? Atau Adakah dia sememangnya memiliki tong suara yang kecil? Atau adakah dia adakah dia sememangnya begitu....
Berbual secara SMS adalah lebih mengusik jiwa berbanding berbual secara lisan. Percaya atau tidak, anda harus percaya. Cuba bayangkan anda berbicara dengan seorang lelaki yg kurang yakin diri (mungkin juga dia nervouse). Dia menjawab setiap soalan dengan suara 'sepoi2 bahasa' sambil memandang bukan kearah anda. Cuba pula bayangkan anda berbicara dgn lelaki yg sama melalui SMS. Mana satu 'bahasanya' yang anda faham. (hihiihihihihihihih)
Bercakap sambil mengeja, menghantar mesej kemudian menati jawapan lebih thrill berbanding bercakap dengan suara dan terus mendapat jawapannya (Dr. HM Tuah). Bayangkan.... anda menerima sepucuk surat atau kad cinta yang di dalamnya penuh dengan kata2 puitis cinta, motivasi, nasihat dll...anda akan mendakap kad/surat tersebut dan membacanya berulang2 kali, disimpan dibawa bantal dan mungkin boleh sampai menghafal setiap bait2 kata. Walllllau!
Walauapapun di mana letaknya anda (byk cakap/byk diam), anda berhak menentukan anda mahu di mana utk hari ini dan hari2 seterusnya. Begitu juga aku, aku ada hak utk meletakkan diri ku namun, aku tidak akan lupa hak2 org lain utk memberi panduan utk aku meletakkan di aras mana aku sepatutnya berada. Menjadi org yg byk cakap berbanding org2 sekeliling adakalanya aku menjadikan diri aku lebih dari mereka dan juga sebaliknya. Adakalanya menjadikan rasa diri ini penting atau rasa diri ini diambil kepentingan utk mereka.
Apapun, hakikatnya aku harus terima, suka atau tidak, tunggu yg suka dan terima saja....( :-) ). Kerana percaya bahawa, ada kajian mengatakan bahawa sikap 'peramah' bukanlah satu masalah. Sebab itu adalah sudah lahir untuk aku, kalau pun dihalang / disekat boleh menyebabkan aku beralih kepada berkomunikasi cara lain - SMS,MMS, internet, e-mel, surat dlll yang lebih berbahaya...yg lagi thrill...(kikikikikiki)....
Kalau nak bercakap pun...
Sabda Rasulullah, " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dialah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan salah satu daripada empat perkata itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hinggah dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) Apabila dia dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji dia ingkar, apabila bertengkar dia mengetepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad).
Kalau dilihat daripada keempat2 perkara diatas, semuanya berkaitan denga bercakap dan kata2. Bercakap itu ada baiknya dan ada buruknya. Bergantunglah kepada aku, kau, dia dan kita.
"Kerana lidah....
memperlihatkan ketidak sempurnaan iman.....
Kerana jemari....
juga memperlihatkan ketidaksempurnaan iman"
*************************************************************************************
Aku nak semak diri dulu yer.....
Di mana aku berada berpaksikan ungkapan2 :-
1. Wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dari kecantikan hati yang ada dibaliknya.
2. Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yg mempersona, tetapi dilihat dari sejauhmana dia menutupi tubuhnya.
3. Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyak kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
4. Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah bunyi suaranya, tetapi dari apa yang mulutnya sering bicarakan.
5. Wanita sejati bukan dilihat dari keahliaannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara.
6. Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi sejauhmana dia memperteguh kehormatannya.
7. Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia alami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan syukur.
8. Wanita sejati bukan dilihat dari sifat mudahnya bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul.
9. Wanita sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat dari dari kekhuatiran orang jadi tergoda
SUMBER: Dr. HM Tuah; WANITA APABILA KETAGIHAN BERCAKAP- Majalah Nur-
************* Ada teman2 kata aku ni lawak...lawak ker????
Ada kawan2 kata aku ni berani...berani ker?
Ada member kata aku byk mulut...alamak..kena kontrol ler...
Yg penting DIA pernah berkata awak peramah tapi kena kontrol nanti I jeles...
kakakkakakakakakka...itu kisah lalu....**********

Dedah sana sini...Terlebih dedah...

Hari ini siapa tak tahu tentang internet, tak punya internet, tak mahu tahu ttg internet... entahlah istilah apa yang sesuai untuk mereka.... Mereka punya pilihan untuk itu semua.. Mahu ambil tahu atau statik di kedudukan yang sama saban tahun. Kata internet satu keperluaan.. aku punya rasa kata belum sampai ke tahap itu...bagaimanapun, kini internet bukan lagi satu benda/perkara yang mahal untuk dimiliki..
Saya hairan mengapa masih ada yg bergaji mampu utk memiliki semurah2 modem celcom broadband masih TIDAK MALU meminjam org lain punya...(yah...mungkin bukan bagi mereka bukan satu keperluan...). Jimat utk tidak perlu membayar bil bulanan..
Namun...MURAHNYA berokban ni memberi kesan yg lain... Saya heran dan tertanya apa perasaan mereka BEROKBAN semasa waktu kerja... Sangat sibukkah mereka di MALAM HARI melayan suami/isteri/anak2, sangat sibukkah mereka melayan suami/isteri/anak/kekasih/berbisniz selepas waktu kerja? (Tepuk kepala sendiri......). Entahlah.....klu guna untuk P&P ok gak......tapi rasanya mereka cari bahan P&P la tu...(PLZ think +).

Apapun saya minta maaf klu ada yang terasa...Saya ini insan LEMAH..boleh jadi KAMU, KAMU, KAMU ternampak saya pakai BEROKBAN di tempat kerja..(palis2)..

Apa kaitan tajuk entri dan berokban ni.... Bukan apa..saya nak kaitkan dengan apa yg saya baca dlm kosmo Online! hari ni... Ya la...sekarang ni tak kira anak2 muda.. mak / bapa anak2 muda, (bini2 org lagilah )pun dah GHAIRAH dengan internet...facebook, blogspot, wordpress, YM, dlll...
Jangan ghairah dedah maklumat peribadi

KUALA LUMPUR - Para pekerja kerajaan dan swasta dinasihat agar tidak terlalu ghairah mendedahkan maklumat peribadi mereka di laman-laman sesawang rangkaian sosial Internet kerana bimbang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohamed Shafie BP Mammal berkata, maklumat yang tidak sesuai terutama yang menjurus ke arah perbuatan negatif dikhuatiri menjadi rujukan kepada majikan atau ketua jabatan dalam menilai seseorang pekerja.
Menurutnya, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan kebanyakan masyarakat di negara ini menganggap fungsi laman sesawang rangkaian sosial sebagai hiburan semata-mata sehingga sanggup memuat turun apa sahaja ke dalamnya.
Saya terfikir juga dengan KEGHAIRAHAN bini2 org ni...sampai ada yg bertudung litup ble buka tudung dlm blog semata2 nak DEDAHKAN cerita hariannya yg tenga makan nasi di rumah, tengah mandi di kolam, tengah bersihkan sofa baru dll...itu bini org tu... yg bukan bini org mcm saya pun apa kurang... konon2 nak DEDAHKAN yg dia sambut befday dlm bilik...dalam bilik manada org pakai tudung litup...so kuar blog pun tak payalah berlitup....ganjil bin ajaib...(saya hanya mampu berdoa harap2 tak ada scene kuang asam saya kuar dlm blog kengkawang coz setakat ini saya CUKUP berfikir sebelum MENDEDAHKAN gambar peribadi/bersama kalian)
PENDEDAHAN DARIPADA SAYA....USAHLAH SAMAN SAYA..SAYA ORG MISKIN BA...

ANAK2 COMOT INI SEDANG MENUNGGU IBU/BAPANYA...KASIHAN MACAM TAK DIMANDIKAN TAPI BOLEH SAMPAI D CENTER POINT..

YANG INI SUDAH SAH @ BELUM.. IKUT UMUR, MACAM SUSAH AKU NAK KATA SAH.. TAPI BILA IKUTKAN KEMESRAAN YG DIERATKAN, AKU BERDOA SEMOGA IANYA SAH.

YANG INI PENDEDAHAN BERBAYAR DAN BOLEH DIJUMPAI DI MANA2 SUPERMARKET. TAPI PASTIKAN CARI DI BAHAGIAN PENGURUSAN DIRI.

INI SCENE KUANG ASAM SKIT...ORG MEETING AKU DATING...........KAKAKAKAKKAKA... TU YANG HIDUNG TAK MANCUNG TAK DIDEDAHKAN.



INI SCENE BEREBUTKAN CIKGU HELIZA...ALAAA YG BERLAKON DLM SYURGA CINTA TU.....KAN HELIZA PRAKTIKAL KAT SINI..DAH CIKGU ARTIS YG MENGAJAR...
HIHIHIHI...GURAULAH CIKGU, INI SCENE BUDAK POMPUAN VS BUDAK POMPUAN DAN BUDAK LELAKI BERSORAK.



OKLAH UNTUK PENDEDAHAN UNTUK MALAM INI..
MARILAH DIRI AKU SENDIRI YG SERBA KURANG INI MENGAMBIL IKHTIBAR DRPD APA YG TELAH TERDEDAH, DIDEDAHKAN, MENDEDAHKAN..



Erti Sahabat.




Pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin – Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand ( Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam, dan Thanat Khoman) – duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN

Tetiba rasa diri ini serba serbi.........nak goal dah ke?


Aku yang kecil, serba kurang dan banyak silap ini memohon maaf atas apa yang pernah aku lakukan, cakapkan, bisikkan, fikirkan, teriakkan, taipkan atau apa2 yg membikin hati kalian terguris, terasa, tersinggung, terfikir, terdendam, terumpat dan seumpamanya....
Aku yang kerdil...
Tidak pernah merasakan diri ini baik serba serbi apa lagi sempurna.. cuma sekali - sekala aku TERASA, PERASAN SENDIRI yang aku LEBIH SEDIKIT daripada kalian...tapi itu dalam satu sudut...
Aku pasti dan percaya kalian ADA LEBIHNYA dari sudut lain... Dengan itu, ALLAH menjadikan kita utk saling berteman, berkawan, berkasih mahupun bekerjasama utk saling melengkapi, memerlukan, membantu, memudahcara....
Aku yang serba kurang...
Namun aku percaya aku ada lebihnya dan pastinya kalian juga. Mengapa tidak kita bina JAMBATAN satu HUBUNGAN YG BAIK. Jambatan atas dasar KEMANUSIAAN, atas dasar RAKAN/SAHABAT, atas dasar SALING MELENGKAPI..
Aku yang pernah salah dan silap..
Dan tidak mahu untuk terus salah dan silap kerana itu adalah KEBODOHAN lalu. Aku mohon bantuan kalian utk kalau tidak pun utk MENGHAPUSKAN kebodohan lalu, cukup untuk MENGHILANGKAN rasa itu sedikit..
Marilah kita bina JAMBATAN bukannya bina TEMBOK antara kita. Hubungan yang berpaksikan bahawa kita adalah MANUSIA dan KITA adalah MANUSIA. MANUSIA untuk MANUSIA dan SAHABATNYA adalah MANUSIA... KEMANUSIAAN...
********* Orang yang tidak bahagia atau diragut sepi adalah org yang suka merobohkan jambatan dan titian serta membina sekukuh - kukuhnya benteng dan tembok org lain.
Dan mereka ini akan sentiasa bersendirian.**********

Kokatsu ... Sankatsu

KONKATSU dilihat sebagai inisiatif terbaik buat warga
Jepun mencari jodoh sekali gus meningkatkan
kadar kelahiran yang semakin menurun.
Sila Klik di sini: Kosmo online!

***** Rasanya fenomena di Malaysia belum sampai ke tahap ini....