Laman

Erti Sahabat

Tak mudah untuk kita hadapi
Perbedaan yang bererti
Tak mudah untuk kita lewati
Rintangan silih berganti
Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Erti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku
Tak mudah untuk kita sedari
Saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita fahami
Berbagi rasa di hatiKau adalah..
Tempatku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bahagian hidupku
Apapun kekuranganmu...
***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** ***** *****

Aku Sindarela


Lirik/Tajuk Lagu: Aku Sindarela (OST Sindarela)Penyanyi: Amylea AF3
Perlukah aku menanti dirimuDengan dirinya mengagungkan akuMestikah aku pergi bersamanyaDengan dirimu sentiasaku puja
Pabila hadirmu mengaburi hatikuMeniti waktu mengisi saat kisah dongengkuLakaran bahagiamu itu menjanjikan akuHanya akan selalu di dalam anganku….
Aku.. Aku.. lah SindarelaHatiku diriku anganku mimpiku cerita hidupkuAkulah Sindarela, Sindarela, Sindarela.. lalalala
Aku, Aku.. lah SindarelaHatiku diriku anganku mimpiku cerita hidupkuAkulah Sindarela, lalalalala.. Sinderela..
Sanggupkah aku hilangkan mimpikuApa yang ku perlu antara keinginankuAdakah aku harus memilihnyaBila dirimu sentiasaku puja
Aku.. Aku.. lah SindarelaHatiku diriku anganku mimpiku cerita hidupkuAkulah Sindarela, Sindarela, Sindarela.. lalalala
Aku, Aku.. lah SindarelaHatiku diriku anganku mimpiku cerita hidupkuAkulah Sindarela, lalalalala.. Sinderela..

Jiwa dan Penyakitnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku merasakan panjang sangat perjalanan ini. Adakalanya Aku bertanya sendiri bilakah perjalanan ini kalau tidak pun berakhir biarlah sepanjang perjalanan ini kutemukan seribu satu cerita, seketul mutiara, sebaldi pasir / sebanyak macam topeng yang boleh Aku jadikan satu cerita indah walaupun pahit ku rasa.
Aku tidak melihat disekiling? Aku melihat! Aku melihat...

Atau mungkin Aku tidak cuba menyentuhnya.. Aku cuba..
Peluang? Erm... Peluang......Aku tidak merebut..
Argh banyak sangat alasan!!!!!
Warna - warnikanlah hidup mu...Usaha dan berdoa
Usah dipedulikan mulut2 manusia yang cuma bangga bercakap tapi tidak tahu menasihat apatah lagi bertindak.
Apapun Aku ingin berkongsi sesuatu dengan anda...Yah mungkin ini pernah anda bicarakan, bualkan mahupun menulis mengenainya. Semoga Aku semakin bijak mengendalikan jiwa Ku dan begitu juga anda. Dengan keadaan sekarang, usaha berlipat ganda adalah perlu untuk terus mempertahankan kesihatan jiwa.


PENYAKIT JIWA
Orang memandang penyakit sosial itu berat. Orang memandang penyakit dadah khususnya lebih berat lagi dari penyakit sosial yang lain. Namun ada penyakit yang lebih berat dari itu yang manusia tidak sedar dan tidak tahu.Apa yang manusia tidak sedar ialah penyakit dadah dan penyakit sosial adalah disebabkan oleh suatu penyakit yang lain. Penyakit inilah yang melahirkan penyakit sosial dan penyakit dadah. Ia penyakit yang melahirkan penyakit. Ini banyak orang tidak faham. Bahkan masyarakat, pakar-pakar dan negara sendiri pun tidak faham.

Kalau ada orang terlibat dengan dadah, asalnya dia bukan hendak cari dadah tetapi hendak cari ubat. Dia hendak cari penawar bagi penyakit yang dihidapinya. Dadah disangkanya ubat. Dadah disangkanya penawar. Rupa-rupanya dia tersilap ubat. Dia termakan racun. Hakikat inilah yang orang tidak nampak.Ertinya, dadah itu penyakit kedua. Ia penyakit mendatang. Ia dilahirkan oleh penyakit yang pertama. Ramai penagih terlibat dengan dadah kerana hendak mencari ubat untuk penyakit pertama yang dialaminya. Cari sana, cari sini, terjumpa dadah. Rupanya bukan terjumpa ubat tetapi terjumpa racun.Begitu jugalah orang yang terlibat dengan maksiat yang lain. Asalnya kerana hendak mencari ketenangan. Hendak mencari sesuatu untuk mengisi jiwa yang kosong. Oleh kerana tidak ada panduan dan didorong pula oleh nafsu, maka mereka melibatkan diri dengan maksiat. Mereka sangka maksiat itu boleh menenangkan hati mereka.Penyakit pertama ini ialah penyakit jiwa. Ia penyakit rohani yang ramai orang tidak faham. Orang cerdik pandai pun tidak faham. Mereka tidak faham apa bentuk penyakitnya, tidak faham puncanya dan tidak faham bagaimana cara hendak mengubatnya. Ia adalah penyakit batin atau penyakit rohani atau penyakit yang tersirat. Kalau dilihat secara lahir, penyakitnya tidak nampak. Ia penyakit yang terpendam di lubuk hati.



GEJALA PENYAKIT JIWA

Di antara gejala atau tanda penyakit jiwa ini ialah rasa risau semacam, rasa kosong, rimas dan runsing tidak menentu. Kadang-kadang yang mengidap penyakit ini ada duit, kaya, ada pangkat, ada nama dan glamour, ada ilmu dan sebagainya. Namun semua itu tidak dapat menghindar mereka dari dihinggapi penyakit ini. Fikiran menerawang tidak tentu hala. Hilang pedoman dan tidak ada tujuan dan matlamat hidup.Dia rasa keseorangan, tiada pembela dan tiada pelindung. Tidak ada tempat bergantung dan berpaut.Dia tidak ada tempat untuk mengadu dan bersandar. Tidak ada tempat untuk meluahkan perasaannya yang gundahgulana. Segala masalah terpaksa ditanggung sendiri.Dia terapung-apung dan hanyut dalam kehidupan. Sentiasa takut dan curiga, tiada harapan dan putus asa. Seolaholah dia sedang menuju suatu kemusnahan dan kehancuran yang dia sendiri tidak tahu apa bentuk dan hakikatnya. Jiwanya tidak tenang. Dia tidak bahagia. Dia ditekan oleh berbagai perasaan yang tidak menentu yang mencemaskan dan menakutkan..




PENYEBAB PENYAKIT JIWA

Di antara yang menyebabkan penyakit ini ialah tekanan hidup. Hidup adalah pertarungan antara susah dan senang. Kehidupan bererti berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dan cabaran. Masalah datang silih berganti dan bertukar ganti. Ia datang dalam berbagai-bagai tempat dan situasi yang tidak dapat kita jangka atau fikirkan. Ia berlaku setiap hari, cuma bezanya, ada masalah yang kecil dan ada masalah yang besar dan sungguh menekan perasaan. Masalah juga datang dalam berbagai keadaan dan bentuk. Ia melibatkan berbagai rasa. Suka dan duka, senang dan susah, gembira dan dukacita, jijik, benci, rasa lega, malu, jemu, sakit hati, kecewa, sakit dan sihat, miskin dan kaya, rasa lapang dan sempit, risau, tertekan dan seribu satu macam lagi. Masalah datang tanpa kita mahu dan tanpa kita tahu.Masalah berlaku tidak kira tempat dan masa. Ia datang ke rumah, ke tempat kerja, dalam bermusafir, di tengah ramai dan di waktu keseorangan.Ada kalanya masalah yang menekan perasaan itu berlaku tidak tahu puncanya. Tiba-tiba sahaja hati rasa risau, rasa kosong dan rasa runsing tidak menentu. Ini ditambah lagi dengan kekusutan keluarga, masyarakat yang porak-peranda, hidup nafsi-nafsi, negara dan pemerintahan yang tidak stabil, ekonomi yang tidak menentu, tidak peduli mempeduli dan tidak ada kasih sayang. Benarlah seperti sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: “Sesungguhnya dunia itu negara bala dan ujian.”


KESAN JANGKA PANJANG

Penyakit ini, kalau dibiarkan berlama-lama, jiwa akan menjadi semakin kosong. Semakin lama semakin risau dan runsing. Hati gelisah dan tidak tenang. Kalau yang punya diri tidak faham dan masyarakat pula tidak dapat membantunya, maka akan tercetuslah penyakit lahir atau penyakit kedua. Boleh jadi akan berlaku penagihan dadah, vandalisme, gangsterisme, lepak, bohsia, bohjan dan bermacam-macam lagi penyakit masyarakat yang lain.Ini kerana tuan punya diri yang mengalami penyakit jiwa, yang jiwanya kosong, hampa, risau dan runsing itu akan berusaha mencari ubat. Dia akan berusaha mencari ketenangan. Mula-mula mungkin dia akan jumpa doktor saikologi. Tetapi doktor saikologi pun ditimpa penyakit yang sama. Bila tidak sembuh, penyakit jiwa ini menjadi semakin serius, kronik dan menjadi-jadi. Pesakit jiwa ini akan mula mencari ubat lain. Di sini syaitan pun ambil peluang untuk mencelah dan menipu daya. Ada yang digoda mencuba dadah dan terus terperangkap dengan dadah. Rosak kesihatan dan menjadi ketagih. Bila tidak dapat dadah, badan sakit. Kenalah cari dadah dengan segera. Begitulah berlaku setiap masa. Habis duit, habis harta, susah ibu bapa dibuatnya. Kadang-kadang mencuri, meragut dan pecah rumah untuk mendapat duit membeli dadah. Masyarakat meluat dan benci padanya. Masyarakat mencaci, menghina, mengeji, menyisih, memulau dan menghalaunya.Ada pula yang digoda membuat segala macam maksiat yang lain. Minum arak, berjudi, berzina, merogol dan sebagainya. Sudahlah pesakit ini sengsara di dalam kerana sakit jiwanya yang tidak sembuh, ditambah pula sengsara dari luar disebabkan tekanan dan cemuhan oleh masyarakat. Tidak ada simpati, tidak ada belas kasihan dan tidak ada kasih sayang.Oleh itu, penyakit jiwanya bertambah-tambah serius dan kronik. Kalau dahulu, tekanan jiwa dan sengsaranya selapis sahaja iaitu hanya tekanan dan sengsara dari dalam tetapi kini dia terpaksa pula menanggung sengsara dari luar juga. Masalah dan penanggungannya bertambah-tambah berat sedangkan kekuatannya untuk menanggung beban itu bertambahtambah lemah. Dia makin tenggelam dan makin tenggelam di dalam seksaan dan penderitaannya itu. Siapakah yang akan memberikan simpati? Siapakah yang akan belas kasihan? Siapakah yang akan memberi kasih sayang? Di ranting manakah dia akan berpegang? Di dahan manakah dia akan berpaut? Atau akan kita biarkan dia hanyut dan tenggelam dalam seksaan dan penderitaannya itu. Atau kita sisihkan akan dia seperti anjing kurap di tepi jalan, untuk kita kutip “bangkainya” satu hari nanti supaya ditanam.


KEMBALI KEPADA TUHAN

Bagaimana penyakit jiwa ini boleh berlaku? Manusia rasa dia ada kuasa. Dia rasa dia kuat dan boleh buat apa sahaja. Bila ada cabaran dan tekanan hidup, rupanya dia tidak ada kuasa. Dia rasa tertekan. Bagaimana hendak menangkisnya? Bila tidak dapat ditangkis, maka jiwanya derita, dia rasa tension dan mengalami stress.Oleh kerana manusia tidak ada kuasa untuk mengatasi cabaran dan kesusahan, maka fitrahnya ingin agar ada orang yang membela dan menyelamatkan dia. Bila ada masalah, dia ingin agar ada orang yang menolong. Tetapi siapakah yang boleh menolong? Adakah manusia, sedangkan semua manusia mempunyai masalah yang sama. Apakah haiwan, atau tanaman sedangkan mereka tidak berakal. Apakah harta benda atau mesin atau ilmu? Sedangkan semua itu adalah rekaan manusia sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa.Kalau begitu, manusia perlukan satu zat yang kemampuannya di luar itu semua. Manusia perlukan satu super power yang lebih dari segala-gala yang ada di alam ini.Manusia perlukan Tuhan, Zat yang Maha Agung yang kuasa-Nya tiada mula dan tidak terbatas. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya dengan berkata jadi maka jadilah. Dia Zat yang Maha Menyelesaikan segala masalah manusia. Dia doktor yang Maha Pakar dan menyembuhkan penyakit jiwa manusia. Dia tidak bertempat dan tidak tertakluk kepada ruang dan masa. Dia boleh dihubungi, boleh menghubungi dan boleh menyelesaikan masalah seluruh manusia dan makhluk-Nya serentak dalam satu masa di mana sahaja.Malangnya, ramai manusia tidak percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham peranan Tuhan. Lebih-lebih lagi tidak cinta dan tidak takut Tuhan. Inilah yang menyebabkan jiwa jadi kosong. Inilah dia asas bagi penyakit jiwa. Kalau kita tidak tahu bahawa Tuhan ada peranan dalam kehidupan ertinya kita tidak ada pelindung, dan kita tidak ada pembela. Apabila ada masalah kita tidak ada tempat rujuk dan tempat mengadu. Kita tidak ada tempat bergantung. Kalau kekosongan jiwa ini berlaku satu hari, tidak mengapa. Tetapi kalau berlaku bertahun-tahun, ia jadi barah. Akhirnya barah ini pecah dan lahirlah penyakit jiwa. Manusia lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar kepada sesuatu kuasa yang gagah, perkasa dan mutlak iaitu Tuhan. Barulah hati manusia akan menjadi teguh dan kuat.Manusia perlu kepada Tuhan. Manusia perlu rasa bertuhan. Tuhan adalah segala-galanya. Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. Kurang rasa bertuhannya, maka kuranglah kekuatan jiwanya. Kuat rasa bertuhannya maka kuatlah jiwanya. Kalau seseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan dengan Tuhan, percaya pun tidak, kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi lemah dan rosak, dan akan dihinggapi penyakit. Akan timbullah rasa kosong, risau, rimas dan runsing. Akan hilang ketenangan jiwa. Allah ada berfirman:Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’du: 28)

KEMBALI KEPADA FITRAH

Apabila manusia lahir ke dunia, dia dibekalkan dengan fitrah. Fitrah adalah keinginan dan kecenderungan semulajadi. Keinginan fitrah yang paling besar dan utama ialah rasa ingin bertuhan. Rasa perlu kepada Tuhan. Rasa mahu kepada Tuhan. Rasa ingin membesar, mengagungkan, mengabdi diri dan bergantung dengan Tuhan.Orang yang tidak percaya dan tidak kenal Tuhan itu adalah orang yang melawan fitrah semulajadinya. Iaitu dia melawan kehendak hati dan jiwanya. Dia tidak memenuhi keperluan dan tuntutan jiwanya. Dia hanya mengikut arahan nafsunya. Percaya, kenal dan rasa bertuhan itu adalah makanan bagi hati dan jiwa. Orang yang tidak percaya, tidak kenal dan tidak rasa bertuhan itu ialah orang yang tidak memberi makan kepada hati dan jiwanya. Hatinya jadi gersang dan tandus, lemah dan longlai. Itu sebab timbul krisis jiwa. Itu sebab jiwa dihinggapi penyakit.


KESAN PENYAKIT JIWA YANG LEBIH PARAH

Orang yang mengidap penyakit jiwa ini terdedah kepada berbagai-bagai bahaya. Dalam hendak mengubat jiwanya yang parah dan menderita itu bukan terhenti setakat menagih dadah. Ini dianggap ringan. Di dalam kes-kes yang lebih berat, ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Ini penyakit yang maha besar. Dia akan ditimpa seksa Neraka yang amat dahsyat, kekal abadi selama-lamanya.Ada pula pesakit jiwa yang mencari ketenangan dengan membunuh orang sesuka hati. Dia rasa dengan membunuh orang, hati dia jadi tenang. Ada yang suka hirup darah binatang atau darah manusia. Ada yang mencari ketenangan dengan merogol. Ada yang mencari ketenangan dengan merosakkan harta umum (vandalisme) . Padahal, bagi orang yang sihat jiwa, semua perbuatan ini dirasakan keji dan jijik dan mendatangkan rasa bersalah (guilty conscious). Bagi orang yang sakit jiwa, dia melakukan semua itu untuk mendapatkan ketenangan. Bagi mereka, itu disangkakan ubat.Begitulah keadaan orang yang ditimpa penyakit jiwa. Dari sakit jiwa, berbagai-bagai perkara negatif dan berbahaya boleh berlaku sama ada kepada pesakit itu sendiri atau kepada masyarakat.Di Barat, oleh kerana mereka sudah terlalu maju dan terlalu jahat, gejala masyarakat sudah jadi budaya. Mereka tidak fikir masalah dadah lagi. Mereka tidak menagih dadah lagi kerana telah lali dengan dadah. Maka lahir pula penyakit lain yang lebih aneh dan tidak logik. Kalau di Malaysia, orang membunuh kerana hasad dengki. Ertinya dia ada sebab untuk membunuh. Kalau bunuh orang kerana hendak merompak, masih ada sebab. Di Barat, kerana jiwa telah terlalu rosak, sudah ada orang membunuh hanya untuk memuaskan hati. Jumpa orang, dia tembak dan bunuh tanpa sebab. Kalau di Malaysia, orang bunuh orang kerana ada sebab tetapi di Barat orang bunuh orang untuk mendapat ketenangan. Bagi dia membunuh itu adalah ubat untuk mendapat ketenangan jiwa.Sesetengah orang di Barat, dia mencuri bukan kerana hendakkan barang tetapi dia rasa bila mencuri, hatinya puas. Di Barat, orang mencuri untuk puaskan hati. Sudah dapat barang yang dicuri, dibuangnya. Ada juga orang, kerana penyakit jiwanya, kalau dia jumpa kucing, disiat-siatnya kucing itu. Kalau dia jumpa tikus, dihentaknya hingga lumat. Dia seronok dan merasa puas dengan kerja itu.Mungkin ada orang yang merogol kerana tidak ada isteri untuk melepaskan nafsunya. Tetapi di Barat, selain kerana nafsu, orang merasa puas hati kalau dapat merogol orang. Merogol itu sebagai ubat bagi jiwanya yang kosong. Jadi segala penyakit yang lahir ini adalah kerana penyakit jiwa yang tersembunyi.




JALAN KELUAR

Apakah yang perlu kita buat untuk mengubati penyakit jiwa yang tersembunyi ini supaya jangan timbul penyakit kedua atau penyakit lahir yang memberi kesan dan mengharubirukan masyarakat. Ini termasuklah penagihan dadah, gejala sosial dan berbagai bentuk maksiat yang lain.Bagaimana kita mahu mengelak supaya hati-hati mudamudi dan remaja tidak menjadi kosong, risau dan rimas tidak menentu. Supaya fikiran mereka jangan berpusing tidak tentu hala. Kita mesti cari jalan bagaimana hendak lahirkan satu generasi yang jiwanya tidak kosong, tidak gelisah dan mempunyai fikiran yang stabil. Kalau penyakit jiwa ini dapat dirawat dan disembuhkan, mengubat penyakit kedua atau penyakit lahir sudah jadi mudah.Untuk mengubatinya, kita kena pulihkan semula jiwa bertuhan. Beri mereka ilmu tentang Tuhan, ilmu yang boleh mendatangkan rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Fahamkan mereka tentang peranan Tuhan dalam kehidupan. Yakinkan mereka bahawa Tuhan adalah sangat diperlukan oleh setiap insan. Tuhan adalah segala-galanya. Setiap orang yang bertanggungjawab untuk memulihkan penyakit jiwa ini kenalah faham apa yang disebut di atas. Itulah ramuannya. Itulah penawarnya. Tidak ada yang lain.Di samping itu, sebagai tambahan:



* • Betulkan semula sistem rumah tangga

* • Stabilkan semula sistem masyarakat

* • Hapuskan hidup nafsi-nafsi

* • Stabilkan semula pemerintahan dan politik

* • Susun semula sistem ekonomi supaya agihan keperluan jadi merata.

Walaupun perkara ini bukan perkara asas atau pokok, namun ia adalah perkara tambahan yang dapat membantu.



PENYAKIT JIWA MAZMUMAH

Kita baru selesai membincangkan penyakit jiwa yang biasa. Selain penyakit jiwa yang biasa ini, ada lagi bentuk penyakit jiwa yang kesannya adalah jauh lebih serius. Ia dinamakan penyakit jiwa mazmumah. Kalau penyakit jiwa yang biasa itu gejalanya ialah rasa kekosongan, risau, runsing dan rimas, penyakit jiwa mazmumah ini pula ialah disebabkan hati yang telah diserang dan dikotori oleh sifat-sifat yang keji seperti sombong, tamak, bakhil dan lain-lain.Penyakit jiwa mazmumah ini lebih bahaya. Penyakit inilah yang boleh memecah-belahkan rumah tangga, memecahbelahkan masyarakat, memusnahkan perpaduan dan kasih sayang, menimbulkan perbalahan, krisis, jatuh menjatuh dan peperangan. Dunia hari ini lebih banyak dirosakkan oleh penyakit jiwa mazmumah ini dari penyakit jiwa biasa atau penyakit-penyakit yang lain.

Life,Care,Love,Speak and Leave

Live Simply

Love Generously


Care Deeply


Speak Kindly



And leave the rest to God.

Politik Malaysia.

Salam. Politik Malaysia. Entahlah...Kenapa sekarang ini Aku kurang berminat untuk membicarakan, membaca mahupun memikirkan politik Malaysia. Padahal dahulunya Aku adalah antara manusia yang merasa 'jelak' terhadap meraka yang mengatakan 'Aku tak beminat dengan politk so, Aku tak mahu ambil tahu semua tu!'. Tak mau ambil tahu? Kalau kurang minat Aku boleh terima. Ini tidak mahu ambil tahu. Itu kisah dahulu kala masa zaman2 sekolah menengah dan berlanjutan ke zaman U. Aku ingat lagi zaman sekolah ku. Aku boleh bercakap, berbincang dan menulis mengenai politik hatta dengan guru Ku. Dengan kawan sebaya? Tooooolong lah...Tiada yang berminat (Mungkin juga pemikiran Aku melebihi pemikiran mereka yang lebih suka membaca galaxi, dengar lagu 911, backstreet boys dll...hehheheheh jg mareh). Kat U dulu...sibuk dengan Teori teori...teori...kena ikut teori...jawab mesti ikut teori...jawab mesti tidak lari daripada skema jawapan...Semuanya buat Aku ARGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Bila mau kembang????????
Sehinggalah Aku nganggur... kerja.. nganggur.. kerja... kursus... bla bla bla bla. Mungkinlah daripada itu Aku lupakan Politik Malaysia kerana Aku yang lebih utamakan "How to pay My PTPTN loan!". :-). Sekarang isu DSAI dan Isu2 Politik Malaysia yg lain...sepertinya Aku tidak berminat.. Muak! Bosan! Masih isu yang sama... Isu lama diulang kembali... PTI, Liwat, Perumahan terbengkalai, Gajah Putih, Korupsi, Birokrasi, dlll....Mungkin juga disebabkan kerana Pemerintah ni tak kisah lansung impian Ku (Aku sorang ja' ka?) utk menghapuskan interest @ Riba PTPTN... Toooolonglah....

Pesta Seks Pelajar IPTA




Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullaham@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Jawapan sinis mencari ‘syurga dunia’ diberikan sekumpulan 16 remaja belasan tahun yang diberkas selepas menyertai ‘pesta seks’ sepanjang malam hingga pagi beramai-ramai dalam sebuah pangsapuri di Kajang Utama, Sabtu lalu.Lebih mengejutkan apabila serbuan di kediaman itu mendapati sepasang remaja sedang leka melakukan adegan seks dalam tandas, manakala satu pasangan lagi berasmara dalam bilik secara bergilir-gilir.Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, 31, yang melakukan serbuan ke pangsapuri yang dijadikan markas aktiviti jijik berkenaan, sejurus mendapat maklumat penduduk setempat.Menurutnya, dia menerima aduan penduduk yang menyedari aktiviti terbabit kerap dilakukan sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhampiran sebuah unit pangsapuri yang disewa untuk dijadikan asrama pelajar kolej berkenaan.
“Susulan maklumat itu, saya dan beberapa penduduk menyiasat dan menyerbu kediaman terbabit pada jam 11 pagi. Selepas yakin dengan lokasi dituju, kami mengetuk pintu rumah terbabit berulang kali sebelum ia dibuka beberapa remaja lelaki.


“Kami kemudian masuk dan menyiasat kediaman terbabit. Agak mengejutkan apabila kami mendapati beberapa botol minuman keras berada di ruang tamu kediaman itu dan mulut beberapa remaja lelaki serta dua perempuan yang berada di situ turut berbau arak,” katanya.Menurutnya, beliau kemudian mengetuk pintu tandas rumah berkenaan dan sekali lagi gempar apabila mendapati sepasang kekasih dalam keadaan separuh bogel dipercayai sedang melakukan hubungan seks di dalamnya.“Sebaik disoal siasat, gadis yang ditahan dalam tandas itu mengaku baru berusia 13 tahun manakala pasangannya seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun.“Ditanya mengapa mereka melakukan hubungan seks dalam tandas, pasangan terbabit memberi alasan bimbang perbuatan mereka diintai rakan lain yang turut berada dalam rumah,” katanya yang pernah terbabit dalam ratusan operasi cegah maksiat di sekitar Kajang dan Bangi sebelum ini.Ahmadi berkata, pemeriksaan kemudian mendapati satu lagi pasangan berkurung dalam bilik tanpa menyedari rumah berkenaan diserbu penduduk.“Ketika diterjah masuk, gadis berusia 16 tahun dan masih bersekolah berada di atas katil bersama pasangannya yang berusia 20 tahun. Mereka kemudian dikumpulkan di ruang tamu rumah terbabit sebelum disoal siasat.“Hasil pemeriksaan mendapati empat gadis yang ditahan berusia 13, 16, 18 dan 19 tahun. Semua mereka mengaku masih bersekolah dan menetap di sekitar daerah Kajang,” katanya.Menurutnya, semua 12 lelaki yang diberkas itu berusia 19 dan 20 tahun serta masih menuntut di peringkat diploma di kolej berkenaan.“Ketika ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu beramai-ramai, remaja terbabit secara selamba dan sinis menjawab mahu menikmati syurga dunia.“Kami menghantar semua remaja perempuan terbabit pulang ke rumah keluarga masing-masing selepas diberi kaunseling. Tindakan menghantar mereka pulang ke rumah dilakukan bagi memastikan ibu bapa pelajar terbabit mengetahui aktiviti sulit yang dilakukan anak masing-masing,” katanya.Katanya, ada antara ibu bapa yang ditemui terkejut sebaik diberitahu anak gadis mereka terbabit dengan gejala seks bebas bersama teman lelaki.“Namun, saya cuba menasihati mereka supaya lebih memberi perhatian dan bimbingan agama kepada anak bagi memastikan kegiatan dosa besar itu dihentikan.“Bagaimanapun, seorang daripada gadis ditahan yang berusia 18 tahun gagal membawa kami menemui ibunya berikutan ibu gadis terbabit didakwa sedang bekerja dan masih tidak pulang dari tempat kerja,” katanya.Ahmadi yang juga kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah (Rumah Iman) Bukit Beruntung, Selangor berkata, selepas disoal siasat dan diasak dengan soalan bertubi-tubi untuk memastikan kebenaran dakwaan gadis terbabit, akhirnya rahsia pekerjaan sebenar ibunya terbongkar.“Kami terkejut apabila gadis terbabit memberitahu ibunya pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Puchong dan hasil pemeriksaan melalui telefon bimbitnya, kami turut menjumpai beberapa keping gambar wanita berpakaian seksi persis gadis terbabit.“Apabila diasak, dia dengan selamba menjawab itulah gambar ibunya yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.Menurutnya, gadis terbabit turut mengakui ibunya sering membawa balik teman lelaki ke rumah untuk melakukan hubungan seks dan perbuatan keji itu dilakukan bukan hanya dengan seorang lelaki, malah bertukar pasangan pada setiap masa.“Kami hanya mampu mengucap panjang mendengar kata-kata gadis itu,” katanya.Katanya, gadis terbabit memberitahu ibu bapanya sudah lama bercerai dan mendakwa ibunya melakukan pekerjaan itu kerana tidak mampu melakukan kerja lain selain mengakui mudah untuk mencari duit dengan bekerja sebagai GRO.Menurutnya, akibat terlalu buntu memikirkan ke mana hendak membawa gadis itu, akhirnya mereka mengambil keputusan menghantarnya ke rumah seorang rakannya yang turut ditahan dalam serbuan itu dan memberi nasihat supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan keji itu.“Selain itu, kami membuat aduan kepada pihak pentadbiran kolej sebelum 12 pelajar lelaki berkenaan dikenakan tindakan dibuang asrama berikutan perbuatan keji mereka di asrama,” katanya.

Free Blog Tamplate and Skin

Mahukan perubahan!. Ini lah jadinya Aku dah bertukar HIJAU. Budak baru belajar... dan tertarik dengan tamplate / skin blog orang lain. Aku pun inginkan perubahan dan kalau boleh lain daripada yang lain.
Rupanya banyak benda yang Aku tidak tahu dan semuanya ada di hujung jari. Yah walaupun dihujung jari tapi sekiranya tiada sikap ingin tahu dan mahukan perubahan, apapun Aku tak jumpa atau dapat dan kongsikan. Hanya taipkan "free blog tamplate / skin" atau "tamplate percuma" di google. Banyak pilihan! Apa yang terkeluar dalam minda Ku..."macam mana dorang buat ni ar?" "Lama dah benda ni, Aku baru mau belajar." Berangan - angan juga nak buat tamplate or skin sendiri.
YAh! pilih - pilih punya pilih...argggggghhhhhhh!!!!!!! Rosak blog Ku! Tapi terpaksa Ku terima kerana itulah harga yang Aku perlu bayar untuk perubahan! dan akhirnya inilah hasilnya... Hriah dalam Hijau! I'm in Green!

Pregnant Hamil Mengandung Mattampu

Salam. Petang 110808 ni Aku dapat panggilan daripada nun jauh dari Jakarta... Siapa? My beloved kawang Ieya! Wah! Omongnya udah kayak orang Jakarta! Im really miss her... Happy go lucky orangnya..tak heran ramai peminat time bujang...hehhehehehheh. dah la hitam sweet...bolong cenning... Banyak2 gambar..gambar ni ja' Aku dapat share...gambar ni amik time di kedai baju...dia bli baju kahwin dan baju tema di sinilah!
Eh! Itu kisah tahun 2007. Ini Kisah July 2008. Dia dah mengandung! Alhamdulillah.. Katanya hidupnya kini bahagia dimanjai suami...hhuhuhuhu jeles gue...
Aku pun kongsi la apa yang Aku dengar2 daripada orang lain dan drpd juga bacaan ku...Itu sahaja yang Aku mampu dan tahu buat masa ni... Erm....utk yang lebih2 Aku servaylah dr internet! Dan inilah Aku dapat. Mungkin penting untuk Aku di masa depan....
Amalan Surah2 Semasa Mengadung
Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.