Laman

Persekitaran Kondusif Bentuk Kebijaksanaan Anak

Persekitaran kondusif bentuk kebijaksanaan anak

BAGAIMANA mengukur kebijaksanaan anak? Anda tentu sukar menjawabnya. Ini kerana ada kanak-kanak yang bijak dalam pengajian dan ada yang pandai dalam ilmu kemahiran. Ada kanak-kanak menunjukkan kebijaksanaan dengan membina blok-blok mainan menjadi menara menjulang tinggi, ada juga yang menunjukkan kepintaran menerusi lukisan cantik dan puisi puitis. Ada yang suka menjadi ketua kelas, ada yang lebih selesa menjadi kanak-kanak biasa. Prof Dr Linda S Gottfredson dari University Delaware, Newark, berkata kebijaksanaan memperlihatkan kebolehan umum seseorang itu memproses maklumat, hasil daripada pembelajaran, pemahaman dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Disebabkan setiap anak itu unik, tidak wajar untuk anda saling membandingkan antara mereka. Apa yang ibu bapa perlu lakukan, merangsang anak supaya mengeluarkan segala yang terbaik dalam diri mereka, mengenal potensi diri dan berusaha menjadi cemerlang. Genetik atau persekitaran? Hampir 80 peratus kebijaksanaan orang dewasa dikaitkan dengan genetik. Bagaimanapun, tanpa persekitaran yang kondusif, kebijaksanaan tidak akan ke mana. Genetik kerap kali mendapat ‘kredit’ atas sumbangan faktor persekitaran. Jika diambil kira faktor genetik, orang kaya akan bertambah kaya, orang miskin akan bertambah miskin. Ini kerana anak yang lahir dalam keluarga bijak dan kaya akan berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke tahap terbaik. Persekitaran yang kondusif berperanan dalam membentuk kebijaksanaan anak. Bukan semua kanak-kanak memiliki kadar IQ yang membolehkan mereka bergelar genius. Bagaimanapun, dengan dorongan dan sokongan ibu bapa, persekitaran yang menggalakkan mereka belajar dan bersaing secara sihat, mereka masih mampu menjadi bijak. Makanan untuk otak Makan dengan bijak untuk kesihatan otak bermula sejak dalam rahim. Selepas dilahirkan, menu ini berterusan dengan susu ibu.
Ajar anak untuk menyukai semua makanan yang sihat dan sedap sebaik saja dia tidak lagi menyusu badan. Ajar anak untuk mencuba semua jenis makanan dan mereka boleh memilih apa yang mereka suka dan tidak suka selepas itu. Kanak-kanak memerlukan lima atau enam kali hidangan makanan dan buah-buahan, dua atau tiga kali hidangan daging, ikan atau telur dan tiga atau dua kali susu. Jika anak gemarkan makanan bergaram atau manis, cuba anda tambah sedikit rempah ratus dalam menunya. Kanak-kanak juga perlu mengambil vitamin dan mineral dalam diet mereka. Dalam satu kajian didapati, kanak-kanak yang mengambil vitamin dan mineral mengikut jadual sepatutnya dalam masa tiga bulan, berupaya mempelajari 14 subjek akademik dua kali ganda berbanding kanak-kanak lain. Dalam sejuta kanak-kanak yang diberi sarapan pagi dan makan tengah hari di sekolah, pencapaian akademik mereka meningkat 16 peratus manakala 76,000 lagi tidak boleh diklasifikasi sebagai kurang bijak. Bina otot mental Dr Ingegerd Carlsson dari Universiti Lund, Sweden, berkata untuk melatih minda muda anak anda, baca sesuatu untuk mereka setiap malam. Stimulasi minat anak dan kecurigaannya dan galakkan dia bermain muzik. Bagaimanapun, muzik klasik seperti gubahan Mozart yang dikatakan boleh memperbaiki skor IQ tertentu disifatkan sebagai berlebih-lebihan. "Bayi, kanak-kanak dan kanak-kanak pra sekolah yang membesar di rumah tetapi sering digalakkan berbual, mendengar dan membaca cenderung memiliki IQ lebih tinggi dan berjaya di sekolah," kata Prof Frances P Glascoe dari Universiti Vanderbilt, di Timur Berlin. Justeru, Dr Thomas Darvill dari Universiti Oswego State University di New York menggalakkan pelbagai mainan lembut yang variasi warna, bunyinya dan menarik dalam bentuk dan tekstur. Selain itu, luangkan banyak masa dengan anak pada tahun pertama usianya bagi merapatkan ikatan anak-ibu atau anak-bapa dan merangsang pertumbuhan mentalnya. "Kanak-kanak yang dibiarkan sendiri menonton televisyen atau bermain video tidak boleh menjadi bijak," kata Dr Shawn K Acheson, dari Universiti Western Carolina di Cullowhee. Katanya, galakkan anak belajar secara aktif dan bertukar-tukar idea. Apabila mereka membesar, anak memerlukan masa dan kebebasan untuk bermain dan menjelajah. Justeru, jangan sekat mereka untuk belajar apa yang perlu mereka belajar. Bersukan, bermain muzik adalah contoh aktiviti yang memerlukan kanak-kanak fokus, disiplin dan menstimulasi pembangunan mental tetapi jangan sesekali memaksa mereka melakukannya atas minat anda sebagai ibu bapa. Dengan kata mudah, jika anda gemarkan bola sepak, jangan paksa anak untuk turut menyukainya sedangkan dia lebih berminat bermain hoki. Minat dan strategi pembelajaran setiap anak adalah unik. Untuk membangunkan kebijaksanaan dalam diri mereka, jangan abaikan cita-cita dan minat mereka. Ini boleh menyumbang kepada kejayaan mereka. Paling penting, jangan pula anda lupa mengajarnya untuk belajar mencapai cita-cita. "Hanya segelintir saja manusia yang bekerja mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Sebahagian lagi langsung tidak mengenal dan menyedari mengenai potensi diri. "Jika kita mengambil kira bagaimana anak berfikir, kita sebagai ibu bapa boleh memperbaiki pencapaiannya," katanya. Pupuk rasa cintakan ilmu Latihan untuk menjadi bijak sebenarnya usaha berterusan. Ditambah dengan diet sihat dan seimbang, anak boleh mencapai kejayaan yang diidamkan. Satu teori mengatakan, jika anda menambah keupayaan anak untuk belajar walaupun sekejap, pengetahuan itu akan kekal bersamanya untuk tempoh antara 20 hingga 30 tahun akan datang. Malah, sesetengah kemahiran akan kekal seumur hidup. Ibu bapa secara tidak sedar boleh mempengaruhi kejayaan kerjaya anak dan pendapatannya walaupun mereka mungkin tidak boleh mengubah skor IQ anak. Menurut teori 'Flynn effect' yang dirintis Dr James R Flynn dari Universiti Otago, New Zealand, purata IQ setiap populasi sebenarnya meningkat setiap generasi. Justeru, katanya, hadiah terbaik daripada ibu bapa kepada anak adalah rasa cinta untuk belajar. "Jika anda memupuk rasa cintakan ilmu kepadanya, tidak perlu bimbang mengenai IQ," katanya. Sumber webMD.com
Sumber Berita Harian Online
28 Oktober

My Beloved

Inilah yang aku pilih? Aku bukan banyak pilihan untuk memilih. Sebenarnya inilah yang aku dapat. Aku tidak menyesal kerana diberi jalan ini. Aku bersyukur, setelah pelbagai pilihan yang cuba ku cipta rupanya inilah pilihan yang tercipta sebegini untuk pilihan sebegini. Aku tercipta untuk pilihan ini agar aku lebih menjadi insan yang bermakna. Melengkapi kekurangan yang ada.

Aku memohon diberi kekuatan untuk memberi yang terbaik untuk mereka dan mereka yang lain. Kerana ku tahu dengan memberi yang terbaik untuk mereka2 aku akan mendapat yang lebih terbaik. Hanya kasih dan sayang memberi kekuatan untuk aku terus memberi yang terbaik. Untuk aku terus menjalani warna kehidupan ini.

kau dihati ku



Salam.
permulaan perjalanan aktiviti baru ku. semoga dengan permulaan hari ini memberi satu lagi warna dalam hidup ku... aku zaman sekolah rendah aku pernah bercita2 ingin menjadi penulis or jurnalis.. yala, hanya kerana keputusan UPSR penulisan aku dapat A. subjek yang lain ok2 ja... zaman sekolah ku, aku ada juga menulis cerpen sendiri.. tapi kasihan entah kemana dah cerpen2 itu.. yang peliknya pada zaman sekolah itu aku brapa minat baca novel cinta remaja... aku lebih minat novel yang lebih dewasa drpd umur form 1 - form 5 ku. aku tak suka novel or cerpen remaja bukannya apa.. mostly watak heroin or heronya digambarkan sebagai seorang yang sempurna. pokoknya hanya mereka yang cantik (F&M) sahaja yang dijatuhi cinta..kikikiki may be aku jeles... aku banyak baca novel or majalah yang lebih dewasa... mungkin kesan dari itu, pemikiran ku berbeza daripada rakan2 lain.. ya la... mempengaruhi sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan sikap ku pada hari dulu dan juga hari ini....

hari demi hari berlalu... pada hari ini aku siapa? dalam proses mencapai hari ini aku telah melalui pelbagai warna kehidupan.. sungguhpun aku belum mencapai kepuasan hidup ku, aku gembira telah melaluinya. perjalanan itu membezakan antara aku dan rakan yang lain walaupun ada kesamaan diantara kami.