Laman

Memaparkan catatan dengan label Psikologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Psikologi. Papar semua catatan

Aku yang banyak dosa...

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..
Ampun aku Ya Allah..
Masih lemah dalam menghadapi kerasnya jalanan...masih lelah menjalani jauhnya perjalanan..

Sering saja berlagak tabah..
Kerap membina kuat..
Namun aku tidak lepas dari rasa resah..
Apa aku ini punya dosa lebat..

Oh..
Kehidupan tidak sama putaran kipas
Boleh sahaja diatur hidup matinya
Menghitung perkara yg semakin limpas
Seperti sahaja org kecewa hatinya..

Kiri berjalan kanan pun jalan
Aku ini belajar bukan sekadar tahu kira.
Andai sahaja aku tahu mengira jalan
Tidaklah aku tetap senyum dalam dlm.lara..

Will Happen To You



"Just because something isn't happening for you right now doesn't mean that will never happen."

    Pernah anda berada dalam satu situasi di mana rakan anda begitu membantah tindakan rakan anda yang lain. Misalnya, rakan anda ingin berkahwin dengan suami orang dan dibantah oleh seorang rakan anda yang lain. 

Atau situasi di mana, anda dikatakan terlalu memilih soal pasangan hidup hinggah menolak cinta yang datang dan dikatakan itulah punca anda belum berkahwin.

Atau situasi di mana, anda perlu mempertahankan bahawa walaupun anak anda Autisma / ADHD misalnya anda tetap berkeras untuk mahu anak duduk belajar di kelas perdana. 

Nak berteriak sahaja "nanti kamu di tempat saya baru kamu tahu, baru kamu rasa!!!"

Dalam apa jua situasi yang terjadi terhadap orang lain mahupun teman kita, usahlah kita terlalu 'mendesaknya' mengikut apa yang kita rasa atau fikirkan betul. Itukan persepsi kita sahaja ianya mungkin di didasari oleh emosi atau pengalaman buruk kita.

Selami dia. Kalau pun ingin menasihati dan membantu rakan kita itu keluar daripada kepompong kehendak emosinya, lakukan secara lembut. Bermula dengan empati. Kita bersimpati kerana dia telah memilih kesilapan misalnya, jadi usah sergah dia untuk terus membetulkan keadaan. 

Orang yang tengah dalam bunga-bunga cinta akan membau setiap bauan bungan itu wangi walau ada di dalam taman itu bunga rafflesia. Begitu juga dengan orang yang tengah marah.... Cuba try test beri nasihat dalam durasi marahnya sedang berapi. Malah disergahnya kita.

Hey, 
Jika kita ada kawan yang sedang dilamun cinta pada kiraan kita dia telah melakukan sesuatu pilihan yang silap, bantulah dia namun jangan terus menghukum dia salah. Dia silap bukan salah. Kelak dia sedar nanti dia akan malu dengan kesilapannya. Jadi, usahakan untuk tidak mengakibatkan dia terpaksa menanggung malu yang lebih dalam bila dia tersedar nanti dek kerana berbalah besar dengan kita dalam mempertahankan cinta terlarangnya itu. 

Cuba berada di sepatunya, semua orang berpeluang untuk jadi orang baik-baik. Potensi untuk menjadi tidak baik juga tetap ada baik baik dipandanga manusia atau pada Allah. Dalam isu ini, memandangkan kita ini orang baik, jadi kita harus yakin rakan kita juga yang baik-baik cuma kali ini dia tersilap menyatakan pilihan iaitu berhubungan dengan suami orang (misalnya). 

Dalam 'kebaikan' dalam dirinya dia juga sebenarnya tidak mahu untuk memilih kesilapan itu cuma perkara itu datang kepada dirinya. Mungkin mudah bagi kita berkata 'lepaskan sahaja perasaan itu'... namun kita tidak terfikir how hard she start that feeling  . Bagaimana dia nak lepaskan dengan mudah ?

Berikan dia peluang dan masa. Biasanya orang baik - baik tidak terlalu lama kecewa jika putus cinta. Yang menjadi 'asam' selepas itu ialah hubungan kita dengan rakan kita itu. Jika prosesnya kita lakukan dengan baik, tidak menjeliknya maka hubungan kita selepas itu adalah baik. Jika sebaliknya maka sebaliknya. 


Hey,
Ermm... kita memang suka menyalahkan si pelaku tanpa mahu memahami si pelaku. Kadang kita berlagak lebih memahami si pelaku berbanding diri si pelaku sendiri. Mulalah membina sebuah manual untuk si pelaku kenapa dan mengapa sertaapa yang perlu dilakukan tanpa bertanya.... 

Perkara ini tidak berlaku dengan kita, bagaimana kita kata kita cukup mengetahui keperluannya. Mungkin dia tidak silap memilih jalan bersendiri untuk satu tempoh yang dia rancang kerana dia perlu ke simpang-simpang yang lain sebelum pada destinasinya. Alih-alih dalam menselusuri jalan di setiap simpang dia terlepas simpang perkahwinan dan terlalai yang tempoh yg dia tetapkan telah melebihi sepatutnya. 

Mengapa dalam perjalanan itu dia tidak singgah dulu ? Kan dia punya pilihan untuk singgah... Untuk kita sebagai rakan, memanggil dia singgah harus dengan lembut. Ke mari kau sebentar, tahukah kau, kau sudah hampir melupakan perumah satu ini. Tidak mengapa jika kau mahu terus berjalan, namun alangkah baiknya jika kau berjalan berdua...bertiga dan seterusnya beramai-ramai serancangan kamu....  

Perghhh... cair aku eh.... kan best kalau gitu.. ini tak, kau ni hah,, memilih sangat tu laa tak kahwin-kahwin lagi.... kui kui kui...... malas eh...

Tanggungjawab kita sebagai rakan memperingatinya dan membantunya... bukan menghukum. Dia punya sebab... dan ALLAH punya sebab untuk memperlamakan perjalanannya. Tidak semua orang dilahirkan mudah dalam mencapai cita - citanya. Jangan hanya kerana kita berjodohan awal kita pun 'memaksa' orang lain mengikut jejak kita tanpa memperdulikan masing - masing ada 'halnya' yang berbeza.

Apapun, kita dalam membantu rakan-rakan kita jangan kita pula MELAMPAU-LAMPAU.  Nanti kita berada disituasinya baru kita tahu apa yang dia rasa dan mengapa ia berlaku demikian dan melakukan demikian. Mungkin apa yag berlaku terhadap kita bukan situasi yang sama namun boleh jadi perkara yang sama. ;-)

Potensi diri dalam cinta


Ros, bunga ros. Kita dapat membayangkan pohon bunga ros yang penuh dengan duri dan durinya bukan alang-alang hebatnya. Untuk mendapatkan sekuntum bunga ros itu kit perlu berhai -hati agar tangan tidak terluka. dan dalam kecantikan bunga ros itu kita sanggup menggunting batangnya menggunakan gunting yng besar lagi kasar. "Mensiat - siat" durinya tanpa belas...... menunjukkan kesungguhan kita untuk memiliki sang ros yang cantik itu... :-)

Satu kisah disebuah apartment sederhana. Seorang pemuda juga sederhana ketrampilan dan personaliti dirinya telah dihadiahkan satu pasu pohon bunga ros merah yangbelum pun berbunga. Dengan rasa tidak terlalu teruja namun mahu mencuba untuk  'menjaga' bunga itu sekurang-kurangnya ada juga aktiviti baru  selain aktiviti rutin yang kadang membosankan dirinya.

Saban hari dia menyiram pohon itu, sambil menyanyi ...
"ku siram pokok bunga, ku jaga......"
Kelihatan pemuda itu gembira dengan rutin barunya.... di siram pagi dan petang....

Di suatu pagi di hujung minggu dari jauh pemuda itu melihat ada seputik mula menampakkan dirinya... Dia sangat teruja dan berpatah semula kebiliknya mendapatkan kamera canggihnya. Dalam hatinya berkata dia akan mengabadikan saat ini dan akan dikongsikan kepada rakan Faceboknya serta tag kepada beberapa orang rakannya. 

Argghh! Adddduuiiiooo!

Jari pemuda itu tertusuk duri. Keterujaannya terbantut malah marahnya menguasai. 

Mengapa ada begitu banyak duri dipohon ini? Mengapa di dalam 'diri' si ros merah yang cantik ini perlu ada duri yang tumbuh dengan bayakknya dan begitu tajam ??? 

Emosinya mula terganggu dengan perkembangan itu. Lebih menekankan  bahawa sepatutnya sesuatu yang cantik itu itu perlu ada perkara yang negetif seperti duri itu. Agak tidak puas hati juga sang pemuda itu... 

Pemuda itu membuat keputusan tidak mahu merakamkan saat perubahan itu.... dan keputusannya tidak di situ sahaja... pemuda itu juga tidak mahu lagi menyiram pohon ros itu.. 

Ah! Biarkan sahaja dia mati kekeringan.. nanti dia bertumbuh akan membikin  lagi banyak hal...! 

Bentaknya sendirian...

Pemuda itu membiarkan pohon ros itu begitu sahaja...tanpa dijaga dan disiram sebelum pun putik itu sempat berkembang. Lansung tidak mahu dia memberi peluang putik itu berkembang.

Begitulah juga dalam kehidupan kita. 
Sebenarnya ada 'sekumtum ros merah' yang sangat cntik dalam diri kita. Namun kira lebih cenderung melihat duri-duri yang tumbuh dalam kehidupan kita berbanding yang cantik itu. 
Kita dilahirkan dengan sesuatu yang begitu cantik dalam diri kita namun duri itu juga yang terlihatkan. 

Kita mula berputus asa terhadap diri sendiri, tidak mahu menyirami diri dengan kebaikan-kebaikan yang disediakan atau juga kebaikan-kebaikan yang mungkin akan tiba pada waktunya. Dan akhirnya kita sendiri mematikan potensi diri kita sendiri. 

Jika kita mampu dan sedar melihat potensi diri kita, Harus ingat juga insan lain yang tidak dapat melihat potensi dirinya. Tidak dapat melihat 'ros' dalam dirinya. Yang merasakan dirinya memberi susah kepada orang sekitarnya. Hadiah terbesar untuk mereka ialah membantu mereka keluar daripada bayangan duri dalam diri mereka. Bawalah mereka bersama bebas daripada minda 'sepatutnya'. Bersama dalam kelengkapan menjalani kehidupan. Mengubah duri - duri itu menjadi platform kekuatan dalaman. 

Begitulah ciri cinta.
Dalam kita melihat seseorang, kita tahu kesilapannya lalu  kita bisa menerimanya dalam hidup kita dan dalam masa yang sama kita mengiktiraf dirinya sebagai orang yang kita cintai dan terima. Pupuk pengiktirafan itu dalam jiwanya.
Membantu dia untuk menyedari bahawa mereka boleh mengatasi dosa - dosa lalu mereka. Tunjukkan dan sematkan padanya mereka boleh menjadi peribadi yang lebih baik dan bisa menakluki duri - duri itu. 

Dan InsyaAllah....Selepas itu dia akan berbunga-bunga......
Dalam Hati ada taman...

Siapa Aku di Hati mu


Dear Hati,
Siapa aku di hati mu? ada yang lain selain aku di hati mu? Mengapa kau cari yang lain sedangkan kita sudah menyimpul rasa sayang yang begitu lama, mengait bahagaia bersama.

Hehehe....Hati, lama sudah akutak berputis kan... mungkin tiada sebab untuk aku berpuitis... biasanya aku berpuitis bila masa emosi dirundung garuda... ;-). Untuk beberapa hari ini, Alhamdulillah hormon estrogen ku kiranya stabil.. ;-)

Seperti yang ku taipkan dalam wall fb ku, Jika kita ingin tahu, ALLAH SWT tetap mudahkan cara kita untuk tahu dengan bentuk apa sekalipun (dlm pelbagai cara)". 


Aku selalu memohon kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan ku dalam mendekatkan diri, dan Dia mengabulkan doa ku dengan membuka hati untuk belajar, memilih buku yang perlu dibaca, memberi kesihatan untuk membaca dan menemukan beberapa situasi yang membuat ku berfikir dan bermuhasabah diri.

Sebenarnya kisah rakan-rakan, perkongsia cerita daripada rakan - rakan atau situasi yang dihadapi mereka disekitar ku adalah pelajaran secara tidak lansung buat ku. Mendengarkan luahan hati kawan2, membantu dalam mencari maklumat akan tindakan kawan-kawan ada pelajaran disebaliknya.

Usah membiarkan diri cenderung cemburu negatif terhadap 'kemudahan' org lain jalan hidupnya. Cemburu positifkan... ada kebaikan yang mereka telah lakukan dengan itu Allah ganjarkan dengan 'kemudahan' dalam kehidupannya.

Usah melemparkan diri untuk terjun ke sangkaan buruk kepada pengkisahan rakan-rakan. Setiap yang berlaku ada balasannya dan balasan itu bukan sia - sia sebaliknya untuk pelajaran untuknya dan juga untuk ku. Yeah jangan sekali-kali memulakan sesuatu yang baik dengan tindakan yang tidak baik kerana karmanya ada. bukan untuk kita mungkin untuk anak-anak kita kelak.

Hei!!!!
Tiada kah manusia diluar sana yang mahu bertanya siapakah di hati mu  padanya? Aku yakin tidak terlintas disenak2 nafas mahukan suami mu ada dihatinya sebelum ini. Mahu marahkan keadaan? Kerana keadaan yang memaksa ? Mahu marahkan Tuhan ? Kerana Tuhan yang mentakdir kan begitu ? atau marahkan sahaja dirinya yang cuba2 merampas hak mu. uh.... kasihan kau ! Harus mengundur lagi tanpa perlu berjuang.

Berjuang?
Apa yang diperjuangkan kan? Emosi...perasaan atau akal mu? Atau rasa kasihan mu....

~~~~~anjing sudah mengaum ~~~~~ ZZzzzzzzz...



Teori Persepsi


Hati, 
Lain orang lain ragamnya, lain padang lain lalang, Begitulah kehidupan dan inilah warna-warni kehidupan. Sangat seronok kalau kita nikmati sahaja. 

Teringat kata seorang sahabat... Bilamana saya menyatakan bahawa bukan niat saya untuk memutuskan bicara saya dan 'dia' hari itu. Sahabat itu menyatakan dengan tegas bahawa tiada siapa yang akan tahu niat kita.. Yeah ada benarnya tiada siapa yang tahu niat kita melainkan kita menzahirkannya.

Berbalik kepada persepsi. Saya selalu menanamkan dalam diri saya bahawa saya harus menerima wujudnya perbezaan persepsi antara kita dan orang sekitar kita. Dan perbezaan itu boleh terjadi ekoran darpada berbezanya kita dari segi latar belakang usia, pengalaman, pendidikan, budaya, jantina dan juga pemahaman bahasa. Biasanya yang terjadi kita cakapkan dan maksudkan lain, lebih lain yang difikirkan dan difahami oleh orang lain. Umpamanya jika kita bersedia berkongsi status facebook, maka kita juga harus bersedia menerima komen-komen daripada kawan-kawan FB yang tentunya terdiri daripada persepsi yang berbeza. Membaca kenyataan kita darimata kaca mata mereka sendiri. Mungkin bagi rakan sebaya menganggap status kita itu bukan sekadar gurauan namun bagi seseorang yang veteran ianya satu perkara serius ataupun sebaliknya.

Perilaku individu seringkali didasarkan pada persepsi mereka tentang kenyataan, bukan pada kenyataan itu sendiri.

PERSEPSI
~~~~ngantuk dahhh~~~


Aku terima kamu



"aku tak hensem pun aku sudah kahwin! ada anak... kau! muka tak cantik tu lah tak kahwin - kahwin lagi...."

Allahuakhbar. 
Bertubi-tubi aku 'diserang' dgn penuh perasaan. 
Hati, nasib baik aku bukan manusia mudah tersinggung...walau ada beberapa khalayak manusia yang ada pada masa dialog itu. Mujur Allah 'meniup'kan rasa cool ketika itu dan memberi respon lebih matang. Ini bukan kali pertama terserlah 'kekurang ajarnya' terhadap aku... dan menurut  sahabat yg mengenalinya dia juga bukan yang menghormati isterinya maka sahabat tidak hairan dia akan bertindak / berkata demikian terhadapa aku. 

Hati, sambil-sambil menjalani kehidupan, aku membuat analisis sendiri. Mungkin analisis ini benar mungkin juga tidak namun, inilah hasil analisis ku  berdasarkan ilmu psikologi yg aku ada dan juga ilmu hidup yang aku alami.

Menjolok sarang tebuan.  Begitulah gambaran yang aku boleh katakan. Pada hari itu aku telah menjolok tebuan. Dan aku di sengat bertubi-tubi walau aku jolok hanya sekali. 

Ketika itu saya sedang 'menjolok' seorang lelaki aka suami yang sedang angkuh menampakkan kehebatan dirinya sebagai lelaki yang sebenarnya-benarnya dia baru sahaja membuka pekung kelemahan dirinya. Seorang yang amat rendah yakin diri namun berselindung di sebalik egonya. Astaghfirullah... bukan saya 'menembak' peribadinya. Sebaliknya inilah peluang saya belajar tentang peribadi lelaku /manusia. Melihat bagaimana manusia itu mengangkat 'kehebatannya' yang umpama tin kosong namun yang nampak adalah dia sebenarnya kurang yakin diri. 

Tidak menghormati, suka memaki, suka menentang, bersuara besar dalam menyatakan pendapatnya (menunjukkan dia tegas dan teguh), mendapatkan orang lain sebagai back up dan berperwatakan hebat namun, satu apapun kerjanya serta katanya tanpa ada tindakan apa lagi hasil.

Itulah adalah sebahagian daripada pelajaran hidup aku hadapi tentang seorang lelaki di sekitar. 

Moralnya? moralnya adalah hasil analasis.
1. Suami yang pendidikan rendah (maksudnya lebih rendah gaji) berbanding isteri biasa lekas marah-marah. Dia marah - marah kerana dia kurang keyakinan diri namun dalam masa yag sama dia mahu juga menunjukkan dia lebih berkuasa. 

2. Cepat dan mudah melenting menunjukkan ketidak puasan hatinya. Suka menentang dan komplen bilamana orang lain mendahului melaksanakan kerja.Bila dia ditugaskan marahlah pula sebab mengapa dia sahaja yang di suruh.

3. Mudah menyalahkan orang lain atas 'kemalasan' sendiri dan mudah maradang bila ditegur. Namun tetap menunjukkan ketrampilan yang hebat. 

Hati, Apapun ini adalah analisis PERIBADI ku sahaja. dengan subjek kajian sempit. Tidak semua lelaki aka suami yang lebih rendah pendidikan, gaji daripada isterinya begitu. Cuma kebetulan itulah yang ada dalam pelajaran hidup ku. InsyaAllah semoga mereka muhasabah diri dan sedar sebab nampaknya sudah ada proses menyamaratakan 'taraf' mereka dgn isteri mereka. 

Hati, untuk saya. Saya masih berpotensi untuk mendapatkan suami yang seperti mereka. Andaikata jodoh ku begitu, maka bersykurlah aku bahawa Allah telah mengurniakan ku pelajaran yang boleh aku jadikan panduan kelak. Kebersediaan ku menghadapi keyakinan suami seperti ini.... ;-)

Dear Future Husband.. I don’t want to be your girlfriend. I just want to be the one you call your wife. Your presence will give me happiness. You’ll be my halal prince charming. Riding your horse of Taqwa. Holding onto the Quran in your right hand and the Sunnah & Hadieth of Ahlubat in your left. I hear you’re worth the wait, so Ill wait Insha’Allah. My heart belongs to no one, I just thought I should let you know. It... belongs to Allah SWT and only Him. You’ll have to get lost in Him to find me and even then you’ll still have to rightfully become apart of my heart. Only through Him. What I’m trying to say is that WE have to get lost in Him to find each other. I hope you’re up for the journey. I know I am. 




Disebalik Keberuntungan itu mu itu.



Assalamualaikum w.b.t.
Orang yang tidak bergantung kepada keberuntungan, justeru sering beruntung.
Orang yang mengharapkan keberuntungan, sering mengeluhkan ketidak beruntungannya.
Keberuntungan berpihak kepada yang berupaya, bukan yang hanya menunggu.

Hati, saya suka kata - kata di atas. Dan amatlah mengena dalam kehidupan seharian kita yang sering melihat pelangi itu sentiasa ada di atas kepala orang lain dan tidak pula mahu berada si atas kepala kita sendiri. Padahal pelangi itu sudah pun berada di atas kepala kita sendiri begitu lama....

Apapun sebelum itu saya suka untu kongsikan pencarian saya apa yang dimaksudkan oleh "keberuntungan" dan yang berkait dengan kata 'untung' ini. 

1. Keberuntungan : Perihal beruntung; kemunjuran; kebahagiaan: Perkahwinannya dengan Aminah membawa ~ yang tidak bernilai.

2. Untung : Keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemunjuran: tidak ada apa-apa lagi yang menggores hari mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri ;

3. Keuntungan : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~;

Satu peribahasa yang berkait :
Ular telan babi, cacing yang bengkak perut.
Bermaksud: Iri hati melihat keberuntungan orang lain.

Keberuntungan, perihal yang berkait dengan untungnya nasib seseorang itu. Untungnya dia bersuamikan orang kaya, untungnya dia lahir daripada keluarga yang bisa mengatur kehidupannya yang lebih baik, alangkah beruntungnya dia sebab cantik. 

Dalam kehidupan ini, begitu ramai juga yang beruntung kan Hati. Untuk ke sekian kali dalam usaha yang 'memperbetulkan'  perjalanan kerjaya saya sebelum ianya akan menjadi masalah pada saya di masa hadapan. Saya berfikir, betapa beruntungnya kawan-kawan yang punya ayah ibu yang berpendidikan dan ada 'kuasa'. Mudah dia mengatur perancangannya. Berbanding saya dan beberapa rakan lain yang perlu mengatur ayat terlebih dahulu selain mengatur langkah untuk berurusan. 

Jika terus berperasangka buruk, tentu sahaja minda dan kata akan teriak 'ini tidak adil!, ini tidak adil!'. 

Tiada guna untuk terus mepertikaikan ketidak adilan itu. Akhirnya sakit sendiri mereka tetap sahaja yakin dengan apa yang mereka lakukan atau mungkin juga mereka juga malu atau dalam keadaan terpaksa mengikut jalan yang telah diatur oleh mereka. 

Hati, semoga saya istiqamah dalam melihat apa yang telah berlaku dan saya lakukan serta diperlakukan ini sebagai hikmah dan sayalah orang yang beruntung atas peluang-peluang ini. Jika saya tidak terfikir dan bertindak dengan 'urusan' ini saya tidak akan berani 'naik' ke atas untuk menyerahkan dan bersemuka. Dan mungkin juga saya tidak belajar mengenai sikap manusia dan karenah dan paling perit jika saya tidak berdaya untuk berusaha dan berkata terlebih dahulu sebelum redha.

"biasalah manusia, kalau diperlukan kita dicari diambil, bila tidak diperlukan kita di buang"

Satu kenyataan yang membikin urusan hari itu setakat hari itu sahaja. Selebihnya biarlah di hari lain. kenyataan itu menunjukkan tiada keberuntungan pun jika terus menyatakan hasrat hatta denga fakta. Adalah lebih baik berundur dalam senyuman dan yakin diri bahawa sebenarnya kami berjaya 'melihat' diri sendiri dan manusia lainnya. 

Tiada yang mudah. Tiada untungya pun jika kamu sudah memberi manfaat yg banyak mereka. Kecuali kamu berfikir keberuntungan itu ketika kamu berjaya menyatakan hasrat disalurannya dan mengikut saluran. 

Hati, InsyaAllah Semoga Allah menetapkan hati ini. Untuk tidak lagi melihat keberuntungan orang lain itu sebagai halangan sebaiknya sebagai hikmah. Ini kerana mungkin keberuntungannya itu ekoran daripada dayanya atau daya generasi sebelum dia dengan izin Allah. Mungkin juga mereka terdiri daripada manusia lemah yang memerlukan sedikit keberuntungan untung memudahkan urusan mereka dengan izin Allah. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Hati,
Keberuntungan juga di sama ertikan dengan 'nasib baik. Kebiasaannya nasib baik dilihat berdasarkan sisi manusia. 
"Nasib dia baik, sebab dia anak pengarah senanglah naik pangkat..!"
"Nasib baik aku ni kenal ramai orang di pejabat tu, kalau tidak susah juga urusan ni.."
"Nasib baik aku ada, kalau tidak jalan kaki sudah kau!"

Malang tak boleh ditolak,
     mujur tak boleh diraih.

Bermaksud

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. 
(Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).
Sumber: DBP


Astaghfirullahalaziim..
Peringatan untuk diri sendiri. Tiada orang bernasib baik / mujur disebabkan orang lain melainkan bukan dengan izin Allah s.w.t. 
Teringat kata-kata seorang sahabat dalam 'urusan' kami.

" Mereka yang punya 'kabel' ini bukan untuk membantu mereka 'masuk' tetapi memudahkan mereka 'masuk'. kalau mereka tidak punya kelayakkan, sememangnya tidak boleh masuk.

Yeah begitulah gamaknya. kalau pun bukan dengan izin Allah mereka tetap juga tidak dapat 'masuk' kan hati.

Berbalik kepada nasib baik /mujur ini, untung nasib kita urusan Allah. Orang lain yang membantu dalam keberuntungan yang kita perolehi adalah perantara yang dihantar kepada kita. Begitu juga jika kita telah memberi keberuntungan dengan orang lain, kita hanya perantara yang di izinkan Allah untuk bermanfaat. 

Tak mau, nda mau, sik mau sombong. Jauhi kesombongan atau cepatlah sedar bila terasa diri mula sombong. Orang yang sombong juga dibenci oleh orang yang sombong.. eee batapa kejinya jadi orang sombong... ;-)

Hati, 
Untuk hari baru dan tahun baru ini,ada bebarapa perkara yang saya mohonkan untuk diperkenankan dan dipermudahkan. Termasuklah untuk sentiasa berperasangka baik baik tentang apa akan berlaku ke atas diri saya kelak. Sekecil mana pun kejadian yang berlaku, ia tetap akan mendekatkan diri saya kepada Allah SWT. Dan semoga menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Angan ku..


Hati, kebelakangan ini aku rasa sedikit 'blurr' untuk memulakan tulisan. Blog yg satu tu dah mula banyak menyalin fakta sahaja. Untuk blog ini pun lebih kurang sahaja. 

Saban hari, aku mengait ilmu dan semain hari itu banyak perkara yang baru aku tahu dan mengingatinya semula. Ada  apa yang dibaca itu membantu dalam menguatkan jiwan dan adakalanya juga sebaliknya. 

Mengapa ianya sebaliknya? Hati lebih mengetahuinya kan.. umpama budak mengaji, baru mengenal huruf dan tentunya ada yang silap lalu di herdik bukan dibimbing dan diperbaikan walau kedua2nya berniat untuk memperbetulkan. 

Hati, bagaimanapun. dalam situasi itu, ramai juga dikalangan orang yang ada ilmu ini lebih berhemah dan lembut dalam mengajar... mereka membimbing dan membantu. banyak memberi peluang tanpa memaksa. Sykurlah, bolehlah mereka yang seperti saya ini tidak 'takut' lagi jengkel....

Hati,
apa terlalu berat untuk menjadi seorang yang baik peribadinya..? 
Sehingga terdetik ketidak layaknya diri disamping nya..
Sehingga terasa idaman ini sekadar angan yang melampau..






Jiwa ihklas....

Hati.
Menjadi jiwa yang ikhlas dalam semua emosi bukanlah perkara yang mudah bagi insan seperti aku. Namun bak bilang-bilang orang yag cuba tolong mengangkat hati yang gundah...ceewah... nothing is imposibble...


Hati.
Sebetulnya aku masih malu terhadapa mu. Sebegitu lama kita bersama tanpa sedikit pun kau marah, sedih dan kecewa terhadap ku... Kau maintain setia bersama ku... walau sekalipun aku pernah menyakiti mu. Terima kasih hati... Perjalanan ini kita lalui bersama. Perjalanan ini banyak yang telah pelajari dalam memberi makna dalam kehidupan.

Hati.
Mata tidak dapat menyembunyikan apa yang di rasa sepetang tadi bersama seorang sahabat. Mutiara indah itu sudah duduk di kaki tangga kelopak. Rasanya tidak sanggup lagi untuk aku membiarkan dia terus turun membilang setiap anak tangga. Sekali dalam lafaz itu,

 'Apakah salah jika berpoligami / bermadu?' .
'Apakah kamu tahu jiwa-jiwa yang sunyi dalam keramaian helai tawanya??'
'Apakah kamu sedar dalamnya hinggah ke ibu rasa dalam 1000 harapannya ?'
'Apakah kamu rasa...?

Hati.
Hal ini bukan hal aku. Bagaimanapun adalah tidak mustahil ini adalah hal aku. Jika tahap dan usia itu datang kepada ku. Aku bukan sekadar memahami bila aku di kasut ini.... di situasi..'apalagi yang kau mahu..?". Kasihan dia Hati.... aku sangat kasihan kan dia, Ti... mulanya ada menentang dalam benak ku Ti.. tapi setelah lama berpinar di otak fikiran ku....fikir menyoal ku .."salah kah?". dan ayat ini yang membuka matahati ku...

"Majoriti isteri yang tolak poligami bukanlah kerana terlalu sayangkan suami sehinggah tidak sanggup berkongsi tetapi kerana terlalu sayangkan diri sendiri! "
 (Ustad Ahmad Emran FB)

Provokasi.
Hati,aku mula memberi peluru provokasi pada pihak2 tertentu. Ternyata mereka kurang setuju dan terlalu cepat tidak setuju dengan mempersembahkan peluru-peluru yang lagi hebaq2... aku mengakui kehebatan pelurunya itu. Bagaimanapun aku cuba untuk mereka memahami sedikit paling kurang pun apa yg si teman rasakan.... Aku sekadar cuba memahamkan kerana aku tetap berisiko dalam situasi ini pada masa hadapan.
SEKADAR MEMAHAMKAN agar tidak bias atas terlalu sayangkan diri sendiri.

Hati.
Jalan apa yang aku pilih suatu masa nanti tetaplah bersama ku. Denga Izin Allah, aku belajar untuk membersihkan mu. Menyucikan mu. semoga Allah memudahkan urusan ini.  Ikhlas dengan apa yang berlaku, telah berlaku....masa hari ini harus ku nikmati dengan berpandu agar tidak tersasar pada landasan masa depan.

Amin....

Cinta Puzzle

Hati.
Hari ini sempat bersembang dengan seorang rakan. Dan bertanyakan apa khabar 'tempoh 2 minggu' yang pernah dia katakan. Pasti Hati mahu tahu apakah maksud tempoh 2 minggu itu. Begini, beberapa minggu lalu rakan ada pergi ke sekolah. Seperti biasa topik persembangan kami adalah berkenan dengan jodoh. Apa lagi yang ingin disembangkan kan...lagi-lagi kalau mahu mengupdatekan cerita dengan kawan-kawan sefikiran.
Teman menceriataka dia telah diperkenalkan dengan seorang lelaki pemalu oleh rakannya yang lain. Jadi si kawan memberi tempoh 2 minggu dalam usaha itu. Samada 'menjadi' untuk diterusan usaha atau sebaliknya.

Mengusik si kawan dalam chat tadi. Dia menyatakan begitulah cinta puzzle. serba serbi berteka teki dan menanti jawapan diakhir penantian.

Hati.
Puzzle....eeermmmm apakah yang dimaksudkan PUZZLE..?   Jom kita tengok...

puz·zle
noun /ˈpÉ™zÉ™l/ 
puzzles, plural
  1. A game, toy, or problem designed to test ingenuity or knowledge
  2. A person or thing that is difficult to understand or explain; an enigma
    • - the meaning of the poem has always been a puzzle
verb /ˈpÉ™zÉ™l/ 
puzzled, past participle; puzzled, past tense; puzzles, 3rd person singular present; puzzling, present participle
  1. Cause (someone) to feel confused because they cannot understand or make sense of something
    • - one remark he made puzzled me
  2. Think hard about something difficult to understand or explain
    • - she was still puzzling over this problem when she reached the office
  3. Solve or understand something by thinking hard


Dalam kontek bicara kami. Aku mengambil maksud kata kerja yang diwarnakan iaitu menjadi punca kekeliruan hati seseorang kerana tidak dapat memahami maksud sebenarnya.

Hati penuh dengan teka - teki. Berteka adakah sang penjantan di sana sudi atau sekadar mengisi kekosongan hati mereka. Atau orang tengah yang beriya-iya dalam menyatukan sampai terlalai bahawa orang di sana memiliki kriteria pilihanya sendiri mahupun mahu sekadar memenuhi kemahuan dan menghormati kesugguhan orang tengah ini.

Hati,
Untuk diri ku sendiri, aku sepertinya sudah hampir letih dengan mainan puzzle ini. Sudah pernah untuk aku membangkitkan, melawan untuk tidak terus dipuzzlekan. Ku segerakan mencari jawapan dan syukurlah. semakin segera semakin baik. Untuk puzzle kali ini, terlalu cepat aku diberikan jawapan. Terima Kasih. Sungguh aku tidak perlu lagi tenggelam dalam mencari lagi kepingan-kepingan yang hilang dalam melengkapi hamparan puzzle ku.

Hati,
Adakalanya aku risau. Yeah sudah sepatutnya aku risau. Aku takut ada bibit marah atas kekurangan ku dan ketidak menjadian apa yang diusahakan dan yang di tolong diusahakan.

Apapun aku tetap berdoa dan mengingat kata2 ini....

Sahabat ku yg baik hatinya dan masih 'single',
Jodoh memang perkara ghaib. Ada seseorang yang mudah sekali datangnya,
Tapi bagi yang lain teramat sulit dan susah..
Di sinilah, letak Keyakinan kita kepada ALLAH diuji.
Seberapa sabarkah kita mencari pasangan jiwa dgn cara yg halal?
Seberapa kuatkah keinginan kita dalam mencarinya ?
** Semoga tiada bibit marah atas 'kekurangan' dan kesalahan diri.

Aku takut Ti, bila ia kan menjadi terlalu panjang masa aku memikirkannya.  Ti, apapun aku tetap mempertahankan 'kekuatan' yang aku bina selama ini. Keberanian kata2 ku biar setara dengan fikir ku dan aku yakin Hati juga begitu kan...
  “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Al-Qasas, 28:24)

Siapa yang belum menikah lagi, boleh amalkan ayat ni, baca setiap hari, insyaAllah dipermudahkan jodoh. Asbabnya Nabi Musa a.s membaca doa ini lalu Allah permudahkan urusan beliau dan pertemukan jodohnya. (sumber :Syahirul.com FB)

Janganlah bermain puzzle lagi...TCH sudah mula letih...kalau padi katakan padi, tidak ku bertampi-tampi.....   

Puisi Apa Lagi

Salam... sekali lagi terlalu lama aku tidak menyapa mu.... berkongsi suka duka ku...  Ku tahu kau tetap setia melayan aku.

Sendirian diantara keramaian teman,
hilai tawa menghambur resah
kekek kan kelucuan
tiada yang kisah
hatinya lencun
basah.

Hati.
Teringat aku kata seorang yang berkaliber. Katanya kalau mahu tahu adakah hati kita ini sihat dan bahagia, rasakan ketika bangun dari tidur. Jika kita rasa kurang enak, stress pokonya tak bestlah... ini bermakna hati kita tidak sihat.

Hati, aku harap kau sihat. Aku sentiasa belajar dan mempertahankan agar kau sentiasa sihat. Aku mahu meminta maaf, sebelum ini aku banyak menyakitkan engkau dan mengakibatkan engkau sakit.

Maaf sekali lagi. Aku tetap mahu belajar menyembuhkan mu... memperbaiki mu... semoga sahaja dipermudahkan urusan.

Sebut 'dipermudahkan urusan'. Alhamdulillah, ketika aku bermuhasabah diri mengingat titian hidup ku. ternyata banyak sudah urusan yang dipermudahkan dalam urusan ku untuk aku belajar dalam memperbaiki hati. Cuma aku yang kurang menyedari.  Berkesempatan mengenali rakan - rakan yang baik dan membina membantu dalam pembaikan Hati. Alhamdulillah.

Hati,
Sebentar hati jadi tidak keruan. Kerana geramkan dan marahkan perjalanan sepanjang tiga daerah ku lalui serba tidak kena. Seberntar tadi Hati terkotor. Bibit dendam memunculkan tunasnya. Sepertinya mahu saja ku lemparkan kata maki... mahu saja ku lemparkan kasut ini.

Maaf kan aku Hati,
Betullah dikata, bermula dengan kerosakan hati, emosi jadi tidak keruan, dilunaskan kepada mulut bicara dan di habisi dengan perilaku. Tiada sedikit pun manfaatnya. Hatta pada diri dan juga orang lain.

Beristighfar.
Semoga kekejaman ku menzalimi mu bisa kau maaf kan. Bertahan dengan lapang dada. Menerima bahawa aku punya kau, Hati. Yang masih cekal dan InsyaAllah sentiasa sihat dan berusaha untuk lebih menyihatkan mu tanpa membilang buruknya orang itu membikin aku ku tersiat lagi.. :-)

SEBAB AKIBAT DALAM KEHIDUPAN


SEBAB AKIBAT DALAM KEHIDUPAN

by TeaCha Hai on Sunday, August 28, 2011 at 8:53pm


Adik-adik saya yang baik hatinya,

Berikut adalah tiga AKIBAT yang penting 
bagi keberhasilan kita:

Akibat kelahiran, yaitu KECERDASAN. 
Konon, ibu yang minum sarang burung saat hamil, 
anaknya terlahir cerdas. 
Ibu saya dulu juga mencoba, tapi keliru bihun.

Akibat belajar, yaitu KEPANDAIAN. 
Yang cerdas akan dikalahkan oleh orang biasa 
tapi yang ikhlas belajar.

Akibat pengalaman, yaitu KEBIJAKAN. 
Orang yang berguru kepada pengalaman,
akan memimpin orang yang cerdas dan pandai.

~ Mario Teguh FB 28082011 ~

Assalamualaikum wbt dan Salam Se Malaysia buat sahabat maya ku. Agak lama saya tidak menulis di ruang nota ini. Dan beberapa nota "disembunyikan" atas dasar ada keterbukaan keterlaluan dalam menceritakan isi hati dalam ruang maya ini. Bukan salah siapa untuk menafsir mengikut persepsi masing-masing... Namun khuatir disilap fikir...kerana tidak semua daripada kita 'empati' atau berfikiran terbuka.. ;-)

Kebelakangan kembali jiwa agak kacau sedikit. Memikirkan sebab akibat. 

Sebab Akibat 1.
Saya pernah menyatakan kepada seorang sahabat. Usah dipanggil nama anak perempuan itu dengan nama panggilan "Man" (nama penuhnya Aiman). Ini kerana dengan keterbiasaan panggilan itu berkemungkinan dia akan menjadi perempuan yang 'kasar' bila besar kelak.. Seperti saya, semasa kecil, saya dipanggil dengan nama Harry...dan jadilah saya seperti hari ini..bukan jadi idaman lelaki yg mahukan isteri yg bersuara lembut...dengar tidak dengar suaranya kalau bercakap dengannya... Namun sahabat itu menyatakan bahawa... anak perempuannya tidak panggil dengan nama 'agak kelakian' pun namun anak perempuannya juga agak 'kasar dan lasak'.. mungkin ada sebab akibat yang lain... satu2nya anak perempuan dan bongsu...dan maknya juga agak lasak... ;-) .

Sebab Akibat 2.
Saya baru sahaja berkongsikan sebab akibat siapa dan apa yang menjadikan pemikiran saya kini. Bukan untuk menafikan kenyataan sahabat itu yang mengakui saya lebih tahu tentang ilmu teori kehidupan sebaliknya untuk menjelaskan kepadanya akibat pembacaan saya di usia muda. Di usia sewal 13-14 thn saya sudah membaca majalah dan novel dewasa. Tentang perkahwinan, tentang psikologi tentang psikososial, tentang teori motivasi, tentang politik.... jiwa memberontak ada dalam diri saya bila melihat orang dewasa tidak menjadi seperti sepatutnya mereka menjadi... Dalam satu ketika saya ada keyakinan 'melawan'. Mungkin ini juga sebab akibat saya lahir dari keluarga yg 'dibuli'..harus mencanai kekuatan dalaman dlm sudut lainnya... Bagaimanapun, diakhir bicara itu saya tegas menyatakan saya juga manusia...iman tidak sekuat mana...bisa lemah ditelan dek masa... teori tidak akan sama dengan praktikal...kuatnya teori itu membikin sy boleh jadi lebih ego...lebih mencari kesempurnaan dalam memilih...dan lebih bersifat terbuka tentang kesan akibat kehidupan yang saya hadapi kini....hari ini adalah lebih berharga. 

Sebab Akibat 3. 
Disaat saya meletakkan beberapa kriteria yang saya tidak akan memilih itu, saya tidak terfikir akan kesan akibatnya dan sejauh ini kriteria itu membawa saya ke hari ini. Dan set minda itu saya tidak pernah tulis pun di dalam diari ku. membelek semua diari lama... tiada satu pun ada tertulis kriteria itu. Jadi bagaimana ia begitu melekat dan beberapa tahun sudah umpama menjadi 'reverse psychology' kepada saya. Seingat saya saya hanya menyatakan kriteria itu bila sudah ada usaha dikalangan sahabat 'membantu' saya mencari pilihan tanpa bertanyakan kriteria saya. Sebab akibatnya.... perkara yang kita tidak mahu itu biasanya itu yang kita perlukan..... adakah saya masih mahu 'ego'?

Sebab Akibat 4.
.....cukuplah 3 sahaja.... hihihih.....

Apapun pernyataan pendek Pak Mario di atas amat mendalam. Sebanyak mungkin menusuk kalbu gitu.. dalam mengembalikan semula keyakinan diri dan ketahanan diri.

Klimaks kepuasan kehidupan setiap orang adalah berbeza.

Ada yang puas dengan sekadar Kelulusan Sarjana Muda atau lebih dari itu walau dia tidak pun khatam Al - Quran. 
Ada yang puas bersuamikan/beristerikan yg kacak/cantik walau malasnya bekerja tahap gaban atau sekadar sahaja.
Ada yang puas bekerja sebagai jaga waktu malam asal siangnya bersama keluarga.
Ada yang puas bekereta proton saga lama asal ada simpanannya untuk ke tanah suci.
Ada yang puas solo asal risiko perceraian / derita lepas kawin itu InsyaAllah tiada. 

Yang pastinya masing-masing punya sebab akibat kenapa hari ini. sedikit ralat hati bila ada terlalu memilih itu jadi 'main mind set' dlm melabel.... tidak kesahlah saiz kasut kita lain2...

Ya Allah, terima kasih atas kesempatan pelajaran hidup yang Engkau kurniakan. Di saat aku TERfikir mengapa 'keberuntungan' itu Engkau berikan pada mereka sahaja... mereka sendiri telah datang memberi jawapan benak soalan ku, bahawa Allah memberikan 'pasangan' setiap ketidak lengkapan kita dalam kehidupan.... disebaliknya mereka melihat sayalah yang beruntung....

~~BerkalungcintaTeaChaHai28.08.11~

Berburuk sangka - menyalahkan orang lain.


Orang tua yang memukul lantai
untuk menenangkan anaknya yang jatuh,
atau memukul meja saat sang anak terantuk,
sesungguhnya sedang mendidik anaknya
untuk menyalahkan orang lain, keadaan,
dan apa pun di luar dirinya jika dia mengalami kesulitan.

Sebaiknya kita menolong dan berbicara
dengan kasih sayang bahawa dia harus berhati-hati,
sehingga dia belajar untuk bertanggung-jawab
bagi kebaikannya sendiri.

Sebaiknya kita menolong dan berbicara
dengan kasih sayang bahawa dia harus berhati-hati,
sehingga dia belajar untuk bertanggung-jawab
bagi kebaikannya sendiri.
 ~Mario Teguh~
Membaca kenyataan di atas membuat diri melihat sekitar kehidupan. Kita banyak menyalahkan orang lain atas apa yang buruk / tidak diiingini berlaku terhadap diri kita. Kita sombong untuk  bermuhasabah diri, melihat kesilapan2 yang pernah kita lakukan yang menjadi punca / balasan apa yang terjadi kepada kita hari ini. 

  1. Menyalahkan calon belahan jiwa kita atas ketidak jadian mahligai perkahwinan yang dirancang. Sedangkan tidak mahu berfikiran positif bahawa itu adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kita bahawa dia bukan seseorang yang bisa bersama kita susah dan senang.
  2. Menyalahkan orang bawahan kita kerana tidak menyiapkan tugasan mengikut tarikh dan sebaik yang kita MAHUkan. Sedangkan kita tidak pun menyatakan dan menerangkan apa yang dia pERLU lakukan.
  3. Menyalahkan suami/isteri kerana tidak menyediakan sarapan kita diawal pagi dan menjadikan kita pemakan tegar makan luar. Sedangkan kita tidak pernah pun mahu berusaha untuk bangun awal untuk membantu menyiapkan anak-anak untuk bersedia ke sekolah. tidak mahu pun cuba menarik cadar untuk kelihatan kemas. 
  4. Menyalahkan ibubapa mengapa kita menjadi seorang yang naif tentang ilmu agama. Menyalahkan mereka kerana tidak membekalkan ilmu agama kepada kita. padahal ibubapa telah memberikan ilmu SEKOLAH semoga kita boleh BERFIKIR dan bisa menentukan jalan mana kita pilih, orang dewasa yang berusaha untuk menjadi yang baik.
  5. Menyalahkan BOS kerana membuatkan kita disisihkan. Sedangkan kita tidak pernah sedar bahawa kita tidak pernah pun menjadi pengikut / orang bawahan yang bertanggungjawab hatta beberapa BOS2 yang sebelumnya. Asyik jadi tukang komplen tegar namun tidak ada satu kerja/idea pun direalitikannya.
  6. Menyalahkan orang cantik/kacak kerana diri tidak dipandang pun dalam keramaian orang. Namun tidak pernah memikirkan bahawa orang cantik/kacak itu lagi sengsara hidupnya kerana mudah terdedah kepada fitnah. Tidak pernah mahu bersyukur bahawa kehormatan diri dijaga dan dilindungi Allah daripada bualan mulut, daripada koleksi imiganisi fantasi orang lain, dan daripada sikap riak!.       
Adakah dikedewasaan dan yang dikatakan berpendidikan tinggi ini kita masih menyalah orang lain atas apa yang telah berlaku ke atas kita?  

Masihkah mahu masih menyalahkan ibubapa kerana tidak memasukkan aku ke sekolah agama supaya aku boleh menjadi Ustazah. Orang yang aku cemburui kefasihannya mengaji Al-Quran, berbicara tentang agama, mahir membimbing anak-anak orang lain dan anaknya sendiri.

Semoga bila sampai waktu aku bertemu jodoh ku dan dikurniakan anak, aku tidak lupa akan ilmu keibubapaan ini. ;-) . tidak mahu disalahkan oleh anak ku sebelum mereka sempat sedar bahawa ibunya kurang ilmu berbanding ilmunya dan kesempatan dia menimba ilmu itu datang dari pengorbanan ibu juga... ;-)

Untuk diri ku, teringat pesan seorang Taukeh Cinta. Usah kau melihat kedai di sana yang ramai orang dan menyatakan "ramainya orang di sana....apalah yang mereka pakai tu?" . Dalam tidak sedar kita merintih atas ketentuan ALLAH tanpa mahu melihat usaha apa yang telah kita usahakan. Lagi2 kita berburuk sangka terhadap rezeki orang lain yang dikurniakan Allah kepada mereka. Dasyat!

Untuk diri ku, 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran : 8)

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
(Ali-Imran : 147)

THINK BEFORE SpEAK!!!!!

Peribadi Baru





11.06.2011 Sabtu Pagi. Pagi Sabtu yang cerah namun hujan sedang lebat.
Semoga pagi ini semuanya baik-baik sahaja. Bersyukur kita kerana diberi peluang untuk menatap hari ini. Dan diberi kesempatan untuk memoerbaiki diri dan peribadi. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Tuhan ku.

Aku tertarik dengan kata-kata Pak Mario pagi ini... Pagi hari adalah kesempatan bagi kita untuk menjadi peribadi yang baru. Menjadi orang baik dari hari kelmarin. Seperti yang telah dinyatakan dalam buku2 agama, ceramah2 dan juga kata2 teman2 yang baik hatinya.

"Barang siapa hari ini lebih baik dari hari kemarin, dialah tergolong orang yang beruntung, Barang siapa yang hari ini sama dengan hari kemarin dialah tergolong orang yang merugi dan Barang siapa yang hari ini lebih buruk dari hari kemarin dialah tergolong orang yang celaka" 

Mmm... Mahukah aku tergolong daripada org2 yang rugi atau lagi dasyat dalam golongan celaka.?    

Pagi hari adalah kesempatan. Satu lagi kesempatan bagi peribadi baru ku melihat diri ku. Lebih menyayangi diri ku, lebih menghargai diri ku, lebih menghormati diri ku...Lebih menerima aku apa yang telah dikurniakan-Nya kepada setelah apa yang diusahakan.   Memberikan rasa kehormatan pada diri, untuk tidak selama-lamanya memelihara perasaan marah, marah pada diri, marah pada keluarga, marah pada teman, marah kenalan, marah pada sekitar dan marah pada lelaki itu. Kemarahan yang hanya membuahkan fikiran tidak bersih bukan sahaja pada orang lain malah pada diri sendiri. Uh! Kejamnya. 

Di kesempatan pagi ini, binalah peribadi baru. Peribadi yang berupaya menyabarkan diri.  Menjadi orang yang lebih sabar bukan sesuatu yang mudah namun bukan juga sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Belajarlah duhai hati. Belajarlah untuk lebih sabar.

Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.“ [Fushilat:34-35]

Belajarlah menjadi peribadi yang baru. Peribadi yang lebih berlaku lembut dan penuh kasih kepada keluarga dan juga sahabat.Banyak sekali orang pada hari ini yang hidup dalam kekasaran kerana kemarahan. Marahkan sesuatu yang telah terjadi dan mungkin juga yang telah diperbaiki. Masih ada rasa jengkel, sebal di dalam hatinya. Marilah kita ikhlas menyingkirkan rasa kesal dan marah mengenai kesalahan daripada mereka yang kita cintai dan kasihi yang sesungguhnya sudah menjadi peribadi yang baik hari ini kerana penyesalan mereka. Semoga lebih kasih.
"Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.“ [An Nisaa’:148]

Apapun masalah kita, jika kita membaikkan hati kita, Allah akan membaikkan hidup kita. JANJI ALLAH TIADA MUNGKIRNYA.
Di bawah adalah doa agar diberi Allah kesabaran dan wafat dengan akhir yang baik (Husnul Khatimah) di mana kita bukan hanya dicintai Allah, tapi juga manusia:
 


“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu” [Al A'raaf 126]

Berhati-hati mengatakan TIDAK!



Teringat pesan mamaku semasa usia remaja ku dulu.....

"kalau ada lelaki suka kau, dan kau tidak suka lelaki tu...jangan kau meludah depannya, atau menunjukkan kau benci atau menyampah (sgt2) sama dia. nanti diorang apa2kan ko......."
Berhemah tolak cintanya......


RENCANA UTAMA kosmo online

Dendam lelaki kecewa

Lelaki sanggup bertindak ganas ke atas wanita yang menolak cinta mereka akibat kecelaruan mental ekstrem.


SESETENGAH lelaki cenderung melakukan keganasan selepas cinta ditolak. - Gambar hiasan.


DISEPAK dan ditumbuk malah disimbah asid adalah antara padah yang diterima si gadis kerana menolak cinta si jejaka.

Dalam keadaan yang lebih ekstrem, adakalanya tindakan agresif lelaki kecewa itu membawa kepada jenayah berat seperti rogol dan bunuh.

Namun jumlah sebenar kes serangan dan penderaan fizikal akibat cinta tidak berbalas tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana kebanyakan mangsa memilih untuk menderita dalam senyap.

Bagaimanapun, kes-kes seumpama ini dilihat semakin kerap berlaku seperti yang didedahkan media.

Terbaru, tindakan seorang wanita menolak cinta ‘peminat rahsia’ membawa padah apabila dia mendakwa ditumbuk bertubi-tubi sebelum diculik selama 11 jam oleh lelaki tersebut.

Culik kekasih

Kejadian itu mengejutkan Nor kerana ia dilakukan teman sepejabatnya sendiri.

“Belum sempat saya bertanyakan apa-apa, dia terus menumbuk muka saya menyebabkan saya terjatuh.

“Saya menangis dan bertanya mengapa dia bertindak demikian,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 21.

Katanya, dalam keadaan mukanya berlumuran darah suspek kemudian menarik dan menolaknya masuk ke dalam kereta sebelum memecut ke lokasi yang tidak diketahuinya.

“Ketika di dalam kereta baru saya tahu dia mengamuk kerana saya menolak cintanya,” dakwa Nor.

Selain itu, ada juga yang menggunakan laman web sosial untuk mengaibkan individu yang enggan membalas cinta mereka.

Shan, 29, terkejut apabila menyedari satu profil tidak senonoh mengenainya diwujudkan dalam laman web sosial, Friendster yang dipercayai dilakukan seorang rakan lelakinya.

Kejadian pada tahun 2008 itu mendedahkan latar belakang mangsa termasuk gambar-gambar peribadi, alamat, nombor telefon dan lebih malang turut diselitkan dengan ayat lucah yang menggambarkan mangsa seolah-olah wanita tidak bermoral.

Shan mendakwa sebelum kejadian, lelaki tersebut pernah mengugut mahu menyimbah asid ke mukanya dan pernah menjatuhkan air mukanya ketika menemui ibu bapanya di Negeri Sembilan.

“Akibatnya saya menerima banyak panggilan dan SMS daripada orang yang tidak dikenali,” ujar Shan.

Ganas

Menurut Pensyarah Psikologi Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya. Dr. Samsilah Ruslan, insiden yang melibatkan keganasan akibat cinta ditolak berkait rapat dengan personaliti atau kecelaruan mental ekstrem.

“Tidak mustahil individu tersebut mempunyai personaliti ganas sejak kecil.

“Suspek mungkin tertekan akibat pengaruh dadah atau menerima kesan akibat sejarah kehidupan dan pendedahan kepada cara hidup. Gemar menonton filem aksi ganas juga turut menyumbang.

“Elakkan daripada melihat aksi-aksi ganas yang keterlaluan supaya tidak terpengaruh.

“Jika terlalu terdedah kepada genre sedemikian, input yang ada di dalam otak akan tersimpan dan boleh menyebabkan fikiran dipengaruhi sehingga melakukan keganasan,” jelas Samsilah.

Kata Samsilah, kemahiran mengawal emosi yang betul penting bagi mengelakkan perkara negatif berlaku.

Bersemuka

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan keganasan ialah berbincang secara baik dan matang iaitu dengan bersemuka.

“Sekiranya kemahiran mengawal emosi tidak diurus dengan baik, ia boleh diterjemahkan sebagai tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh norma masyarakat.

“Kalau boleh, selesaikan secara berdepan kerana medium Internet dan telefon mudah alih hanya akan menimbulkan perselisihan faham antara kedua belah pihak.

“Ia boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati dan peluang untuk berkomunikasi juga menjadi sangat terhad,” katanya kepada Jurnal.

Selain itu, cara terbaik untuk menghadapi situasi cinta ditolak ialah dengan mengamalkan fikiran positif dan menganggap ia sebagai pembuka jalan kepada sesuatu yang lebih baik.

“(Apa) yang penting kita kena percaya kepada ketentuan Tuhan. Tidak semestinya dunia sudah berakhir kalau cinta ditolak.

“Jalan terbaik ialah cuba berjumpa kaunselor dan dapatkan input yang membina.

“Ketika dalam keadaan tertekan, kembalilah kepada cara yang telah disyorkan iaitu bertenang dan berbincang secara baik.

“Jika perlu, dapatkan orang tengah yang dapat mengawal situasi dan bukannya (penasihat) yang mengapi-apikan lagi keadaan,” nasihat beliau.

Maruah

Sementara itu, Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia, Prof. Dr. Suradi Salim berkata, senario cinta ganas sering berlaku akibat suspek tercabar apabila tidak dapat berfikir secara rasional.

“Setiap orang berbeza dari segi kaedah mereka mengendalikan kemarahan.

“Apabila mereka kecewa kerana cinta tak diterima, maruah mereka akan tercabar lalu mereka melakukan kekerasan.

“Tapi ada juga orang yang lebih rasional ketika berhadapan dengan situasi seperti itu.

“Dahulu kebanyakan masyarakat Timur akan menangani kemarahan dalam bentuk fizikal.

“Pendekatan budaya dan tamadun di dalam sesebuah masyarakat juga tidak sama.

“Sebelum wujudnya masyarakat bertamadun, ada yang sanggup membunuh untuk memusnahkan pasangan sekiranya cinta mereka ditolak.

“Pendidikan juga penting kerana semakin berilmu seseorang itu maka semakin bijaklah dia menanganinya.

“Disiplin turut memupuk seseorang itu menerima penolakan secara positif tanpa melakukan sebarang kekerasan,” ungkap Suradi.