Laman

B.E.L.I.E.V.E IN YOURSELF.... aribiy09


August..... Month changed again..
There are many friends around me have changed their jobs, and some even became a "changed" person. Change from single to married; students to working adult; has 1 child to more than 1 child's etc.. They changed for better, and it's never easy to make a decision to just change into a new environment when we are all get use to the usual stuffs; in the comfort zone. How dare you out of comfort zone? How dare me will cope every KEBARANGKALIAN?

In order for a change to take place, it is painful, is a tough decision to make.. and i need faith. No doubt i can't be 100% percent sure that is Allah's will for me but i'm sure Allah always know what I need and suppose to need. Yah....I need to change, change my habits, change my mind. Not be somebody else. Be somebody new n better.Only God can make all these changes possible!!

"Watch your thought, they become Words, watch your words, they become Action, watch your action, they become Habits, watch your habits, they become Character, watch your character, they become DESTINY. "

Babi itu membalas dendam?

Eh...makin menjadi - jadi pulak dah BABI ni.. ini kes balas dendam kah? Entah2 si BABI2 ini mahu balas dendam coz manusia sibuk2 nak robohkan kandang2nya.

Di sekeliling tempat kerja aku.. banyak bangunan dah tutup kecuali masjid, kuil dan gereja dan juga hospital mesra.. kami bila lagi?

Mungkin berkat daripada ahli2 syurga yang ada di dalamnya.... al maklumlah ada anak2 khas. Dapatlah kami merasa tempias keberkatan mereka sedikit.

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>

  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

  • Langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERAmendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Penjodoh Bilangan....


Hati Kau da Aku......
Hari - hari berbicara tentang hati..
Hari - hari berbicara dalam hati...
Hari - hari berbicara dari hati...
Hari - hari berbicara dengan hati...
Hari - hari berbicara rasa hati..
Akibat hati kau & aku..
Hari - hari berbicara suka hati..
Hari - hari berbicara ikut hati..
Hari - hari berbicara sakit hati..
Hari - hari berbicara pilihan hati...
Apakah hati bisa berkata...
Hati tidak bisa berkata...
hati cuma berbisik dan mulut yang berkata..
kalau pun mulut tidak bisa berkata badan bisa memberitahu melalui bahasanya...
Apa bisik hati..
Hati berbisik...
Jika itu jalanya, ikut jalan itu
Jika itu caranya, ikut cara itu
Kerana itu takdir yang ditulis bukan tertakdir.
Apa lagi bisik hati..
Berhati - hati apabila berkata.
Takut orang salah tafsir kerana
Bukan semua org hatinya sama
Bukan semua org bisa memahami hati org lain
Bukan semua org bijak memahami hati org lain
Bukan semua org tahu menafsir apa kata bahasa badan
Ada cinta dalam hati?
Cinta dalam hati pasti ada.
Cinta pada SIAPA, APA dan KENAPA.
Bukan hanya hati yang tahu.
Mulut sudah menyampai..
Badan sudah memperilaku..
Hati tiada rahsiah lagi..
Ada apa dengan hati...
H =
A =
T =
I =
>>>>>>>>>>>>>>>> Geylang Si Paku Geylang......
**************************************************************************
Hari itu...berbicara tentang perkhawinan...Mula - mula itu memikirkan aku bukannya manusia yang selayaknya untuk berbicara tentang isu2 perkhawinan atas alasan aku belum berkahwin. Bagaimanapaun itu hanya pemikiran aku. Hakikatnya aku juga layak dan berhak untuk berbicara tentang itu. Kerana aku yakin dengan siapa aku berbicara. Mereka yang cukup matang dalam kehidupan. Sudah cukup dewasa dalam menjalani kehidupan apatah lagi kehidupan sebelum mereka dialam perkahwinan.
Membicarakan isu memilih jodoh, menjodoh2kan, kesepadanan jodoh sehinggahlah pertanggungjawaban dalam perkhawinan. Zaman sudah merubah dan pastinya fiil manusia juga merubah..perspektif terhadap sebuah institusi sebuah perkhawinan juga berubah. Berubah dek kerana tuntutan zaman atau tuntutan diri manusia itu. Ada manusia menganggap perkahwinan itu sebuah lagi kitaran hidup manusia, ada manusia yang merasakan perkahwinan itu sebagai pelengkap sebuah status kehidupan dirinya sendiri (individu), ada yang menganggap perkahwinan itu satu satu tanggungjawab dan ada yang.............
Walaupapun tanggapan, pemikiran atau rasakan tentang perkahwinan, yang pastinya ia membawa perubahan dalam sebuah CORAK kehidupan manusia.
Lelaki zaman sekarang kurang rasa tanggungjawab dalam perkhawinan. Satu kenyataan bukan atas rasa busuk hati atau rasa prejudis kerana cintanya juga lahir untuk lelaki. Cuma sedikit pengasahan minda dengan melihat apa yang banyaknya berlaku kini. Dan lelaki isunya kerana lelaki adalah ketua sebuah perkahwinan.
Isunya Lelaki kini kurang bertanggungjawab. "Lelaki kini" kurang jelas maksudnya.. adakah lelaki yang lahir zaman2 aku atau lelaki2 "lama"yang baru berpeluang berkahwin kini. Namun isunya masih lelaki kini dan cuba membuat perbandingan dengan wanita kini (subjeknya adalah lelaki & wanita yang sama kerja dan pendapatannya).
Katanya lelaki/suami kini hanya merasakan tanggungjawabnya sudah cukup dengan memberi nafkah RM (tolak yg itu yer......). Urusan lain adalah urusan isteri seperti membayar bil2, menghantar - mengambil anak ke sekolah/tuition, memantau anak, memasak-membasuh-mengemas dll. Akhirnya orang gaji jadi satu keperluan zaman kini kerana isteri juga tidak atau kurang dibantu oleh suami.
Aku cuba berkongsi buah fikiran. Lelaki2 seperti itu banyak difaktorkan oleh latar belakangnya. Mungkin faktor latar belakang hubungan kekeluargaannya, bilangan adik beradik, anak ke berapa dll. Latar belakang ini boleh memberi faktor kepada siapa dia hari ini. Kalau dia dibangunkan daripada keluarga yang mementingkan sebuah institusi kekeluarga maka dia berpotensi tinggi untuk menjadi si suami yang mementingkan keluarga. Benar atau tidak...terpulang kepada pengalaman hidup masing2...
Apapun...
Berbalik kepada JODOH & PERTEMUAN KETENTUAN ALLAH
Andai kata sudah dijodohkan dgn mereka yg kurang bertanggunjawab, maka itu petandanya kita adalah org yg cukup bertanggungjawab. Jodoh bukannya untuk kesempurnaan... ianya untuk saling melengkapi..
********************Isu hari itu tidak panjang....masa perlu untuk yang lain.. rasa seronok berbicara ttg sesuatu yang selayaknya dibicarakan oleh org dewasa...

Ada mata tapi tak ada hati..

How hard being single........ #1


Being single in this age......


Memalukan? tau ianya sangat memalukan? Tepuk dada tanya diri.... kalau rasa malu cepat2 hilangkan kemaluan itu...dengan cara apa? terpulang kepada keimanan, kematangan, keperluan dan tahap kesabaran...apa u pilihannya terpulang kerana situasi ini berlaku kepada yang sudah cukup usia untuk dikatakan dewasa pemikirannya.


Sangat memalukan? Mengapa? tak tahulah mengapa ianya menjadi sangat memalukan.....telanjang ka dia? tak berbaju kah dia hanya kerana tiada yang melindungi? tiada yang menemani? tiada yang sudi di sisinya....


Sensitif...

Setakat mana ianya menjadi satu yang sensitif adalah berdasarkan kematangan dan keterbukaan bukannya apa yang sukahati rasakan. Bagaimana cara org lain bertanyakan, mencadangkan, menasihatkan, menyindirkan, membicarakan....


Bukan semua org layak berkahwin..

Lelaki....

Kenapa lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga... Dialah kapten sebuah kapal...

Lelaki yang sunat berkahwin: mereka yg mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin...Mereka ini tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.

Lelaki yang haram berkhawin: tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga lelaki berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.

Lelaki yang makhruh berkahwin: lelaki yang tidak mampu memberi nafkah namun berkemahuan untuk berkahwin.

Lelaki yang harus berkahwin: Lelaki yang tidak mempunyai sebab mendesak untuk berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
Di mana letaknya? Lelaki itu sudah yakin serba serbih... itu apa yang dilihatnya pada dirinya sendiri...itu apa yang dia rasakan pada dirinya sendiri...yakinnya sehingga boleh menolak kata org lain...sehingah menyanggah apa yang dilihat oleh org lain... Pelik! tetapi itulah ada yg wujud begitu...walau bukan semuanya begitu...

Rasa ini

Memilih apa yang kita rasa?
Aku memilih untuk apa yang aku perlu rasa atau ingin rasakan? Atau rasa itu datang dengan sendirinya. Datang seiring dengan apa yang ada jauh disudut hati.
Untuk beberapa hari ini aku cuba untuk kuat. Lagak ku sepertinya aku sihat. Sihat emosi dan fizikal. Namun aku tidak mampu. Seharusnya menerima hakikat bahawa aku bukannya sekuat mana pun.
Awalnya bersikap untuk bertanggungjawab tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan. Berjaya. Seterusnya... berjaya. Lagi...berjaya... Sehinggahlah aku lupa untuk bertanggungjawab untuk diri aku sendiri. Perlukah aku menyatakan bahawa aku bukannya orang pentingkan diri sendiri? Apa perlu aku melaksanakan tanggungjawab terhadap diri aku?
Rasa kasihan....
Aku mula rasa kasihan pada Aku. Jiwanya sahaja perlu dijaga. Sakitnya saja perlu org tahu. Tak tidur malamnya saja org kena tahu. Aku? Aku senyum hambar....senyum kasihan....
Rasa sakit..
Panggilan seorg drpd seorang Ibu. Sedikit mengingatkan aku. Ibu itu sedih..Anak2nya sakit..yang paling dia terkilan...Doktor kata tak pa...kita tgk lagi rawatan seterusnya... Ini sudah rawatan ke 3! Hati Ibu mana tidak sedih pabila melihat anaknya yg sebelum ini aktif jadi lemah? Aku? mengapa aku tidak mencari selama si anak ini tiada? Maafkan Ckgu....kerana dek melayan hati perasaan org2 dewasa ini aku jadi sibuk mengalahkan KM. Dan asal kau tahu...aku juga sebenarnya lemah...dan hampir longlai apabila usaha tidak disyukuri oleh org dewasa itu...
Butakah gaji ku?
Luarannya nampak mudah. Perspektif memandang senang. Streotaip sukar diubah..... Atau inikah dunia sebenar bidang ini? Kalau inilah dunia sebenarnya...patutlah dari duuuuuulu...tarafnya masih begitu. Salah org dlm bidang ini sendiri. Tidak mampu membuat perubahan sebaliknya hanya mampu mewarisi tabiat lama...mudah katanya....
Aku merasakan gaji ku buta bila mana hari2 jam kerja ku bukan mengajar....YMP
Kelompok manusia....
Manusia....Katanya hati bersatu. Katanya bukan pentingkan diri sendiri. Katanya setuju. Katanya berani. Katanya harus berjaga-jaga. Walau manusia itu ada kesamaan namun, manusia datang dari l/b berbeza, kekuatannya berbeza, tahap akalnya berbeza, tahap emosinya berbeza, tahap EQnya juga berbeza, keperluannya berbeza.
Ada yg suka berkata2, itu sebenarnya hanya kata2. Ada yang kata setuju, itu rupanya dia takut utk berkata tidak setuju. Ada yg lagaknya berani itu rupanya lagak sahaja. Ada yang suruh berjaga2 itu rupanya dia ada prejudis dgn org lain.
Apapun...
Satu jari telunjuk kita yg menuding kearah org lain sebenarnya
menunjukkan kpd kita,, ada empat jari lagi menuding kepada diri kita sendiri.

Apa lagi aku mahu...

Aku pernah kata...
Hidup ini tidak indah tanpa dugaan..
Hidup ini tidak meriah tanpa perubahan..
Hidup ini bosan tanpa kesempatan untuk memilih..
Hidup ini hambar tanpa perlu melepaskan yg pernah jd kesayangan..yg pernah jd milik..

Apa lagi aku mahu...
Allah telah memberi selayaknya aku miliki buat masa ini...
Dan aku pasti aku akan memilik itu bila tiba tikanya...

Namun...
Bila peluang itu datang...
Mengapa aku jadi rasa tidak yakin...
Tidak yakin pada peluang itu..
Tidak yakin peluang itu adalah untuk ku...
Apa aku tidak tahu apa lagi yang ku mahu...
Apa rasa diri ini tidak layak untuk peluang itu...

Apa lagi yang aku mahu...
Sebenarnya aku tidak boleh lari..
Sebesar mana perubahan yang aku ingin lakukan..
Sejauhmana aku nak ditempatkan..
Sepenting mana pilihan yang perlu aku pilih...
Sesibuk mana aku sibukkan diri ini...

Apa lagi yang aku mahu...
Saat ini aku merasakan hari2 begitu cepat berlalu
Semuanya datang dengan serentak
Sedikit membikin aku lupa aku perlu tunaikan apa yang aku mahu...
Andai mereka tahu...
Seego mana kata2 ku tidak sama serendah2nya hatiku....

PPSMI..Skema jawapan temuduga




Hari ini sudah diumumkan bahawa PPSMI dimansuhkan. Beberapa perkara yang yang sempat bertaut di sarang neoron terus berkembang ke dendrit dan semoga ia lama di long term memori ku sebagai persediaan temuduga... :-)..
1. PPSMI dimansuhkan.
2. Murid / pelajar era PPSMI kini akan terus melaksanakan sistem PPSMI tanpa gangguan.
3. Dengan itu PPSMI berlansung sehinggah 20012.
4. Dan masih ada elaunlah guru2 math ...tahniah yg manfaatkan elaun..dan rugilah bagi mereka yg tidak mahu berubah...
5. MEMARTABATKAN Bahasa Malaysia...(tetapi kenapa masih ada menggunakan Bahasa Cina / Tamil? mereka bukan "Malaysia?" ...KataMemartabatkan Bahasa Malaysia....mungkin yg itu2 berada di negara BUKAN Malaysia...mungkinlah...)
6. MEMPERKASAKAN Bahasa Inggeris...BI sudah cukup perkasa.. cuma kita aja yg menganggap BI itu satu jln utk org "pandai" dan "gaji besar"..
7. Sains ...Malaysia turun tangga...Matematik...lagi tergolek....(lupa dah fakta)
8. Yg paling aku ingat...PPSMI TIDAK DILAKSANAKAN SEPERTI YANG DIHARAPKAN... siapa pelaksana? Tepuk kepala ingatla sendiri...suruh belajar BI...dok duduk2 di pondok. kuarkan asap kepul2.... aku cuba berfikiran positif saja mengatakan aku saja yg tak pandai BI.
9. Pertambahan guru BI...guru pembantu DG41..
10.................................

Apappun kisah selanjutnya sudah dirancang... tentunya apa yang telah dirancang adalah yang terbaik kerana hasil daripada perancangan org yg terbaik... TIADA KAITAN DENGAN POLITIK...

Satu kali cuba mahu lagi.... SEKS dengan Kambing!

Satu kali cuba mahu lagi....lama - lama jadi ketagih..

Seram sejuk dengan kisah keberanian manusia generasi lahiran 90 an, 2000 an.....bukan bermakna lahiran thn sebelumnya tiada yang berani....

Baca akhbar The Sun....kata kebanyakkan anak gadis yang lari dari rumah adalah hasil daripada pujukan boyfriend...(boy frog)...kononya menjanjikan kehidupan yg lebih baik setelah keluar drpd kepompong ibubapa....Amboi....gadis! umurnya sudah tentu 17 tahun & kebawah... lelaki yg kononnya boleh memberikan kebahagian sudah tentu umurnya lebih 19 thn....kerja da konon....

Lagi...baca Daily Express.....seorg bapa buat laporan polis anak gadisnya dirogol dan dicabul...anak gadis 13 tahun...BUDAK2 lelaki yg masih pakai seluar hijau itu umur 17-19 thn... mereka berganti merasman nenen dan ........................................ yg satu ini merakam aksi berani itu... nasib baik 13 tahun..jd bapa ble buat laporan merogol.....

Lagi2 baca kosmo online....ketagih seks! sanggup buat dengan kambing!...eh ....sanggup buat seks dikandang kambing!!!!!! Lerr........murahnya kemaluan...

Hari tu....pergi watson CP, alalalla terbahak2 sepasang budak muda ini pilih2 kondom....cuba berfikiran positif dgn mengatakan mereka adalah suami isteri cuma rezeki mereka awet muda dan saiz badan kecil.... tapi tgk perangai....palis2...

******* Hari ini aku mengeluarkan perkataan yg sudah lama aku mansuhkan dlm mulut ku.....aku betul2 marah....aku marah bila org lain terutama org yg aku tdk RAPAT cuba bermain, bergurau dgn harga diri aku ....aku punya mak, aku punya bapak, aku keluarga, aku punya kawan2 dan aku punya bangsa yang semuanya org baik2 serta bangsa yg berpegang pada siri' ....... Senyum...cara lain mengawal marah ku... Aku bersikap terbuka namun terbatas....**********


MJ in memories..... Live on TV

"You Are Not Alone"
Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone'Lone, 'lone
Why, 'loneJust the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin
Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be thereYou are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone...
-MJ-
***Aku hanya melihatnya dari sudut sejarah, psikologi, tekanan, semangatnya, keinginan, karisma, impiannya....aku bukan memujanya...