Laman

Kalau mahu membandingkan diri...

Gambar oleh: aribiy09-Simpang Mengayau, Kudat.

Hari ini...
Hari ini..
Siang hari ini..
Malam hari ini..

Hari ini..
Pagi ini..
Petang hari iiiiiini...

Manusia dan perbandingan. Perbandiangan sesama manusia. Manusia itu siapa? Perbandingan itu apa? Mengapa kita perlu membanding diri? Membanding sesama kita? Perlu? Jawapannya ada diri masing-masing..ada yang perlu ada yang harus dan ada yang tak payahlah beb! Apapun jikalau perbandingan itu platform kepada kebaikan, pembangunan diri...teruskan..usah lagi mendengar kata2 org negetif. Usah lagi was2 dengan bisikan tidak jelas itu. Dan! Jika ianya hanya "menjatuhkan" "harga" diri... fikir2lah... Tiada siapa yang jatuh..diri sendiri...tempiasnya hanya kena pada org lain terutamanya org terdekat.
Hari itu...Hari lalu..Hari Jumaat lalu..Minggu lalu...Bulan lalu...Hari ini...dan pastinya hari-hari akan datang... bukan sekali malah berkali...bukan sekala malah bukan berkala. Kehidupan pasti berubah. Berubah coraknya, berubah warnanya dari mana kemana ia berubah itu satu perkara lain yang berkaitan dengan diri.
Tidak pasti mengapa ada yang mengatakan tiada perubahan dalam dirinya. Bukankah perubahan status dr "its complicated" kpd "single", dari "single" kpd "married" or dr "Single" ke "In a relationship" dan sebagainya juga adalah perubahan? - Perubahan status- Bukankah juga perubahan dr menaiki bus / menumpang kenderaan org lain kpd memiliki kenderaan sendiri / menumpangkan org lain satu perubahan... Perubahan drpd tidak pernah bertegur sapa menjadi teman bekerjasama...- perubahan sosial.
Perubahan. Kenapa tidak diri melihat perubahan2 yg lain hanya kerana 1 perkara lain yang tidak berubah. Adillah kepada diri sendiri. Sayangi diri sendiri. Kasihi diri sendiri. Akui perubahan2 yg lain. Bersyukur apa yg diberiNYA. Perhitungkan impian diri yang telah tercapai. Begitu byknya berbanding hanya beberapa yg belum tercapai. Usah dibandingkan diri dengan org lain. Yang sakit bukan diri org lain, yang sakit adalah diri sendiri juga.
Andainya diri disiniskan oleh diri org lain, anggap saja itu hanya kerana mereka tidak tahu apa yang diri sendiri impikan, matlamatkan, mahukan, dan ingin lakukan. PASTINYA DIRI BERBEZA DGN MEREKA. - BIJAK bukan PANDAI SEMATA.
Kita adalah berbeza dan kita cenderung untuk membandingkan diri kita dengan orang lain. Itu adalah normal sebagai manusia biasa. Membandingkan diri ini boleh menimbulkan perkara - perkara tidak baik dalam diri. Dan adakalanya memaksa diri untuk sesuatu yang bukan diri sendiri. Sebelum ianya menjadi habit kita....jom kita tengok apa yg boleh membantu diri kita untuk tidak terus memakan diri.. :-)
Langkah:-
1. TANAMKAN PADA DIRI BHW MEMBANDING2 DIRI DGN ORG LAIN ADALAH SIKAP TIDAK BAIK. Budaya menyatakan bahawa wanita yang berkulit cerah, berambut lurus, kurus, hidung mancung, bibir munggil, pinggul montok dan breast ummph adalah cantik. Para pereka fesyen menggambarkan hanya mereka yg kurus dan tinggi mampu bergaya. Disogokkan iklan2 yg membolehkan diri menjadi seperti diri org lain. Maka mengambil peluanglah para peniaga menghasilkan produk pemutihan / meluruskan rambut. Dengan itu, berusahalah mereka yang berkulit kurang cerah ini mencerahkan kulit mereka sehinggalah mengenepikan risiko lain. Budaya berjaya mempengaruhi pemikiran kita dan kepercayaan kita bahawa kita perlu untuk untuk kelihatan seperti "itu", bertindak seperti "itu" untuk menjadi "itu". Namun realitinya setiap kita adalah berbeza. Kategori2 yang diciptakan oleh budaya inilah yang sedikit sebanyak meragut hak kebahagian yg sepatutnya kita punya di mana kita perlu menjadi org lain, berusaha utk kononnya menjadi idealistik dlm kehidupan. Ramailah yg melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti mana yg digambarkan. Bagi yg kurang mampu, rasa rendah diri menyelubungi diri dan selalu memikirkan "dia lebih baik daripada saya". Membandingkan diri dengan org lain sebenarnya menjatuhkan keyakinan diri kita sendiri. Pemikiran yg tidak mendatangkan kebaikan, membazir byk masa dan secara psikologikalnya menempatkan diri kita di tempat yg teruk.

2.SEDAR BHW SETIAP KITA ADALAH BERBEZA. AKU ADALAH AKU. Diri dilahirkan berbeza. Tiada diantara kita adalah sama. Diri berbeza dari segi mindset, penginterpretasian yg berbeza, pemgalaman berbeza, dan merasakan sesuatu secara emosi jg berbeza. Sungguhpun kembar siam, mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Tiada diantara kita yang sempurna, bersikap terbuka dan tahu apa kita lakukan kpd org lain. Apa yg boleh Diri lakukan ialah mula untu memikirkan bahawa mereka adalah berbeza dengan Diri.

3. BERHENTI TAKUT UNTUK MENJADI DIRI SENDIRI. Apa sahaja saiz, warna, agama, jantina, bangsa diri, usah takut utk menjadi diri sendiri. Tiada siapa yang berhak menentukan apa yg dilakukan, apa yang difikirkan, dan apa yang dipercayai selain diri sendiri. Diri adalah diri yg satu. Tiada siapa yg berhak keatas diri org lain. Aku adalah aku.

4. MEMAAFKAN DAN BELAJAR. Belajar mengakui bahawa "memegang" perasaan iri hati hanya menjatuhkan diri sendiri dan menjauhkan diri drpd mencapai apa yang diri mahukan dalam kehidupan. Leraikan kalutan dan biarkan diri "free". Dan adalah lebih baik menganalisis dan belajar apa sebenarnya yg menyakitkan diri dan mencegahnya drpd berlaku sekali d mana depan kelak.

5. MEMAHAMI BAHAWA BUKAN SEMUANYA ADALAH TIDAK MUSTAHIL. Kita sering diwarkan perkataan "nothing is impossible" / "tiada yang mustahil". Realitinya hanya ada penafian dan harapan palsu. Kita tidak boleh terbang, kita tidak boleh mengubah cuaca, masa-travel, mengubah masa lalu, hidup selamanya, ngam pada semua org, atau menjadi "somebody else". Terlalu banyak perkara yg TIDAK BOLEH dalam kehidupan realiti. Jadilah diri sendiri dan hargai apa dan siapa diri seadanya.

6.. BELAJAR UNTUK MENGHADAPI PERUBAHAN DAN DAKAPNYA.

7. APA SAHAJA YG MENGGEMBIRAKAN DIRI, APA SAHAJA YG MENGAPUNGKAN BOT DIRI. Jika diri merasakan diri memerlukan self-improvement dan mencapai matlamat, lakukan!. Jika diri percaya diri perlukan perubahan, lakukan sekarang. Pastikan lakukannya kerana itu yang membuat diri gembira. Berhenti mengata org lain jikan itu lebih membuat diri rasa gembira. Belajar bermuhasabah. Mula membantu org lain. Belajar kemahiran baru. Memperbaiki kelajuan membaca. Belajar menulis puisi, bersikap lebih baik kpd org lain, cuba utk lebih outgoing, latih diri untuk berlari lebih pantas, belajar bermake-up, menjadi blogger yg bertanggujawab dan mana2 aktiviti yg membuatkan diri rasa gembira. Lakukan kerana diri merasakan ianya baik untuk diri bukan kerana diri merasakan diri ini tidak baik. Ini adalah kehidupan ku!

Bahagia itu ada diatas kepala mu...







Dipenghujung tahun ini. Terlalu banyak yang telah dialami. Pelbagai perkara yang telah dihadapi. Bagaimana kita menerimanya terpulang kepada faktor diri. Faktor lain cuma faktor sampingan. Yang boleh memberi kesan yang besar kepada faktor utama juga.




Hidup harus diteruskan. Itulah peluang yang diberikanNya. Bersyukur dengan apa adanya. Pernah ada tercetus nyesal, sedih, rasa gundah, rasa marah, rasa tidak adil....itu rasa ..perasaan dalam proses ke hasilnya. Semuanya kelemahan diri. Semuanya mungkin akan dijadikan faktor timbul pelbagai kesimpulan org lain atas diri.




Tak apa... yang penting sayangi diri. Cintai diri sendiri. Kasihi diri. Bagaimana? Baiki kelemahan diri. Betulkan kesilapan diri. Pertingkatkan kerendahan diri. Tinggikan piawai diri. BUKAN MENJADI ORG LAIN. NEVER! TERIMA DIRI APA ADANYA. BANGGA SIAPA DIRI. Diri dan sabahat diri lebih memahami siapa diri.




Bahagia ada di atas kepala sendiri. Dan itu yg banyak org tidak sedar. Bahagia ada dan sentiasa ada di atas kepala sendiri. Cuma menunggu waktu untuk diri sedar. Cuma tertangguh agar diri lebih bahagia menerimanya dikala tika dan situasi yang sesuai.




Bahagia. Membahagikan bahagia. Berkongsi bahagia. Mensyukuri bahagia. Bukan sesuatu yg sukar bagi diri. Tidak kedekut untuk itu. Cuma mungkin belum bijak utk membahagikannya..belum cukup bijak berkongsi bahagia itu atau mungkin mereka belum bersedia utk menerima bahagia itu atau mungkin juga mereka MERASAKAN BAHAGIA YG DIRI RASA BUKAN BAHAGIA BAGI MEREKA. Tak mengapa. kerana diri dan mereka punya impian, matlamat, keinginan, tanggungjawab, PENGALAMAN yang berbeza...SANGAT BERBEZA. Kerana ujian kita berbeza kerana kekuatan kita juga berbeza.




Menjalani bahagia. Semoga tidak lupa diri. Tidak lupa akan ujian masa depan. Ujian yg akan datang. Pastinya ada. Mungkin datang dalam bentuk yang lain. SEDAR DIRI. SEDAR DIUNTUNG. SEDAR ASAL. SEDAR KEDUDUKAN. SEDAR KITA TIDAK TAHU DI MANA PENGHUJUNG HIDUP KITA. Keputusan hari ini tidak semestinya akan membawa kebahagiaan sepanjang hidup kita.




APA YG PERLU:- Percaya pada Qada dan Qadar- Kita diletakkan ditempat yg sesuai untuk kita, dijawatan yg mampu kita jawat, pada tugasan yang mampu kita pikul. Banggalah pada diri- SEMUA ORG BERKESEMPATAN DAPAT DEGREE namun TIDAK SEMUA ORG DIBERI TUGAS2 TERTENTU.... Peace!