Laman

Puisi Apa Lagi

Salam... sekali lagi terlalu lama aku tidak menyapa mu.... berkongsi suka duka ku...  Ku tahu kau tetap setia melayan aku.

Sendirian diantara keramaian teman,
hilai tawa menghambur resah
kekek kan kelucuan
tiada yang kisah
hatinya lencun
basah.

Hati.
Teringat aku kata seorang yang berkaliber. Katanya kalau mahu tahu adakah hati kita ini sihat dan bahagia, rasakan ketika bangun dari tidur. Jika kita rasa kurang enak, stress pokonya tak bestlah... ini bermakna hati kita tidak sihat.

Hati, aku harap kau sihat. Aku sentiasa belajar dan mempertahankan agar kau sentiasa sihat. Aku mahu meminta maaf, sebelum ini aku banyak menyakitkan engkau dan mengakibatkan engkau sakit.

Maaf sekali lagi. Aku tetap mahu belajar menyembuhkan mu... memperbaiki mu... semoga sahaja dipermudahkan urusan.

Sebut 'dipermudahkan urusan'. Alhamdulillah, ketika aku bermuhasabah diri mengingat titian hidup ku. ternyata banyak sudah urusan yang dipermudahkan dalam urusan ku untuk aku belajar dalam memperbaiki hati. Cuma aku yang kurang menyedari.  Berkesempatan mengenali rakan - rakan yang baik dan membina membantu dalam pembaikan Hati. Alhamdulillah.

Hati,
Sebentar hati jadi tidak keruan. Kerana geramkan dan marahkan perjalanan sepanjang tiga daerah ku lalui serba tidak kena. Seberntar tadi Hati terkotor. Bibit dendam memunculkan tunasnya. Sepertinya mahu saja ku lemparkan kata maki... mahu saja ku lemparkan kasut ini.

Maaf kan aku Hati,
Betullah dikata, bermula dengan kerosakan hati, emosi jadi tidak keruan, dilunaskan kepada mulut bicara dan di habisi dengan perilaku. Tiada sedikit pun manfaatnya. Hatta pada diri dan juga orang lain.

Beristighfar.
Semoga kekejaman ku menzalimi mu bisa kau maaf kan. Bertahan dengan lapang dada. Menerima bahawa aku punya kau, Hati. Yang masih cekal dan InsyaAllah sentiasa sihat dan berusaha untuk lebih menyihatkan mu tanpa membilang buruknya orang itu membikin aku ku tersiat lagi.. :-)

Tiada ulasan: