kau dihatiku.Nota Hati Seorang Pencari Jalan Lurus. Tentang apa yang ada dalam hatiku hasil daripada pemerhatian,pemikiran, penilitian dan pengalaman ku. Semua kan menjadi pelajaran dan sebuah kisah klasik untuk masa depan yang lebih bermakna..
Siapa Aku di Hati mu
Dear Hati,
Siapa aku di hati mu? ada yang lain selain aku di hati mu? Mengapa kau cari yang lain sedangkan kita sudah menyimpul rasa sayang yang begitu lama, mengait bahagaia bersama.
Hehehe....Hati, lama sudah akutak berputis kan... mungkin tiada sebab untuk aku berpuitis... biasanya aku berpuitis bila masa emosi dirundung garuda... ;-). Untuk beberapa hari ini, Alhamdulillah hormon estrogen ku kiranya stabil.. ;-)
Seperti yang ku taipkan dalam wall fb ku, Jika kita ingin tahu, ALLAH SWT tetap mudahkan cara kita untuk tahu dengan bentuk apa sekalipun (dlm pelbagai cara)".
Aku selalu memohon kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan ku dalam mendekatkan diri, dan Dia mengabulkan doa ku dengan membuka hati untuk belajar, memilih buku yang perlu dibaca, memberi kesihatan untuk membaca dan menemukan beberapa situasi yang membuat ku berfikir dan bermuhasabah diri.
Sebenarnya kisah rakan-rakan, perkongsia cerita daripada rakan - rakan atau situasi yang dihadapi mereka disekitar ku adalah pelajaran secara tidak lansung buat ku. Mendengarkan luahan hati kawan2, membantu dalam mencari maklumat akan tindakan kawan-kawan ada pelajaran disebaliknya.
Usah membiarkan diri cenderung cemburu negatif terhadap 'kemudahan' org lain jalan hidupnya. Cemburu positifkan... ada kebaikan yang mereka telah lakukan dengan itu Allah ganjarkan dengan 'kemudahan' dalam kehidupannya.
Usah melemparkan diri untuk terjun ke sangkaan buruk kepada pengkisahan rakan-rakan. Setiap yang berlaku ada balasannya dan balasan itu bukan sia - sia sebaliknya untuk pelajaran untuknya dan juga untuk ku. Yeah jangan sekali-kali memulakan sesuatu yang baik dengan tindakan yang tidak baik kerana karmanya ada. bukan untuk kita mungkin untuk anak-anak kita kelak.
Hei!!!!
Tiada kah manusia diluar sana yang mahu bertanya siapakah di hati mu padanya? Aku yakin tidak terlintas disenak2 nafas mahukan suami mu ada dihatinya sebelum ini. Mahu marahkan keadaan? Kerana keadaan yang memaksa ? Mahu marahkan Tuhan ? Kerana Tuhan yang mentakdir kan begitu ? atau marahkan sahaja dirinya yang cuba2 merampas hak mu. uh.... kasihan kau ! Harus mengundur lagi tanpa perlu berjuang.
Berjuang?
Apa yang diperjuangkan kan? Emosi...perasaan atau akal mu? Atau rasa kasihan mu....
~~~~~anjing sudah mengaum ~~~~~ ZZzzzzzzz...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan