Laman

Disebalik Keberuntungan itu mu itu.



Assalamualaikum w.b.t.
Orang yang tidak bergantung kepada keberuntungan, justeru sering beruntung.
Orang yang mengharapkan keberuntungan, sering mengeluhkan ketidak beruntungannya.
Keberuntungan berpihak kepada yang berupaya, bukan yang hanya menunggu.

Hati, saya suka kata - kata di atas. Dan amatlah mengena dalam kehidupan seharian kita yang sering melihat pelangi itu sentiasa ada di atas kepala orang lain dan tidak pula mahu berada si atas kepala kita sendiri. Padahal pelangi itu sudah pun berada di atas kepala kita sendiri begitu lama....

Apapun sebelum itu saya suka untu kongsikan pencarian saya apa yang dimaksudkan oleh "keberuntungan" dan yang berkait dengan kata 'untung' ini. 

1. Keberuntungan : Perihal beruntung; kemunjuran; kebahagiaan: Perkahwinannya dengan Aminah membawa ~ yang tidak bernilai.

2. Untung : Keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemunjuran: tidak ada apa-apa lagi yang menggores hari mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri ;

3. Keuntungan : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~;

Satu peribahasa yang berkait :
Ular telan babi, cacing yang bengkak perut.
Bermaksud: Iri hati melihat keberuntungan orang lain.

Keberuntungan, perihal yang berkait dengan untungnya nasib seseorang itu. Untungnya dia bersuamikan orang kaya, untungnya dia lahir daripada keluarga yang bisa mengatur kehidupannya yang lebih baik, alangkah beruntungnya dia sebab cantik. 

Dalam kehidupan ini, begitu ramai juga yang beruntung kan Hati. Untuk ke sekian kali dalam usaha yang 'memperbetulkan'  perjalanan kerjaya saya sebelum ianya akan menjadi masalah pada saya di masa hadapan. Saya berfikir, betapa beruntungnya kawan-kawan yang punya ayah ibu yang berpendidikan dan ada 'kuasa'. Mudah dia mengatur perancangannya. Berbanding saya dan beberapa rakan lain yang perlu mengatur ayat terlebih dahulu selain mengatur langkah untuk berurusan. 

Jika terus berperasangka buruk, tentu sahaja minda dan kata akan teriak 'ini tidak adil!, ini tidak adil!'. 

Tiada guna untuk terus mepertikaikan ketidak adilan itu. Akhirnya sakit sendiri mereka tetap sahaja yakin dengan apa yang mereka lakukan atau mungkin juga mereka juga malu atau dalam keadaan terpaksa mengikut jalan yang telah diatur oleh mereka. 

Hati, semoga saya istiqamah dalam melihat apa yang telah berlaku dan saya lakukan serta diperlakukan ini sebagai hikmah dan sayalah orang yang beruntung atas peluang-peluang ini. Jika saya tidak terfikir dan bertindak dengan 'urusan' ini saya tidak akan berani 'naik' ke atas untuk menyerahkan dan bersemuka. Dan mungkin juga saya tidak belajar mengenai sikap manusia dan karenah dan paling perit jika saya tidak berdaya untuk berusaha dan berkata terlebih dahulu sebelum redha.

"biasalah manusia, kalau diperlukan kita dicari diambil, bila tidak diperlukan kita di buang"

Satu kenyataan yang membikin urusan hari itu setakat hari itu sahaja. Selebihnya biarlah di hari lain. kenyataan itu menunjukkan tiada keberuntungan pun jika terus menyatakan hasrat hatta denga fakta. Adalah lebih baik berundur dalam senyuman dan yakin diri bahawa sebenarnya kami berjaya 'melihat' diri sendiri dan manusia lainnya. 

Tiada yang mudah. Tiada untungya pun jika kamu sudah memberi manfaat yg banyak mereka. Kecuali kamu berfikir keberuntungan itu ketika kamu berjaya menyatakan hasrat disalurannya dan mengikut saluran. 

Hati, InsyaAllah Semoga Allah menetapkan hati ini. Untuk tidak lagi melihat keberuntungan orang lain itu sebagai halangan sebaiknya sebagai hikmah. Ini kerana mungkin keberuntungannya itu ekoran daripada dayanya atau daya generasi sebelum dia dengan izin Allah. Mungkin juga mereka terdiri daripada manusia lemah yang memerlukan sedikit keberuntungan untung memudahkan urusan mereka dengan izin Allah. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Hati,
Keberuntungan juga di sama ertikan dengan 'nasib baik. Kebiasaannya nasib baik dilihat berdasarkan sisi manusia. 
"Nasib dia baik, sebab dia anak pengarah senanglah naik pangkat..!"
"Nasib baik aku ni kenal ramai orang di pejabat tu, kalau tidak susah juga urusan ni.."
"Nasib baik aku ada, kalau tidak jalan kaki sudah kau!"

Malang tak boleh ditolak,
     mujur tak boleh diraih.

Bermaksud

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. 
(Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).
Sumber: DBP


Astaghfirullahalaziim..
Peringatan untuk diri sendiri. Tiada orang bernasib baik / mujur disebabkan orang lain melainkan bukan dengan izin Allah s.w.t. 
Teringat kata-kata seorang sahabat dalam 'urusan' kami.

" Mereka yang punya 'kabel' ini bukan untuk membantu mereka 'masuk' tetapi memudahkan mereka 'masuk'. kalau mereka tidak punya kelayakkan, sememangnya tidak boleh masuk.

Yeah begitulah gamaknya. kalau pun bukan dengan izin Allah mereka tetap juga tidak dapat 'masuk' kan hati.

Berbalik kepada nasib baik /mujur ini, untung nasib kita urusan Allah. Orang lain yang membantu dalam keberuntungan yang kita perolehi adalah perantara yang dihantar kepada kita. Begitu juga jika kita telah memberi keberuntungan dengan orang lain, kita hanya perantara yang di izinkan Allah untuk bermanfaat. 

Tak mau, nda mau, sik mau sombong. Jauhi kesombongan atau cepatlah sedar bila terasa diri mula sombong. Orang yang sombong juga dibenci oleh orang yang sombong.. eee batapa kejinya jadi orang sombong... ;-)

Hati, 
Untuk hari baru dan tahun baru ini,ada bebarapa perkara yang saya mohonkan untuk diperkenankan dan dipermudahkan. Termasuklah untuk sentiasa berperasangka baik baik tentang apa akan berlaku ke atas diri saya kelak. Sekecil mana pun kejadian yang berlaku, ia tetap akan mendekatkan diri saya kepada Allah SWT. Dan semoga menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Tiada ulasan: