"aku tak hensem pun aku sudah kahwin! ada anak... kau! muka tak cantik tu lah tak kahwin - kahwin lagi...." Allahuakhbar. Bertubi-tubi aku 'diserang' dgn penuh perasaan. Hati, nasib baik aku bukan manusia mudah tersinggung...walau ada beberapa khalayak manusia yang ada pada masa dialog itu. Mujur Allah 'meniup'kan rasa cool ketika itu dan memberi respon lebih matang. Ini bukan kali pertama terserlah 'kekurang ajarnya' terhadap aku... dan menurut sahabat yg mengenalinya dia juga bukan yang menghormati isterinya maka sahabat tidak hairan dia akan bertindak / berkata demikian terhadapa aku. Hati, sambil-sambil menjalani kehidupan, aku membuat analisis sendiri. Mungkin analisis ini benar mungkin juga tidak namun, inilah hasil analisis ku berdasarkan ilmu psikologi yg aku ada dan juga ilmu hidup yang aku alami. Menjolok sarang tebuan. Begitulah gambaran yang aku boleh katakan. Pada hari itu aku telah menjolok tebuan. Dan aku di sengat bertubi-tubi walau aku jolok hanya sekali. Ketika itu saya sedang 'menjolok' seorang lelaki aka suami yang sedang angkuh menampakkan kehebatan dirinya sebagai lelaki yang sebenarnya-benarnya dia baru sahaja membuka pekung kelemahan dirinya. Seorang yang amat rendah yakin diri namun berselindung di sebalik egonya. Astaghfirullah... bukan saya 'menembak' peribadinya. Sebaliknya inilah peluang saya belajar tentang peribadi lelaku /manusia. Melihat bagaimana manusia itu mengangkat 'kehebatannya' yang umpama tin kosong namun yang nampak adalah dia sebenarnya kurang yakin diri. Tidak menghormati, suka memaki, suka menentang, bersuara besar dalam menyatakan pendapatnya (menunjukkan dia tegas dan teguh), mendapatkan orang lain sebagai back up dan berperwatakan hebat namun, satu apapun kerjanya serta katanya tanpa ada tindakan apa lagi hasil. Itulah adalah sebahagian daripada pelajaran hidup aku hadapi tentang seorang lelaki di sekitar. Moralnya? moralnya adalah hasil analasis. 1. Suami yang pendidikan rendah (maksudnya lebih rendah gaji) berbanding isteri biasa lekas marah-marah. Dia marah - marah kerana dia kurang keyakinan diri namun dalam masa yag sama dia mahu juga menunjukkan dia lebih berkuasa. 2. Cepat dan mudah melenting menunjukkan ketidak puasan hatinya. Suka menentang dan komplen bilamana orang lain mendahului melaksanakan kerja.Bila dia ditugaskan marahlah pula sebab mengapa dia sahaja yang di suruh. 3. Mudah menyalahkan orang lain atas 'kemalasan' sendiri dan mudah maradang bila ditegur. Namun tetap menunjukkan ketrampilan yang hebat. Hati, Apapun ini adalah analisis PERIBADI ku sahaja. dengan subjek kajian sempit. Tidak semua lelaki aka suami yang lebih rendah pendidikan, gaji daripada isterinya begitu. Cuma kebetulan itulah yang ada dalam pelajaran hidup ku. InsyaAllah semoga mereka muhasabah diri dan sedar sebab nampaknya sudah ada proses menyamaratakan 'taraf' mereka dgn isteri mereka. Hati, untuk saya. Saya masih berpotensi untuk mendapatkan suami yang seperti mereka. Andaikata jodoh ku begitu, maka bersykurlah aku bahawa Allah telah mengurniakan ku pelajaran yang boleh aku jadikan panduan kelak. Kebersediaan ku menghadapi keyakinan suami seperti ini.... ;-) |
Dear Future Husband.. I don’t want to be your girlfriend. I just want to be the one you call your wife. Your presence will give me happiness. You’ll be my halal prince charming. Riding your horse of Taqwa. Holding onto the Quran in your right hand and the Sunnah & Hadieth of Ahlubat in your left. I hear you’re worth the wait, so Ill wait Insha’Allah. My heart belongs to no one, I just thought I should let you know. It... belongs to Allah SWT and only Him. You’ll have to get lost in Him to find me and even then you’ll still have to rightfully become apart of my heart. Only through Him. What I’m trying to say is that WE have to get lost in Him to find each other. I hope you’re up for the journey. I know I am. |
kau dihatiku.Nota Hati Seorang Pencari Jalan Lurus. Tentang apa yang ada dalam hatiku hasil daripada pemerhatian,pemikiran, penilitian dan pengalaman ku. Semua kan menjadi pelajaran dan sebuah kisah klasik untuk masa depan yang lebih bermakna..
Aku terima kamu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan