Hati.
Menjadi jiwa yang ikhlas dalam semua emosi bukanlah perkara yang mudah bagi insan seperti aku. Namun bak bilang-bilang orang yag cuba tolong mengangkat hati yang gundah...ceewah... nothing is imposibble...
Hati.
Sebetulnya aku masih malu terhadapa mu. Sebegitu lama kita bersama tanpa sedikit pun kau marah, sedih dan kecewa terhadap ku... Kau maintain setia bersama ku... walau sekalipun aku pernah menyakiti mu. Terima kasih hati... Perjalanan ini kita lalui bersama. Perjalanan ini banyak yang telah pelajari dalam memberi makna dalam kehidupan.
Hati.
Mata tidak dapat menyembunyikan apa yang di rasa sepetang tadi bersama seorang sahabat. Mutiara indah itu sudah duduk di kaki tangga kelopak. Rasanya tidak sanggup lagi untuk aku membiarkan dia terus turun membilang setiap anak tangga. Sekali dalam lafaz itu,
'Apakah salah jika berpoligami / bermadu?' .
'Apakah kamu tahu jiwa-jiwa yang sunyi dalam keramaian helai tawanya??'
'Apakah kamu sedar dalamnya hinggah ke ibu rasa dalam 1000 harapannya ?'
'Apakah kamu rasa...?
Hati.
Hal ini bukan hal aku. Bagaimanapun adalah tidak mustahil ini adalah hal aku. Jika tahap dan usia itu datang kepada ku. Aku bukan sekadar memahami bila aku di kasut ini.... di situasi..'apalagi yang kau mahu..?". Kasihan dia Hati.... aku sangat kasihan kan dia, Ti... mulanya ada menentang dalam benak ku Ti.. tapi setelah lama berpinar di otak fikiran ku....fikir menyoal ku .."salah kah?". dan ayat ini yang membuka matahati ku...
"Majoriti isteri yang tolak poligami bukanlah kerana terlalu sayangkan suami sehinggah tidak sanggup berkongsi tetapi kerana terlalu sayangkan diri sendiri! "
(Ustad Ahmad Emran FB)
Provokasi.
Hati,aku mula memberi peluru provokasi pada pihak2 tertentu. Ternyata mereka kurang setuju dan terlalu cepat tidak setuju dengan mempersembahkan peluru-peluru yang lagi hebaq2... aku mengakui kehebatan pelurunya itu. Bagaimanapun aku cuba untuk mereka memahami sedikit paling kurang pun apa yg si teman rasakan.... Aku sekadar cuba memahamkan kerana aku tetap berisiko dalam situasi ini pada masa hadapan.
SEKADAR MEMAHAMKAN agar tidak bias atas terlalu sayangkan diri sendiri.
Hati.
Jalan apa yang aku pilih suatu masa nanti tetaplah bersama ku. Denga Izin Allah, aku belajar untuk membersihkan mu. Menyucikan mu. semoga Allah memudahkan urusan ini. Ikhlas dengan apa yang berlaku, telah berlaku....masa hari ini harus ku nikmati dengan berpandu agar tidak tersasar pada landasan masa depan.
Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan