Hati,
Lain orang lain ragamnya, lain padang lain lalang, Begitulah kehidupan dan inilah warna-warni kehidupan. Sangat seronok kalau kita nikmati sahaja.
Teringat kata seorang sahabat... Bilamana saya menyatakan bahawa bukan niat saya untuk memutuskan bicara saya dan 'dia' hari itu. Sahabat itu menyatakan dengan tegas bahawa tiada siapa yang akan tahu niat kita.. Yeah ada benarnya tiada siapa yang tahu niat kita melainkan kita menzahirkannya.
Berbalik kepada persepsi. Saya selalu menanamkan dalam diri saya bahawa saya harus menerima wujudnya perbezaan persepsi antara kita dan orang sekitar kita. Dan perbezaan itu boleh terjadi ekoran darpada berbezanya kita dari segi latar belakang usia, pengalaman, pendidikan, budaya, jantina dan juga pemahaman bahasa. Biasanya yang terjadi kita cakapkan dan maksudkan lain, lebih lain yang difikirkan dan difahami oleh orang lain. Umpamanya jika kita bersedia berkongsi status facebook, maka kita juga harus bersedia menerima komen-komen daripada kawan-kawan FB yang tentunya terdiri daripada persepsi yang berbeza. Membaca kenyataan kita darimata kaca mata mereka sendiri. Mungkin bagi rakan sebaya menganggap status kita itu bukan sekadar gurauan namun bagi seseorang yang veteran ianya satu perkara serius ataupun sebaliknya.
Perilaku individu seringkali didasarkan pada persepsi mereka tentang kenyataan, bukan pada kenyataan itu sendiri.
PERSEPSI
~~~~ngantuk dahhh~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan