Perjalanan ini telah lama ku lalui...
Perjalanan ini telah lama harungi...
Perjalanan ini ada tika membikin ku suka...
Perjalanan ini ada tika membikin aku duka...
Perjalanan ini bukan satu permainan...
Perjalanan ini bukan satu lakonan...
Perjalanan ini seribu pengalaman...
Perjalanan ini sejuta kenangan...
Perjalanan ini penuh dengan kisah klasik untuk masa depan...
Perjalanan yang mendewasakan...
Perjalanan...
Andai kata aku punya pilihan...
Akan ku pilih jalan mudah...
Mudah untuk aku menggapai harapan yang tinggi...
Mudah untuk aku menjejak impian yang jauh...
Mudah untuk aku melangkah keinginan ku yang luas....
Namun,
Perjalanan...
Kau memilih jalan ini untuk aku...
Walau aku memilih kau dengan berat di hati..
Bukan kerana aku tak suka...
Bukan kerana aku tidak syukur..
Kerana kau adalah tanggungjawab ku...
Dengan kekuatan iman di dada akan ku timbulkan rasa cinta dan sayang atas nama dan takdir tanggungjawab ini...... :-)
Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan