Laman

Pembinaan Bangsa Malaysia.



Hi folks, may I wish everyone a Year of the Ox that's happy, that's bullish on prosperity, that's less full of bull than previously and one where we lock horns less and bellow love and respect to each other more.
Duit, duit , duit dan kerja keras...antara perkataan diperkatakan oleh mereka apabila ditemuramah oleh pihak TV.

"Mana boleh dapat duit kalau tidak kerja keras" "Kena kerja keras oo...macam itu ox..." "Hari-hari hari raya kalau ada duti ma...."
Sampaikan sorang prodesur filem tu sempat mempromosikan filemnya dalam sajaknya... Satu idea yang "stereotaip" dan "kormesial" dan itulah hasil kerja kerasnya untuk menghasilkan sebuah puisi sempena Malam Puisi Demi Mu Palestine. Sebenarnya aku salute dengan usahanya mencipta puisi untuk malam itu... Sebab aku faham apa yang dia rasa semasa bertungkus lumus memerah otak mencipta puisinya.... Mesti dia mengambil masa yang lama.....habis otaknya diperah.... hehhehehe....Bukan apa, aku teringat dengan x-roomate masa belajar dulu.... mengadap buku macam menyelesaikan satu masalah yang amat rumit... kejap kaki diatas kerusi kejap kaki bergantung2...kejap badan diatas katil...pusing kiri pusing kanan...kepala digaru2...nasib baik rambut lurus lembut...kalau tidak habis mengerbang rambutnya....

Ceh......(Hari itu tiba) Rupanya dia menyiapkan 3 baris ucapan Hari Raya untuk Aku... kesian dia..... Aku sangat hormati kesungguhannya walaupun ayatnya seperti ayat formal... Katanya dia juga terpaksa memerah otak memahami tulisan2 yang sedia ada dalam kad raya tu.......(ayat2 puitis...hehheheheheehehh).... SELAMAT HALI LAYA....

Sebenarnya kisah diatas aku cuba kaitkan dengan apa yang aku tonton di Astro Awani petang tadi..Tajuk perbincangannya ialah Sekolah wawasan..(aku terlepas menonton diawal rancangan dan terpaksan tidak menonton sehinggah habis..harap2 ada ulangan lagi...)..

Perbincangan berkisarkan pembinaan sekolah wawasan dan pendapat yang tidak setuju / tidak setuju berhubung usaha mewujudkan sekolah wawasan tersebut...

Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran (SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Banyak perkara yang terlintas dalam minda aku sepanjang perbincangan tersebut... Aku setuju sangat dengan salah seorang panel mengenai apa yang diperbincangkan tadi.. Perlu ada Iltizam...pendidikan tak sepatutnya dipolitikkan... dan sepatutnya dari dulu lagi ada satu aliran sahaja dalam sistem pendidikan kita...maklumat yg paling BEST...Malaysia adalah satu2nya negara yang multialiran dalam sistem pendidikanya...
Kenapa kita tidak pilih satu aliran sahaja? Dan pilihan yang sepatutnya adalah aliran kebangsaan...kalau tidak diselesaikan ia akan jadi penderitaan yang berpanjangan.... (sedutan kata2 panel)

Aku si pemikir kerdil berkata dalam hati
Iya juga kan...nak menderita berpanjangan atau nak menderita kejap aja?..
berkorbanlah kamu.... perlu..kamu perlu berkorban...

Kenapa tidak "PAKSA"?... Yalah macam kita...kalau ibubapa kita mau kita jadi doktor, mereka kan paksa kita ambil jurusan doktor...kita pun ikut...lama2 kita suka juga....kalau tak suka juga...terpaksa suka...

Artikel di petik dari sini

SEKOLAH WAWASAN
Pendahuluan
� Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan program Sekolah Wawasan. Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya reaksi negatif daripada pihak pembangkang.

Dalam hal ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan.


Pelaksanaan Sekolah Wawasan

� Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.

Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya.

� Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi.


Matlamat

� Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama.

� Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.

� Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

� Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.


Ciri-Ciri Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

a. Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran (SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

b. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah, lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.

c. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan, Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain) bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.

d. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah berkenaan.

e. Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.

f. Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil).

g. Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid.

Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum.


Kurikulum dan Bahasa Pengantar

a. Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.

b. Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis aliran sekolah.

c. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan.


Kokurikulum

a. Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.

Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh sekolah masing-masing.

b. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah masing-masing.

Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai penyertaan.

c. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan acara-acara tersebut secara berasingan.

d. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan.

Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.


Kesimpulan

� Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara.

� Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain.


Kalaulah dari dulu2 lagi kita satu aliran...kita takkan jumpa kawan kita yg lain pening2 kepala bikin satu ayat dalam BM...nak cakap dalam BM pun kena proses mesin kepala dulu...yala macam kita nak terjemah BM ke BI samada dalam penulisan dan percakapan... (walaupun tidak semua tapi majoriti drpd kita dan kawan kita kan..)

Kalau dari zaman dulu lagi kita BERILTIZAM membina BANGSA MALAYSIA....Takkan ada macam ini....masing2 sudah takut...takut 'hilang' apa yang mereka sudah "sedap" rasakan selama ini...


Kalau dari dulu Pemimpin2 ada ILTIZAM dan berfikir JAUH...Takkan jadi begini kan... Yah! kita perlu ada identiti juga...SATU BANGSA...BANGSA MALAYSIA.... Tapi apa yang aku rasa dan lihat, BANGSA MALAYSIA tu mcm ada...macam tiada aja...tapi byk yang tiadalah.... Entahlah..mungkin dari kita juga...TIADA KESUNGGUHAn KALI ARRR..


Aku pernah kata dgn fasilitator BTN...yang penting kita sedar diri...siapa kita...sejarah kita... PERPADUAN itu pasti ada tanpa dipaksa...(dia senyum2 saja...yah...senyum2 no comment).....

Apapun aku cintakan PERPADAUN, KEAMANAN.....buat pa nak kecoh2...kitakan manusia...nak tinggal di mana kalau bukan dibumi? Kita kongsi dengan cara berhemah...Buat apa ada PREJUDICE antara kita... Aku SEdari kecil COGAN KATA ini dicanang dlm MINDA ku...
"BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!"

Kepada sahabat ku...bersyukurlah anda dengan apa yang ada sekarang...kita perbaiki apa yang TERCELAH...pasti ada jalannya..... dan fahamilah konsep
ADIL TAPI TIDAK SAKSAMA..
Apapun aku nak kongsi ini.....
Commentary: Chinese New Year: Should we politicize heritage? (Jakarta Post)

3 ulasan:

aliadijamina berkata...

niat bagus tapi cara pelaksanaan tidak.....
namanya sudah sekolah wawasan, mengapa perlu diasing-asingkan.
saya lebih suka jika sekolah2 ini disatukan, bahasa pengantar bahasa malaysia, bahasa mandrin dan tamil sebagai subjek pilihan, dimana semua orang boleh belajar... malah anak melayu boleh juga belajar bahasa2 ini jika mahu...

Tea Cha Hai berkata...

Ya....
Niat sudah ada..jalan sudah terbentang...cuma kesungguhan belum kuat...

Macam minum kopi..
Yang utama ialah kopi..
Pilihan ialah kopi panas, kopi ais dan kopi susu dll...

Yang utama ialah BM sebagai Bahasa Kebangsaan...KEBANGSAAN..
WAJIB diketahui & dipertuturkan...
Bahasa lain adalah pilihan dan kelebihan....

hyms berkata...

Hi..i came across your blog while doing a research for Bangsa Malaysia. im currently an undergraduate student but i feel deeply for the nation's situation.. and i personally disagree with the sekolah wawasan because i do not think that just by sharing canteen and fields the students can be united. as humans we are more likely to stay with our own click of people, and the students will definetly only mix with their own schoolmates and classmates eventough they share the same canteen. the best way to create racial integration is by sticking to only the sekolah kebangsaan so that the children may be exposed to the culture of other races