Laman

Pilihlah aku jadi pacar Mu.

Wanita si Pengepam Air Perigi.. Lokasi: Rumah org2 Buta Sandakan.

Pernah tak org puji2 korg... tapi korg rasa tak selesa dgn pujian tu...bukan tak suka dengan pujian tu cuma rasa pujian tu tak sepadan dengan apa yang ada pada diri. Dan juga mungkin kerana bukan sesuai dengan waktu, tempat dan situasinya.

Aku dan Si Kawan pernah membincangkan tentang perkara ini. Ternyata kami punya "padangan" yang sama. Tidak suka TERLALU dipuji (puji yg dipuji2). Bukan temberang apalagi bangga diri. Bukan tak berterima kasih apalagi tak bersyukur. Cuma kalau sesuatu tugasan itu sudah dipertanggungjawabkan maka dibuatlah sehabis baik kerana itu sudah tanggungjawab bukannya mengharapkan puji - pujian semata. Cukup dengan penghargaan. Takut pujian yg TERLALU itu boleh menjadi benteng hubungan dgn rakan lain, boleh menjadi beban diri kerana diri perlu SENTIASA berada pada graf yang TERBAIK.

Bukan bererti menolak pujian 100%. Pujian perlu untuk motivasi. Motivasi adalah kunci kepada kepuasan kerja dan kejayaan dalam hidup. Kalau tiada motivasi, bagaimana untuk berasa puas dan seronok dalam bekerja? Dan hasilnya....ala kadar sahaja...lemah longlai...bosan!

Apappun kritikan juga perlu...bukan kritikan DENGAN NIAT memalukan...kalau tiada kritikan, hasilnya jadilah manusia yang SANGAT SENSITIF bila tidak dipuji, bila org lain dipuji...SUSAH! Manusia begini...aku perlu BERHATI2 berkata dan bertindak agar tidak TERSENTUH hatinya...hhuuhuhuhuh....

Kritikan...menerima kritikan dengan hati terbuka...."Kalau sayang sy usah asyik puji saya..sekali - sekala kritik saya..." Ungkapan mungkin boleh menyejuk hati untuk sedia menerima kritikan. - KRITIK BUKAN MENGHINA-

Kita dihormati oleh orang lain

bukan kerana kita ini hebat,

tetapi kerana Allah telah

menutup kekurangan dan kejelekkan kita.

- Ustadz A'a Gym



****Aku tak makan puji punya..kalau itu sudah keupayaan ku..
tapi sekali sekala mahu juga dipuji supaya hidung kembang2 dan ble jadi tinggi....******

Tiada ulasan: