Laman

Rumah Idaman Dinda...

Memiliki sebuah rumah sendiri. Mungkin bukan impian semua orang namun ianya impian aku dan beberapa orang. Bagi aku RUMAH SENDIRI adalah perkara asas yang perlu ada pada setiap orang dewasa. Tak kisah dia hutang bank untuk berapa tahun yang penting RUMAH itu dia yang punya dan dia yang bayar SENDIRI hasil keringat SENDIRI. Rumah juga melambangkan SIAPA orang itu...harta yang dia ada, jiwa yang dia miliki, matlamat yang dia tujui, impian yang dia doakan. Semuanya atas nama USAHA.
Orang itu berkata kepada aku...
Eh...kenapa ko sebok2 nak beli rumah?
Aku menjawab dgn mengerut dahi...tanda "kenapa pulak?"
Sib bek dia paham...
"Kan ko nak kawin juga... Lelakilah yang beli rumah..kenapa susah2..."
Oh...ini pulak maksud dia...dia mungkin tak pernah susah...so dia mahu senang2 aja....jadi aku malas nak teruskan perbualan kepada mereka2 yang tak pernah rasa apa itu susah..hampeh...bila masa aku nak kawin neh... END...
Ini orang lain plak...
"Ko mau beli rumah ka?"
Macam best juga org ni...jadi aku jawablah dgn merendahkan ketinggian ku..
"Mau tu mau..tapi buat masa ni belum mampu lagi...just servay2 ja...kasi sedap hati.."
Wui....dia jawab...
"Kenapa mau beli rumah... dia tu dah beli rumah..kenapa mau banyak2...itu kerja lelaki ba.."
Aku rasa kerut2 di dahi aku lebih kerut lagi di hati ku... Suka hati mulut dan gigi dia ja kata macam... Dua perkara yg tak ble aku terima sama sekali! 1. Aku bukan ada hubungan dengan dia...kenapa aku mau menumpang harta dia. 2. Kenapa? Lelaki aja boleh beli rumah? Aku tak ble buat harta sendiri sebagai back up....?
Malas rasa hati ini nak melayan karenah manusia lain dan manusia ini. Masing2 punya impian dan harapan yang berbeza....Atau saja2 mahu menguji kekuatan impian, harapan dan usaha aku...
6 tip Terbaik Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama
Untuk mereka yang masih muda2 dan baru membina kerjaya apatah lagi jika masih bujang tambah2 lagi merasakan diri mereka lelaki sejati silalah fikir2kan untuk membina HARTA SENDIRI.... Klik di SINI untuk panduan... http://www.drumah.com/

Semak kadar pinjaman dan kelayakan anda secara online. Masukkan data-data jumlah pinjaman, kadar bank dan kira untuk melihat kebarangkalian bayaran bulanan pada bank.

Tiada ulasan: