Dear Hati,
Hari ini cuaca cantik, hujan di pagi hari memberi kedinginan tanpa perlu penghawa dingin.
Tinggal beberapa hari lagi Tahun 2012. Saban tahun kita akan MENYIMPAN azam dan hajat baru untuk dicapai. Sungguhlah tu MENYIMPAN. yang sepatutnya MEMATLAMATKAN azam dan hajat. Jika disimpan maka terjadilah azam itu azam pada kertas bukan pada kerja. betul kan.... pada saya itu betul, dan itulah paperset yang silap yang pernah saya lakukan lalu menjadi kesalahan besar apabila ia bertukar menjadi mindset pulak. pulak dahhhhh...... burukkan.....
Tahun 2012 apa pulak matlamat kita untuk peribadi, kerjaya dan sosial. Ramai daripada kita mendahului hal peribadi dalam segala hal matlamat berbanding yang lain. Bagi saya itulah perkara yang perlu dahulukan...memperbaiki peribadi, mematangkan peribadi untuk menjadi peribadi yang baik untuk masuk dalam kerjaya yang baik - baik dan bersama dalam sosial yang luar biasa baik.
Baik bagaimana? Sesempurna ukuran manusia? Baik dan luar biasa baik yang tidak lari daripada norma kehidupan dan pemikiran manusia waras yang matang. Memenuhi kesemua ruang-ruang 'demanding' manusia lain diluar kapasiti kita sebagai manusia apa lagi kita hidup dalam kepelbagaian karena manusia.
Mengapa kita diberi jawatan itu? Kenapa kita harus melaksanakan tugasan itu ?
Adakah kita perlu MENJAWAB soalan atau terus MENYOAL soalan itu ?
Kita cuba untuk MENYOAL -
Kenapa harus aku yang melaksanakan tugasan ini??? Bukankah ada orang lain lagi...yang tiada kerja itu....bagilah mereka.......
Wow! Panjang pula jelanya...... begitulah kita kan...kalau mahu mengelak tugasan yang diberi seribu satu alasan diberikan bak kata pepatah ' nak seribu daya tak nak seribu dalih' .... Jika tugasan itu ditarik balik mungkin nasib kita baik pada pandangan dan emosi kita.
Namun tahu kita bahawa 'kepercayaan' orang lain terhadap kita mungkin sudah tiada untuk lain kali. Da tanpa kita sedari bait-bait kata kita yang panjang berjela itu juga 'bisa berbisa' dan mengguris hati orang lain samaada yang memberi kepercayaan, yang terlibat dalam 'situasi' dan juga orang yang 'dipass'kan tugasan itu. (Urrgghhhh..... sudah berapa banyak aku lakukan begini....huhuhuh....)
Ok! Cuba kita MEJAWAB pulak..
Kenapa.....mengapa..... sebab kita berkemampuan untuk melaksanakannya... tidak perlu dibuktikan...sepertinya sudah ada petanda yang kita mampu untuk melaksanakan tugasan tersebut tinggal kita yang menyempurnakan dan mencantikkannya lagi. Cantikkan! .... marah-marah pun..marah - marah sayang... ;-) benci pun...benci tapi rindu....
Kadang kita tidak sedar pun yang kita punya bakat sebelum kita menyelesaikan satu-satu masalah / tugas. Kekadang kita tidak perlu kita war-warkan kemahiran kita namun orang lain 'nampak' dan mungkin juga ALLAH yang 'menampakkan' kemahiran/bakat itu dengan izin - Nya.
Wawwww! Punyalah kita beruntungkan..... bakat diasah secara tidak lansung.... kemahiran dilihat orang lain tanpa kita mempromosi diri. Dan yang paling penting semua itu adalah ANUGERAH ALLAH.... bukan semua orang dikurniakan anugerah itu dalam situasi yang sama dengan kita. Ada orang diberi tugas tulis memo kepada kawan2.... kita diberi tugas menulis surat kepada kepada Ketua Kampung....
Hahahaha tulis surat kepada ketua kampung??? Hei! menulis surat kepada ketua kampung memerlukan perahan otak dalam menyusun kata. Agar kata-kata kita tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah untuk dicapai akalnya..... kalau tidak mesej kita tidak akan sampai... so, di situlah kemahiran kita.... ada orang perlu belajar secara formal untuk menyusun kata... ada orang sudah bakatnya.... Kita di mana?
Ada orang bila memberi idea dalam mesyuarat....fuh! hebat.... macam kopi kaw2... namun bila diminta untuk menyatakan idea dan usulnya dalam bentuk dokumentasi, mati kutu...... ;-)
~~~~~ TO Be Cont........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan