Terfikir. Betulkah dia rela hati melepaskan kekasihnya atau dia cuma menyedapkan hati sendiri atau hati mantan kekasihnya itu...
Benar. Dia hanya menyedapkan hatinya. Namun ia tidak benar untuk semua org. Terutamanya kepada mereka yang percaya kepada, "kita kan dapat apa yang kita berikan". Kita berikan kebahagian kepada org itu, kebahagian juga kan datang kepada kita. Bagaimana? Kita lepaskan dia...dia bahagia dengan pilihannya maknanya kita telah memberi bahagia kepadanya.. Dan bahagia kita itu bila mana kita telah membahagiakan dia. Bagaimana kita nak bahagia kalau kita berdendam kerana ditinggalkan. Ada sahaja rasa dengki, marah dan sebarang unsur negetif dalam diri kita. Tidak redha dengan apa yg berlaku. Akhirnya dengan unsur negetif dalam diri memakan diri sendiri. Hidup tak tenteram jiwa beragam. Di mana peluang ketenangan? Di mana ruang kebahagiaan?
Berbalik kepada bahagia itu bila kita membahagiakan. Apa itu bahagia? Bahagia itu subjektif... Ada org kata bahagia bila isterinya cantik, ada kata dia bahagia gajinya besar.. ada org bahagia naik pangkat walaupun pangkatnya ketua pak guard, ada org bahagia klu hasil tulisannya disiarkan d majalah... bahagia adalah di hati masing-masing... bahagia- di mana perasaan yang muncul apabila keinginan / hajat / impian tercapai... Bila bahagia itu ada. Kita tidak mencari lagi bahagia sebaliknya kita menjalani bahagia itu dan hidup lebih bermakna. Membahagiakan....berbahagia..
BAHAGIA
Filipino-makipagkumpetensya,
French - concurrence,
German - Wettbewerb,
Italian - competere,
Chinese - jìng zhēng,
Hindi - pratiyōgitā,
Korea - gyeongjaeng,
Japan - 競争 kyōsō dlllll..........
***************** Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.
Berilah peluang untuk diri membahagiakan org lain...
kalau bukan org lain membahagiakan kita.. :-) *******
2 ulasan:
Bahagia atau tidaknya kita bukan bergantung kepada sesuatu atau kepada orang lain. Jika kita mengharapkan sesuatu atau orang lain untuk membahagiakan kita, risiko untuk kita rasa hampa dan kecewa amat tinggi..The happiness lies within ourselves. We make the choice whether to be happy or not to be happy.
salam my dear Ari
betul apa yg sis Tirana ckp tue.. bahagia atau tidak bukan bergantung pada orang lain. Hanya kita yang dapat membahagiakan diri. walau pun payah. apa yang ada, apa yang di berikan terima redha sebaik-baiknya. mungkin juga ada sesuatu yang telah di tetapkan.. sesetengah orang beranggapan kita bahagia bila melihat orang lain bahagia.. persoalannya... (dlm hidup mungkin juga ada sesuatu yg tak perlu kita persoalkan) kita adalah raja di hati.. dan kita juga penguasa hati kita sendiri....
take care dear....
Catat Ulasan