Aku juga mampu mengubahnya. Mudah untuk berkata dan amat mudah untuk dikatakan. Saban tahun mengiakan untuk berubah. Merancang untuk berubah dan mengharapkan ada perubahan.
Yah... perubahan pasti ada. Cuma bagaimana perubahan itu. Adakah perubahan itu perubahan yang kita pinta, harapkan , rancangkan atau perubahan yang terpaksa kita terima, perlu kita terima yang sememangnya bukan dalam kotak fikiran kita.
Aku ingin berubah.
Memang ingin berubah. Apa yang aku mahu ubah? Mental:- Perangai? Cara kerja? Persepsi? Prinsip? Nilai atau......... fizikal:- ketinggian?, kekurusan? kemulusan? Rohani:- Kekusyukan?Amalan? dllll....
Aku juga mampu berubah. Mampu. Kemampuan bukan terletak pada senarai dlm 5 m/s helaian diary. Kemampuan terletak pada usaha, tindakan yang konsisten. Kesungguhan. Dan saling memerlukan dengan sekitar. Org lain itu penting. Keluarga, sahabat, kawan2 persekitaran juga ada peranan. Betapa egohnya klu aku mengaku aku boleh berdiri sendiri. Aku masih memerlukan yg lain selain aku.
Berubah. Bermula dengan lebih positif menghadapi hari-hari mendatang. Mahukan yang positif perlu memulakan dengan memberi yang positif. Kongsikan yang positif.
Bersedia untuk berubah.
Bersedia untuk menerima sebarang perubahan.
Bersedia untuk menjadi vektor perubahan.
Bersedia untuk merubah.
Bersedia dengan apa yang mahu diubah.
********Terima kasih kepada sahabat2 ku. Memahami aku satu anugerah yang tak ternilai buat ku. Kalian mahukan sesuatu yang berubah dlm diri ku. Dan juga mendoakan perubahan itu. Aku hargainya. Cuma perubahan yang kalian harapkan belum masanya untuk ku. dan mungkin juga takdirnya belum bersedia untuk ku. Aku akan berubah... mengubah beberapa perkara yang mungkin org lain memikirkannya sesuatu yang kecil atau juga aku sendiri yang memikirkannnya sesuatu yg remeh. Terima kasih sahabat. Aku akan lakukannya untuk perubahan yang satu ini. Dan dlm masa yang sama aku akan merubah sesuatu yang lain untuk aku dan aku dan keluarga ku dan kalian dan org disekeliling ku. Kita utamakan mana yg utama disamping bersedia dengan apa2 yg berkaitan dengan kata dasar "UBAH".... :-)
1 ulasan:
salam my dear Ari
tahun baru.. azam baru.. matlamat baru.. ubah nak ubah semua... semoga mudah.... thanks kawan.......
Catat Ulasan