Aku mahu terbang.
Macam mana aku mahu terbang?. Sayap sentiasa ku bina. Entah mengapa belum kukuh untuk aku terbang. Asyik berpatah di sana sini. Asyik terkoyak di sini sana. Apa aku tidak pandai membina sayap? Atau aku belum mahir untuk mencipta sayap?
Aku mahu terbang.
Masa belum mengizinkan atau takdir belum tiba?
Setiap kali mahu bermula ada saja satu sisi sayap ku "cacat". Aku runsing.. kerana aku harus seiring dengan masa. Aku harus mengejar tempoh. Ku rasak semakin suntuk untuk aku memenuhi impian. Khuatir aku terlewat.
Aku mahu terbang.
Pastinya aku terbang. Itu janji kepada mereka yang berusaha. Itu janji kepada mereka yang redha. Itu janji kepada percaya diri. Itu pasti kepada yg tahu matlamatnya. Janji aku perlu teguh. Percayalah.
Aku mahu terbang.
Masanya pasti tiba. Cuma sabar perlu diatas. Usaha perlu bergerak. Tawakal perlu seiring.
Pasti itu pasti.
Aku bukan mahu material semata.
Aku bukan mahu glamer. Aku bukan mahu mewah. Aku mahu dihormati. Mahu disegani atas pemikiran yg aku canangkan bukan material yang aku miliki bukan fizikal yg aku lebihi.
Aku bukan mahu material semata.
Afdalnya sedekah. Doa, senyum, penghormatan. Usah puji aku kerana aku BOLEH BERCAKAP. Pujilah aku kerana aku BIJAK BERCAKAP. Usah puji kerana BAJUKU MAHAL. Pujilah aku kerana aku SUDAH BIJAK memakai baju.
Dengan apa yg aku mahu pastinya aku perlu memberi terlebih dahulu.
Ya Tuhan..... Aku haus....
Haus.... Ada rasa cemburu ditekak ini bila melihat pencapaian mereka. Bila melihat ilmu yg mereka ada. Bila mendengar perbicaraan yg keluar dari minda mereka. Bila merenung pemikiran mereka. Aku sepertinya gelas yg kosong. Haus....
Suria itu untuk semua.
Nikmat cahaya adalah kurnia untuk semua. Bagaimana dan macam mana kita membiasnya itu bergantung kepada matlamat yang kita tujui. Yakin. Matahari ada diatas kepala semua orang tika siang hari. Bulan ada diatas kepala semua orang tika malam hari. Tiada seorang pun akan menikmati cahaya bulan di siang hari atau cahaya matahari d malam hari.
Terima kasih Maha Pengasih atas suria itu.
Aku pasti suatu hari takdir suria itu akan bersama ku.
Tinggal aku yang perlu terus berusaha.
Buku lama.
Buku lama akan menjadi kenangan. Untuk dilupa bukan niat dihati. Kerana terlalu banyak tawa dan tangis yg tidak sekali untuk aku bazirkan. Andai aku lupa juga. Itu sudah masanya untuk dia pergi. Hari2 mendatang perlu menggantikanya. InsyaAllah dengan data yang lebih baik.
Buku lama. Bukan bererti tiada kualiti. Kualitinya tertelak pelajaran yang diisi. Yang membawa diri sampai ke hari ini. Satu kisah klasik yang hanya diri yang memahami diri sendiri.
Mata Hati.
Dan..... Aku melihat apa yang telah berlaku saban tahun dengan mata hati. Sedikit kesal, sedikit gundah, sedikit marah, sedikit irih, sedikit jengkel....... semuanya kerana mata masih melihat menggunakan mata semata. Ya Tuhan. Kuatkan hati ku. Celikkan mata ku. Agar aku melihat apa yang berlaku sebagai satu PENGAJARAN buat ku bukan satu PEMBUNUH SEMANGAT Ku.
************* Bertemu sabahat yg sudah hampir 6 tahun tidak bertemu membuat aku mengukur APA YG PERNAH DAN SEDANG DAN MUNGKIN AKAN KU FIKIRKAN ............ pendapatan yg aku syukuri, kesempitan yg aku kesalkan, keberatan yang aku marahkan, masa depan yang aku gundahkan, pertemuan yang aku jengkelkan, lelaki yang aku dendamkan, teman baru yang aku menyampahkan, tekanan yang aku stresskan, diri ku yang aku kesali.... Ya Tuhan....Ampuni dosa2 ku...Jauhkan aku drpd sikap tidak bersyukur dan berterima kasih.... Kpd sahabat ku... Ujian kita berbeza dan pastinya kau lebih kuat. Aku doakan 2010 Allah mengabulkan cita-cita mu... Really2 miss u...... Terima kasih kasih kerana menjadi sahabat yg bermakna buat ku....
1 ulasan:
Salam My dear Ari...
terbang mencari kedamaian hati,
terbang menikmati hari-hari,
terbang mencari kekuatan diri,
terbang menambahkan ilmu hati,
terbang ke sana-sini
keredhaan hakiki...
Kesyukuran yg tiada bandingan...
bersyukur kerna masih di beri peluang...
Peluang utk memperbaiki diri..
mencuba untuk lebih positif dalam kehidupan ini..
mencuba untuk " jng adanya persoalan dalam diri yg sia2 "
mencuba dan terus mencuba..
kerna kebahagiaan, keredhaan, kegembiraan pasti suatu menjadi milik kita. Cuma masa... masa yg sentiasa di kejar2 tp susah nak di peluk eratkan.. tak apa.. kita adalah kita.. Pasti ada hikmah di sebaliknya..
semoga sentiasa di beri kekuatan dan di permudahkan.. InsyaAllah...
Catat Ulasan