Alhamdulilah. Terima Kasih yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alhamdulillah. Terucap daripada kepingan hati. Mensyukuri apa yang telah dikurniakan. Membanggai apa yang diusahakan. Menerima apa yang ditentukanNya.
Kalau bukan kerana kesulitan yang diturunkanNya. Tidak kami seada ini. Kalau tidak terletak seminoriti ini kami tidak sekuat ini. Allah Maha Adil, Pengasih dan Penyayang.
Ada rumah TERsangat bangga kalau almarinya penuh dengan set pinggang mangkuk. Yang hanya sebagai hiasan.
Ada rumah TERsangatlah gembira kalau anaknya banyak A. Namun tidak terasa apa kalau anaknya tak Khatam Al-Quran.
Ada rumah TERsangatlah sukanya kalau rumahnya ada dua tiga kereta parking. Namun tidak ambil pusing pula kalau tiada simpanan.
Ada rumah TERsangatlah lebar senyumnya kalau anak daranya dipinang. Namun tidak memikirkan hati anak daranya itu...mahu sekolah lagi.
Ada rumah TERsangatlah gah dengan keturunannya. Namun dia lupa dia sudah lalai dengan kebanggaanya itu.
Itu rumah lain. Rumah ini. Cukup apa adanya. Berkongsi langit dan bumi. Rumah ini tidak mewah cuma pernah miskin namun tidak pernah susah. Susah tidak pernah ada kerana angin lembut berlegar seadanya. Tidak meminta apa yang bukan kemampuannya. Alhamdulillah...
Rumah ini tidak pernah susah. Kerana angin yang dihembus angin yang di hirup dinikmati dengan rasa inilah sepatutnya buat masa ini. Cuma sekali sekala rumah ini dihadiahi dengan kesulitan. Sulit. Sulit kalau dikatakan susah. Ia akan jadi susah. Sulit yang adakalanya membikin hembusan angin menjadi tidak pada alirannya. Yang adakalanya membikin angin bertukar menjadi hujan.
Rumah ini suatu masa dulu tidak memiliki gulungan trofi. Yang ada Pemaisuri yang bijak dan Raja yang gagah. Dan gabungan dua jiwa ini mampu meredahkan jiwa2 angin yang adakalanya bertanyakan kenapa rumah lain ada itu rumah ini tiada?..
Rumah ini. Masih dengan rumah ini. Belum ada sebarang pertambahan dengan rumah ini. Jiwa yang ada rumah ini cukup bersedia kepada pertambahan. Semoga dikunjungi dengan jiwa2 yang memahami rumah ini.
Rumah ini. Kisah rumah ini. Sulit yang dikurniakanNya menjadikan rumah ini sekarang ini. Semoga rumah ini terus menikmati hikmah Mu ya Allah. Kabulkannya impian rumah ini. Permudahkan rumah ini untuk merasakan cita-citanya. Dan jauhkan dari kelalaian..... Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan