Laman

Optimis tentang masa depan..

Bersangka baik tentang masa depan walau apa yang telah berlaku. Bersangka naik tentang masa depan walau apa yang akan berlaku. Yang lalu itu pelajaran. Yang lalu itu pengalaman. Yang lalu itu kenangan. Yang di depan adalah tujuan. Yang di depan adalah keinginan. Yang di depan adalah impian. Yang di depan adalah kemahuan. Perjalanannya terancang. Mudah dari pandangan kasar. Sukar dari pandangan halus. Kerana ada bisikan-bisikan was-was.. Mampukah? Bolehkah? Berjayakah?
Bersempena di hari mulia ini.
Keberkatan Jumaat untuk d hari pertama 2010.
Semoga aura positif teru mengalir dalam ini.
Kekuatan terus kuat untuk teruji.
Kepada sahabat dan kenalan ku.
2010 tidak menjanjikan kita terus tenang dlm aliran perjalanan 12 bln ini.
Gelora boleh ada boleh tiada.
Apapun kita berdoa agar sentiasa bersedia menghadapinya.
Cita-cita dan impian kalian bukan impian ku..
Namun kegembiraan kalian mencapai cita2 dan impian itu adalah kegembiraan ku juga..
*****Sahabat ku #$%^&, sikap mu, degil mu, berani mu lantaran drp masa lalu mu. Kita sama cuma kau lebih degil,lebih berani, lebih lancang dan pastinya lebih tabah. Serba serbi lebih mu itu membikin kau jauh..pergi jauh..dan merancang untuk pergi lebih jauh lagi... Aku sedih simpati dan empati...namun kau yang memikulnya.. Degil, itu cara kau mempertahankan diri mu.....Sahabat ku...aku sayang kau...sudah lama kita kenal namun tidak banyak kita kongsikan ekoran kau membawa diri aku menarik diri...jalani kehidupan masing2....masing2 bergelut dgn kekalutan... Namun kasih mengingatkan kita dan usaha menemukan kita di akhir 2009. Kenangan terindah buat ku
Ya Allah yang Maha Pemurah.
Lembutkan hatinya. Perhaluskan Jiwanya.
Bukakan Hatinya agar dia tidak TERLALU degil.
Ya Allah yang Maha Pengasih.
Kabulkanlah doanya.
Capaikanlah cita-citanya.
Permudahkanlah urusannya.
Insan tabah yg ku kenal.
Amin.

Tiada ulasan: