KELUARGA BAHAGIA. Sesekali membaca, berbual, mendengar dan berchating mengenai kisah-kisah bahagia termasuklah kebahagiaan dalam berumatangga rumahtangga dan berkeluarga biasanya juga menimbulkan kebahagiaan dihati kita. Dan adakalanya boleh menimbulkan rasa cemburu sekiranya kisah kita tidak sebahagia mereka. Begitu juga dengan kita yang masih dengan dunia solo, sedikit sebanyak menimbulkan rasa ingin memiliki keluarga seumpamanya.
JIKA SEBALIKNYA...kisah-kisah keretakan rumahtangga, kisah penceraian di usia perkahwinan yang agak hijau, kisah-kisah tidak ada kenikmatan dalam berumah tangga sedikit menimbulkan rasa takut, gusar, terlebih hati-hati si solo dan mungkin menyebabkan dia bersedia untuk terus berada di dalam zon sedia ada. Bagi yang sudah berkeluarga, timbul dua situasi 1, bersyukur kerana mereka menjalani kehidupan bahagia dlm berkeluarga 2, timbul rasa hati-hati yang amat sangat yang boleh menimbulkan rasa curiga/hati2 terhadap pasangan.
TAKDIR. Mungkin dalam seribu kisah-kisah itu ada seribu sebab musabab mengapa satu mahligai yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang boleh retak. Bak kata org berpengalaman, bukan mudah untuk mendapatkan 'kesempurnaan' dalam hidup berumatangga. Tiada jalan kehidupan yang begitu lurus, mulus dan halus untuk dijalani.
TIDAK TERTEKAN. Hari ini perspektif wanita terhadap perkhawinan telah berubah. Memilih untuk berkahwin diusia lewat atau tidak berkahwin bukan lagi satu perkara yang amat memalukan. Dan wanita2 ini sudah diyakini kebolehan mereka dalam pegurusan kehidupan kerjaya mereka, pengurusan diri dan keluarga mereka.
PILIHAN. Dalam era pendidikan dan kerjaya menjadi satu keperluan, kebanyakkan wanita memilih atau diminta utk berkerja mengumpul harta atau terus menyambung pelajaran setelah tamat belajar di peringkat U. Lama kelamaan dalam kelekaan memenuhi apa yg dihajati, wanita ini lupa atau buat - buat lupa tentang mencari calon suami.
NALURI & FITRAH WANITA. Setinggi mana kedudukan wanita di kerusi empuk itu, ada saat dan letikanya wanita mengidamkan sebuah rumah tangga yang bahagia, suami teman berbicara, bergelak bersama anak2. Namun ketetentuan Illahi tiada siapa yang pasti. Org boleh berkata setiap manusia pasti ada jodohnya kerana manusia dijadikan berpasang-pasangan namun, ketibaan jodoh itu yang menjadi tanda tanya dan boleh menimbulkan pelbagai perspektif dan sangkaan dalam diri wanita itu mahupun org disekelilingya.
MENGHADAPI ORG SEKELILING. Pelbagai perspektif mungkin timbul. Pelbagai andaian yang terandai. Pelbagai hipotesis yang cuba "diselesaikan" sendiri tanpa mengira sebab musabab si empunya diri. Bertanyakan pendapat kepada mereka bukan empunya diri dan yg tidak punya pengalaman serta bukan dia berada di dalam 'kasut' empunya diri, akan mengatakan wanita ini pincang emosinya. Bertanyakan kepada si empunya diri..pasti lain jawapannya......
HIKMAH. Intai-intai kata2 wanita hebat ini. Sentiasa memiliki ketenangan hati dan gembira, pastinya timbul rasa syukur dengan apa adanya. Katanya, "berkahwin adalah sunnah. Jangan sesekali memegang prinsip tidak mahu berkahwin kerana perkahwinan itu menyusahkan........"(Roha).
*********dah lama N3 ni tersimpan dlm draft blog satu lagi...(patutlah cari2 kat c ni tak jumpa..). Ini cuma pengkisahan present tense org lain dan ada juga TERkena dengan kisah present tense & past tense ku...
dan MUNGKIN juga future tense ku...untuk lebih sedia... hihihihih.....The moral of the story; tepuk dada tanya EQ anda..anda mahu macam mana? Mahu terus sedih dan merasakan diri kecil? Atau mahu terus mara merasakan diri ini bertuah..bertuah diberi peluang panjang umur di status solo...(jgn marah!)******
dan MUNGKIN juga future tense ku...untuk lebih sedia... hihihihih.....The moral of the story; tepuk dada tanya EQ anda..anda mahu macam mana? Mahu terus sedih dan merasakan diri kecil? Atau mahu terus mara merasakan diri ini bertuah..bertuah diberi peluang panjang umur di status solo...(jgn marah!)******
Sumber Bacaan: Majalah Nur Nov. 2008 & Sept. 2009 (beza hampir 1 thn, suratan/kebetulan fokus isu sama).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan