Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com
Yah...bukan namanya manusia kalau tiada masalah atau kononnya cuba "lari" daripada masalah. Manusia kah itu dalam erti kata manusia. Hadirnya disekitar manusia lain hanya mementingkan diri sendiri. Kononnya "buat apa aku nak susahkan diri buat kerja ni???" yang membikin hatinya happy hanya duduk..duduk...duduk..dan duduk..dan mungkin memikirkan kebahagian, kesenangan jiwanya sendiri sahaja...yg lain biar org lain lakukan..masalahnya bukan masalanya apa lagi masalah org lain.....
Geram juga aku manusia begini...asyik kita aja yg bertolak ansur...dia? jgn haraplah kecuali apa kepentingannya di situ....tidak tahu kah dia, dia akan belajar akan sesuatu dari masalah itu? Pelajarannya bukan pada zahir......pada batin..ada dalam diri...dalam jiwa....... pelajaran hidup >>>>>>hubungan sosial..... pembangunan kendiri... personalti....berdikari..ikan kariii :-p
Aku heran? Aku cuba tidak utk memikirkan..namun hati ku kuat bertanya ... Apa dalam fikirin mereka2 ini? Diberi amanah tak mahu, diberi peluang terlebih kuah pulak dia, ditegur sikit mula baran, ditugaskan di luar tak mahu katanya tiada teman...Haluuuu..jadi apa yg dia mahu? Dalam kubur tu tak berteman juga... PELIK TAPI BENAR... TAK BOSAN KA???
BUKAN MASALAH YG MENJADI MASALAH.
APA YANG MENJADI MASALAH SEBENARNYA IALAH
BAGAIMANA KITA MENGHADAPI MASALAH ITU.
*********************************************************************
MASALAH >>>>> TEKANAN>>>>>>PELAJARAN>>>>>>HIKMAH
Berbalik kepada cerita MASALAH (Sesuatu yg memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yg menimbulkan kesukaran (kesulitan) )
Tertarik dengan kata2 pakar.... Kesanggupan untuk menghadapi masalah sebenarnya meletakkan nilai diri individu. Keberanian individu berdepan dengan masalah membezakan tahap kejayaan yang bakal diterimanya. Sungguh! Terbukti apa yg terjadi, terlihat, terdengar, terbual dll di dalam sekitar ku dan juga diri ku sendiri. Berani ku lebih daripada ciput maka, kejayaan ku juga lebih drpd ciput..Berbanding mereka2 yg hebat...jadi bukanlah satu yang mustahil utk aku seperti mereka...hanya tinggal aku perlu lebih berani..Yah lebih berani!! Hadapi masalah mendatang lebih terbuka dan berani menghadapi sebarang kebarangkalian....Amin..
Bagi org2 yg berjaya ini.
PROJEK. Memandang masalah sebagai satu PROJEK. Mereka tahu risiko drpd masalah itu adalah petanda kepada kejayaan. Tanpa masalah tiada penyelesaian, tiadalah juga pembelajaran apa lagi kejayaan.
SETIMPAL. Allah memberi ujian setimpal dengan kemampuan kita menghadapi ujian itu. Pastinya. Tiada manusia yang mendoakan agar dirinya diberi ujian dengan masalah apalagi masalah yg besar2. Bagaimanapun kita bermohon agar Allah menurunkan kita ujian yg kita hadapi biarlah dalam kerangka kesanggupan dan keupayaan kita.
TRAUMA. Suka atau tidak dengan apa yang terjadi, ttg apa yg sedang dialami menimbulkan tekanan dan juga kebimbangan dalam diri. Apa lagi bila perlu untuk melakukan langkah seterusnya. Menyakitkan. Suka atau tidak tentunya dibatasi oleh pengalaman lepas dan minda separa sedar yang telah merakamkan peristiwa secara secara inherent ataupun pengalaman peribadi dan sewaktu dengannya. Trauma seumpama inilah yang meledakkan kebimbangan dan tekanan dalam menghadapi masalah tersebut.
LA TAHZAN. Sanggupkah aku, kau, kamu, kamuurang, diaorang dll membiarkan penyakit hati ku, kau, kamuurang, diaorang dll parah sehingga menjadi kronik dan psikotik? Kemurungan simptom penyakit hati pada level 'perlukan perhatian lebih'. Pujuklah hati "usah bersedih duhai hati, di depan pasti ada yang lebih baik." Pujuklah...kalau tidak mampu pujuk sendirian, berkongsi rasa dengan siapa di percaya, kalau tiada siapa dipercaya-luahkan kepadaNya. Yah! pastinya kepada ALLAH kerana Dia lebih tahu cerita rasa hati umatnya.
MINDA BIJAK. Kumpulkan kekuatan. Satukan ketabahan. InsyaALLAH motivasi diri, percaya diri pasti ada. Bagaimana cara minda menanggapi persekitaran kehidupan yang dihadapinya sebenarnya punca kepada tekanan/stress. Manusia saban hari dalam kehidupan hariannya perlu menghadapi pelbagai masalah. Masalah datang dari dirinya mahupun orang lain. Masalah datang dari mesin atau daripada manusia sesama spesisnya. Kalau minda di setkan inilah masalah besar! Maka besarlah masalah itu. Kalau minda menanggapi susahnya mau selesaikan masalah ini maka, pelbagai rintangan lain yg menyusahkan utk menyelesaikan masalah itu yg perlu kita tempuhi. Minda yang bijak mengurus stress menanggapi masalah itu sebagai pembelajaran hidup yang disebaliknya byk hikmah. Sakitnya tidak sampai menyesali kehidupan. Seksanya tidaklah sehinggah dia terfikirkan bahawa tidak adil dia diperlakukan begitu.
AKAL. Di mana letaknya manusia? Manusia letaknya pada akal. Kalau akal fikiran kita sentiasa menangisi kenangan masa lalu maka sedih dan gundah gulanalah hati. Sedih adalah fikiran dan perasaan masa lalu, cemas dan bimbang adalah adalah fikiran dan perasaan mengenai masa depan dan akan datang.
Hadis Nabi S.A.W;
"Allah tidak pernah menurunkan sesuatu
penyakit melainkan Dia menurunkan bersamanya ubat."
"Allah tidak pernah menurunkan sesuatu
penyakit melainkan Dia menurunkan bersamanya ubat."
"Semua penyakit yang ada di bawah matahari ada ubatnya,
atau sama sekali tidak ada.
Jika ada, maka berusahalah untuk mendapatkannya,
jika tiada maka jangan difikirkan."
-Profesor Hawks-
"Rahsia ketidak bahagiaan itu terletak kepada anda untuk berfikir seluas-luasnya, apakah anda berada di dlm keadaan bahagia atau tidak. Oleh itu, jgn terlalu banyak berfikir tentang hal itu. Sebaliknya teruslah bekerja kerana saat itu darah anda akan mulai mengalir dan otak anda mula berfikir lagi. Kehidupan yang baru akan melenyapkan fikiran itu drpd otak anda. Bekerjalah dan jangan berhenti kerana ini merupakan resepi paling murah yang pernah ada di muka bumi dan paling mujarab."
-George Bernard Show-
Yah! Wahai hati...Duhai diriku empunya badanku...ADA AKAL PAKAI!
UJIAN. Ujian akademik boleh ponteng, boleh tak amik pun. Ujian hidup pasti ada. Sedih, kecewa, tekanan, tangis dan sekampung dengannya adalah rempah ujian. Menangis air mata darah sekali pun tidak akan mengambalikan yang yg sudah pergi. Hadapi apa yang terjadi dengan positif, yg terjadi biar terjadi kerana ia dah ditakdirkan terjadi untuk kita. TENANG. Dengan tenang, dengan positif InsyaALLAH, kita lebih bertenaga dan seimbang dari segi fikiran, emosi, tingkah laku dan rohani. UJIAN SEBAGAI INSPIRASI.
BAHAGIA. Bahagia datang ekoran daripada keterbukaan, kerelaan kita menghadapi apa yang ditakdirkan. Untuk apa membanding - bandingkan diri dengan orang lain. Allah memberi umatnya apa yang diperlukan oleh umatnya bukan apa yang dinginkan umatnya. Dengan apa2 yang TELAH, SEDANG dan AKAN berlaku....aku percaya hikmahNYA. Dengan terciptalah aribiy... Aku kini adalah apa yg aku telah katakan dulu dan aku akan datang apa yang aku katakan kini dan dulu....
***************Ini hanya untuk menimbulkan daya aku. untuk aku lebih rela dengan apa yang telah terjadi, sedang berlaku dan akan terlaksana.*********
SUMBER:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan