“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
-dipetik drpd saifulislam.com
Menjadi sebahagian daripada ahli masyarakat menuntut kita untuk belajar banyak perkara, perlu peduli tentang apa yang berlaku, perlu ambil kisah perubahan saban hari.
Belajar banyak perkara. Kalau mahu belajar daripada yang telah berlaku maka, itulah sebaik daripada kisah kehidupan. Kalau tidak mahu belajar drpd apa yang berlaku maka, bukankah bodoh jawabnya...
Kisah1;- Kisah teman yang tidak mahu untuk belajar drpd apa yang telah berlaku. Dasyat-dia terus mengikut rentak muzik yang sudah diketahuinya rentak itu pada akhirnya akan membuatkan dirinya sakit!. Bila dah jadi begini baru nak menilai...baru nak menghitung..baru nak kata menyesaknya aku...Bukan niat dihati untuk menambah sakit. Cuma untuk mengajar diri untuk terima bahawa kita tidak sama walaupun serasi. Dan serasi itu penting..membikin hayat hubungan ini panjang walau tidak lagi ceria.
Kisah2;- Kisah teman yang tidak tahu dan lagi teruk tidak sedar utk belajar. Lagi dasyat - EGO!Tidak mahu mencelik melihat kesan tabiat buruknya itu. Hanya perasan dia sahaja yang TERBAIK. Memang dia BAIK tapi tidak TERbaik. Telah menjatuhkan penemannya gedebukkkk!!! Kasihan...Aku nak kata apa? Aku tidak mampu lagi membantu-semua sudah dewasa utk berfikir. Bukan utk lari-cuma cuak sudah. Keduanya KECEWA diantara masing2. Aku? Mendengar luah hati, memahami rasa hati, empati apa dialami, nasihat diberi semoga meringankan beban dihati.. Keputusan ditangan kalian. Dan biarlah keputusan itu berlandaskan akal, nilai, kenangan bersama, pengorbanan lalu serta rasa tanggungjawab. Bukan atas dasar HANYA KERANA KECEWA.
Kisah3;- Kisah teman yang KECEWA. Kasihan dia. Kecewanya tidak menyebabkan dia menyesal. Kecewanya tidak membikin semangatnya luntur. Kecewanya sama sekali menurunkan motivasi kerjanya. Semuanya kerana aku tahu dia IKHLAS. Dia cuma KECIL HATI. Dia melakukan semua itu dengan harapan membantu, memudahkan, mempercepatkan kerja org lain namun di balas dengan sikap MALAS MANUSIA itu.
Kisah4; Kisah teman...sabar menanti. Menanti bulan mencahaya dikala gelapnya pemahaman..Menanti suria menceriakan kisah awal harinya....Menanti Matahari menerangkan ketidakpastian hati dan fikirannya...Menanti keemasan cahaja senja menenangkan hari2 geloranya.. - TEMAN SABAR MENANTI DENGAN SENYUMAN -
******berjumpa, berkenalan, berborak, berbicara, berbincang,
antara rangka proses dalam mencapai satu hubungan yang mahu dipilih.
Pilihan atas diri ;- mahu sebagai kenalan/kawan/teman/sahabat/kekasih/pasangan hidup....
terpulang macam mana kita mengadunkannya...
2 ulasan:
salam ari...
bersyukur dengan apa yang telah di berikan OlehNya....
kenikmatan yang kita dapat cukup hebat... Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
Mau juga kenikmatan ini dikongsi bersama teman2...
Catat Ulasan