Foto: koleksi senyuman peribadi dan org sekeliling ku - inspirasi
Senyum...senyum...senyum...1..2...3.... klik!
Tak semua org lahir dgn kekacakan, kecantikan, kecutetan, ketampanan, kemachoan,...Namun yang pasti, bila dia tersenyum anugerah MANISnya terpancar diwajah.. Jadi usahlah risau kalau tidak cantik, usahlah gundah kalau tak kacak yg ptg manis itu ada..senyumlah..senyuman adalah perhiasan dunia..senyum adalah bahasa dunia..seluruh dunia tahu senyum itu gembira, ceria, suka, lapang...
Dengan senyuman juga kita MENYEMPURNAKAN keindahan batin...
Senyum itu JAMBATAN persahabatan,
Senyum JALAN PINTAS mengatakan AWAK SUKA DIA,
Senyum itu SEDEKAH, semudah2 sedekah,
Senyum itu AWET muda...
Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..BAYANGKANLAH!!
Jadi bila saudara mara, kengkawan, jiran2 atau orang2 beraya ke rumah dengan SATU SOALAN yg membikin kita MERAH... Bila kita berkunjung ke rumah mereka2 ini dengan SOALAN & AYAT NYATA yg membikin rasa mau saja pulang umah... Hadapi dengan SENYUMAN...SENYUM saja ba...hati lebih tenang...dada semakin lapang...yg penting kita dah buat SENAM MUKA..
Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan. Bila kita SENYUM ngan orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita. Kalau dia tak senyum balik, mungkin dia ada penyakit MOEBIUS SYNDROME, sejenis KECELARUAN GENATIK. Kalau tidak pun, bagus senyum ngan ORANG UTAN. Orang Utan pun pandai senyum....Kalau ORG BUKAN UTAN pun tak tau nak senyum... nda tau la aku tu....
Orang akan merasai DIHARGAI apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita. Senyumlah walau dengan MAKCIK CLEANER pun, PAK JAGA PINTU PAGAR.. Sekali kita senyum, berkali2 dia mau senyum ngan kita walau kita berpura2 bersms, bertelefon.... Senyum MULIA. Lantas, mengapa kita tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah dengan orang yang kita TIDAK KENALI HARI INI, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan kita itu. Kalau tidak pun membalasnya ketika kita senyum padanya, dia akan akan membalas bila dia duduk diam, bila dia atas katil, ketika dia memandu dan DIA MULA TERKENANGKAN kita... he he he he.... :-)
Alangkah MUDAHnya membina rangkaian persahabatan. William Shakespear ada menyatakan.. Apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan..
Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita.
Bila berhadapan dengan keadaan susah,SENYUMlah..
Bukankah KETAWA YG SOPAN itu sihat?
Pujangga menyebut..
Bila berhadapan dengan keadaan susah,SENYUMlah..
Bukankah KETAWA YG SOPAN itu sihat?
Pujangga menyebut..
SENYUMan itu kelopak - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..
So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura – pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..
So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura – pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..
Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMan..BAHAYA tau! Takut ORG PUNYA yg TERGODA he he he.... OK JAK BA KLU KAU !...
LIMA FAKTA MENGENAI SENYUM :-)
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.
SUMBER ARTIKEL; INTERNET
********Senyum.... bagaimana pulak dlm konteks RAKAN MAYA..membina perhubungan dalam FB dll? Macam mana nak tau yg SENYUM teman di sana itu SENYUM IKHLAS, SENYUM INGIN BERKAWAN, SENYUM INGIN MEMANJANGKAN PERHUBUNGAN atau sekadar SENYUM KAMBING...SENYUM SINIS...SENYUM PUAS HATI?... APA MAKNA SENYUMAN ITU DUHAI........
Apapun aku berbalik kepada KEIKHLASAN MEMBINA SEBUAH PERHUBUNGAN..
BUKAN sekadar BERLUMBA NETRWORKING SIAPA YG PALING RAMAI...
Aku sedikit SELEKTIF bukan pengamal DASAR PINTU TERTUTUP ttg ADD2 mengADD ni (maafkan aku..)
YAKIN kalian juga IKHLAS BERTEMAN dengan aku... Semoga hubungan ini HUBUNGAN BERKUALITI dan MEMBERI MAKNA kepada KITA dan juga ORG LAIN....AMIN....
3 ulasan:
Senyuman itu sedekah...hehe -)
salam aidilfitri. maaf zahir &batin... =)
Putra.....
Salam Aidil Fitri...Mulakan hari mu dengan senyuman..
Catat Ulasan