
Ada rasa gembira juga dapat berkumpul sesama kami. Apa yang dikongsikan? Tidak banyak yang dikongsikan. Aku pun tak tahu dan ini Aku sedari dari dulu tiada satu habit diantara kami untuk berkongsi dan menrefleksi pengalaman dan ilmu masing - masing kecuali diminta oleh pensyarah. Aku sebenarnya manusia yang suka berkongsi apa yang Aku ada dan cuba menyatakan apa yang ku rasa, ku alami dan Ku ambil. Walaupun Aku suka...Aku juga ada rasa 'ah! biarlah mereka yang cakapkan...mereka lebih tahu'. Entahlah...antara puji atau sinis! Manusia ini hipokkrit! Manusia ini penjelous! Manusia ini pendek akalnya! Mulanya Aku rasakan ianya hanya gurauan semata dan kini Aku rasakan sebaliknya...Cuma Aku hanya mampu berdoa agar biarlah Aku sentiasa berfikiran positif kerana Aku tahu itulah Aku. Tahap pemikiran mereka berbeza dengan Ku. Tahap pemikiran setiap manusia berbeza bukan hanya kerana ijazah yang dimiliknya tetapi kerana pengalaman hidupnya dan juga 'ilmu hidup' yang dimilikinya. Dan Aku yakin Aku berbeza dengan mereka kerana ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan