Laman

Bangun!!!!!!!!!!

Hari ini tak ada yang menarik melainkan yang tak menarik. Setelah 3 hari bercuti aku pikir aku ke sekolah dengan segar bugar.. rupanya tidak. Aku sakit kepala dan mengantuk tak tentu pasal. Di awal waktu memandangkan aku free n PJK tidak dilaksanakan, aku membawalah murid - murid Mawar melihat benih sawi yang tumbuh... mereka happy sangat bila tengok perubahan tu..
Lepas tu ada perbincangan guru - guru PK... Aku masuk lambat...mengurus murid ni masuk kelas semula. Ada beberapa perkara yg ditimbulkan dalam perbincangan tadi :
1. Pemakaian uniform bagi setiap penasihat / guru unit beruniform PK... (Ditegaskan dalam kelembutan)
2. Perlaksanaan aktiviti dalam Persatuan Pemainan
3. Pendaftaran murid PK
4. Pemilihan Perserta Perkhemahan dan guru pengiring
5. Sambutan Hari Guru dan aktivitinya

Tiada ulasan: